CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: putra_bengal

All ABout Sugar Glider

[Copy link]
 Author| Post time 4-3-2008 10:39 AM | Show all posts

Balas #120 ezreefa\ catat

hehehe penjagaannya agak berbeza dengan hamster... pemakanan dia pun lain.. dari segi penjagaan agak cerewet berbanding hamster.... tapi keunikkan dia membuatkan org terpegun....

selalunya beranak dalam dua ekor jer atau tunggal jer.. betina mempunyai kantung seperti kangaroo utk simpan anaknya sehingga ia leh keluar sendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2008 02:10 PM | Show all posts

Reply #121 putra_bengal's post

putra...
kalu bela seko je bleh survive ker??
ker mmg kne bela sepasang??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2008 03:22 PM | Show all posts

Balas #122 switnesz\ catat

apa2 makluk ciptaan tuhan ni dicipta berpasangan... lebih afdaL bela sepasang.. sekor pun boleh.. tp takut dia stress duk sorg2.. nanti nyawan pun maybe tak panjang.. lg satu kalau betina beranak jangan sesekali bg dia stress, terkejut kan dia ker.. nanti dia akan makan anaknya.. seperti hamster gak.. tunggu anak dia kuar kantung baru leh pegang..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2008 04:03 PM | Show all posts

Reply #123 putra_bengal's post

kalu seko, terpakse la aku berkawan ng SG tuh smpai dier xstress. huhuu..

btw, dari personal experience ko, susah x adopt SG nih??
maksud aku dari pembahagian mase la, memandangkan keje aku ade pasang surut, ade mase bz sgt ade mase lapang sgt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2008 04:44 PM | Show all posts

Balas #124 switnesz\ catat

bg aku kalau ko minat tak menjadi masalah.. yang penting ko kena sabar.. rajin2 tukar tempat taik dia.. kencing dia ni berbau skit.. lebih2 kalau makan ulat n buah.. memang terabur.. hhehehe....

by the way mereka aktif waktu malam.. siiang mereka tidur ja...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2008 02:29 AM | Show all posts
wah..ku semakin kagum nih...
xper2..bulan depan aku bli sg n guinea pig skalih...
nk variety kan pet shop aku nih..
senang aku deal ngn owner pet shop yg aku slalu anto hamster tuh..
wah..bab2 bisnes x leh tolak nih..
wakakaka...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2008 01:04 PM | Show all posts
Alamak! Baru tak join dah mcm2 korg bincang..

Ok takpe, meh sini aku explain pasal glider nih kalau korg kurang faham.

Sugar glider merupakan haiwan marsupial kecil yang berasal dari Australia, Papua New
Guinea dan Indonesia. Mereka adalah haiwan yang hidup secara berkoloni. Di dalam
hutan, mereka tinggal dalam koloni lebih kurang 10-15 ekor. Diorg ni bukan adik beradik tupai tapi, diorg abik beradik kangaroo, dia ade kantung kat perut dia mcm kangaroo. Mereka juga merupakan
haiwan malam yang akan menghabiskan masa siangnya untuk tidur dan berjaga diwaktu
malam untuk mencari makanan dan aktif sehingga awal pagi. Tapi kalau korg train dia bangun siang dan tidur malam, lama2 dia boleh adapt dgn environment tu.

Sugar glider adalah haiwan peliharaan eksotik dikebanyakan negara sekarang. Mereka
sangat berbeza dengan haiwan domestik lain seperti hamster dan tikus. Mereka
mempunyai personaliti tersendiri, mood, sensitif dan merupakan haiwan yang istimewa
dan bijak dalam saiz yang kecil. Kerap disalah tanggap sebagi tupai terbang, sugar glider
boleh dipelihara dengan mudah atau susah bergantung kepada tahap pengetahuan anda
mengenainya. Penjagaan umum mereka memerlukan lebih banyak perhatian dan interaksi dengan manusia. Bayangkan
kerenah seorang kanak-kanak berusia 3 tahun yang memerlukan banyak perhatian
serta kadang-kadang manja dan kadang-kadang menjengkilkan, begitulah hampirnya
persamaan penjagaan sugar glider yang sebenarnya.

