CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 67081|Reply: 15

boleh ke baca yaasin bertafsir tanpa air sembahyang

[Copy link]
Post time 9-12-2009 12:09 PM | Show all posts |Read mode
mek nak tanya pada yg arif, boleh ke baca yaasin yang bertafsir tanpa mengambil air sembahyang? mek nak sentiasa baca tuk arwah ayah mek yg baru mninggal pada jumaat 4 Disember 09..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2009 01:16 PM | Show all posts
takziah mek...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2009 02:50 PM | Show all posts
Blh je bc tapi degree pahala lbh kurang. Nk byk pahala baik amb wuduk saty huruf dpt 10 kebaikan kalau x silap
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2009 02:58 PM | Show all posts
mmg kalau ada saudara rapat meninggal baru2 rasa mcm nak baca yassin jek kan... rasa baik ambik wudhu dpt pahala everyword yg kita baca...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2009 04:49 PM | Show all posts
yup, berwudhu' lebih afdhol,
tp, kalau nak baca tafsir quran (esp. Yaasin) tanpa berwudhu', takde masalah..

kalo nak lagi mudah, beli aje buku surah Yaasin kecik siap terjemahan dan boleh letak dlm hand bag, cuma jaga2 jgn terlangkah buku surah tersebut sebagai memuliakan kalam Allah...
atau nak best lagi, kalo pakai henpon pintar, install aplikasi al-quran berserta terjemahan.
Boleh baca kat mana2, pasar, stesen bas, dlm keta, dlm LRT-Komuter atau di mana sahaja jika berkesempatan. Tak perlu wudhu' (dlm kes ini) dan niat sedekahkan pada arwah. Cuma larat tak larat je nak baca...dan yg penting istiqamah bacaannya, dan insya-Allah doa dari si anak akan sampai pada awah bapa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2009 10:05 AM | Show all posts
trima kasih smua..time waktu keja kejap2 nak ambil wuduk memang susah sikit..bila2 masa mek terasa rindu kat ayah mek nak baca yaasin. Masih terbayang lagi senyum, gurau senda ayah, kata2 nasihat ayah...rindu sgt kat arwah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-12-2009 11:53 AM | Show all posts
mek nak tanya pada yg arif, boleh ke baca yaasin yang bertafsir tanpa mengambil air sembahyang? mek nak sentiasa baca tuk arwah ayah mek yg baru mninggal pada jumaat 4 Disember 09..
mekma Post at 9-12-2009 11:09

soklan nk tnye bce tafisr aje ke @ bce yasin???
sory kurng phm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2009 12:50 PM | Show all posts
baca yaasin bertafsir...sbb kalu tak bertafsir kakak mek suruh ambik wuduk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2009 01:23 PM | Show all posts
Post Last Edit by sepok at 10-12-2009 13:29

sebenarnya, berwudhu' cukup mudah.

Citer bab wudhu' nie:

aku kalau berwudhu' utk solat sunnat dan baca quran,
basuh muka sekali (sambil niat masa sapu kat muka),
tangan kanan sekali, tangan kiri sekali, rambut (dahi) sekali, telinga kanan-kiri
secara serentak sekali (yg ni tak buat pun takpe- cuma sunnah),
dan kaki kanan serta kaki kiri sekali. Dah siap pun. Tak sampai 2 minit.
Dah pun mengangkat hadas kecil namanya.

Cuma kadang2 kalau nak solat fardhu, aku buat secara lengkap dan berturut-turut 3 kali.
Ikut kitab feqah, diulang mengambil anggota wudhu sebanyak 1 atau 2 kali atau 3 kali itu juga merupakan sunnah. Nabi SAW pernah amik wudhu' ulangan utk anggota wudhu' nya sebanyak sekali, pernah juga amik 2 kali dan sementelahan pula lah amik sebanyak 3 kali. Kesimpulannya, boleh belaka dari segi bilangannya.

Saiyidina Bilal Bin Rabah RA, kedengaran tapak kakinya dalam syurga hanya disebabkan beliau
sentiasa mengekalkan anggota wudhu'nya tidak kira utk solat atau di luar waktu solat.

Sedikit penambahan, katakan kita nak tajdid (perbaharui) sesuatu wudhu yang telah kita ambil. Dan kita masih yakin wudhu tersebut masih ada. Maka batalkan dulu wudhu lama sebelum bersedia utk amik wudhu baru. Orang lelaki senang buat kerja ni (nak batalkan wudhu'), just masuk bilik air, buat sesuatu yg boleh membatalkan wudhu seperti memegang kemaluan* pun dah batal, apa lagi kentut atau buang air kecil. Kaum perempuan tak pasti apa cara, sbb takde pengalaman.

