View: 19725|Reply: 63
|
Perodua bakal lancar MyVi 1.5 liter
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR 28 Feb. - Perodua bakal memperkenalkan model terbaru dari varian MyVi dengan enjin berkapasiti 1.5 liter menjelang suku pertama tahun depan.
Model itu mengambil model asas atau kerangka MyVi sedia ada dengan mengekalkan 'DNA' modelnya yang paling laris itu sambil membuat sedikit perubahan ke atas 'jelmaan baru' tersebut.
Pengarah Urusan Perodua Aminar Rashid Salleh ketika dihubungi Utusan Malaysiamengesahkan tentang pelancaran model itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang spesifikasi serta maklumat terperinci.
"Memang benar Perodua akan melancarkan varian MyVi 1.5 tetapi ia akan dilakukan pada tahun 2011, kemungkinan bulan April dan untuk model SE pula ia akan menampilkan wajah baru yang akan mencipta kejutan kepada para peminat kenderaan di Malaysia pada bulan Jun nanti," kata beliau.
Aminar yang tidak mahu mengulas lanjut tentang model itu, percaya MyVi terbaru itu akan menjadi taruhan Perodua untuk kekal sebagai pengeluar kereta nombor satu di Malaysia selama empat tahun berturut-turut.
Dalam pada itu, Aminar Rashid juga berkata, Perodua tidak bercadang untuk memperkenalkan model kereta hibrid ke pasaran tempatan.
Ini kerana katanya, pelaburan untuk model seumpama itu amat tinggi, lagipun model-model Perodua ketika ini telah terbukti mampu menawarkan penjimatan penggunaan bahan api.
"Kebanyakan pengeluar kereta memperkenalkan hibrid untuk menjimatkan penggunaan bahan api supaya lebih efisien dan mesra alam tetapi apa yang kami keluarkan telah memenuhi kehendak pasaran selain enjin kami tidak berkapasiti besar," katanya.
Beliau berkata, model-model Perodua sememangnya cukup efisien dari segi penggunaan bahan api serta mesra alam dan pengenalan model hibrid tidak akan dilakukan pada masa depan.
Bagaimanapun, Aminar Rashid tidak menolak sebarang kemungkinan yang wujud pada masa depan kerana perkara sedemikian adalah di luar kawalannya selain berdasarkan permintaan pasaran atau faktor-faktor lain.
ketuanan proton akan tergugat
|
|
|
|
|
|
|
|
mungkin sama dengan injin alza |
|
|
|
|
|
|
|
Memang meletup la perodua.. walaupun bukan betul zuriat malaysia..aku tetap respek cara quality umw control pekerja diorang...Proton..pintu belakang perdana payah nak rapat pun tak leh setel....aiya..potong la.. |
|
|
|
|
|
|
|
...bagus...syabas P2...:pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
waduh ....ni yg wat aku dah mula terfikir nak trade-in myvi 1.3 aku nih... |
|
|
|
|
|
|
|
harap rupanya jauh lebih hbt berbanding myvi skg
klu nilai estatik tu tinggi, enjin pun ok, org xkan komplen
cuma kena maintain kualiti la |
|
|
|
|
|
|
|
agak2 brapa ler harga nya nanti? vivah togel pun 30k,inikan plak maibi 1.5 |
|
|
|
|
|
|
|
watever org ckp psl myvi...2nd hand value keta ni tetap menten
1.5 with manual gearbox gonna be marbeles! |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti muka baru dia cam kodok tu kan..??Mmg mengejutkan... |
|
|
|
|
|
|
|
kalo beli produa serupa beli naza jgk la.
nama je made in malaysia tp brg semua dr oversea.
kalo btl2 patriotik, sokong lah proton.
btw aku rs kualiti proton ke produa ke sama jerk... |
|
|
|
|
|
|
|
Wahhhhh bagus....
Kalau ikut altikel tue model baru nie tak serupa Myvi sekarang kot....Agaknya design yg baru laa agaknya... |
|
|
|
|
|
|
|
Atau model lama akan obsolete... |
|
|
|
|
|
|
|
nama ja keta malaysia..
harga melambung2 gil |
|
|
|
|
|
|
|
enjin 1.5 tapi kalau handling macam tu jugak memang masak la, handling myvi ni memang hancusss |
|
|
|
|
|
|
| |
|