CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7513|Reply: 8

Teknologi Tercanggih Malaysia Dihasilkan Etnik Melayu Sahaja

[Copy link]
Post time 21-1-2010 03:47 AM | Show all posts |Read mode
Selang beberapa minggu ada saja ahli politik jumud yang akan tampil tertonggek-tonggek ke hadapan untuk menafikan hakikat keunggulan melayu dalam ekonomi & teknologi.
Tapi tak pernah langsung disertakan bukti. Semua hujah mereka hanya datang dari minda longlai masing-masing sahaja.
Dalam bidang ekonomi, kelebihan melayu ke atas kaum lain telahpun saya bincangkan dalam topik berasingan ini

http://mforum2.cari.com.my/viewthread.php?tid=459602&extra=page%3D1
http://mforum4.cari.com.my/viewthread.php?tid=462147&extra=page%3D1

Perihal teknologi pula setiap barangan canggih yang disenaraikan di bawah ini dikeluarkanhanya oleh kurang dari 20 syarikat sahaja di seluruh dunia. Begitulah secara kasarnya bagaimana saya takrifkan teknologi paras tertinggi.
Syarikat pengeluar Malaysia yang disebutkan pula semuanya sama ada milik kerajaan atau milik melayu. tapi yang pentingnya, saintis & jurutera terulung mereka hanya dari etnik melayu.

Enjin kereta bertaraf Euro-4 ---> Proton/Petronas & Perodua
Kamera resolusi tinggi yang mengorbit bumi ---> ATSB
Peralatan merekabentuk litar bersepadu ---> Exsedia
Penunu hidrogen untuk memotong keluli ---> GasTec
Monorail ---> Scomi
Platform kereta ---> Proton
Kotak gear automatik ---> Proton
Turbin gas & turbojet ---> Barakah Aerospace & Defense Engineering
Alat Modified Chemical Vapour Deposition (MCVD) ---> Sekumpulan syarikat dan institusi tempatan
Relau aruhan dan penuang keluli ---> Melewar Mycrosmelt Technology
Mesin hemodialisis ---> Chulia Facilities Management

Meskipun bukan setaraf dengan teknologi paras tertinggi yangtertera di atas,
peralatan berikut jugaboleh dikaitkan dengan tahap kecanggihan yang agak tinggi dan tidak dihasilkanoleh sembarangan negara.

Senapang tempur model LP01 hingga LP08 ---> Vita Berapi
Komponen & Penderia mikroelektrik ---> MIMOS, MEMSTECH
mikrokontroller ---> MyMs
Simulator ---> Sapura, Ikramatic
Komponen fotonik ---> Photronix
Guitar amplifier ---> Ceriatone
Penjana gas ---> GasTec
Enjin motosikal kecil bertaraf Euro-2 ---> Modenas
Bateri polimer lithium ---> APL Tech serta Unique Energy Solutions
Galas bebola/gelungsur ---> Gabung Aman
Kedap mekanikal ---> ProEight
Turbin hidroelektrik ---> One Hydro

Sesiapa ada kemusykilan berkenaan syarikat bukan melayu yang anda sangka telah berjaya hasilkan teknologi penting, sila sebutkannya di sini.
Saya tak akan ada sebarang masalah menyangkal tanggapan anda dengan membuktikan sama ada ia disalah anggap sebagai teknologi mencabar atau hanya sekadar berteraskan komponen penting yang masih terpaksa diimpot dari syarikat pengeluar di negara maju.
Sebagai contoh, mesin pemotong plasma yang dikeluarkan syarikat etnik cina Malaysia bergantung sepenuhnya kepada penunu plasma / oxyfuel dari amerika syarikat. Manakala mereka hanya perlu merekabentuk bahagian lain yang rendah tahap kecanggihannya.
Bandingkan dengan obor hidrogen ciptaan jurutera melayu di GasTec yang kini digunakan oleh
limbungan Tsuneishi serta sebuah pengeluar keluli terkemuka di jepun

Selain syarikat kerajaan & melayu ada juga syarikat etnik cina dan asing yang mengkomersilkan hasil aktiviti penyelidikan penyelidik atau profesor melayu .Antara teknologi penting yang sedang dikomersilkan ialah alat pembesar telaga minyak serta sejenis  kompresor. Kedua-duanya bukan saja dari kategori peralatan yang dianggap canggih malah kompresor terbabit mengandungi unsur inovatif yang telah dipatenkan. Last edited by BotakChinPeng on 5-1-2014 03:52 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2010 07:46 AM | Show all posts
minta maaf bertanya ATSB dananya datang dari syarikat induk ASTRO kan yang pemiliknya adalah ananda krishnan ?
cuma kebanyakan jurutera dan pekerjanya adalah orang melayu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2010 12:23 PM | Show all posts
2# alzan

