CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6980|Reply: 20

Melayu dlm US ARMY WW2

[Copy link]
Post time 2-4-2010 11:07 AM | Show all posts |Read mode
Aku nak tanya sapa-sapa yang ada simpam/tau cerita ni. Aku tak ingat nama dia something mcm Senu. Aku baca dalam majalah n cari balik tak jumpa dah. Majalah apa pun tak tau. Cerita dia macam ni. Dia ni asal dari keluarga yang berada jugak la. Dia ada cita2 nak jd pelakon di hollywood, dan dia pun pg la ke amerika. Kat sana dia tk dapat jd pelakon n tinggal secara haram di US. Kemudian WW2 meletus, US army buat kerahan tenaga, dan secara tak sengaja dia tertangkap. Untuk selamatkan diri dia mengaku sebagai keturunan polynesian dari hawaii. sebab dia mengaku dari hawaii dia diserapkan masuk US Navy. Taraf pendidikan dia tinggi (sekolah omputih kat Malaya), so dia cepat belajar dan dia jd somebody dlm kapal, berperang lawan jepun di pasific. Kemudian WW2 tamat, dia ditawarkan pangkat dlm armada pasific oleh USN sbb kemampuan n jasa dia. dia tolak n mengaku bukan american tapi Malay. Pegawai tu kerkejut sbb orang luar boleh lepas sampai tahap mcm tu. di tawarkan sama ada jd american atau pulang ke Malaya. pastu dia balik malaysia libatkan diri dlm politik n jadi somebody. Aku google cuma jumpa Tan Sri Senu Abdul Rahman. tapi biografi dia tak mention pasal ni. Sapa2 ada maklumat ni boleh share d tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2010 11:24 AM | Show all posts
Tan Sri Senu B. Abdul Rahman
        Duta Malaysia yang pertama ke Republik Indonesia pada tahun 1957.
       
         

       
Tan Sri Senu b. Abdul Rahman dilahirkan pada 10 Oktober 1919 di Jitra, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Jitra pada tahun 1927. Beliau melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Tanjung Malim (Maktab Perguruan Sultan Idris) pada tahun 1937 dan seterusnya melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Politik di Universiti of California, Los Angeles (UCLA) pada tahun 1948 dan memperolehi Ijazah Sarjana Sastera (Sains Politik) pada 1954.

Kerjaya :

    * Guru di Sekolah Sungai Korok Tinggi, Alor Star (1939-1941)
    * Pegawai di Jabatan Pelajaran (1942-1944)
    * Mempunyai pengalaman bekerja dengan Kedutaan Indonesia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (1954)
    * Duta Malaysia yang pertama ke Indonesia (1957-1962)
    * Duta Malaysia ke Jerman (1962)
    * Pengarah Pilihanraya Parti Perikatan (1964)
    * Menteri Penerangan dan Penyiaran yang pertama (1964)

Penglibatan politik :

    * Menubuhkan SABERKAS bersama-sama rakan (1943)
    * Setiausaha SABERKAS (1947-1948)
    * Setiausaha Agung UMNO di samping Setiausaha Bersama Parti Perikatan sehingga negara mencapai kemerdekaan tahun 1957.
    * Ahli Parlimen bagi kawasan Kubang Pasu Barat, Kedah
    * Setiausaha Agung UMNO (1968-1978)
    * Ahli Parlimen kawasan Kuala Kedah/ Langkawi menggantikan tempat YTM Tunku Abdul Rahman (1973)
    * Ahli parlimen kawasan Kuala Kedah (1974-1982)

Tan Sri Senu pernah bekerja di Jabatan Penerangan Jepun sebagai pelukis semasa zaman pemerintahan Jepun. Semasa zaman pemerintahan Siam (Thai) pula, beliau pernah bekerja di Jabatan Pelajaran, Kedah. Beliau juga berbakat dalam bidang penerbitan drama di mana beliau pernah menjadi produser semasa zaman pemerintahan Jepun dan Siam. Antara cerita yang dihasilkan ialah 'Aku Berdosa' dan 'Salah Pedoman'. Beliau juga terlibat dalam menyediakan satu dokumen yang berjudul 'Dasar Perjuangan UMNO' pada tahun 1956. Pada tahun 1960 an beliau dan rakan-rakanya bersama-sama menyusun buku yang bertajuk 'Revolusi Mental', yang mengandungi fikiran ahli politik sebagai panduan kepada orang Melayu dalam usaha mengubah dan meningkatkan pemikiran bagi mencapai kemajuan yang lebih tinggi.

Bagi menghargai dan sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran antaranya Bintang Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (P.G.D.K) pada tahun 1973 dan Panglima Mangku Negara (P.M.N) pada tahun 1988 oleh DYMM Yang di Pertuan Agong.
         
