CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 45507|Reply: 247

CUN by OSMAN ALI

  [Copy link]
Post time 27-2-2010 12:26 PM | Show all posts |Read mode


"Cun" mengisahkan seorang pengacara TV,Luna (Maya Karin) membawa diri ke sebuah kampung terpencil setelahteman lelakinya curang. Di sana Luna jatuh cinta dengan seorang jejaka,Atan (Remy Ishak) dan juga kehidupan di kampung.

Selain daripada Maya dan Remy, Osman turut menyatukan semula pelakon"Anak Halal" yang lain iaitu Jehan Miskin dan Mislina Mustaffa. "Cun"yang kini sedang menjalani penggambaran turut dibarisi penyanyi NingBaizura, Kartina Aziz, Faezah Ilai, Marsha dan Nadiyatul Nissa. Filemini dijadualkan untuk tayangan pada penghujung tahun 2011.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-2-2010 12:29 PM | Show all posts
Cun temukan semula Maya dan Remy
Oleh SAFINA RAMLI
Gambar KAMAL BASIR




SETELAH berjaya mengegarkan pentas teater melalui Natrah, Maya Karin dan Remy Ishak bergandingan sekali lagi.
Kali ini bukan di pentas teater. Peminat bakal menyaksikan gandinganmantap kedua-dua pelakon ini dilayar perak melalui filem terbaru arahanOsman Ali.

Filem komedi romantik Cun terbitan Tayangan Unggul Sdn. Bhd.,yang memulakan penggambaran sejak penghujung Disember lalu ini memilihlokasi-lokasi indah di negeri Kedah untuk dipaparkan di layar perak.

Sebelum ini, Maya dan Remy pernah berlakon di bawah arahan Osman Ali dalam filem Anak Halal. Namun ketika itu, Remy hanya membawa watak pembantu manakala Maya menjadi pelakon utama di dalam filem tersebut.
Menurut Osman, skrip untuk filem ini telah siap sejak setahun yanglalu dan kawasan sawah padi di negeri Kedah sentiasa bermain difikirannya sewaktu menulis skrip itu.

"Maya dan Remy memang menepati kriteria utama yang diperlukan di dalam filem ini dan chemistry antara mereka melalui teater Natrah dipanjangkan ke dalam filem ini.

"Tajuk filem ini juga masih belum diputuskan dan tajuk Cunini digunakan buat sementara waktu sebelum saya mendapat ilham untuktajuk filem ini," ujarnya ketika ditemui di Hotel Regency, Alor Setardi sini baru-baru ini.
Osman memberitahu, setelah muncul dengan filem seram Puaka Tebing Biru, serta Anak Halal, dia ingin mempelbagaikan genre filem yang diarahkannya.

"Filem ini berbeza dengan filem-filem yang pernah saya arahkan kerana ini adalah filem komedi romantik yang pertama arahan saya.

"Selain daripada kisah cinta, filem ini juga sarat denganmesej-mesej kekeluargaan yang tersirat. Saya pasti selepas menontonfilem ini mereka yang tinggal di bandar akan terasa ingin segera pulangke kampung," katanya.

Jelas Osman, filem ini telah 30 peratus selesai dan penggambaran dijangka tamat sekitar Januari ini.

"Selain Kedah, penggambaran filem ini juga dibuat di Kuala Lumpur serta Kuala Perlis, Perlis.

"Saya yakin Cun akan dapat ditonton di pawagam pada Ogos inidan para penonton pasti akan teruja dengan jalan cerita dan kisah yangdipaparkan di dalam filem ini," ujarnya.

Bagi Maya, peluang untuk berlakon di bawah arahan Osman memang sentiasa di nanti-nantikan.

Tambahan pula, watak sebagai Luna Latisya di dalam filem ini jugaadalah watak yang berbeza dengan watak-watak berat yang sinonim denganMaya.

"Setelah muncul sebagai Bella dalam filem Pisau Cukur, saya mendapat maklum balas yang baik daripada para peminat yang suka melihat saya membawa watak-watak yang ringan.

"Saya juga ingin mempelbagaikan watak dan tidak mahu peminat hanya melihat saya membawa watak yang serius sahaja," katanya.

Ujarnya, dia jatuh cinta pada filem ini sebaik sahaja membaca skripbuat pertama kali dan dia amat gembira kerana berpeluang tinggal dikawasan sawah padi di Kedah.

"Saya suka suasana sawah padi di Kedah dan kalau boleh saya mahutinggal di sini lagi. Sayangnya penggambaran masih ada dan saya kenabalik ke Kuala Lumpur untuk menyelesaikannnya," ujar Maya.

