CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: abuzar

Golongan anti hadis = sesat

[Copy link]
Post time 7-6-2010 09:25 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 7-6-2010 09:28
Betul kata saudara.
AlQuran hanya mengatakan "Dirikanlah Solat".
tetapi solat apa?
wajib ke sunat?
bila waktunya?
dan bagaimana cara-caranya?
dan seterusnya.

so, mahu tak mahu antihadis terpaksalah merujuk kembali kitab hadis.
sirrikhafi Post at 4-6-2010 18:51


So dengan tidak menerangkan tatacara sembahyang yang lengkap dalam AL Quran, maka Allah meletakkan manusia dalam keadaan no choice , suka tak suka kena laa jugak bergantung kat sunnah Nabi , kan.

So sunnah Nabi sudah semestinya turut di pelihara Allah sebagai sumber yang sahih la , kalau tidak buat apa Allah nak letakkan kita dalam keadaan no choice gitu  .

Cuba fikir balik, takkanlah Allah suruh kita bergantung kat sumber tak di peliharaNya pulak untuk rujukan ibadah penting macam sembahyang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2010 01:36 PM | Show all posts
Post Last Edit by sirrikhafi at 7-6-2010 15:18

So dengan tidak menerangkan tatacara sembahyang yang lengkap dalam AL Quran,
maka Allah meletakkan manusia dalam keadaan no choice,


Apakah benar AlQuran langsung tidak menerangkan tatacara solat yg lengkap?
apakah bukti &dalilnya?

Katakanlah:
Tunjukkanlah oleh kamu akan bukti-bukti kamu jika kamu adalah org-org yg benar.
Al-Baqarah: 111.


bahkan ALLAH sendiri telah menyatakan bahawa AlQuran itu kitab yg menjelaskan bagi segala sesuatu:

Dan Kami telah menurunkan ke atas engkau Kitab yg menjelaskan bagi setiap sesuatu dan sebagai petunjuk dan rahmat dan berita gembira bagi org-org yg menyerah diri.
An-Nahl: 89


ini menunjukkan bahawa,
tatacara solat yg lengkap itu sudah semestinya ada di sebut di dlm AlQuran.



So sunnah Nabi sudah semestinya turut di pelihara Allah sebagai sumber yang sahih la ,
kalau tidak buat apa Allah nak letakkan kita dalam keadaan no choice gitu.


Apakah bukti &dalil nya ALLAH "meletakkan kita dlm keadaan no choice?"

Katakanlah:
Tunjukkanlah oleh kamu akan bukti-bukti kamu jika kamu adalah org-org yg benar.
Al-Baqarah: 111.





Cuba fikir balik,
takkanlah Allah suruh kita bergantung kat sumber tak di peliharaNya pulak
untuk rujukan ibadah penting macam sembahyang.


Apakah ALLAH ada menyuruh muslim supaya hanya bergantung dgn sumber-sumber yg tak di pelihara Nya,
seperti sumber Hadis& Sejarah?
bukankah ALLAH telah mengurniakan kpd manusia akan sumber yg benar-benar Dia jamin akan penjagaan& pemeliharaannya,
yaitu AlQuran:

Sesungguhnya Kamilah yg menurunkan peringatan ini dan sesungguhnya Kami lah yg benar-benar memelihara bagi nya.
al Hijr: 9


Nah! Cubalah fikir balik &bacalah AlQuran banyak-banyak.




WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2010 03:20 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 7-6-2010 15:34
Apakah benar AlQuran tidak menerangkan tatacara solat yg lengkap?
apakah bukti &dalilnya?....



sirrikhafi Post at 7-6-2010 13:36


Kalau semua dah lengkap dalam Quran seperti yang kau sundri kata,  jadi kenapa antiihadis nak kena rujuk hadis pulak untuk tahu cara-cara sembahyang ? Patutnya tak payah dah la kalau semua cara-cara sembahyang dah ada lengkap dalam Quran!

Kau yang kata antihadis mahu tak mahu kena jugak rujuk hadis untuk tahu cara-cara sembahyang di post kau bawah ni haaa (perkataan kau sundri yang aku merahkan tu ) .