       

  mana 1 betul ni?
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2010 11:25 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2010 11:38 AM | Show all posts
Kalau ikut blog tu memang dia la orangnya. Tapi tak di ceritakan tentang dia join USN. Maybe pengalaman dia tu tak 'selari' dgn kerjaya politik dia. BTW cerita dia tu dikisahkan oleh waris dia (isteri or anak ppn tak pasti plak).
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2010 11:39 AM | Show all posts
citer lebih kurang mcm Syed Kechik...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2010 11:43 AM | Show all posts
5# svetlana
Siapa syed kecik? Share cerita dia.. sgt2 nak tau..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2010 11:56 AM | Show all posts
mungkinkah yg dimaksudkan tu ialah zain tajuddin atau dikenali jugak sbg monte zain?..dia  penah masuk us army. dan ada kaitan ngan senu abdul rahman.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2010 12:04 PM | Show all posts
Ni maklumat mengenai monte zain nih:

Monte Zain leaved his hometown of Alor Setar at the age of 20, he sailed as a seaman on a merchant ship on a voyage to the New World to pursue his unusual dream of becoming a Hollywood actor.

A young man of lesser character and determination would have been completely overwhelmed by cultural shock during his first week on American soil in June 1947 as he walked the streets of Harlem alone-surviving on bread and water from drinking fountains in New York Central Park - sleeping in subway trains and on park benches.

Deligence and thrift saw Monte Zain on the road towards an initial career as an actor. He studied and worked, sometime on three shifts in restaurant to support himself and his family back in Malaya, and not forgetting to set aside five dollars in a savings account from each paycheck to assist his friends in the "Saberkas" theater group to come to America for higher studies.

Life expose him to many types of people and interpersonal experiences. His likeness to Sabu of "The Elephant Boy" fame was a strong magnetic attraction in his many encounters with the opposite sex.

Circumtances beyond the control of mortal man intervened and short stopped his dream of a career on the Big Screen, but not before two of his Malayan friends came to join him in California for higher education opportunities. As for himself, Monte Zain joined the US Army, primarily, out of necessity and survival.

He finally became a citizen of the United States and settled permenantly in California with his Japanese-born soul mate.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-4-2010 12:13 PM | Show all posts
Mungkin jugak monte zain. Tapi seingat aku cerita Tan Sri Senu lebih sepadan dgn cerita yang aku baca. Monte zain jadi US citizen. Tapi Senu balik Malaya. Tan Sri Senu higher educational b'ground compare dgn monte zain. jd dia lg sepadan kalau dilantik jd pegawai...
Bab koyak pasport tu pun matching.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2010 12:17 PM | Show all posts
best jd monte zain, so cool...selamat tinggal malaya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2010 12:31 PM | Show all posts
Tak penah dengar plak cerita senu abd rahman penah masuk us army. Setahu aku cuma Monte zain saja yg masuk us army masa tuh. Monte zain penah jd warrant officer dlm army tuh. Masa Senu abd rahman ke us monte zain la yg tolong dia. Org panggil senu abd rahman sbg Ramon Senu kt US.

Kalau jumpa artikel yg ko baca tu orait jugak. nmpak mcm menarik.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2010 12:55 PM | Show all posts
5# svetlana
Senu abdul rahman, syed kechik ngan monte zain ada kaitan. Kisah hidup lebih kurang n saling kait. Mungkin sbb tu ada penulis konpius dan campur aduk kisah hidup kisah diorang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2010 12:59 PM | Show all posts
11# NBH
Mcm aku bgtau td, mungkin kerjaya politik dia tak membenarkan dia bercerita yang dia pernah berperang untuk orang lain di negara orang. BTW tahap nationalis dia ni boleh dikatakan 'ultra'. Sure kecoh kalau org dapat tau di berperang untuk US. Kalau jumpa aku scan. Tak salah aku majalah Perempuan. Sbb mak aku yang buat collection majalah ni. kalau tanya bila aku baca, rasanya 6-7 tahun lepas... semuanya dah blur. key word Hollywood, senu, monte zain n politik mmg aku ingat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2010 01:01 PM | Show all posts
Oooo... 2 org dari seberkas tu senu dgn syed kecik laa.. ok. benda baru ni..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2010 01:07 PM | Show all posts


Monte Zain

Promotion to U.S Army Warrant Officer 1966


Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2010 01:45 PM | Show all posts
pernah jumpa zain kat losatq...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2010 11:49 PM | Show all posts
17# genot Dia balik kg ka genot?
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2010 12:12 AM | Show all posts
18# NBH

benda ni lama dah aku ingat masa aku skolah rendah lagi, dia balik alo star masa upacara pelancaran buku dia kat muzium alo star. waktu2 tu kami bangga x ingat la (zaman2 jakun) ada anak jati kedah di US n dunia antarabangsa walaupon jd askar jah... aku x ingat tajok buku itu, pak aku ada beli masa kami berjumpa dia sembang2 kat situ.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2010 07:54 AM | Show all posts
Monte Zain pun tak berkhidmat masa WW2....
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2010 02:45 PM | Show all posts
genot, waktu hang jumpa dia, dia boleh cakap utara lagi tak..? atau slang2 US.. hehe
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 10:07 AM GMT+8 , Processed in 0.062749 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list