CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: abuzar

Golongan anti hadis = sesat

[Copy link]
Post time 25-2-2011 05:09 PM | Show all posts
Salamun 'alaikum,

Al-Quran ialah Al-Hikmah. Ini amat jelas. Sedangkan Hikmah yg di terima oleh Luqman pula telah termaktub,tercatat & di ajarkan di dlm Al-Quran. Bahkan ada Surah yg di namakan sempena nama Beliau. Oleh itu, Hikmah yg di berikan kpd Luqman itu ialah Al-Quran, yakni setelah Tuhan ALLAH anda mewahyukannya di dlm Al-Quran. So, Hikmah yg di berikan kpd Luqman itu ialah AlQuran, walaupun ianya belum di wahyukan lagi kpd nabi muhammad pd masa itu. Bahkan Hikmah yg di berikan Luqman pd masa itu ialah commonsense yg juga boleh di ambil& di dapati dari ajaran Kitab-kitab ALLAH yg terdahulu jua. ;)

Ini ialah tuduhan orang yang terdesak. Tuduhan macam ini menutup perbincangan, kerana kenyataan anda tu menunjukkan anda dah buat kesimpulan sendiri. Buat apa nak bincang lagi...

Apakata anda tolong bawakan sumber dari AlQuran yg mengatakan Al-Hikmah itu ialah As-Sunnah, Terima Kaseh.

sirrikhafi Post at 25-2-2011 15:55

mike nakkan sumber dari Al-Quran yg mengatekan Al-Hikmah itu ialah As-Sunnah???...mmg le x jumpe dlm Al-Quran tu...same gak kalu teman tanye kat mike adeke dlm Al-Quran tu tunjukkan care2 nk dirikan solat???..cube mike bg lak sumber Al-Quran yg mengatekan care2 nk dirikan solat????...leh bg???...
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 26-2-2011 12:17 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 26-2-2011 12:28
الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ
Kebenaran dari Pemelihara engkau maka janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang ragu 2:147

وَقُلِ الْحَقُّ مِنْ رَبِّكُمْ
Dan katakanlah: 'Kebenaran itu dari Pemelihara kamu' 18:29

Adakah anda cuba BANGKANG definisi dari Tuhan ALLAH anda sendiri? Fikir.
sirrikhafi Post at 25-2-2011 15:55

Saya tak pernah pertikai atau bangkang Al-Quran. Memang saya terima kebenaran (Al-Quran) dari Pemelihara saya. Anda yang mempertikaikan Al-Quran, tetapi TAK MALU dok cedok ayat-ayat Al-Quran pula....

Saya tidak terima terjemahan anda yang berubah-ubah ikut kefahaman anda yang berubah-ubah. Itu saja.

Anda guna ayat Al-Quran di atas sebagai kebenaran atau guna sekadar untuk MENANG HUJJAH? Adakah anda percaya Al-Quran yang ada pada hari ni ASLI???? Jawab yang ini dulu. Kalau anda tak percaya, maka hujjah Al-Quran yang anda bawa tu semuanya bertujuan untuk menang hujjah, bukan berdasarkan menegakkan kebenaran yang anda percaya.

Di manakah Mushaf Usmani dll?

Kenapa anda masih berhujjah dengan Al-Quran sekiranya anda masih meragui keaslian Al-Quran?

Al-Quran ialah Al-Hikmah. Ini amat jelas.

Macam mana tu? Kenyataan anda ni cukup bercanggah!!!

Bahkan Hikmah yg di berikan Luqman pd masa itu ialah commonsense yg juga boleh di ambil& di dapati dari ajaran Kitab-kitab ALLAH yg terdahulu jua

Menurut anda: Al-Quran ialah Al-Hikmah. Al-Hikmah ialah Commonsense. Jadinya Al-Quran tu Commonsense????!!!  

Kalau Al-Quran tu commonsense, semua orang boleh buat commonsense ikut akal mereka sendiri!!! Semua orang boleh cipta Al-Quran????

NONSENSE!!!!!!!

Walaupun saya tidak bersetuju dengan Ramsys dan cilijeruk, tetapi hujjah anda ni saya lihat paling tak masuk akal. Nonsense!!!

Bahkan anda berhujjah dengan Al-Quran, yang mana anda sendiri mempertikaikan Al-Quran. Nonsense!!!

Pada pendapat saya anda ada masalah akal yang tidak sihat.  

Dulu anda pernah mempertahankan GANJA. Mungkinkah ini kesan sampingan GANJA tu? (ini bukan tuduhan, sebab terbukti kajian saintifik menunjukkan pengaruh ganja mengganggu emosi dan akal manusia)

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2011 01:19 PM | Show all posts
Salamun 'alaikum,

Saya tak pernah pertikai atau bangkang Al-Quran. Memang saya terima kebenaran (Al-Quran) dari Pemelihara saya. Anda yang mempertikaikan Al-Quran, tetapi TAK MALU dok cedok ayat-ayat Al-Quran pula....

Saya tidak terima terjemahan anda yang berubah-ubah ikut kefahaman anda yang berubah-ubah. Itu saja.

Anda guna ayat Al-Quran di atas sebagai kebenaran atau guna sekadar untuk MENANG HUJJAH? Adakah anda percaya Al-Quran yang ada pada hari ni ASLI???? Jawab yang ini dulu. Kalau anda tak percaya, maka hujjah Al-Quran yang anda bawa tu semuanya bertujuan untuk menang hujjah, bukan berdasarkan menegakkan kebenaran yang anda percaya.

Kenapa anda masih berhujjah dengan Al-Quran sekiranya anda masih meragui keaslian Al-Quran?

Maseh lagi dgn pelbagai alasan? Soalan saya mudah shj. Di mana kah Mushaf Usmani?

Macam mana tu? Kenyataan anda ni cukup bercanggah!!!

Menurut anda: Al-Quran ialah Al-Hikmah. Al-Hikmah ialah Commonsense. Jadinya Al-Quran tu Commonsense????!!!  

Kalau Al-Quran tu commonsense, semua orang boleh buat commonsense ikut akal mereka sendiri!!! Semua orang boleh cipta Al-Quran????

