CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24406|Reply: 135

Kenali Diri Melalui Tarikh Lahir

[Copy link]
Post time 9-2-2010 09:04 PM | Show all posts |Read mode
Contoh

12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1

Root Number je....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-2-2010 09:05 PM | Show all posts
Root number 1

Mempunyai kebolehan dalam kebijaksanaan. Mempunyai kuasa analisis yang kuat. Dengan sentiasa membuat analisis, seseorang itu akan menjadi individu berilmu. Tetapi sekiranya seseorang itu membuat kesilapan dalam menganalisa, ianya akan menjadi "tamak". Nombor '1' juga merupakan seorang yang sangat teliti dalam semua perkara. individu yang sangat kreatif dan sangat peka. Sekiranya sikap kreatif dan sikap peka ini digunakan sepenuhnya atau diaktifkan, kekayaan sedang menunggu individu ini. Hiburan akan menjadi sesuatu yang baik dalam perhubungan awam. Kekayaan biasanya akan datang apabila umur mencapai 34 hingga 42 tahun. Seseorang yang telah dilahirkan sebagai pemimpin dan mempunyai kuasa yang kuat. Mempunyai semangat

Secara terperinci

Percaya dengan yakin, kuat terhadap prinsip diri sendiri...Emosional, menarik pengkhianat, berkitar tanpa matlamat...Sentiasa merancang untuk memperolehi keuntungan tetapi selalunya perlu bekerja sendirian untuk capai matlamat...Penyokong akan memberi nasihat; menarik minat perempuan...Rakan/penyokong anda akan membelakangi anda; disabotaj oleh penyokong anda...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2010 09:05 PM | Show all posts
ROOT NUMBER 2
Secara am Seorang yang mahir dan mempunyai personaliti yang menarik. Sentiasa bertenang dan peramah. Seorang yang sangat peka dan mementingkan kebersihan. Sangat rajin dan matang dalam pemikiran. Biasanya individu ini bergaul dengan golongan yang tua daripadanya. Individu ini mendengar nasihat yang diberikan tetapi mungkin tidak ikut. Sekiranya diberi tugasan,individu ini mempunyai kebolehan untuk mengikut. Individu ini sangat bagus dalam kerja P.R. Pencapaian dalam kehidupan ialah selepas 45 tahun. Kelemahannya pula individu ini menarik ramai orang suka bercakap jahat. Individu ini juga membawa cerita. Seorang yang sangat degil.

sikap secara detail

Perancang yang baik, teratur, tetapi kurang dari segi pelaksanaan...Perancang yang percaya kepada prinsipnya sendiri, membawa kejayaan...Wang ditipu, wang dibelanjakan dengan bijaksana, kedekut...Pelaburan akan berjaya...Penyokong anda akan memberi banyak tekanan, tetapi membawa kepada kejayaan; penyokong lelaki...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2010 09:06 PM | Show all posts
Root number 3

Aktif dan berpandangan jauh. Seorang yang tahu dan faham apa yang dia kehendaki. Berkebolehan dalam membezakan perkara baik dan jahat. JUga mempunyai kebolehan dan berbakat. Boleh menjadi kaya dan berharta. Individu ini akan berjaya dalam masyarakat sebelum umur 30 tahun. Perkara negatif ialah individu ini boleh menjadi terlalu agresif, tidak penyabar dan cepat panas baran. Individu ini mengambil  mudah sesuatu perkara dan tidak tegas (tidak munasabah) dan kadang kala seorang yang nakal. Suka berterus terang dalam berkata-kata menyebabkan terdapat turun naik dalam perhubungan. Sekiranya perhubungan ini tidak dijaga dengan baik, ianya boleh menyebabkan keretakan dalam perhubungan dan berlaku kekejaman.

Secara terperinci
Percaya dengan yakin, kuat terhadap prinsip diri sendiri...Seorang yang mempunyai karisma untuk menarik penyokong...Seseorang yang berprinsip, sangat mementingkan diri sendiri...Wang diperolehi tetapi secara 'tunggang terbalik' (atas dan bawah) => susah untuk menyimpan wang tunai...Penyokong akan memberi nasihat; menarik minat perempuan...Banyak idea perniagaan menghasilkan peluang-peluang perniagaan dan kejayaan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2010 09:06 PM | Show all posts
Root number 4

Individu yang suka belajar. Berbakat seni dan berjaya dalam peperiksaan. Boleh dipercayai dan mudah menyesuaikan diri dengan masyarakat. Mudah bersimpati dan berkarisma. Peramah,suka mengembara dan menyebabkan kehidupan sentiasa ceria. Seorang yang sangat berkebolehan sejak awal muda. Sekiranya individu ini merupakan seorang perempuan, dia akan merupakan seorang yang manja, bagus dalam P.R dan peramah. Individu ini mudah bangkit apabila gagal dalam kehidupan. Nombor '4' ini lemah dalam mengumpul kekayaan. Perlu berhati-hati dalam perhubungan atau dalam perkahwinan, sekiranya tidak berhati-hati boleh menyebabkan situasi yang tidak dijangka.