Oleh kerana sugar glider haiwan berkoloni, mereka biasa hidup berkawan. Jika dipelihara
secara individu dan tidak mendapat perhatian yang sepenuhnya, mereka boleh mati
kesunyian. Tetapi dengan penjagaan yang betul dari segi diet, interaksi dan keseluruhan,
mereka boleh hidup sehingga 10-15 tahun lamanya. Memang disuggest utk pelihara sepasang, tapi kalau nak pelihara seekor pon boleh. Janji korg kena luang mase dgn dia. Dia ni juga dikenali sbg pocket pet, sbb korg leh simpan dia dlm pocket korg sambli bwk jalan2. biarkan dia tidur dlm poket korg pon dikira sbg luang mase dgn diorg.

Dia makan buah dan ulat yg boleh dibeli kat kedai ikan tu. ala, ulat kecik2 tu. Maintenance dia aku rase tak semahal hamster atau guinea pig sbb korg cuma perlu beli ulat dan buah.

Hurm, ade lagi ke soalan tak terjawab?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2008 01:14 PM | Show all posts
Gambar2 comel baby sugar glider..











Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2008 10:18 PM | Show all posts
PEMBETULAN

Aku ade bace sebelum ni yg ade org post name melayu sugar glider adalah 'kubung'.
Sebenarnye salah. Kubung tu binatang terlindung di Malaysia. Kubung hidup liar di hutan2 Malaysia.
Nama inggeris utk kubung adalah 'Flying Lemur'.
Nah aku bagi contoh gambar..
(sorry, aku tak tau nak resize gambar nih..)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2008 12:51 AM | Show all posts
takot akuh tgok kubung tuh...
adoi..makin terpikat beb ngn sg nih...
bilik ku makin sempit lah ngn minatang2 ku....
waaa.................
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2008 12:45 AM | Show all posts
sugar glider ni kuat kencing. tu yg sha x minat nak bela.
sha tolong bos jual pet, kadang2 letak SG dekat bahu.
banyak kali kena kencing

tp memang comel. tp SG yg jenis bising, bunyi dia kuat sgt.
kdg2 tebdion gak. asal kita dekat dengan dia, dia bunyi bising2.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2008 01:43 PM | Show all posts
yg bising tu belum jinak atau belum 'bond' dgn kite..
sekali dia dah kenal dan selesa dgn kite, dia tak bunyik langsung..
same la mcm anjing..

bab kencing2 ni susah nak ckp..
sugar glider ni pembersih sket..
so diorg tak berak & kencing dlm tmpt tidur dia..
so benda pertama dia buat lepas keluar mesti la tu..


yg jantan je kuat kencing sbnrnye..
sbb dgn air kencing tu, dia tanda kawasan..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2008 02:18 PM | Show all posts
nak tanya sket

1) sugar glider ni senang kene skin problem tak?... mandi die macam mane?

2) diet die mcm mane pulak?... ade yg kate tak boleh bagi mkn cacing 2 bebanyak  biar banyak mkn buah

3) vaccin die & cost ... semua vet boleh ke? termasuk yg kerajaan punya...

4) die gigit tak?... bahaya tak utk budak2 kecik

sorry lah ye banyak benou soklan.... muskil lah .....
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2008 01:05 AM | Show all posts
nak jawab sket

1) sugar glider tak mudah kena skin problem. dia berbeza dgn haiwan berbulu yang lain. diorg tak perlu mandi sbb sugar glider nih mmg binatang pembersih. ada pun org cume lap diorg dgn baby wipe.. tapi sbnrnye diorg ni tak perlu mandi atau ape pon..

2) diorg perlu mkn byk buah2n dan protein. protein tuh boleh dpt dr ulat, kalau yg malas nak tgk ulat tu, leh bg telur atau ayam yg direbus.

3) vaccine tak perlu. diorg nih bukan besar mcm anjing atau kucing. setakat ni hanye ade 2 je vet yg boleh dipercayai di selangor. tmpt lain aku tak tau. diorg ni binatang exotic, so kena refer vet yg tau pasal exotic pets.. bukan dog/cat vets!

4) mmg dia gigit, kalau yg liar gigit.. kalau yg jinak pon gigit, tapi gigit manja.. gigit dia rasanye tak perlu risau, cume korg kena jage2 dgn kuku dia kalau terlalu panjang mungkin boleh menyebabkan kesakitan pada kulit kalau korg bg dia main atas badan.. tu je..

sorry lah ye banyak benou jawab soklan.... semoga dah tak muskil lah .....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2008 02:35 PM | Show all posts
Originally posted by texas at 19-3-2008 01:05 AM
nak jawab sket

1) sugar glider tak mudah kena skin problem. dia berbeza dgn haiwan berbulu yang lain. diorg tak perlu mandi sbb sugar glider nih mmg binatang pembersih. ada pun org cume lap di ...