Commonsense @ Al-Hikmah yg di di datangkan oleh ALLAH tidaklah sama dgn commonsense @ Al-Hikmah hasil pemikiran manusia.

يُؤْتِي الْحِكْمَةَ مَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْرًا كَثِيرًا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ
Dia lah yang mendatangkan Hikmah akan sesiapa yang Dia kehendaki. Dan sesiapa yang di datangkan akan Hikmah maka sungguh dia telah di datangkan akan kebaikan yang banyak. Dan tidaklah akan beringat kecuali orang-orang yang mempunyai Pintu 2:269

WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2011 01:28 PM | Show all posts
Salamun 'alaikum,

mike nakkan sumber dari Al-Quran yg mengatekan Al-Hikmah itu ialah As-Sunnah???...mmg le x jumpe dlm Al-Quran tu...same gak kalu teman tanye kat mike adeke dlm Al-Quran tu tunjukkan care2 nk dirikan solat???..cube mike bg lak sumber Al-Quran yg mengatekan care2 nk dirikan solat????...leh bg???...

وَلَا تَجْهَرْ بِصَلَاتِكَ وَلَا تُخَافِتْ بِهَا وَابْتَغِ بَيْنَ ذَلِكَ سَبِيلًا
Dan janganlah engkau melantangkan dengan solat engkau dan janganlah engkau memperlahankan dengan nya dan carilah engkau di antara demikian itu akan sebagai suatu jalan 17:110

WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2011 08:37 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 28-2-2011 08:40
Maseh lagi dgn pelbagai alasan? Soalan saya mudah shj. Di mana kah Mushaf Usmani?
sirrikhafi Post at 27-2-2011 13:19

Salam...

Soalan anda tu sebenarnya untuk anda. Mana Al-Quran asli anda? Kenapa pertikai ayat Al-Quran??

Berkaitan Mushaf Uthmani, ada banyak di kedai-kedai buku. Yang dalam internet pun banyak, semua sama saja kecuali yang diterangkan bukan rasm Uthmani.

Al-Quran TIDAK diturunkan sebagai tulisan atas kertas. Al-Quran diturunkan melalui PERIWAYATAN (AL-HADEETH). Mushaf hanya menunjukkan tatacara (kaedah penulisan untuk) Al-Quran itu dilafazkan. Mushaf yang berlainan menggunakan tatacara yang sedikit berlainan. Untuk keserasian, Mushaf Uthmani diterima pakai sebagai yang standard.  

Commonsense @ Al-Hikmah yg di di datangkan oleh ALLAH tidaklah sama dgn commonsense @ Al-Hikmah hasil pemikiran manusia.

Ohh tidak sama pula

Apa itu commonsense? Ikutkan anda commensense tu Al-Hikmah, Al-Hikmah tu Al-Quran. Al-Quran pun jadi commonsense.
Kemudian anda kata tak semua orang dapat commonsense pula? Semakin berbelit-belit nih....

Ayat Al-Quran menjelaskan Al-Hikmah tu diturunkan kepada yang terpilih. Commonsense pula dalam bahasa moden bermaksud ikut logik

Ikut logik tu orang bukan Islam pun boleh buat. Ilmu Sains ialah cabang ilmu berkaitan LOGIK dan FALSAFAH.

Anda kena faham apa itu LOGIK dan COMMONSENSE dulu. Okayyyy......

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2011 01:22 PM | Show all posts
Post Last Edit by naruto3484 at 28-2-2011 13:23
Salamun 'alaikum,

وَلَا تَجْهَرْ بِصَلَاتِكَ وَلَا تُخَافِتْ بِهَا وَابْتَغِ بَيْنَ ذَلِكَ سَبِيلًا
Dan janganlah engkau melantangkan dengan solat engkau dan janganlah engkau memperlahankan dengan nya dan carilah engkau di antara demikian itu akan sebagai suatu jalan 17:110

sirrikhafi Post at 27-2-2011 13:28

ape le mike nie..ayat nie bknnye menerangkan care2 mendirikan solat..ayat nie suruh kite bersederhana dalam solat..mike paham ke idak soalan teman nie???...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-2-2011 01:46 PM | Show all posts
Al-Quran TIDAK diturunkan sebagai tulisan atas kertas. Al-Quran diturunkan melalui PERIWAYATAN (AL-HADEETH). Mushaf hanya menunjukkan tatacara (kaedah penulisan untuk) Al-Quran itu dilafazkan. Mushaf yang berlainan menggunakan tatacara yang sedikit berlainan. Untuk keserasian, Mushaf Uthmani diterima pakai sebagai yang standard.

Salam mnm77,

Apa yang tuan katakan ini bercanggah dengan apa yang Tuhan ceritakan di dalam Al-Quran. Cuba tengok dan fahami betul-betul apa yang Tuhan nyatakan.

25:4-5  “Mereka yang tidak percaya (orang-orang Arab) berkata; Ini (Al-Quran) adalah rekaan yang dibuat dengan bantuan beberapa orang. Sesungguhnya mereka telah mengucapkan kejahatan dan penipuan. Dan mereka juga berkata; Dia (Muhamad) menulis cerita-cerita dongeng dahulu kala yang dibacakan kepadanya pagi dan petang”.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2011 01:57 PM | Show all posts

cilijeruk Post at 28-2-2011 13:46

ape yg mike paham pasai ayat tu???..cer citer...cer citer...
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 28-2-2011 03:45 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 28-2-2011 15:48
Apa yang tuan katakan ini bercanggah dengan apa yang Tuhan ceritakan di dalam Al-Quran. Cuba tengok dan fahami betul-betul apa yang Tuhan nyatakan.

25:4-5  “Mereka yang tidak percaya (orang-orang Arab) berkata; Ini (Al-Quran) adalah rekaan yang dibuat dengan bantuan beberapa orang. Sesungguhnya mereka telah mengucapkan kejahatan dan penipuan. Dan mereka juga berkata; Dia (Muhamad) menulis cerita-cerita dongeng dahulu kala yang dibacakan kepadanya pagi dan petang”.
cilijeruk Post at 28-2-2011 13:46

Salam...