Berdikari, menarik pengkianat, membuat sesuatu dengan separuh hati...Lembut hati, suka bercakap / peramah, terlibat dengan perniagaan yang berorientasikan perkhidmatan...Sangat emosional, sangat agresif, sangat tidak penyabar...Wang diperolehi tetapi secara 'sentiasa turun dan naik=> susah untuk menyimpan wang tunai...Anda akan menemui ramai penasihat yang akan menberi kata-kata nasihat yang bernas...Perniagaan anda akan menghasilkan pulangan yang baik...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2010 09:07 PM | Show all posts
ROOT NUMBER 5

Penjelasan
Sifat yang sangat kuat. Dilahirkan dengan sikap kepimpinan yang kuat. Berkarisma dan boleh memimpin. Kebiasaannya memegang jawatan yang tinggi. Mempunyai daya naluri yang kuat dalam banyak perkara. Sangat rajin dan akan mencapai kejayaan dikemudian hari. Seorang yang realistik dan tegas (sangat munasabah) dan bukan suka berangan-angan. Sekiranya nombor '5' ini dimiliki oleh individu yang rendah dan miskin, individu ini akan menjadi seorang yang sangat degil dan keras kepala. Nombor '5' sepatutnya lebih relaks dan tidak cerewet dalam isu-isu kecil dan sekiranya individu ini lebih relaks dalam prinsipnya serta membuang sikap degilnya, maka individu ini akan menjadi seorang yang dihormati oleh semua orang


Keterangan diri individu pula dibawah:

Boleh memimpin dan menarik penyokong tetapi berakhir dengan tekanan...Seorang yang mempunyai karisma untuk menarik penyokong...Perancang dan penyampai yang baik, akan membawa kepada kejayaan dikemudian hari...Seseorang yang berprinsip, sangat mementingkan diri sendiri...Pelaburan yang tidak membawa pulangan, sibuk ke sana sini untuk menyara hidup...Perniagaan anda akan menghasilkan pulangan yang baik...

Kesihatan:
Mungkin mengalami masalah-
Masalah perut / pankreas / limpa, Masalah sistem imunisasi, Masalah Penghadaman / sendawa / buang angin, Kekurangan penyerapan, Masalah darah, Usus yang longgar, Anemia(kurang darah), Buasir, Terlebih berat atau kurang berat badan, Ketidakupayaan menerima nutrien...

Pekerjaan sesuai:

Perniagaan berasaskan Pekhidmatan, Minuman, Tenaga Buruh, Agensi Pembantu Rumah, Makanan Laut, Perkapalan, Loji Janakuasa Air, Kafe, Pakaian Renang, Agensi Pelancongan, Agensi Insuran, Pengurup Wang, Perdagangan, Pertunjukan Kebudayaan, Pekerja Bebas, Jurujual, Peniaga Gerai, Penapis Air, Internet, Ahli Silapmata, Stesen TV, Stesen Radio, Penyampai Berita, Wartawan, Posmen, Pemandu, Nelayan, Ahli Matematik, Ahli Falsafah, Diplomat...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-2-2010 09:07 PM | Show all posts
ROOT NUMBER 6

Ini adalah nombor untuk terus wujud atau hidup. '6' mengawal harta benda dan kekayaan. Sangat bersopan tetapi mempunyai citarasa yang tinggi dalam kehidupan. '6' akan berjaya dalam karier seperti pendidikan, kerja seni dan keagamaan. Individu ini akan menjadi popular dalam masyarakat. Perkara negatif pula ialah individu ini suka berbangga dan tidak akan mengambil kerja mudah. Individu ini tidak akan mendengar kata orang lain selain orang atasan tetapi mengambil berat tentang orang bawahan.

Secara individu:
Panas baran, sangat tidak penyabar...Sibuk ke sana sini, banyak tekanan...Seorang individu yang bercakap dengan bijaksana, penyampaian yang hebat...Sangat emosional, sentiasa sibuk...Seseorang yang berprinsip, sangat mementingkan diri sendiri...Mempunyai peluang untuk berusan dengan pegawai-pegawai tinggi kerajaan, hartawan, individu kaya, tetapi juga boleh memberi halangan kepada penyokongnya...

