CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16669|Reply: 80

MEE goreng KAKI KATAK di kopitiam (OLD TOWN)......cakap halal..tapi???

[Copy link]
Post time 7-4-2010 03:32 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by dokter at 7-4-2010 15:39

     

KUALA LUMPUR 19 Mac – Sanggupkah anda menikmati hidangan mi gorengberlaukkan kaki katak seperti insiden yang menimpa seorang pelajar lelakiketika dia sedang menjamu selera bersama ahli keluarganya di sebuah kopitiam diBukit Tinggi, Klang baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam pada 11 Mac lalu, Aliff Shanaz, 23,terkejut apabila mendapati terdapat kaki katak dalam menu mi goreng yangdinikmatinya selepas tiga kali dia menyuap hidangan itu.

Sejurus selepas kejadian itu, dia terus mengadu kepada juruwang di kopitiamberkenaan yang kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada pengurus kedai makantersebut.

Katanya, beberapa pekerja kopitiam berkenaan telah mengambil gambar kaki katakdalam hidangan mi goreng itu selepas dia bertegas tidak akan memulangkanhidangan tersebut.

“Pengurus itu cuba pujuk saya dengan berjanji untuk menggantikan menu lain dan tidak mengenakanbayaran ke atas hidangan tersebut.

“Saya rasa tidak berpuas hati kerana pengurus tersebut gagal memberipenjelasan bagaimana kaki katak berkenaan boleh dimasukkan dalam menu makananyang saya pesan.

“Malah, saya turut meminta pengurus itu menandatangani laporan yang telahsaya buat untuk tindakan selanjutnya, bagaimanapun dia menolak dengan alasanarahan daripada pihak atasan,” katanya di sini hari ini.

Aliff kemudian turut mengambil gambar hidangan itu sebelum dibungkus dan dibawapulang sebagai bahan bukti.

Berikutan insiden itu, dia membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan DalamNegeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Jabatan Agama Islam Selangor sertasatu laporan polis di Balai Polis Klang pada 14 Mac lalu.

Pelajar tersebut turut membuat satu aduan kepada Persatuan Pengguna IslamMalaysia (PPIM) pada petang semalam.

Katanya, tindakan itu dibuat kerana dia tidak mahu insiden yang sama menimpaumat Islam lain supaya berhati-hati sekiranya berkunjung ke kopitiam.

Dalam pada itu, Setiausaha Kerja PPIM, Datuk Nadzim Johan memberitahu, pihaknyamenasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan sijil halal yangdigantung di kedai-kedai kopitiam.

“Pihak kami berharap kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadappengusaha-pengusaha kopitiam yang masih berdegil memohon sijil halal bagimakanan dan minuman untuk dijual di premis mereka,” katanya ketikadihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2010 03:48 PM | Show all posts
dah taw dah...
gelinye...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2010 03:48 PM | Show all posts
............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2010 03:56 PM | Show all posts
yeeekkk tapi nampak mazzell katak tuh macam kental je kan
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2010 03:56 PM | Show all posts
puiiiiiiiiiiiiiiiii geli siot
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2010 03:58 PM | Show all posts
pi la lagi kopitiam tu...ambk ko...mkn mee katak...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2010 03:58 PM | Show all posts
setau aku le..

old town kopitiam ni mana ada halal..
tapi tgk bukan main lagi org melayu dok lepak makan2 minum2 kat situ..ishk!!
dah terang lagi bersuluh...

uwekkk!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2010 04:01 PM | Show all posts
kaki nye ader?..tp dimanakah badannya?...
adakah dipotong2 utk dijadikan rencah mee goreng itu?...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2010 04:02 PM | Show all posts
allaaa...biasala, skang nie mane men warung melayu dah..kopitamla...moden sket....

selesa, ade wifi....ade kaki katak...jom reramai g kopitiam..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2010 04:05 PM | Show all posts
Ape ade heran....warong sup mamak anak tikis pun ade pernah jatuh dlm periuk Lemang pun dulu pernah ade anak katak...sejak akhir ni banyak KATAK2 buat huru hara
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2010 04:08 PM | Show all posts
setau aku le..

old town kopitiam ni mana ada halal..
tapi tgk bukan main lagi org melayu dok lepak makan2 minum2 kat situ..ishk!!
dah terang lagi bersuluh...

uwekkk!!
cai_yunk Post at 7-4-2010 15:58


haha santek punye peribahsa...aku rase katak tu dowang x semelih lar
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2010 04:09 PM | Show all posts
aku pelik diorang nih...dh kuar dlm kosmo terang2 kata kopitiam mostly tak halal, yg pegi bantai masuk gak apahal? hah! rasakan katak yg manis lg lemak berkrim dlm mee tu!
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2010 04:11 PM | Show all posts
geli dowhhhh................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2010 04:16 PM | Show all posts
STENDET LA TUH dowang nie tergolong dalam kalangan orang yang beruntung bab dapat makan ape yang kite xdpt....
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2010 04:19 PM | Show all posts
STENDET LA TUH dowang nie tergolong dalam kalangan orang yang beruntung bab dapat makan ape yang kite xdpt....
dokter Post at 7-4-2010 16:16


hehe...tul tul!
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2010 04:20 PM | Show all posts
loye tkk akuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2010 04:26 PM | Show all posts
dulu mak i penah dapat email. sijil halal OldTown tu untuk minuman je. makanan x dapat.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2010 04:26 PM | Show all posts
aaa...nak sngat makan kat kopitiam...rase la kaki katak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2010 04:37 PM | Show all posts
ape ke bengap la orang2 yang g makan kat ctu..pekejadahnye nak jge stended konon...sian pon ade...lau m'sia xde undang2 dah lame aku g tampo je dahi dorang..bengap ubi..bodoh sepat
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2010 12:52 PM | Show all posts
tahnye mcm stended sgt mkn kat kopitiam ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.067762 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list