Sebab kalau tak batalkan wudhu lama, wudhu baru tak terangkat, sbb kita bukan dalam berkedaan berhadas. Berwudhu ini ialah proses di mana kita nak mengangkat hadas. Bukan hadas besar ye. Hadas besar, terangkat denagn mandi junub (wajib).

*p.s - belajar feqah kena jelas, tiada istilah malu dalam menyampaikan kebenaran.

WALLAHUA'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2009 01:27 PM | Show all posts

Kalau baca ramai-ramai ?
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2009 01:27 PM | Show all posts
sekadar rujukan:

[5:6] Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan shalat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki, dan jika kamu junub maka mandilah, dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air, atau menyentuh perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (bersih); sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak hendak menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan ni'mat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur.

Al-Maidah : ayat 6
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2009 01:33 PM | Show all posts
dr zakir naik cakap boleh.. sedangkan maharaja rom yg berhadas besar tak mandi wajib tu pun pegang skroll yg bertuliskan ayat2 al-quran...
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2009 01:59 PM | Show all posts
Kalau baca ramai-ramai ?

cmf_houdini Post at 10-12-2009 13:27


Harus.

Ar-Rahman : ayat 60

" Bukankah tidak ada balasan amal yang baik melainkan
balasan yang baik juga?"

Soal doa orang lain sampai ke tak sampai pada arwah bapa seseorang yang meninggal
dunia kita serah sepenuhnya pada Allah SWT. Berjemaah dalam perkara kebaikan itu diberi pahala
(bukan kita mintak buat amal hanya nakkan pahala) yang berlipat ganda oleh Allah SWT.
Cth. baca quran bertadarrus beramai-ramai itu lebih aula (utama) dari baca secara bersendirian.
Jemaah lain boleh membetulkan bacaan kita seperti kesalahan tajwid, jika kita ada yg tersilap. Baca secara solo
mungkin akan melibatkan kesalahan dari segi kesalahan makhraj berserta tajwidnya.
Rasululllah ketika baca quran, malaikat jibril sebagai pendengar. Bila Jibril baca plak, nabi SAW mendengar.

Contoh lain, ucapan salam kita utk kebaikan saudara muslim kita yang lain pun (doa kesejahteraan) Allah SWT boleh angkat dan diterima sebagai doa, apatah lagi kalau kita baca ayat quran utk didoakan pada org lain. Serah pada Allah utk menilainya. HARUS utk Allah SWT terima dan HARUS juga utk Allah SWT menolaknya.


Wallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2009 10:27 AM | Show all posts
13# sepok

Alhamdulillah.. penerangan yg cukup terang & jelas sekali!!!! tk...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2009 04:54 PM | Show all posts
Assalamualaikum...mekma, takziah....saya pon baru 43 hari kematian ibu tersayang....sama2lah kita berdoa semoga arwah2 mereka ditempatkn di kalangan org2 yg beriman...saya ada kemusykilan gak, klu ada sapa2 yg arif mintak tolong jawab....

Saya ada baca buku Malam Pertama di Alam Barzakh....penulisnya dah lupa, tp translate dr bahasa Arab kot...

1)  Konfius tentang amalan baca Al-Quran dan disedekahkan kepada si mati, adakah pahala bacaan ayat2 suci tu akan sampai pada arwah? Dalam buku tu ada mengatakan semua tu tak betul...???

2)  Lagi satu kalau buat batu nesan & tapak kubur macam yg kita slalu buat skang ni boleh ker?? Dalam buku tu pon ada tulis perbuatan ni tak disukai Rasulullah (tanah kubur mesti sama level dengan tanah )

3)  Sedekah atas nama si mati, sampai tak pahala sedekah tu pada si mati??

Wassalam...

p/s   sori mekma, kacau benang you...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2009 01:29 PM | Show all posts
Assalamualaikum...mekma, takziah....saya pon baru 43 hari kematian ibu tersayang....sama2lah kita berdoa semoga arwah2 mereka ditempatkn di kalangan org2 yg beriman...saya ada kemusykilan gak, klu ada ...
2gethergether Post at 15-12-2009 16:54


trima kasih..tak de masalah, takziah jugak tuk awak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 09:52 AM GMT+8 , Processed in 0.251323 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list