Pekerjaan sesuai
Perabot, Kertas, Pendidikan, Perpustakaan, Pertukangan, Pakaian, Kebudayaan Manusia, Buku, Studio Rekaan, Fabrik, Penanaman, Perladangan, Hortikultur, Perkebunan, Perhutanan, Kilang Papan, Perubatan Cina, Hospital, Perubatan, Keagamaan, Pelukis, Doktor, Ahli Farmasi, Guru, Penerbit, Profesor,  Pegawai Perhubungan, Pentadbir Pejabat...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2010 09:07 PM | Show all posts
Root number 8

Sangat pendiam, konservatif dan pasif tetapi seorang yang aktif dikalangan rakan-rakannya. Bertanggungjawab dan sangat bermoral. Seorang yang boleh dipercayai. Nombor '8' ini tidak akan mempermainkan orang lain tetapi kadang-kadang kabur dalam apa dilakukannya. Individu ini pelu pintar. Luaran nampak kuat tetapi sebenarnya seorang yang berhati lembut. Sangat berhati-hati dan percaya kepada perspektif diri yang kuat dan ini akan menyebabkan hilang sesuatu peluang.

Secara terperinci
Boleh memimpin dan menarik penyokong tetapi berakhir dengan tekanan...Merancang dengan berprinsip tetapi akan membawa kejayaan...Penyokong anda akan memberi banyak tekanan, tetapi membawa kepada kejayaan; penyokong lelaki...Perniagaan anda akan menghasilkan pulangan yang baik...Kerja anda tidak menghasilkan keputusan yang baik. Ianya banyak menghabiskan masa anda ke sana sini...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-2-2010 09:08 PM | Show all posts
Root number 9

Sangat optimistik dan berfikiran terbuka. Suka nampak cantik. Sangat beradab. Pintar, Peka dan sensitif. '9' tahu bila dan bagaimana untuk menyerang dan mempertahankan diri. Bagus dalam memenangi hati orang. Melakukan kerja dengan cepat dan berkebolehan dalam kerjanya tetapi bukan dalam terperinci atau khusus. Individu ini tidak mengambil berat orang bawahan. Luaran nampak kuat tetapi lembut didalam. Seorang yang emosional. Dikemudian hari individu ini tidak mempunyai ramai kawan dan akan kesepian. Tuah akan datang dipertengahan umur iaitu 35 tahun ke atas.

Terperinci secara individu

Suka bercakap / peramah, menarik pengkhianat tanpa disedari...Percaya dengan yakin, kuat terhadap prinsip diri sendiri...Seseorang yang mempunyai bakat dalam pelaburan, pelaburan akan membawa kepada kejayaan...Perancang yang percaya kepada prinsipnya sendiri, membawa kejayaan...Suka berbelanja besar, melabur dengan terburu-buru tetapi walaubagaimanapun membawa kejayaan...Penyokong akan memberi nasihat; menarik minat perempuan...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2010 09:36 PM | Show all posts
i no 9

kebanyakkannye betul esp part "Seorang yang emosional"
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2010 09:40 PM | Show all posts
Waaaaaa...Mana Root No. 7???
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2010 09:43 PM | Show all posts
aku nk tgk root no 7....huhuh
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2010 09:46 PM | Show all posts
thanks!!!  keep it up ..share lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2010 09:47 PM | Show all posts
aku lupa nak bagitau, root number 7 aku x jumpa...keh3
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2010 09:56 PM | Show all posts
root number 7 mana??  
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2010 09:56 PM | Show all posts
root number 7 mana??  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2010 09:56 PM | Show all posts
root 3, banyak betul yang bertentangan personaliti ni..
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2010 10:00 PM | Show all posts
root number 1...

"Percaya dengan yakin, kuat terhadap prinsip diri sendiri...Emosional, menarik pengkhianat, berkitar tanpa matlamat...Sentiasa merancang untuk memperolehi keuntungan tetapi selalunya perlu bekerja sendirian untuk capai matlamat...Penyokong akan memberi nasihat; menarik minat perempuan...Rakan/penyokong anda akan membelakangi anda; disabotaj oleh penyokong anda..."

i'm the exact opposite of that..
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2010 10:06 PM | Show all posts
aku lupa nak bagitau, root number 7 aku x jumpa...keh3
AadiGoth Post at 9-2-2010 21:47


haha.. lawak wey...
ni ko punye kajian/idea ko sendiri ke ko tau melalui bacaan?
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2010 10:07 PM | Show all posts
mine is root number 8
ade yg betul ade yg slh..tp yg plg ketara slh ialah "pendiam,konservatif.pasif"...coz iolls mmg sgt bising n byk ckp..ahhahahhaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.073176 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list