Nampak macam anda tak faham ayat yang anda sendiri bawakan tu... Cuba baca betul-betul.... Ayat tu bagitau bahawa ORANG KAFIR TUDUH AL-QURAN DIREKA-REKA, TUDUH NABI MUHAMMAD TULIS AL-QURAN.

Sedangkan Allah menjelaskan:

Dan kalau Kami turunkan kepadamu tulisan ( كِتَـٰبً۬ا ) di atas kertas  ( قِرۡطَاسٍ۬ ), lalu mereka dapat memegangnya dengan tangan mereka sendiri, tentulah orang-orang yang kafir itu berkata: "Ini tidak lain hanyalah sihir yang nyata". (Al-An'aam, 7)

Ayat Al-Quran juga disebut sebagai Hadith dalam ertikata Mesej Periwayatan, Surah Al-Waqi'ah:
Sesungguhnya Al Quran ini adalah bacaan yang sangat mulia, (77)
pada kitab yang terpelihara (Lauh Mahfuz), (78)
tidak menyentuhnya kecuali hamba-hamba yang disucikan. (79)
Diturunkan dari Tuhan semesta alam. (80)
Maka apakah kamu menganggap remeh saja Periwayatan ini? ( ٱلۡحَدِيثِ yakni periwayatan Al Quran) (81)

Cuba anda fahamkan betul-betul. Mana ada percanggahan!!! Allah terangkan sendiri Al-Quran TIDAK DITURUNKAN melalui HELAIAN KERTAS.

Mana ada Nabi reka dan tulis Al-Quran??? Nabi sampaikan KALIMAT AL-QURAN adala... yang juga disebut PERIWAYATAN Al-Quran.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 01:51 PM | Show all posts
Salamun 'alaikum,

Berkaitan Mushaf Uthmani, ada banyak di kedai-kedai buku. Yang dalam internet pun banyak, semua sama saja kecuali yang diterangkan bukan rasm Uthmani.  

Saya tidak mahukan yg ada di pasaran. Yg saya mahukan ialah mushaf yg di tulis semasa era usman.
Anda ada?

Al-Quran TIDAK diturunkan sebagai tulisan atas kertas. Al-Quran diturunkan melalui PERIWAYATAN (AL-HADEETH). Mushaf hanya menunjukkan tatacara (kaedah penulisan untuk) Al-Quran itu dilafazkan. Mushaf yang berlainan menggunakan tatacara yang sedikit berlainan. Untuk keserasian, Mushaf Uthmani diterima pakai sebagai yang standard.

وَقَالُوا أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ اكْتَتَبَهَا فَهِيَ تُمْلَى عَلَيْهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا

Dan Mereka berkata: 'Dongeng orang-orang yang terdahulu yang di minta tulis akan nya lalu ia di dikte kan ke atas nya pagi dan petang' 25:5

فِي صُحُفٍ مُكَرَّمَةٍ
Di dalam Naskhah-naskhah yang di muliakan 80:13

مَرْفُوعَةٍ مُطَهَّرَةٍ
Yang Di tinggikan lagi di sucikan 80:14

بِأَيْدِي سَفَرَةٍ
Di tangan Para Penulis 80:15

كِرَامٍ بَرَرَةٍ
Yang mulia lagi berbakti 80:16

وَكِتَابٍ مَسْطُورٍ
Dan Demi Kitab yang di tulis 52:2

فِي رَقٍّ مَنْشُورٍ
Di dalam lembaran yang terbuka 52:3

Ayat-ayat di atas telah membuktikan bahawa AlQuran& Kitab-kitab ALLAH yg terdahulu telah di riwayatkan/di 'chronicle' kan kpd umat manusia melalui kaedah TULISAN @ BUKU @ KITAB. ;)

Nampaknya, hujjah para penyokong tegar hadis telah di patah lumatkan oleh ayat-ayat Tuhan ALLAH anda sendiri.

Apa itu commonsense? Ikutkan anda commensense tu Al-Hikmah, Al-Hikmah tu Al-Quran. Al-Quran pun jadi commonsense.
Kemudian anda kata tak semua orang dapat commonsense pula? Semakin berbelit-belit nih....

Ayat Al-Quran menjelaskan Al-Hikmah tu diturunkan kepada yang terpilih. Commonsense pula dalam bahasa moden bermaksud ikut logik

Ikut logik tu orang bukan Islam pun boleh buat. Ilmu Sains ialah cabang ilmu berkaitan LOGIK dan FALSAFAH.

Anda kena faham apa itu LOGIK dan COMMONSENSE dulu. Okayyyy......

Adalah TIDAK LOGIK jika mengatakan AlQuran itu sebagai NONSENSE. Sudah tentu AlQuran itu COMMONSENSE. Dan sudah tentu COMMONSENSE ALQURAN itu ialah AL-HIKMAH. Ataupun anda mahu mengatakan yg AlQuran itu ialah NONSENSE &TIDAK LOJIK? Nampak sangat hujjah mnm TAK LOJIK, NONSENSE &TAK RASIONAL.

Cuba tanya kpd non muslim, adakah menyembah berhala itu COMMONSENSE? FIKIR.

WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 02:16 PM | Show all posts
Salamun 'alaikum,

ape le mike nie..ayat nie bknnye menerangkan care2 mendirikan solat..ayat nie suruh kite bersederhana dalam solat..mike paham ke idak soalan teman nie???...

Ayat di atas jelas menyuruh kita supaya jangan lantang di dlm solat dan janganlah memperlahankannya. Sebaliknya, cari lah suatu jalan di antara lantang &perlahan itu. Tetapi, cuba kita lihat bagaimana golongan sunni bersolat. Mereka memperlahankan solat dlm 2 waktu dan melantangkan ia dlm 3 waktu yg lain. Ini ajaran siapa? Tuhan mana pulak yg suruh buat mcm tu? Apakah Kitab nya? Tuhan ALLAH anda suruh buat lain, golongan sunni buat lain. Jadi, Siapakah Tuhan sebenar yg telah mensyariatkan agama bagi golongan sunni? Adakah Muhammad itu sekutu Tuhan dlm mensyariatkan agama bagi golongan sunni? Ini ialah perbuatan yg Syirik!

أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ اللَّهُ وَلَوْلَا كَلِمَةُ الْفَصْلِ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ وَإِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Apakah bagi mereka itu sekutu-sekutu yang telah mensyariatkan bagi mereka dari agama, apa yang tidak di izinkan dengan nya oleh ALLAH? Dan jikalau tidak oleh kalimah yang merincikan, nescaya telah di putuskan di antara mereka. Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu, bagi mereka itu, azab yang pedih 42:21

Siapa yg menyembah Muhammad, Sesungguhnya dia telah mati.
Dan siapa yg menyembah ALLAH, Sesungguhnya DIA Maha Hidup lagi Maha Kekal.

WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 02:25 PM | Show all posts
Salamun 'alaikum,

Ayat di atas jelas menyuruh kita supaya jangan lantang di dlm solat dan janganlah memperlahankannya. Sebaliknya, cari lah suatu jalan di antara lantang &perlahan itu. Tetapi, cuba kita lihat bagaimana golongan sunni bersolat. Mereka memperlahankan solat dlm 2 waktu dan melantangkan ia dlm 3 waktu yg lain. Ini ajaran siapa? Tuhan mana pulak yg suruh buat mcm tu? Apakah Kitab nya? Tuhan ALLAH anda suruh buat lain, golongan sunni buat lain. Jadi, Siapakah Tuhan sebenar yg telah mensyariatkan agama bagi golongan sunni? Adakah Muhammad itu sekutu Tuhan dlm mensyariatkan agama bagi golongan sunni? Ini ialah perbuatan yg Syirik!

أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ اللَّهُ وَلَوْلَا كَلِمَةُ الْفَصْلِ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ وَإِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Apakah bagi mereka itu sekutu-sekutu yang telah mensyariatkan bagi mereka dari agama, apa yang tidak di izinkan dengan nya oleh ALLAH? Dan jikalau tidak oleh kalimah yang merincikan, nescaya telah di putuskan di antara mereka. Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu, bagi mereka itu, azab yang pedih 42:21

sirrikhafi Post at 1-3-2011 14:16

camane yg dikatekan carilah suatu jalan di antara lantang dan perlahan tu???..boleh mike bg tau???..boleh tunjukkan carenye???..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 02:49 PM | Show all posts
Salamun 'alaikum,

Sedangkan Allah menjelaskan:

Dan kalau Kami turunkan kepadamu tulisan ( كِتَـٰبً۬ا ) di atas kertas  ( قِرۡطَاسٍ۬ ), lalu mereka dapat memegangnya dengan tangan mereka sendiri, tentulah orang-orang yang kafir itu berkata: "Ini tidak lain hanyalah sihir yang nyata". (Al-An'aam, 7)

Ayat 6:7 atas menjelaskan akan Sifat Kekafiran orang-orang Kafir. Meskipun AlQuran itu diturunkan secara 'Sekelepuk' dlm bentuk sebuah Kitab dari langit.

أَوْ يَكُونَ لَكَ بَيْتٌ مِنْ زُخْرُفٍ أَوْ تَرْقَى فِي السَّمَاءِ وَلَنْ نُؤْمِنَ لِرُقِيِّكَ حَتَّى تُنَزِّلَ عَلَيْنَا كِتَابًا نَقْرَؤُهُ قُلْ سُبْحَانَ رَبِّي هَلْ كُنْتُ إِلَّا بَشَرًا رَسُولًا
Atau adalah bagi engkau itu sebuah rumah dari perhiasan atau engkau naik pada langit dan tidaklah sekali-kali kami akan percaya bagi kenaikan engkau, sehingga engkau menurunkan ke atas kami akan sebuah Kitab yang akan kami membacakan akan nya. Katakanlah: 'Maha suci Pemelihara ku! Bukankah adalah aku itu, kecuali sebagai manusia dan sebagai Rasul? 17:93

Cuba anda fahamkan betul-betul. Mana ada percanggahan!!! Allah terangkan sendiri Al-Quran TIDAK DITURUNKAN melalui HELAIAN KERTAS.

Mana ada Nabi reka dan tulis Al-Quran??? Nabi sampaikan KALIMAT AL-QURAN adala... yang juga disebut PERIWAYATAN Al-Quran.

Telah di jawab dlm post #430

Kesimpulannya, Penyokong hadis GAGAL LAGI dlm mempertahankan kitab-kitab hadis sunni mereka, dgn berbekalkan hujjah KAEDAH PERIWAYATAN/SANAD dll.

Namun, periwayatan secara bertulis/KITAB, lebih MEYAKINKAN, berbandeng periwayatan yang hanya dari mulut ke mulut dlm tempoh 200 tahun selepas kewafatan nabi.

إِذْ تَلَقَّوْنَهُ بِأَلْسِنَتِكُمْ وَتَقُولُونَ بِأَفْوَاهِكُمْ مَا لَيْسَ لَكُمْ بِهِ عِلْمٌ وَتَحْسَبُونَهُ هَيِّنًا وَهُوَ عِنْدَ اللَّهِ عَظِيمٌ
Ketika kamu menyampaikan ia dengan lidah-lidah kamu dan mengatakan dengan mulut-mulut kamu, apa yang tiada bagi kamu dengan nya oleh pengetahuan, sedang kamu menyangkanya RINGAN, sedang ia itu, di sisi ALLAH, BESAR! m

WALLAHU A'LAM
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 07:18 PM | Show all posts
Reply 433# sirrikhafi

camna anda bleh yakin kitab tue terpelihara sedangkan mulut ke mulut tidak?

padahal mengubah kitab secara bertulis jugak boleh jadi manusia mengubahnya secara bertulis,
kaum yahudi dan nasrani mengubahnya dgn tangan2 mereka sendiri,
tidak difokuskan pula mengubah dgn mulut2nya,
ini menunjukkan pengubahan secara kitab jugak boleh terjadi.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2011 12:26 AM | Show all posts
Post Last Edit by cilijeruk at 2-3-2011 00:33

Salam,

Yang menjaga kemurnian Al-Quran adalah Tuhan sendiri. Tetapi Dia mewariskannya untuk bacaan dari generasi ke generasi melalui sesiapa saja yang Dia kehendaki samada orang itu benar-benar taat atau sebaliknya. Yang penting bukanlah orang yang Tuhan pilih untuk mewariskan Al-Quran. Yang penting adalah Al-Quran itu sendiri. Sebagai contoh Usop Suntorion mungkin salah seorang yang Tuhan pilih untuk mewariskan Al-Quran, tetapi Usop Suntorion tidak semestinya seorang hamba yang baik kepada Tuhan.