Betul kata saudara.
AlQuran hanya mengatakan "Dirikanlah Solat".
tetapi solat apa?
wajib ke sunat?
bila waktunya?
dan bagaimana cara-caranya?
dan seterusnya.

so, mahu tak mahu antihadis terpaksalah merujuk kembali kitab hadis.

sirrikhafi Post at 4-6-2010 18:51














Apakah ALLAH ada menyuruh muslim supaya bergantung dgn sumber yg tak di pelihara Nya seperti sumber Hadis& Sejarah?
bukankah ALLAH telah mengurniakan kpd manusia akan sumber yg benar-benar Dia jamin akan penjagaan& pemeliharaannya,
yaitu AlQuran:
sirrikhafi Post at 7-6-2010 13:36


Perkataan kau sundri yang aku merahkan kat bawah ni jugaklah yang kata antihadis jadikan sejarah rujukan kedua .

Jadinya antihadis punya rujukan kedua memang kau sundri akui tak di pelihara Allah laa . Kalau tak di pelihara Allah maka pasai apa antihadis dok pi bergantung juga pada sejarah sebagai rujukan kedua ?


sebenarnya anti hadis tidaklah menolak hadis secara keseluruhan kerana hadis itu adalah sebahagian sejarah islam dan sebetulnya golongan anti hadis menjadikan sejarah sebagai rujukan kedua selepas AlQuran
sirrikhafi Post at 4-6-2010 18:51
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2010 03:46 PM | Show all posts

Kalau semua dah lengkap dalam Quran jadi kenapa antiihadis nak kena rujuk hadis untuk tahu cara-cara sembahyang?


Saya dah kata,
mereka merujuk Hadis hanya kerana sumber rujukan kedua mereka ialah Sejarah.
jadi mereka hanya menganggap Hadis itu adalah sebahagian sumber-sumber dari Sejarah Islam shj.
tetapi tidaklah sampai mereka menjadikan ia sebagai sumber pegangan yg mutlak seperti AlQuran.

itu shj bezanya.




Kau yang kata gitu kan di post kau bawah ni haaa
(perkataan kau sundri yang aku merahkan tu )


Betul,
tapi apa yg saya katakan itu adalah berdasarkan pemikiran Ahli Feqah.
bukan dari pemikiran anti hadis @AhlulQuran.
bagi org-org yg beriman pula,
perintah ALLAH &Rasul Nya adalah wajib di turuti tanpa perlu mempersoalkannya,
samaada wajib, sunat mahupun harus dsbnya.

sami' na wa ato'na.




Jadinya antihadis punya rujukan kedua memang kau sundri akui
tak di pelihara laa


Betul.
saya mengakuinya.




Kalau tak di pelihara maka dok pi bergantung juga buat rujukan kedua segala tu
buat apa ?  


Diorang tak bergantung &tak menjadikan ia sebagai sumber pegangan pun.
mereka hanya merujuk, membuat kajian& membuat perbandengan,
sejauh manakah kebenaran sumber Hadis &Sejarah dari sisi AlQuran.
itu shj.



WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 11:12 AM | Show all posts
macam mana anti-hadith tau yang cara-cara Nabi s.a.w. bersolat di dalam hadith itu boleh diterima pakai?

dorang takmo terima hadith, tapi at the same time dorang mo terima hadith bila bab solat, begitu?

kalau ianya sumber sejarah pun, mesti sumber sejarah itu kena sahih dulu, baru bole follow,kan?
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 02:03 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 8-6-2010 14:10
tatacara solat yg lengkap itu sudah semestinya ada di sebut di dlm AlQuran.
sirrikhafi Post at 7-6-2010 13:36


Ayat Quran yang mana nih yang sebut dengan terperinci tatacara solat ? ...sehingga menyebabkan manusia tak payah langsung refer pada memana hadis dah untuk tahu cara-cara solat ?

