CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4389|Reply: 16

Akaun dua KWSP

[Copy link]
Post time 7-4-2010 03:08 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Syd at 8-4-2010 10:16

Boleh keluar akaun dua KWSP kerana kebakaran
07/04/2010 1:29pm

KUALA LUMPUR 7 April - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh  mempertimbangkan permohonan ahli untuk pengeluaran wang dari akaun duaekoran kemusnahan rumah yang teruk akibat kebakaran.

Timbalan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, walaupun kebakaran tidak termasuk dalam istilah bencana namun untuk membolehkan pengeluaran wang simpanan dari akaun dua KWSP, pemohon mestilah memperolehi pengesahan daripada pihak berkuasa.

Beliau berkata, bagaimanapun ahli yang rumahnya terbabit dalam kebakaran perlu mendapatkan pengesahan pihak berkuasa sebelum mengemukakan permohonan dan permohonan sedemikian pernah diluluskan sebelum ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Tiong KingSing (BN-Bintulu) yang ingin tahu sama ada KWSP berhasrat untuk mengkaji semula perkataan bencana yang hanya melibatkan kejadian bencana alam seperti ribut, banjir, gempa bumi dan lain-lain yang mana kebakaran tidak diistilahkan sebagai bencana.

Katanya, pengeluaran untuk pembinaan semula rumah yang musnah kerana terbakar juga bergantung kepada jumlah simpanan pemohon di dalam akaun dua tersebut.

Pengeluaran yang boleh dibuat akibat kemusnahan rumah berdasarkannilai menyeluruh dan kerosakan rumah yang perlu dibangunkan semulasesudah terbakar.

Beliau juga meminta KWSP mempercepatkan proses permohonan pengeluaran wang dari akaun dua oleh mereka yang mengalami bencana.-Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-4-2010 03:10 PM | Show all posts
dulu;

akaun kedua nehh buat kuar beli computer bagai

yang biasa;
bayar duit umah
bayar duit yuran belajar (mcm ai)
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2010 04:44 PM | Show all posts
kiranya akaun 2 ni multipurpose la ek? akaun 1 jek yg tuk umo pencen.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2010 05:17 PM | Show all posts
patutnya KWSP tak combine akaun 3 dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2010 11:34 AM | Show all posts
dulu ada untuk renovate rumah kan?
skang takde dahh

kalo ada ai ler pertama isi borang
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2010 12:26 PM | Show all posts
3# 220796

tak jugak,akaun 1 leh keluarkan untuk invest kat unit trust...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2010 12:55 PM | Show all posts
3# 220796  

tak jugak,akaun 1 leh keluarkan untuk invest kat unit trust...
yus262 Post at 8-4-2010 12:26


cuma nya hasil invest tu xdapat d'kluarkan sblm waktunya la.sama je..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2010 03:18 PM | Show all posts
7# aqyueetda

o ye ke..setahu saya kalau invest kat unit trust, umur 50 dah leh ambik..keluarkan semua principal + dividen..

kalau letak je acc1 tu, kene umur 55 la..or kalau nak bersara awal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2010 04:05 PM | Show all posts
3# 220796  

tak jugak,akaun 1 leh keluarkan untuk invest kat unit trust...
yus262 Post at 8-4-2010 12:26


bukak kuarkan la dear....just park dlm unit trust (public mutual, cimb or amanah saham nasional) akaun....tp x boleh ambik gak duit tu sblm umo 55taun/pencen....means sama le mksudnye x boleh guna/ambik kuar kan? sy pon agen unit trust & ramai yg invest guna epf rather than cash......bukan smua duit tu boleh invest pon...ada table dia....just invest 20% je dari baki yg sepatutnya ada kat dlm tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2010 04:08 PM | Show all posts
8# yus262

rasenye tak boleh ambik umo 50taun....melainkan dia ambik pencen awal.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2010 10:07 AM | Show all posts
10# 220796

kan mmg bule kuar epf pad aumur 50 tahun... tapi 1/3 aje... bukan semua...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2010 11:23 AM | Show all posts
8# yus262  

rasenye tak boleh ambik umo 50taun....melainkan dia ambik pencen awal.....
220796 Post at 8-4-2010 16:08



eh, sory silap bagi info bukan umor 50 tapi umor 55..

maksud saya, kalau kita ade buat pengeluaran pelaburan dari akaun 1 epf, semasa umor 55tahun, kita boleh gi kaunter customer service company unit trust yg kita buat pelaburan tu dan mintak release letter untuk dimajukan kepada epf..

dengan cara ini, kita boleh keluarkan terus duit + dividen itu dari akaun unit trust..tak perlu la nak transfer balik ke akaun 1 epf tersebut...kalau tak nak keluarkan pun takpe, mainatin je la kat akaun unit trust tersebut..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2010 05:22 PM | Show all posts
11# ryo_takahashi1

1/3 ke 30% jek....tp klu dia ada invest dlm unit trust x boleh ambik had dlm tu punye....ambik had yg sedia ada kat dlm akaun 1.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2010 02:35 AM | Show all posts
Post Last Edit by capiloton at 11-4-2010 02:42

nak tanye..

untuk akaun 2 ni, konfem ke dah tak bole withdraw utk renovate umah?

lagi, katakan rumah tu harga RM140k..
katakan EPF aku, akaun 2 dah RM30k..
boleh ker kuarkan sumernyer untuk downpayment umah?
ker cuma boleh kuar 10 persen jer, RM14k?

sori, aku memang tak tau apa2..
baru nak beli umah ni..
harap bole share info terLATEST pasai akaun 2 nih..
mekasih..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2010 10:23 AM | Show all posts
14# capiloton

jumlah yg layak dikeluarkan..

harga rumah = RM140k...
Jumlah loan = RM120k...
beza = 140k - 120k = 20k + (10% dari harga rumah)
= 20k + 14k
= 34k

so jumlah maksimum pengeluaran dari akaun 2 KWSP adalah RM34,000

kalau rumah tu 100% loan = 10% dari harga rumah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2010 10:59 AM | Show all posts
boleh keluar sekali harung ke saving dalam akaun dua tu,
buat beli umah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2010 01:53 PM | Show all posts
16# Syd

boleh kot...ikut kiraan ryo tu....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 05:45 PM GMT+8 , Processed in 1.383136 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list