Remy yang diberi tanggungjawab membawa watak Atan, budak kampungyang hidup bergelumang dengan lumpur dan bekerja di bendang, tidakmenghadapi masalah untuk menjiwainya.

"Selain itu, Atan yang dibesarkan oleh Tok Chah (Kartina Aziz) jugamemerlukan saya bercakap loghat Kedah dan nasib baik saya pernahtinggal di sini sewaktu kecil dan masih ingat loghat utara," katanya.

Di dalam filem ini, ujar Remy, dia menjadi anak kampung yang tidakpernah ke bandar dan pertemuannya dengan Luna, seorang pengacara progamrealiti gosip Meletups dari bandar membuka lembaran baru dalam diri Atan.

"Atan dan Luna datang dari dua dunia yang berbeza, mereka bertemudan jatuh cinta namun mereka keliru dengan hati dan perasaanmasing-masing.

"Dan untuk melihat bagaimana pengakhiran kisah ini, penonton perludatang dan lihat sendiri filem ini di pawagam nanti," katanya.

Selain Maya dan Remy, filem ini turut dibintangi oleh Ning Baizura,Kartina Aziz, Faezah Elai, Jehan Miskin, Nadia Nisha dan Mohd. ErzanShahwira.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2010 12:38 PM | Show all posts
penghujung 2011??
mak aii lmbat lg..
pesal film MIG kalu buat terus cepat je dpt tyangan kann?
film lain alahai berkurun baru masuk panggung...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2010 04:36 PM | Show all posts
kann tp tu tah kompom tah tidak 2011.... aku tnye remy ishak (kt fanpage), die ckp mayb akhir thn nih...

kalo terbitan MIG tu mmg cpt kuar tp kualiti???? ehehehehe x sabo nk ngok hasil tbaru osman ali.. mst best
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2010 05:18 PM | Show all posts
memang cun maya and remi...tapi remi lagi cun...
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2010 12:45 AM | Show all posts
faezah tu x pandai berlakon lah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-2-2010 12:51 AM | Show all posts
herm... harap2 la ok... sbb dlu tym crita anak halal tu... nmpk je best tp tak.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2010 01:15 AM | Show all posts
faezah tu x pandai berlakon lah...
melati_kesuma Post at 28-2-2010 00:45



satu cite je aku suka faezah tu belakon...
sutera maya ke pe...dia jadi tomboy...pandai gak dia...
tapi watak pompuan ghotic dlm hartamas tu tak best la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2010 01:17 AM | Show all posts
herm... harap2 la ok... sbb dlu tym crita anak halal tu... nmpk je best tp tak.
hijau88 Post at 28-2-2010 00:51




ok pe anak halal...
fasha cantik gila dlm cite tu...satu satunya cite yang aku nampak fasha bleh belakon...
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2010 01:21 AM | Show all posts
ok pe anak halal...
fasha cantik gila dlm cite tu...satu satunya cite yang aku nampak fasha bleh belakon...
ama17 Post at 28-2-2010 01:17


itulah aku rase fasha besh berlakon kan..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2010 01:22 AM | Show all posts
satu cite je aku suka faezah tu belakon...
sutera maya ke pe...dia jadi tomboy...pandai gak dia...
tapi watak pompuan ghotic dlm hartamas tu tak best la...
ama17 Post at 28-2-2010 01:15


emosi faezah cm tu aje..lemah tul kalau dia berlakon..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2010 01:30 AM | Show all posts
mesti banyak carut-marut cam cerita lain kan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2010 12:05 AM | Show all posts
aku curik dari gambar facebook member aku....hehehe...macam cun jer maya!
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2010 12:06 AM | Show all posts
maya ngan remy memang cun kalau main filem cinta!
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2010 12:09 AM | Show all posts
remy & maya memang cun!
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2010 12:09 AM | Show all posts
remy & maya memang cun!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2010 03:09 PM | Show all posts
kann tp tu tah kompom tah tidak 2011.... aku tnye remy ishak (kt fanpage), die ckp mayb akhir thn nih...

kalo terbitan MIG tu mmg cpt kuar tp kualiti???? ehehehehe x sabo nk ngok hasil tbaru osman  ...
shanew3stgalz Post at 27-2-2010 16:36


"Saya yakin Cun akan dapat ditonton di pawagam pada Ogos ini danpara penonton pasti akan teruja dengan jalan cerita dan kisahyangdipaparkan di dalam filem ini," ujarnya.- SEMAN ALI
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2010 07:03 PM | Show all posts
Ada babak filem ni yg buat kat Pasar Malam kat Kuala Sala.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2010 10:44 PM | Show all posts
jom download adnan sempit dulu...http://arenafreedownload.blogspot.com/
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2010 11:17 PM | Show all posts
mana fasha sanda....????
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.078346 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list