Silalah senaraikan kat sini ayat-ayat Quran tu kerana ingin benar saya nak membacanya untuk check betul ke idak gitu , thanks in advance .
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-6-2010 06:54 PM | Show all posts
Reply 97# sirrikhafi

pasal mintak2 dalil tue, takpa anggaplah kata2 sy takleh pakai....sy ngaku jer.maafkan lah...kerna tidak berdalil2...

pasal penerangan sy mengenai maksud hidayah dari penerangan salaf pulak, , nak guna terjemahan tanpa tafsiran kurungan pun takpa...sebab sy pun amek terjemahan tu dari internet (quran explorer jer)...

so kalo saudara ada versi tanpa kurungan punya pun takda masalah...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 06:57 PM | Show all posts
Reply 96# blastoff

takpa saudara, kita sama2 ahli sunnah(hadis) InsyaAllah,

cuba la saudara berdialog dgn sirri kahfi tue, mungkin dia tau lebih banyak tentang inkarussunnah nie( antihadis).

mungkin dia lebih faham realititnya.

sy hanya ada seorang kenalan yg menjurus ke antihadis,

lebih baik tgk penernGAN SIRRI KAHFI yg mungkin lebih umum dari sy...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2010 09:07 PM | Show all posts
Post Last Edit by sirrikhafi at 9-6-2010 00:06

Ayat Quran yang mana nih yang sebut dengan terperinci tatacara solat?


Suka-suka je menokok tambah apa yg saya tidak kata.
ada saya kata "terperinci?"
saya kata:
"tatacara solat yg lengkap".




Silalah senaraikan kat sini ayat-ayat Quran tu kerana ingin benar saya nak membacanya untuk check betul ke idak gitu ,
thanks in advance .


Masya ALLAH!
anda maseh tak percaya tentang keupayaan AlQuran menjelaskan tatacara Solat yg lengkap???????


[1]Takbir.

Dan Tuhan engkau maka besarkanlah (takbir).
Al-Mudatsir: 3




Dan dirikanlah Solat utk Zikir kpd ku.
To Ha: 14.



Sungguh telah berjaya org-org yg mensucikan diri.

dan dia berzikir akan nama Tuhan nya, maka dia bersolat.
Al-A'laa: 14 &15







------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai Tatacara Solat yg lengkap,
contohnya seperti Qiam, membaca AlQuran di dlm Solat, Ruku', Sujud,Tahiyyat, Salam, Qasar, Waktu-waktu solat, Kewajipan bersuci dsbnya,
kenalah rajin-rajin membaca AlQuran serta merenungkan isi kandungan nya.
pasti dan pasti anda akan menemui Tatacara solat yg lengkap di dlm AlQuran.




Dan Kami telah menurunkan ke atas engkau Kitab yg menjelaskan bagi setiap sesuatu dan sebagai petunjuk dan rahmat dan berita gembira bagi org-org yg menyerah diri.

An-Nahl: 89




P/S:
di Masjid Sri petaling, Kuala lumpur,
akan di ada kan perhimpunan Tabligh Umat islam yg bermula mlm 11 jun hari Jumaat sehinggalah 13 jun hari Ahad.
sukacita saya menjemput saudara-saudara sekalian utk mengambil bahagian.





WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2010 01:47 AM | Show all posts

sehingga menyebabkan manusia tak payah langsung refer pada memana hadis dah untuk tahu cara-cara solat ?  




Sebelum Hadis di bukukan lagi,
umat islam tetap mendirikan Solat secara rutin,
sebab ia telah di amalkan turun temurun sejak zmn Ibrahim AS lagi.



WALLAHU A'LAM

Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2010 02:02 AM | Show all posts

macam mana anti-hadith tau yang cara-cara Nabi s.a.w. bersolat di dalam hadith itu boleh diterima pakai?  


Sejak bila pulak diorg kata cara Solat dlm hadis tak boleh di terima pakai?
bukankah Solat telah di amalkan secara rutin sebelum pembukuan buku Hadis lagi?
nah! coba fikirkan dgn mendalam.



dorang takmo terima hadith,
tapi at the same time dorang mo terima hadith bila bab solat,
begitu?


Sebenarnya ramai yg salah faham di sebalik gelaran negatif "Anti" &"inkar".
mcm gelaran "Wahabi" la...
sebenarnya diorg tidak lah tolak terus pun.
cuma skeptik shj.
bagi diorg,
mana-mana Hadis yg bercanggah dgn AlQuran,
pasti akan di reject.
itu shj.



kalau ianya sumber sejarah pun,
mesti sumber sejarah itu kena sahih dulu,
baru bole follow,kan?