thanks 4 d info....
texas dah lame bele sugar glidder ke?
yang gigit gigit 2 mcm kucing jugak lah yeee... gigit manja gitu...
tak payah potong ke kuku die?

simpan dalam poket ...2 yang best 2
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2008 11:14 PM | Show all posts

Reply #132 texas's post

huhu..
yg jinak lg bisg..
mnyalak cam puppy nk suh main ngn die mlm2 buta..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2008 02:51 PM | Show all posts

Sugar Glider [by bonai]

Terima kasih kepada mereka yang setia menanti kemunculan thread ini.
Penghargaan kepada Hun & Diana.
**Bahagian 1 updated!


~ SUGAR GLIDER ~

3 perkataan utk describe: Comel! Nakal! Manja!

Sugar glider adalah haiwan 'marsupial' yang telah diambil sebagai binatang peliharaan eksotik di kebanyakan negara. Mereka tidak tergolong dan berbeza dari keluarga 'rodent', contohnya tikus, hamster dan lain-lain. Mereka mempunyai karakter, perasaan dan segala sifat yang paling manis untuk seekor binatang peliharaan yang kecil. Sering kali disalah anggap sebagai tupai terbang, memelihara sugar glider adakalanya mudah dan adakalanya leceh. Penjagaan umum mereka jauh lebih rumit dari 'rodent' dan mereka memerlukan kasih sayang dan perhatian daripada pemiliknya. Bayangkan karenah budak berumur 3 tahun? Adakalanya seronok melayan mereka, ada kalanya menyakitkan hati. Mereka pintar mengambil perhatian kita dan gemar bermain.

Sugar glider berasal dari Indonesia, New Guinea, New Zealand dan Australia. Kebanyakan sugar glider yang diambil sebagai binatang peliharaan di Malaysia berasal dari Indonesia kerana kebanyakan negara lain tidak membenarkan sugar glider dieksport. Sugar glider liar hidup di pokok atau membuat sarang di tumbuh-tumbuhan dan mereka tinggal dalam koloni seramai 6 - 15 ekor.

Mereka adalah haiwan yang berjaga malam dan menghabiskan kebanyakan waktu siang untuk tidur. Sugar glider dewasa berukuran lebih kurang seekor tupai terbang, kira-kira 5 - 7 inci panjang daripada hujung hidung hingga ke hujung badan (tidak termasuk ekor). Sugar glider dewasa yang normal selalunya mempunyai berat badan dalam lingkungan 120gm. Ekor sugar glider panjang dan gebu, selalunya lebih panjang daripada badan mereka.

Baby sugar glider (dikenali sebagai 'joey') selalunya berwarna kelabu, dan warna mereka akan berumur seiring dengan penambahan usia mereka. Di Malaysia kita ada sugar glider yang kelabu dan juga yang coklat. Kebanyakan yang coklat terjadi kerana tinggal di dalam tempurung. Oleh itu kalau tak nak sugar glider soklat, jangan letak dalam tempurung ye. Apa pon warna sugar glider, itu adalah keunikan mereka. Jadi anda tidak perlu risau tentang ini.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ok, basicly sugar glider nih bukan dari keturunan tupai atau tikus, diorg nih lebih kepada kangaroo. Asal usul dia pon Australia. Ape pon kebanyakan yang ade kat Malaysia ni dari Indonesia. Tapi yang baby semuanye breed kat Malaysia. Sugar glider betina ade kantung dekat perut dia macam kangaroo.


Sugar glider makan buah2an & ulat utk protein. Diorg nih golongan haiwan berjage malam. Kalau yang liar memang gigit dan lari tapi kalau yang jinak punye dia lebih suka duduk dgn kite.


Nah, wat sementara waktu nih layankan gambar-gambar nih dulu.


Ini adalah 'Ted Bundy', salah satu daripada 11 sugar glider yang aku ade... hehe


Ini girlfriend Ted Bundy..


inilah rupe tempat tinggal ted bundy..

p/s - sorry, aku pening translate, nanti dah siap aku post. ape pon aku akan update setiap hari.. jgn risau


[ Last edited by  bonai at 1-5-2008 03:15 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2008 11:54 AM | Show all posts
waah aku pun teringin nak bbela satu tapi mahal beb
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2008 02:28 PM | Show all posts
hehe jap.. aku tgh dlm proses translate ke bahasa melayu nih..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2008 08:29 PM | Show all posts
bila nak update nyer nih??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.068172 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list