CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 19093|Reply: 25

New Honda Wave 110

[Copy link]
Post time 22-4-2010 09:46 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by newspr at 25-11-2011 18:22

Rasanye, bulan 2 ari tu launch.
Model RS:



Model R:







kredit to: myMetro
PELANCARAN motosikal terbaru Boon Siew Honda Sdn Bhd, Wave 110 bulan lalu menandakan bermulanya penyertaan sulung Honda dalam kategori 110cc yang kompetitif.
Honda Wave 110 yang dihasilkan menerusi konsep reka bentuk yang canggih dan berteknologi tinggi akan mengukuhkan kedudukan Honda sebagai peneraju segmen motosikal kap.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Shoichi Harada, berkata motosikal 'All-Mode Mighty' ini memberikan prestasi terbaik dalam kelasnya dengan penampilan agresif dan menjimatkan minyak.

Beliau berkata, ia adalah motosikal dengan ciri-ciri hebat iaitu kebolehpercayaan dan ketahanan yang terbukti.

"Inilah pilihan wajar masa kini yang akan memberikan saingan hebat kepada pencabar yang lain.

"Kami yakin mencapai sasaran jualan 4,000 unit sebulan bagi Honda Wave 110 baru ini," katanya.

Honda Wave 110 baru yang dipromosikan dengan slogan 'Everybody Swing' disasarkan kepada golongan muda bekerja dan inginkan gaya dalam reka bentuk dan produk.

Wave 110 dijana oleh enjin 110cc 4 lejang baru dan termaju yang memberi daya pecutan menakjubkan serta peningkatan tork pada semua tahap kelajuan.

Reka bentuk geseran amat rendahnya turut menyumbang kepada penjimatan minyak dan mengurangkan asap.

Teknologi generasi baru memberikan prestasi kelajuan tertinggi 91km/jam berbanding dengan 86km/jam pada model Wave 100.

Motosikal baru ini juga bersifat mesra alam disebabkan ekzosnya memenuhi Piawaian Pelepasan Asap Euro 1.

Lampu depan pelbagai pemantul bercirikan reka bentuk unik Crystal Eye Line dan lampu belakang berbentuk berlian yang ranggi menyerlahkan penampilan motosikal ini.

Ia turut dipertingkatkan dengan meter kelajuan sudut lebar berciri sport, roda tuangan lima jejari yang bergaya* dengan tayar lebih lebar, suis yang dipasang pada kedudukan ergonomi di kedua-dua hendal serta pelindung kaki 3D yang diserasikan dengan konsol hadapan yang sepadan.

Ciri-ciri mesra penunggang lain termasuk kebuk-U serba guna serta pengatup kunci berganda yang bersinar yang memberikan tahap keselamatan yang lebih baik serta kemudahan pada waktu malam. Wave 110 baru tersedia dalam enam pilihan warna bergaya iaitu Ungu Metalik, Merah Metalik dan Putih Mutiara, Merah Terang, Putih Mutiara, Hitam Mutiara dan Biru Metalik.

Harga atas jalan di antara RM4,588 hingga RM4,998. Wave 110 didatangkan dengan jaminan lajutan selama dua tahun atau 20,000km demi menghargai pelanggan.

secara harfiahnya, bila aku bandingkan dgn legenda 110, motor ni berat sikit dari legenda, tinggi sikit dari legenda.
ada 2 model, R dan RS.
rs dia bagi rim, e-starter.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2010 11:10 PM | Show all posts
kebanyakan review yg den baca
positif...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2010 09:54 AM | Show all posts
baca kat mana nii?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2010 10:39 AM | Show all posts
Reply 2# nik2121

betul ke nik..?? sbb wave100 dulu byk dengor komplen kurang kuasa...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2010 06:43 PM | Show all posts
menarik gak ni.
buleh la aku beli lagi 5 tawon.
pasal kriss 100 aku baru jek pakai dlm setawon

bajet aku biasa nya 5 ke 6 tawon baru tuko moto.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2010 07:06 PM | Show all posts
br semalam tengok kat kedai motor

cun jgk body nyer.. nmpk smart ler
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2010 08:32 PM | Show all posts
Reply 4# ryo_takahashi1

btul bang ryuk...
ada kat mbc tu...
ramai yg puas ati...