Ya.
dgn syarat:
1) Sanad yg Saheh.
2) tidak bercanggah dgn AlQuran.



WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2010 04:08 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 9-6-2010 16:33
Masya ALLAH!
anda maseh tak percaya tentang keupayaan AlQuran menjelaskan tatacara Solat yg lengkap???????

sirrikhafi Post at 8-6-2010 21:07

Keupayaan kau membawa dalil yang kukuh untuk menyokong hujah kau sendiri yang menjadi persoalannya .

Berapa rakaat terkandung dalam setiap solat wajib ada di sebut dalam Quran ke ? Ayat mana surah apa ?
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2010 07:57 PM | Show all posts

Keupayaan kau membawa dalil yang kukuh untuk menyokong hujah kau sendiri yang menjadi persoalannya


Masya ALLAH!
dalil AlQuran adalah dalil yg benar-benar kukuh dari sisi ALLAH SWT.
mempersoalkan AlQuran itu bererti ragu dgn keterangan AlQuran &sedangkan AlQuran itu datangnya dari ALLAH &keraguan itu pula datangnya dari syaitan.



Berapa rakaat terkandung dalam setiap solat wajib ada di sebut dalam Quran ke? Ayat mana surah apa?


Adakah raka'at-raka'at itu sesuatu yg di wajibkan oleh ALLAH?
apakah dalilnya?



WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2010 09:44 PM | Show all posts
sebab tu sy kata inkarus sunnah bebas dari pemahaman solat ahli sunnah.

tp kena marah dan di 'astagfirullah' kan....

hah saudara  siiri kahfi?
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2010 11:03 PM | Show all posts

sebab tu sy kata inkarus sunnah bebas dari pemahaman solat ahli sunnah




Apa kata saudara bawakan dalilnya. ;)




WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2010 01:06 AM | Show all posts
Post Last Edit by ussopp at 10-6-2010 01:17

sy cuma mempersoal hujah saudara sirri,

yg mendakwa sy adalah salah  jika sy  mengatakan fahaman anti hadis itu berbeza solatnya dengan solat ahli sunnah ..

ini dapat dilihat dalam post 99, di mana saudara menulis dlm tue "astagfirullah"
bagi menunjukkan sy salah dalam dakwaan itu.

namun di dalam post 113, saudra kata pula " adakah rakaat2 itu diwajibkan Allah ???'
sedangkan kita tahu  rakaat dlm solat itu mmg ada dlm solat muslim ahli sunnah. yakni wajib buat ikut rakaat yg nabi tunjukkan.


tanpa dalil pun,  dari post saudara sendiri, kita boleh tahu saudara menunjukkan percanggahan.

pertamanya(post 99) menyatakan fahaman mereka tentang solat  tidak berbeza dgn ahlussunnah,
kemudian(post 113) berbeza  pulak tentang masalah rakaat.

jadi bagaimana?

cukuplah setakat ini, balaslah dulu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2010 09:43 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 10-6-2010 10:15
Masya ALLAH!
dalil AlQuran adalah dalil yg benar-benar kukuh dari sisi ALLAH SWT.
mempersoalkan AlQuran itu bererti ragu dgn keterangan AlQuran &sedangkan AlQuran itu datangnya dari ALLAH &keraguan itu pula datangnya dari syaitan.
Adakah raka'at-raka'at itu sesuatu yg di wajibkan oleh ALLAH?
apakah dalilnya?
sirrikhafi Post at 9-6-2010 19:57



Saya ragui dan persoalkan pendapat kau sundri yang kau guna sebagai dalil . Apabila kau guna pendapat kau sundri sebagai dalil maka pendapat kau sundri tu kau tak boleh la nak labelkan sebagai dalil AlQuran pulak sampai anggap orang yang ragui dan persoal pendapat kau sebagai ragui dan persoal Al Quran  , ada faham ?