    35:31 Dan apa yang Kami inspirasikan kepada kamu dari Kitab, adalah sesuatu yang benar, mengesahkan apa yang ada di antara tangan-tangannya. Tuhan mengenali hamba-hambaNya, Melihat.

    35:32 Kemudian Kami mewariskan Kitab itu kepada mereka yang Kami pilih dari hamba-hamba Kami. Bagaimanapun sebahagian dari mereka adalah yang mengikut nafsu mereka dan sebahagian lagi mengambil sedikit dan sebahagian pula adalah yang bersungguh-sungguh membuat kebaikan menurut apa yang telah ditetapkan Tuhan, begitulah manfaat yang besar.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2011 10:30 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 3-3-2011 11:23
Ayat-ayat di atas telah membuktikan bahawa AlQuran& Kitab-kitab ALLAH yg terdahulu telah di riwayatkan/di 'chronicle' kan kpd umat manusia melalui kaedah TULISAN @ BUKU @ KITAB.

sirrikhafi Post at 1-3-2011 13:51

Salam...

Dan Mereka berkata: 'Dongeng orang-orang yang terdahulu yang di minta tulis akan nya lalu ia di dikte kan ke atas nya pagi dan petang' 25:5

Mereka tu siapa? Orang KAFIR yang BUAT TUDUHAN TERHADAP AL-QURAN.

Ayat-ayat seterusnya menerangkan Al-Quran juga kemudiannya dituliskan, BUKANNYA BERMAKSUD DITURUNKAN MENERUSI HELAIAN KERTAS.
Ia tidak merubah hakikat yang Al-Quran DIRIWAYATKAN, DISAMPAIKAN, DITULISKAN (dijadikan mushaf), BUKAN diturunkan dalam bentuk helaian selepuk sebagai kitab!!!

Nampaknya, hujjah para penyokong tegar hadis telah di patah lumatkan oleh ayat-ayat Tuhan ALLAH anda sendiri.

Nampaknya hujjah anti hadith dah lama dipatahkan, dan mereka guna ayat Allah yang lain dengan fahaman songsang:
Dan kalau Kami turunkan kepadamu tulisan ( كِتَـٰبً۬ا ) di atas kertas  ( قِرۡطَاسٍ۬ ), lalu mereka dapat memegangnya dengan tangan mereka sendiri, tentulah orang-orang yang kafir itu berkata: "Ini tidak lain hanyalah sihir yang nyata". (Al-An'aam, 7)

Adalah TIDAK LOGIK jika mengatakan AlQuran itu sebagai NONSENSE. Sudah tentu AlQuran itu COMMONSENSE. Dan sudah tentu COMMONSENSE ALQURAN itu ialah AL-HIKMAH. Ataupun anda mahu mengatakan yg AlQuran itu ialah NONSENSE &TIDAK LOJIK? Nampak sangat hujjah mnm TAK LOJIK, NONSENSE &TAK RASIONAL.

Laaa...TAK FAHAM RUPANYA....

Al-Quran tu KALAM ALLAH yang DIWAHYUKAN MENERUSI PERIWAYATAN.

NONSENSE tu aku cakap hang kata Al-Quran = Al-Hikmah = Commonsense. Awatlaaa susahnya nak faham!!! Aku tak cakap Al-Quran tu nonsense pun!! Yang aku maksudkan HANG punya akai yang nonsense!!!

(maaf cakap slang utara yang kasaq sikitt noooo)

Cuba tanya kpd non muslim, adakah menyembah berhala itu COMMONSENSE? FIKIR.

Pada mereka commonsense lah tu. Sebab tu mereka sembah berhala, dengan anggap berhala tu dapat membantu mereka. Kalau commonsense tu = Al-Quran, maka perbuatan mereka tu bertepatan dengan Al-Quran kah?? Ini yang saya kata NONSENSE!!!

Menurut Allah, menerusi Al-Quran diterangkan (sembahan) BERHALA tu termasuk dalam Ar-Rijs.
Dan telah dihalalkan bagi kamu semua binatang ternak, terkecuali yang diterangkan kepadamu keharamannya, maka jauhilah olehmu berhala-berhala yang najis itu dan jauhilah perkataan-perkataan dusta. (Al-Hajj, 30)

Kesimpulannya, Al-Quran BUKAN COMMONSENSE. AL-Quran mengandungi AL-HAKEEM, termasuklah Perintah dan Larangan Allah.

Kitab ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa, (Al-Baqarah, 3)

Sedangkan Professor yang banyak yang guna commonsense pun, yang cerdik pandai pun, TAK SEMSESTINYA DAPAT HIDAYAH!!! Kalau Al-Quran tu Commonsense, semua AHLI sains dan pakar teknologi yang berpaksikan kepada ilmu commonsense ni dah lama jadi Islam....

Komputer yang semakin canggih yang kita pakai harinipun dipelopori oleh Charles Babbage.

FIKIR!!!

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 3-3-2011 10:44 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 3-3-2011 10:52
Ayat 6:7 atas menjelaskan akan Sifat Kekafiran orang-orang Kafir. Meskipun AlQuran itu diturunkan secara 'Sekelepuk' dlm bentuk sebuah Kitab dari langit.

