View: 23594|Reply: 46
|
JIZZZ... KLONG! KLONG! Kisah Dongeng Atau Lagenda Di Sabah...
[Copy link]
|
|
Kalau kat Pahang ada Naga Tasik Chini dan Melaka ada Pahlawan Hang Tuah sebagai contohnya... Kat Sabah ni ada cerita dongeng atau lagenda pepe tak...? Takkan takde kot...?
Jizzz... Klong! Klong! |
|
|
|
|
|
|
|
Kisah puteri santubong...~ |
|
|
|
|
|
|
|
Lagenda simpang mengayau...~ |
|
|
|
|
|
|
|
Errr...
Kisah puteri santubong...~
cruz_phymalion Post at 18/12/2009 07:33
Puteri Santubong tu bukan ke kesah lagenda kat negeri Sarawak...?
Jizzz... Klong! Klong! |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm...
Lagenda simpang mengayau...~
cruz_phymalion Post at 18/12/2009 07:36
Hapa citer pasal dia...?
Jizzz... Klong! Klong! |
|
|
|
|
|
|
|
Kisah puteri santubong...~
cruz_phymalion Post at 18-12-2009 07:33
ini hikayat dari sarawak geng... |
|
|
|
|
|
|
|
Lagenda simpang mengayau...~
cruz_phymalion Post at 18-12-2009 07:36
ah??? apa lagenda simpang mengayau ni???
aku sendiri tak pernah dengar |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau Lagenda sabah tentang individu, macam melaka dengan hang tuah, sabah ada Mat Salleh |
|
|
|
|
|
|
|
Hah!
Kalau Lagenda sabah tentang individu, macam melaka dengan hang tuah, sabah ada Mat Salleh
sixfullbar Post at 18/12/2009 18:45
Salah satu kesah yang aku kurang puas hati... Siket jer yang diceritakan dalam Sejarah Malaysia Tingkatan 5... Aku berminat nak tahu dengan lebih lanjut lagi...
Jizzz... Klong! Klong! |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dekat sabah, ada lagenda kononnya ada Naga di atas gunung kinabalu dan mutiara naganya. Tapi mutiara ni diambil oleh 2 orang putera dari negara China. kalau nak tahu apa selanjutnya, rajin2 lah p muzium sabah k |
|
|
|
|
|
|
|
Cerita Dongeng Kuala Penyu
MisteriLada dan Perigi Ajaib
Pulau tiga bukan sahaja terkenal sebagai sebuah destinasiperlancongan yang terkenal, bahkan juga menyimpan banyak misteri masa lampau. Menurut cerita orang tua-tua, pada zaman dahulu terdapatsepohon lada padi yang ajaib di pulau tersebut. Batang sehaja sebesar pokok kelapa yangsudah berbuah. Jika ingin memetik buahnya anda terpaksalah memanjat. Walaubagaimanapuntidak pula diketahui lokasi sebenar, tumbuhnya pokok tersebut.
Dalam pada itu terdapat juga cerita tentang kewujudansebuah Perigi Ajaib ditepi pantai pulau tersebut. Walaubagaimanapun tidak semua orangdapat melihat lada dan perigi ajaib tersebut. Kepada sesiapa sahaja yang membaca ruanganini dan secara kebetulan berpeluang berkunjung ke Pulau Tiga, jangan lepaskan peluang andauntuk bersiar-siar diseluruh kawasan pulau tersebut. Siapa tahu mungkin anda berpeluangmelihat lada ataupun perigi ajaib tersebut. Tetapi awas, jika anda gagal menemuinya janganmenangis, dan seandainya pula anda berjaya melihatnya jangan lupa bertanya nombor EmpatEkot kerana andalah orang yang "bertuah".
Batu Nousung
Mengikut cerita nenek moyang kita, kononnya dahulukala adaseorang perempuan tua dan seorang anak lelakinya. Mereka dua anak beranak ini bolehlahdikatakan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Apabila anak lelaki itu sudahdewasa maka mengembaralah ia seorang diri untuk mencari rezeki serta kemewahan. Selangbeberapa tahun menjadilah ia kaya daripada isternya yang didatangkan daripada orangberada. Si pemuda tadi bersama isterinya serta pengikut-pengikutnya belayar dengan sebuahkapal.
Apabila si ibu tadi sedar akan kepulangan anaknya dengangembira dan terharu ia menyambut kedatangan yang dinanti-nantikan. Alangkah terkejut siibu apabila si anak tadi tidak mengakui bahawa ia adalah ibunya. Dengan hati yang hancurlebur maka si ibu pun menyumpah anaknya. lalu dengan serta merta kapal yang dinaiki olehanknya tadi bersama pengikut-pengikutnya pun telah menjadi batu. Bentuk kapal ataupun batutersebut masih kelihatan berdiri megah juga di persisiran tanjung pantai sawangan KualaPenyu.