So kau berpendapat apabila tak ada di sebut dalam Quran maka tak wajib buat , jadinya kau buat kelima-lima solat wajib tanpa ada rakaat la , gitu ? Saya tak dapat bayangkan macam mana laa solat tanpa rakaat nih ....  {:1_126:}
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2010 10:50 AM | Show all posts

namun di dalam post 113, saudra kata pula " adakah rakaat2 itu diwajibkan Allah ???'
sedangkan kita tahu rakaat dlm solat itu mmg ada dlm solat muslim ahli sunnah.
yakni wajib buat ikut rakaat yg nabi tunjukkan.




Apakata saudara huraikan asal usul rakaat solat di dlm islam serta dalil-dalil kewajipannya?
dan berikan dalil-dalil nya samaada dalil AlQuran @ Hadis.
dan tolong jelaskan kpd saya,
adakah rakaat itu termasuk RUKUN solat?
dan apakah solat seseorg tidak sah jika tidak cukup rakaat?
dan apakah dalil-dalilnya? ;)




WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2010 11:17 AM | Show all posts

Saya ragui dan persoalkan pendapat kau sundri yang kau guna sebagai dalil.
Apabila kau guna pendapat kau sundri sebagai dalil maka pendapat kau sundri tu kau tak boleh la nak labelkan sebagai dalil AlQuran pulak sampai anggap orang yang ragui dan persoal pendapat kau sebagai ragui dan persoal Al Quran, ada
faham?


Maaf.
pendapat saya adalah berdasarkan dalil-dalil AlQuran.
saya adalah jenis org yg tidak gemar memberikan pendapat tanpa dalil-dalil AlQuran.
kalau anda tak setuju,
bawakan shj dalil-dalil anda dari AlQuran utk membantah pendapat-pendapat saya.
asalkan nukilan ALQuran anda itu tiada tokok tambah di dlmnya seperti dlm kurungan dsbnya.



So kau berpendapat apabila tak ada di sebut dalam Quran maka tak wajib buat


Tak wajib.
bahkan tak termasuk dalam RUKUN Solat pun.



jadinya kau buat kelima-lima solat wajib tanpa ada rakaat la, gitu?


Saya bersolat 5 waktu dgn rakaat-rakaat Ahlussunnah.
tetapi, saya maseh lagi mengkaji tentang ASAL USUL rakaat di dlm solat AHLUSSUNNAH serta KEWAJIPANNYA.
juga maseh lagi mengkaji adakah rakaat itu termasuk RUKUN &adakah solat menjadi batal jika meninggalkan rakaat.

saya maseh lagi mengkaji perkara ini.

bagi saya,
org yg mengkaji usulfiqh,
mesti kena tahu kesemua dalil-dalil yg lengkap tentang setiap selok-belok ibadat-ibadat di dlm Islam terutamanya masaalah rakaat-rakaat di dlm solat dsbnya.



Saya tak dapat bayangkan macam mana laa solat tanpa rakaat nih


Saya pula tidak dapat membayangkan,
jika rakaat-rakaat solat yg di kerjakan oleh AHLUSSUNNAH selama ini rupa-rupanya langsung tiada dalil tentang KEWAJIPANNYA.




WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2010 12:59 AM | Show all posts
Reply 118# sirrikhafi

nanti dulu.

yg penting, kesimpulan dari ahlussunnah, semua sedia maklum rakaat wajib dipenuhi.

dan kesimpulan dari ahli inkar sunnah, tidak lah sama solatnya dari segi2 tertentu.

sy nak bersihkan dulu dari didakwa --->salah dlm menyatakan berbezanya solat ahlisunnah dan ahli antihadis secara umum.
kerana mmg ia berbeza.

kemudia barulah sy akan berganjak ke dalil2 ahli sunnah yg anda minta.

minta anda mengaku dulu bahawa anda salah dalam menyalahkan saya dalam menyatakan bahawa berbeza solat ahlisunnah dan antihadis.


jika tidak, sy akan nampak satu perbincangan yg tidak adil dan mementingkan putarbelit demi kemenangan yg mana sy sanggup kalah jika begitu keadaannaya.

sekian.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:15 AM GMT+8 , Processed in 0.559218 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list