أَوْ يَكُونَ لَكَ بَيْتٌ مِنْ زُخْرُفٍ أَوْ تَرْقَى فِي السَّمَاءِ وَلَنْ نُؤْمِنَ لِرُقِيِّكَ حَتَّى تُنَزِّلَ عَلَيْنَا كِتَابًا نَقْرَؤُهُ قُلْ سُبْحَانَ رَبِّي هَلْ كُنْتُ إِلَّا بَشَرًا رَسُولًا
Atau adalah bagi engkau itu sebuah rumah dari perhiasan atau engkau naik pada langit dan tidaklah sekali-kali kami akan percaya bagi kenaikan engkau, sehingga engkau menurunkan ke atas kami akan sebuah Kitab yang akan kami membacakan akan nya. Katakanlah: 'Maha suci Pemelihara ku! Bukankah adalah aku itu, kecuali sebagai manusia dan sebagai Rasul? 17:93
sirrikhafi Post at 1-3-2011 14:49

Ayat yang anda bagi tu TIDAK LANGSUNG menunjukkan Al-Quran diturunkan secara selepuk dari Langit. Ayat tu menerangkan ORANG KAFIR MINTA AL-QURAN diturunkan SELEPUK dari Langit, yang mana ALLAH dah JELASKAN dalam ayat yang lain (Al-An'aam, 7) Al-Quran TIDAK DITURUNKAN ATAS HELAIAN.

Ayat DI BAWAH ni JELAS MENUNJUKKAN CARA PENURUNAN AL-QURAN, diturunkan secara beransur-ansur:
Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al Qur’an kepadamu (Muhammad) dengan beransur-ansur.
Maka bersabarlah kamu untuk (melaksanakan) ketetapan Tuhanmu, dan janganlah kamu ikuti orang yang berdosa dan orang yang kafir di antara mereka. (Al-Insaan, 23-24)

Kesimpulannya, Penyokong hadis GAGAL LAGI dlm mempertahankan kitab-kitab hadis sunni mereka, dgn berbekalkan hujjah KAEDAH PERIWAYATAN/SANAD dll.

Al-Quran BUKAN TURUN SELEPUK dari Langit. Mereka (anti hadith) tak sedar yang mereka ni pertikai cara penurunan Al-Quran sebagai Periwayatan. Mungkin sebab mereka phobia sangat dengan hadith, mereka kata Al-Quran tu turun selepuk!!! Ini bertentangan dengan ayat Al-Quran sendiri!!!

FIKIR!!!!

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2011 03:51 PM | Show all posts
Post Last Edit by sirrikhafi at 4-3-2011 06:48

Salamun 'alaikum,

Ayat-ayat seterusnya menerangkan Al-Quran juga kemudiannya dituliskan, BUKANNYA BERMAKSUD DITURUNKAN MENERUSI HELAIAN KERTAS.
Ia tidak merubah hakikat yang Al-Quran DIRIWAYATKAN, DISAMPAIKAN, DITULISKAN (dijadikan mushaf), BUKAN diturunkan dalam bentuk helaian selepuk sebagai kitab!!!

Ayat yang anda bagi tu TIDAK LANGSUNG menunjukkan Al-Quran diturunkan secara selepuk dari Langit. Ayat tu menerangkan ORANG KAFIR MINTA AL-QURAN diturunkan SELEPUK dari Langit, yang mana ALLAH dah JELASKAN dalam ayat yang lain (Al-An'aam, 7) Al-Quran TIDAK DITURUNKAN ATAS HELAIAN.

Maaf. Anda tak faham &tak baca betul-betul hujjah saya lalu ambik separuh-separuh pula. Lihat kembali apa yg Saya kata:

Meskipun AlQuran itu diturunkan secara 'Sekelepuk' dlm bentuk sebuah Kitab dari langit.

Bermaksud: Walaupun @ Jika  @ Seandainya @ Sekiranya AlQuran itu di turunkan secara sekelepuk sebuah kitab dari langit sekalipun, mereka sekali-kali tidak akan beriman.

Memang benar AlQuran itu di turunkan secara beransur-ansur, tetapi ia telah di riwayatkan kpd umat manusia melalui kaedah HAFALAN &KAEDAH PENULISAN @ BUKU @ KITAB.

Sebaliknya, hadis di riwayatkan dari mulut ke mulut selama 200 tahun yakni selepas kewafatan nabi muhammad sehinggalah ia di bukukan. persis pula seperti sejarah buku bible yg di buku kan selepas 80 tahun peristiwa salib.

so, KAEDAH HAFALAN &KAEDAH TULISAN YAITU BUKU @ KITAB, adalah lebih MEYAKINKAN, berbandeng kaedah dari mulut ke mulut sehinggalah 200 tahun kemudian di buku kan.

So, mnm GAGAL LAGI memberkan hujjah yg RASIONAL, LOJIK &COMMONSENSE.

Nampaknya hujjah anti hadith dah lama dipatahkan, dan mereka guna ayat Allah yang lain dengan fahaman songsang:
Dan kalau Kami turunkan kepadamu tulisan ( كِتَـٰبً۬ا ) di atas kertas  ( قِرۡطَاسٍ۬ ), lalu mereka dapat memegangnya dengan tangan mereka sendiri, tentulah orang-orang yang kafir itu berkata: "Ini tidak lain hanyalah sihir yang nyata". (Al-An'aam, 7)

وَقَالُوا أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ اكْتَتَبَهَا فَهِيَ تُمْلَى عَلَيْهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا

Dan Mereka berkata: 'Dongeng orang-orang yang terdahulu yang di minta tulis akan nya lalu ia di dikte kan ke atas nya pagi dan petang' 25:5

فِي صُحُفٍ مُكَرَّمَةٍ
Di dalam Naskhah-naskhah yang di muliakan 80:13

مَرْفُوعَةٍ مُطَهَّرَةٍ
Yang Di tinggikan lagi di sucikan 80:14

بِأَيْدِي سَفَرَةٍ
Di tangan Para Penulis 80:15

كِرَامٍ بَرَرَةٍ
Yang mulia lagi berbakti 80:16

وَكِتَابٍ مَسْطُورٍ
Dan Demi Kitab yang di tulis 52:2

فِي رَقٍّ مَنْشُورٍ
Di dalam lembaran yang terbuka 52:3

Ayat-ayat di atas SEKALI LAGI telah membuktikan bahawa AlQuran& Kitab-kitab ALLAH yg terdahulu telah di riwayatkan/di 'chronicle' kan kpd umat manusia melalui kaedah TULISAN @ BUKU @ KITAB.