kalau nak banding kuasa ngan Lagenda 110, yg ni kat depan lg....
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2010 12:55 PM | Show all posts
Reply 7# nik2121

wooo... menarik gak tu... tapi body nampak kecik sikit la.... compare lagenda...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2010 01:28 PM | Show all posts
Kalo letak disc brake belakang lagi cun...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2010 09:12 PM | Show all posts
masih lum nampak org pkai moto ni kat ganu
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2010 12:22 AM | Show all posts
Reply 10# tuan_wu

ade doh la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2010 10:50 AM | Show all posts
motor ni boleh dikategorikan 'panas' tak mcm LC?
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2010 01:45 PM | Show all posts
top speed 91kmj je ke.. tu top speed kat speedo meter wave ni ke atau guna gps punya..

kalo guna 91kmj gps.. mmg  laju la.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2010 04:37 PM | Show all posts
Kalau ikut angka kuasa kuda dier memang kureng laa berbanding Wave 100, sebab sekitar 6.23 kW atau sekitar 8.79 PS jer... Honda Wave 100 lak kuasa kuda dier 8.9 PS...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2010 10:05 AM | Show all posts
Kalau ikut angka kuasa kuda dier memang kureng laa berbanding Wave 100, sebab sekitar 6.23 kW atau s ...
Squall-Leonhart Post at 26-5-2010 16:37


aik... wave110 lagi kureng dari wave100...??
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2010 11:26 AM | Show all posts
Kalau ikut angka kuasa kuda dier memang kureng laa berbanding Wave 100, sebab sekitar 6.23 kW atau s ...
Squall-Leonhart Post at 26-5-2010 04:37 PM


macam mana kira ye abe squall?
berminat nak tahu..
ajar boleh?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2010 11:26 AM | Show all posts
Figure yang diberi dalam unit kilowatt tu memang fire rasmi dalam risalah Wave 110. Kalau nak convert kilowatt ke bhp (brake horsepower), ko bahagi dgn 0.7547. Pastu, kalau nak convert ke PS lak, ko bahagi dgn 0.95 laa.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2010 02:53 PM | Show all posts
Figure yang diberi dalam unit kilowatt tu memang fire rasmi dalam risalah Wave 110. Kalau nak conver ...
Squall-Leonhart Post at 28-5-2010 11:26 AM


terima kaseh...
nnt teman nak cube kira2 lak hehe..
sonok dapat kira2 neh..
fizik2..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2010 01:35 PM | Show all posts
hujung bulan april ritu abah aku ada beli moto ni...

AKu tak reti nak komen banyak sebab bawak 2-3 kali .. tu pun gi kedai je... tunnggu balik kg lagi sekalik la.. bleh buat perbandingan ngan wave 125 yg kat umah tu...

satu benda je paling aku tak suka kat wave baru nih.... KEDUDUKAN SUIS HON & SIGNAL  dah berubah.. tempat signal jadik hon, tempat hon jadik signal.. Tiap kali aku nak belok (bagi signal) TER bunyik hon.. chetttttttt ape da... aku pun tak paham apa rasional diorang ubah kedudukan suis2 nih.. motor2 lain takde pun gatal nk ubah2 camni...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2010 11:26 AM | Show all posts
hujung bulan april ritu abah aku ada beli moto ni...

AKu tak reti nak komen banyak sebab bawak 2 ...
neotoxin Post at 2-6-2010 01:35 PM


keh, keh..keh
klako gak kume neih hehe..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 02:24 AM GMT+8 , Processed in 0.231048 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list