BatuPayau, Batu Kuyuk (Anjing)
Kononnya pada zaman dahulu, ada seorangpemburu. Pemburuini sedang memburu rusa dengan menggunakan dua ekor anjing. Oleh kerana binatang rusa initerlalu laju maka ketinggalanlah pemburu berkenaan di belakang. Lalu rusa tadipun menujuke laut dengan disusuli oleh anjing-anjing tadi. Tidak berapa lama maka sampailah pemburutadi ketempat dimana rusa itu berada. Alangkah terkejutnya pemburu tadi apabila mendapatirusa dan anjing-anjing telah bertukar menjadi batu. Sehingga sekarang batu-batu berkenaanmasih kelihatan dipersisiran tanjung Pantai Sawangan, Kuala Penyu.
Peristiwa Sedih di Sebuah Gua di Batu Luang
Peristiwa sedih ini berlaku dizamandahulu. Ketika itu adasepasang pengantin yang baru saja melansungkan perkahwinan mereka di rumah pangantinperempuan. Setelah beberapa hari mereka menaiki pelamin, maka tibalah pula masanya merekapulang ke rumah pengantin lelaki (maya wagu kata orang tatana). Dengan diringi olehkeluarga masing-masing maka berangkatlah kedua pengantin siduatu pagi yang indah. Ketikamereka hampir di batu Luang, tiba-tiba angin bertiup kencang, awan manjadi gelap dandiikuti oleh hujan dengan lebatnya.
Menyedari situasi tersebut mereka pun bergegas untukberlindung didalam sebuah gua yang kini dikenali Gua Batu Luang. Setelah hujan berhentimaka mereka mulalah keluar dari gua tersebut. Pengantin lelaki merupakan orang yang keduaterakhir keluar. Orang yang terakhir masih didalam gua tersebut ialah pengantin perempuan.Sebaik sahaja pengantin perempuan tersebut menghulurkan kedua tangannya untuk ditarik olehsuaminya, tiba-tiba tanah didalam gua itu mendak/turun. Sisuami cuba menyelamatkanisterinya sedaya upaya namun isterinya hanya sempat menghulurkan cincin perkahwinan merekalalu lesap ditelan bumi. Sejauh mana kebenaran cerita ini sukar untuk dibuktikan. yangnyata gua tersebut masih wujud hingga kehari ini.
Kredit untuk http://www.sabah.org.my |
|
|
|
|
|
|
|
Yang penah aq dngr tentang kisah buaya putih ngan kelambu.http://www.catcheye.com.my/join/?r=42215 |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam otak aku tetiba terlintas mitos TAMBUAKAR, sejenis raksasa laut yang serupa Ness.. ceritanya banyak dari mulut ke mulut oleh orang yang duduk di persisir pantai yang ramainya di huni oleh orang Bajau dan Brunei, siapa ada cerita, leh la share.. di harap momod rajin bagi tacang, baru ramai nak share info kat sini.. |
|
|
|
|
|
|
|
mat saleh - pahlawan sabah
antenom - pahlawan murut
korom - pahlawan murut gak |
|
|
|
|
|
|
|
kisah bukit adik beradik kat tenom (kemabong/tomani) pun menarik tp kurang ditonjolkan. |
|
|
|
|
|
|
|
9# AceHand
legenda mat saleh kat sabah bermacam2 variasi. ada sesetengah orang mengatakan dia ni ketua lanun aka perompak gitu. dia lawan british pun pasal kuasa/pangkat dia tu ditarik balik oleh pihak british gitu. for me sbg sabahan tak de lah bangga sangat ngan mat saleh ni, lawan british pasal kuasa/pangkat. |
|
|
|
|
|
|
|
10# kuppit
klu pasal gunung kinabalu ni, masing2 suku kaum di sabah ada crita sendiri. contoh kaum murut(timugon): Kononnya nama gunung kinabalu tu diambil dari seorang yg perempuan bernama :"balu". perempuan ni pula berkahwin ngan orang cina. lepas orang murut panggil orang cina ialah "kina". kononnya nama gunung tu di ambi sempena gabungan kedua-dua ni la. ok la ini cuma mitos gunung kinabalu bagi suku kaum murut timugon yg penah saya dengar dr org2 tua kat kg. |
|
|
|
|
|
|
|
pahlawan bagi suku kaum kadazandusun dikenali sbg monsopiad klu tak silap la. kononnya pahlawan ini terpaksa di bunuh oleh suku kaumnya sendiri kerana terlalu hauskan darah. maksudnya, pahlawan2 dari suku kaumnya dipaksa oleh monsopiad ni utk bertarung dgnnya hanya semata-mata melepaskan giannya. krn tu la dia terpaksa di bunuh oleh suku kaumnya. klu info salah tlg maafkan la saya. |
|
|
|
|
|
|
|
BALAN-BALAN korg tak nak share ka? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|