Nampaknya, hujjah para penyokong tegar hadis, SEKALI LAGI telah di patah lumatkan oleh ayat-ayat Tuhan ALLAH anda sendiri.

Laaa...TAK FAHAM RUPANYA....

Al-Quran tu KALAM ALLAH yang DIWAHYUKAN MENERUSI PERIWAYATAN.

NONSENSE tu aku cakap hang kata Al-Quran = Al-Hikmah = Commonsense. Awatlaaa susahnya nak faham!!! Aku tak cakap Al-Quran tu nonsense pun!! Yang aku maksudkan HANG punya akai yang nonsense!!!

Sebenarnya MNM LAH YG KEBINGUNGAN lalu membuat HUJAH-HUJAH YG NONSENSE PULA.

AlQuran itu ialah agama yg telah di wahyukan menerusi periwayatan BERTULIS @ BUKU @ KITAB serta di sampaikan juga melalui HAFALAN AHLUL-QURAN WAL-JAMA'AH.

Sedangkan AlQuran itu ialah HIKMAH dan HIKMAH itu pula ialah COMMONSENSE yg datang dari ALLAH.

Pada mereka commonsense lah tu. Sebab tu mereka sembah berhala, dengan anggap berhala tu dapat membantu mereka. Kalau commonsense tu = Al-Quran, maka perbuatan mereka tu bertepatan dengan Al-Quran kah?? Ini yang saya kata NONSENSE!!!

COMMONSENSE mereka bukan dari ALLAH yakni AlQuran. Bagaimana bisa ia di kata kan sebagai Hikmah = Commonsense yg datang dari ALLAH? Mnm, Tolong lah berhenti dari memberikan hujjah-hujjah yg NONSENSE, TAK LOJIK &TAK RASIONAL.

Mereka (anti hadith) tak sedar yang mereka ni pertikai cara penurunan Al-Quran sebagai Periwayatan. Mungkin sebab mereka phobia sangat dengan hadith, mereka kata Al-Quran tu turun selepuk!!! Ini bertentangan dengan ayat Al-Quran sendiri!!!

Maaf. Itu hanya Tuduhan Mnm kerana KEBINGUNGAN NYA &SALAH FAHAM NYA dlm memahami hujjah golongan Quraniyyuuon. Tidak pernah pun mereka pertikai tentang AlQuran yg diturunkan secara beransur-ansur. Bahkan mereka mengakui PERIWAYATAN ALQURAN MENERUSI KAEDAH TULISAN @ BUKU @ KITAB &HAFALAN.

Yg mereka pertikaikan ialah Kaedah-kaedah periwayatan Hadis DARI MULUT KE MULUT SELAMA 200 TAHUN beserta senarai Tokoh-tokoh Rijal nya &Sanad-sanad periwayatannya YG MERAGUKAN Seperti Kaedah Hasan, Dha'if dll.

Kesimpulan, Mnm SEKALI LAGI GAGAL mempertahankan Kaedah-kaedah ilmu hadis golongan sunni nya yg penuh dgn KERAGUAN, campur aduk antara YG HAQ &YG BATHIL, PERCANGGAHAN-PERCANGGAHAN, PERSELISEHAN-PERSELISEHAN dsb nya.

أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِنْدِ غَيْرِ اللَّهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلَافًا كَثِيرًا
Apakah maka tidak mereka merenungkan AlQuran? Jikalau adalah Ia itu dari sisi selain ALLAH, Nescaya mereka telah mendapati di dalamnya akan Perselisehan yg banyak 4:82

اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ لَيَجْمَعَنَّكُمْ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ لَا رَيْبَ فِيهِ وَمَنْ أَصْدَقُ مِنَ اللَّهِ حَدِيثًا
ALLAH itu Tiada tuhan kecuali Dia. Sunguh Dia akan mengumpulkan kamu kepada Hari Qiyamat yang tiada keraguan pada nya. Dan siapakah yang lebih benar dari ALLAH akan sebagai suatu Hadis? 4:87

WALLAHU A'LAM
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2011 05:26 AM | Show all posts
Post Last Edit by Al-Patih at 4-3-2011 05:28

Reply 438# sirrikhafi

Salam sirrikhafi
   
اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ لَيَجْمَعَنَّكُمْ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ لَا رَيْبَ فِيهِ وَمَنْ أَصْدَقُ مِنَ اللَّهِ حَدِيثًا
ALLAH itu Tiada tuhan kecuali Dia. Sunguh Dia akan mengumpulkan kamu kepada Hari Qiyamat yang tiada keraguan pada nya. Dan siapakah yang lebih benar dari ALLAH akan sebagai suatu Hadis? 4:87

Tiadalah(hewan) yang melata dibumi dan tiada pula burung yang terbang dengan duasayapnya, melainkan semuanya itu beberapa umat seumpama kamu juga. Kami tiada meninggalkan dalamKitab suatu juapun, kemudian mereka dihimpunkan kepadaTuhan mereka. Surah 6 Al-An’aam
ayat 38.

Adakah (patut) laindaripada Allah ku angkat menjadi hakim? Padahal Dialah menurunkan Kitabkepadamu dengan seterang2nya. Orangyang Kami anugerahi Kitab, mereka itu mengetahui, bahawa Qur’an diturunkan daripadaTuhanmu dengan sebenarnya, sebab itu janganlah engkau termasuk orang2 yangbimbang. Surah 6 Al-An’aam
ayat 114.

Tiadakah merekamemperhatikan kerajaan langit dan bukit, serta tiap2 sesuatu yang dijadikanAllah? Mudah2an telah dekat ajal mereka. Maka dengan Hadith/perkataan apakah mereka akan beriman sesudah Qur’an ini? Surah 7Al-A’Raaf
ayat 185.