Astronautic Technology Sdn Bhd ialah sebuah syarikat milik kerajaaan. Ia tak ada sebarang kaitan dengan ananda krishnan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2010 06:10 PM | Show all posts
Kaum bukan melayu juga ketinggalan dalam sektor kejuruteraan samudera.
Jika ditinjau limbungan di seluruh Malaysia, keupayaan membina kapal besar berharga lebih 100 juta dolar hanya dimiliki oleh syarikat kerajaan serta syarikat melayu..

Grade One {melayu)
MMHE (kerajaan)
Boustead (kerajaan)
NGV Tech (melayu)
Kencana (melayu)

Kebolehan membina kapal penggeruk berharga ratusan juta ringgit juga hanya ada pada syarikat melayu.,

Selat Melaka Shipbuilding Corp. Last edited by BotakChinPeng on 18-9-2013 03:21 PM

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2010 08:49 AM | Show all posts
punya la ramai kepakaran dalam malaysia merangkumi segala bidang, tapi konsultan luar jugak jadik pilihan. tu pasal bumbung roboh la. rahsia2 sulit negara diketahui israel la...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 02:04 PM | Show all posts
sepatutnya kepakaran anak melayu diiktiraf oleh  kerajaan,bukannya terlalu mengagungkan kepakaran luar sampai ada yang tak berminat nak kerja kat negara sendiri
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2010 10:20 PM | Show all posts
Aku nak mintak gaji macam consultant mat saleh la macam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2026 05:56 PM | Show all posts
SMH Rail, syarikat 52% pegangan Melayu, telah mengeksport lokomotif model H10 hasil rekabentuk mereka sendiri ke Tanzania.

Platform AMA yg dibangunkan oleh jurutera Proton digunakan oleh Geely untuk beberapa model kereta bagi pasaran beberapa negara lain.

AZR Technologies sedang menguji prototaip beberapa enjin besar dan sederhana bertaraf dunia.

Focus Applied Technologies, sebuah perusahaan 65% milik Melayu menghasilkan dynamometer 1000kW untuk pasaran asing termasuk Amerika Syarikat. Mereka juga punya rekabentuk penyuntik bahanapi LPG untuk enjin kenderaan.

OMNI Oil Technologies pula merupakan hanya satu dari beberapa kerat saja penghasil teknologi mata gerudi telaga minyak&gas di dunia. Diberitakan bahawa Schlumberger selama ini memasarkan produk OMNI ke 37 negara. Untuk sebuah perusahaan terbesar dunia dalam bidang perkakasan minyak&gas itu menjadi pengedar kepada OMNI sudah cukup bagi kita menyedari kehebatan syarikat Melayu ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2026 05:57 PM | Show all posts
Edited by pokaibanktokyo at 10-1-2026 10:00 AM

If you want to evaluate a nation's engineering prowess, one of the best ways is to look up their biggest mining machines. The bigger it is the higher it's technological capabilities. Osborne & Chappel International, entirely held by three second&third generation Malay owners is probably the only remaining bucket wheel dredge designer &builder in the world. These monsters are roughly 100m long and we're exported to Brazil, Africa, China, Myanmar and Indonesia. OCI Engineering also designs sophisticated mineral processing equipment for installation aboard the dredge as well as for ordinary mining sites.

Shan Poornam is 100% held by Cenviro which is in turn 70% owned by Khazanah, the federal government investment arm. It designs its own top-submerged-lace furnace (TSL) to process precious metals from e-waste. The number of companies worldwide which can design world class TSL furnaces can be counted with the fingers of only one hand. Shan Poornam also designs other ultra high technology metallurgical equipments such as condensers, reactors and furnaces for pyrometallurgy as well as hydrometallurgy. They have never exported any equipment yet but the fact that high purity platinum, palladium, gold and silver processed with their aforementioned equipments are readily purchased by international free open market clients goes to testify that all those in house designed capital equipments are second to none.

ABA Gas Technologies designed their own CNG compressor and highly engineered heat exchangers that turn gas into cryogenic liquids. From the unique shape and colour of the cryogenic pump in the photo below it can also be concluded that they also have their own LNG pump design installed at a client's glove factory.
https://www.abagastechnologies.c ... /img-6579_orig.jpeg

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 02:12 AM GMT+8 , Processed in 0.532507 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list