CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3433|Reply: 9

Tipu berat,logo halal

[Copy link]
Post time 18-1-2010 05:39 PM | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM: Bukan hanya menipu timbangan untuk mengaut untung berganda, sebuah syarikat mengilang kicap, sos cili dan sos tiram yang diserbu pihak berkuasa kelmarin turut dianggap melampau apabila didapati menggunakan logo halal palsu untuk memperdaya pengguna Islam.

RAMPAS...anggota penguat kuasa menurunkan sijil halal palsu di kilang kicap.
Perkara itu dibongkar selepas pihak penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan KPDNKK menyerbu kilang pengeluar utama produk makanan itu minggu lalu, selepas mendapati ia melakukan penipuan timbang.
Sumber Jais berkata, mesyuarat jawatankuasa halal, Jais pada Julai tahun lalu memutuskan untuk tidak memperakukan penggunaan logo halal seperti yang tertera pada pembungkus digunakan pada produk dipasarkan syarikat terbabit di pasaran tempatan. Menurut sumber ia berikutan kegagalan pemiliknya untuk mematuhi lima syarat utama dikenakan pada setiap syarikat yang memohon untuk mendapatkan perakuan dan dan kelulusan bagi menggunakan tanda logo halal pada produk mereka. “Antara syarat gagal dipatuhi adalah, ketika pemeriksaan kami mendapati syarikat terbabit tidak mengamalkan kebersihan premis untuk mengeluarkan produk makanan sekali gus menimbulkan keraguan berhubung kesucian makanan terbabit.
“Ketika pemeriksaan, syarikat juga tidak menggaji pekerja beragama Islam tempatan di bahagian proses mengeluarkan makanan, tiga daripada pekerja diragui tahap kesihatannya didapati tidak mempunyai suntikan pelalian untuk mengendalikan makanan.
“Kami tidak dapat memeriksa bahan mentah digunakan berikutan stor penyimpanan didapati berkunci, serta kegagalan pihak syarikat untuk mengemukakan sebarang rekod analisis bahan pengawet digunakan,” katanya.
Katanya, berikutan itu penggunaan logo halal tidak dibenarkan, dan pihak Jais memberikan tempoh sebulan pada syarikat untuk menukarkan bahan pembungkus mempunyai logo halal kepada pembungkus biasa.
Semalam Harian Metro, melaporkan sebuah kilang mengeluarkan kicap di Dengkil, diserbu penguat kuasa KPDNKK Selangor berikutan dikesan sengaja mengurangkan kuantiti berat botol produknya.




****ni produk brand ape ye...kalu sape sape tahu bagitahu le...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2010 06:08 PM | Show all posts
pergi web ondscene nanti dpt jawapan nye plus gambar2 lain..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2010 06:24 PM | Show all posts
sotkabar ni pung satu hal...alang2 dah masuk paper bagitau je la jenama apa...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2010 06:37 PM | Show all posts
tah.. bgtau je la jenama ape.. xyh cover2.. sng la kitorg nk berjg2
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2010 09:32 AM | Show all posts
sotkabar ni pung satu hal...alang2 dah masuk paper bagitau je la jenama apa...
zaujahzauji Post at 18-1-2010 18:24


biasanya sotkabar pun nak playsafe... silap sikit diorang pun boleh kena saman...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2010 12:31 PM | Show all posts
Haaaaaa...betul kata Ryo tu.....media takleh semborono kuarkan apa2 berita tanpa buat rujukan dulu....derang skang lebih kpd berhati2...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2010 06:22 PM | Show all posts
masalah jugak tu.. kalau dh pasti kenapa perlu disembunyikan... kot2 dh kenyang perut depa sbb tu senyap
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2010 01:47 AM | Show all posts
kalau bgtau kt cni bahaya ke? sory xtau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2010 10:34 AM | Show all posts
brand ape??
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2010 01:02 PM | Show all posts
suke betul la bagi cerita tak penuh nih... kalau camnih, baik tak payah cerita .. macam la ader satu je kilang kicap kat m'sia nih.... macam la ader satu brand kicap je kat sini.... kalau dalam islam , ape hukumnya nih...? menyembunyikan sesuate menda yg dah ternyata tidak halal dari pengetahuan org ramai??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 04:32 PM GMT+8 , Processed in 0.682733 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list