Sesungguhnya telah Kami terangkan (semuanya) dalam Quran inisupaya mereka mendapat peringatan.Tetapi yang demikian tiada menambah mereka melainkan lari (dari kebenaran). Surah 17 Al Israak ayat 41.

Tiada datang kepadamereka peringatan yang baru (quran)dari Tuhannya, melainkan mereka dengarkan, serta mereka mempermain2kan. Surah 21 An-Anbiyaak
ayat 2.

Dia(Allah) memperlihatkan ayat2Nya (tanda2 kekuasaannya) kepadamu, maka ayat2 Allah yang manakah kamu ingkari? Surah 41 Ghaafir (Al-Mukmin) ayat 81.

Itulah ayat ayat Allah. Kami bacakan kepada engkaudengan sebenarnya. Dengan perkataanapakah mereka akan beriman, sesudah(perkataan) Allah dan ayat ayatNya? Surah45 Jathiyah (Al-Jaatsiyah) ayat 6.

Katankanlah:Adakah kamu lihat (Tuhan2) yang kamusembah selain daripada Allah, perlihatkanlah kepadaku apakah yang merekaciptakan diantara bumi ini atau adakah bagi mereka ciptakan diantara bumi iniatau adakah bagi mereka sekutu (saham) dalam (menjadikan) langit? Tunjukkanlah kepadaku kitab sebelum ini(Quran) atau bekas2 ilmu pengethuanjika kamu orang benar. Surah 46 Al-Ahqaafayat 4.

Katakanlah (ya Muhammad): Maka kamu tunjukkansebuah kitab dari sisi Allah, yang terlebihbaik daripada keduanya (Taurat and Quran). (Jikalau tiada) niscaya aku ikutakan dia, jika kamu orang yang benar.Surah Al-Qashash ayat 49.

Maka dengan beritaapakah mereka mau percaya sesudah Qur’anini? Surah 77 An-Naba ayat 50.

Terjemahan Dr. Mahmud
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2011 08:52 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 4-3-2011 08:54
Meskipun AlQuran itu diturunkan secara 'Sekelepuk' dlm bentuk sebuah Kitab dari langit.

Bermaksud: Walaupun @ Jika  @ Seandainya @ Sekiranya AlQuran itu di turunkan secara sekelepuk sebuah kitab dari langit sekalipun, mereka sekali-kali tidak akan beriman.

Memang benar AlQuran itu di turunkan secara beransur-ansur, tetapi ia telah di riwayatkan kpd umat manusia melalui kaedah HAFALAN &KAEDAH PENULISAN @ BUKU @ KITAB.
sirrikhafi Post at 3-3-2011 15:51

Salam...

Yang digariskan ialah point yang saya bawa. Anda setuju, saya pun setuju

Sebaliknya, hadis di riwayatkan dari mulut ke mulut selama 200 tahun yakni selepas kewafatan nabi muhammad sehinggalah ia di bukukan. persis pula seperti sejarah buku bible yg di buku kan selepas 80 tahun peristiwa salib.

Ini menunjukkan ilmu hadith anda masih cetek. Saya bukan nak kata ilmu hadith saya tinggi, tapi kenyataan saudara tu menunjukkan saudara tidak tahu menahu yang hadith juga dicatatkan, sepertimana Al-Quran dicatatkan. Hadith bukannya dicatatkan setelah 200 tahun lepas kewafatan Nabi. Itu FITNAH dari golongan ANTI HADITH yang dok bawa ke hulu ke hilir. Hadith dikumpulkan setelah kewafatan Nabi. Itu hakikatnya. Al-Quran pun dikumpulkan setelah kewafatan Nabi. Ini juga hakikat. Pengumpulan bukan bermaksud baru nak tulis. Al-Quran dan Hadith DIHAFAL dan KEMUDIAN DITULIS pada zaman Nabi lagi. Pengumpulan SECARA LENGKAP TIDAK MUNGKIN BOLEH dilakukan ketika hayat Nabi sebab MASIH ADA ayat Al-Quran yang turun, juga hadith yang disampaikan.

so, KAEDAH HAFALAN &KAEDAH TULISAN YAITU BUKU @ KITAB, adalah lebih MEYAKINKAN, berbandeng kaedah dari mulut ke mulut sehinggalah 200 tahun kemudian di buku kan.

So, mnm GAGAL LAGI memberkan hujjah yg RASIONAL, LOJIK &COMMONSENSE.

Sama saja dengan kaedah Hadith, cuma anda yang tak tahu.

Ayat-ayat di atas SEKALI LAGI telah membuktikan bahawa AlQuran& Kitab-kitab ALLAH yg terdahulu telah di riwayatkan/di 'chronicle' kan kpd umat manusia melalui kaedah TULISAN @ BUKU @ KITAB.

Nampaknya, hujjah para penyokong tegar hadis, SEKALI LAGI telah di patah lumatkan oleh ayat-ayat Tuhan ALLAH anda sendiri.

Ayat tersebut mematahkan HUJJAH ANTI-HADITH tanpa mereka sedari:

Dan Mereka berkata: 'Dongeng orang-orang yang terdahulu yang di minta tulis akan nya lalu ia di dikte kan ke atas nya pagi dan petang' 25:5

Mereka tu merujuk kepada KATA-KATA kata orang kafir!!!!

Sekalipun Al-Quran juga kemudiannya ditulis, PENURUNANNYA TETAP melalui PERIWAYATAN (Al-Waqi'ah):
Sesungguhnya Al Quran ini adalah bacaan yang sangat mulia, (77)
pada kitab yang terpelihara (Lauh Mahfuz), (78)
tidak menyentuhnya kecuali hamba-hamba yang disucikan. (79)
Diturunkan dari Tuhan semesta alam. (80)
Maka apakah kamu menganggap remeh saja Periwayatan ini? ( ٱلۡحَدِيثِ yakni periwayatan Al Quran) (81)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 01:47 PM GMT+8 , Processed in 0.060697 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list