CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: abuzar

Golongan anti hadis = sesat

[Copy link]
Post time 17-2-2011 08:30 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 17-2-2011 21:41
Tidak ada satu ayat pun yang merujuk perkataan akbar atau lebih besar kepada Tuhan sendiri. Tetapi you menggunakan perkataan itu untuk dirujuk terus kepada Tuhan. Tidakkah Al-Quran itu petunjuk yang sudah jelas?
cilijeruk Post at 17-2-2011 16:01

Kan dah dijelaskan:
'Allahu Akbar' bila merujuk kepada Zat Allah, maka ia Tiada Tandingan. Disebut ALLAHU AKBAR, bermakna ALLAH LEBIH BESAR dari segala apa-apa (tiada tandingannya - Allah Maha Besar).

Kalimah 'Akbar' secara sendirian bukan bermaksud lebih besar. Ia hanya bermaksud besar atau sangat besar atau maha besar. Adakah kamu masih guna Al-Quran secara terjemahan untuk merumuskan hukum???

TIDAK ADA SATU AYAT PUN KATA KA'BAH (singular) tu BUKU LALI (plural). Bagaimana kamu boleh buat tafsiran sebegitu? Orang Arab mana yang ada faham sedemikian? Ingat, Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, bukan dalam bahasa Melayu!

Sekarang saya tanya kamu: Tidakkah Al-Quran itu petunjuk yang sudah jelas?

Dalam konteks 3 ayat berkaitan:
1. keredhaan Allah (At-Taubah, 72)
2. Zikrullah - Memperingati Allah (Al-Ankabut, 45)
3. perbuatan orang kafir membenci Allah (Ghafir, 10)

Merujuk kepada perbuatan, bukan Zat Allah. Sila kaji grammar dan ayat tersebut DALAM BAHASA ARAB. Kalau kamu faham bahasa Arab, tidak timbul isu bagi penggunaan kalimah Allahu Akbar. Tidak disebut dalam Al-Quran secara baris yang dikehendaki, bukan bermakna kalimah tersebut batil. Jika kita mencari dalam Al-Quran berkaitan sifat/nama Allah yang merujuk kepada ALLAH secara terus, kita dapati kalimah AL-KABEER (Yang Maha Besar)

وَأَنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡڪَبِيرُ
...sesungguhnya Allah, Dialah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. (Al-Hajj, 62)

Dalam Surah Al-Ikhlas, ada frasa ALLAHU AHAD. Disebabkan anda pertikai Allahu Akbar, boleh jelaskan kenapa ALLAHU AHAD tidak berbaris bawah?

Ini belum masuk Hadith Nabi lagi, yang mana terdapat banyak bukti yang nyata. Kalau phobia sangat dengan Hadith, terjemahan yang kamu pakai tu pun kamu patut phobia jugak, sebab tiada jaminan terjemahan tu betul-betul menurut bahasa Arab Al-Quran. Ini belum masuk grammar bahasa Arab secara terperinci lagi. Kamu hanya guna Al-Quran dan buat terjemahan seperti kamus mengikut kehendak kamu, bukan mengikut penggunaan bahasa Arab. Itulah masalahnya!!!

Kenapa berbaris bawah, berbaris depan dan berbaris atas kamu tidak sikitpun perjelaskan penggunaannya dalam bahasa Arab. Tapi kamu boleh ubah maksud Ka'bah yang jelas (besifat singular) kepada buku lali (plural) tanpa merujuk bahasa Arab pun???? MANA SUMBER KAMU?

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 17-2-2011 11:00 PM | Show all posts
Post Last Edit by cilijeruk at 17-2-2011 23:10
Kan dah dijelaskan:
'Allahu Akbar' bila merujuk kepada Zat Allah, maka ia Tiada Tandingan. Dise ...
mnm77 Post at 17-2-2011 20:30

Salam mnm77,

Baris tidak menjadi masalah pada saya. Tapi saya telah menunjukkan kepada you bahawa perkataan "akbar" atau "lebih besar" yang ada di dalam Al-Quran tidak digunakan untuk merujuk terus kepada Tuhan atau zat Tuhan dan seumpamanya. Konteks yang digunakan bagi perkataan itu adalah amat jelas. Saya fikir you pun nampak dan faham apa yang saya utarakan. Dan you sendiri pun tahu perkataan yang sepatutnya untuk merujuk Tuhan Yang Maha Besar adalah Allah Al-Kabir. Bukannya Allahu akbar.

Pasal perkataan kaaba atau buku lali, kenapa plural dan kenapa singular.

Perhatikan 5:6.

5:6 Wahai kamu yang percaya! Apabila kamu bangun untuk memulakan komitmen, basuhlah muka kamu dan tangan kamu sehingga ke siku, dan sapu kepala kamu dan kaki kamu sehingga ke buku lali dan jika keadaan kamu memerlukan pembersihan sepenuhnya, mandilah dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan, atau selepas kamu membuang air, atau kamu telah bersama dengan perempuan, dan kamu tidak menemui air, dapatkan tanah yang bersih dan sapukan muka dan tangan kamu dengannya. Allah tidak berhasrat untuk meletakkan kamu dalam kesulitan, tetapi Dia ingin kamu membersihkan diri dan Dia mahu melengkapkan kurnianya ke atas kamu, supaya kamu menghargainya.

Kenapa buku lali dalam 5:6 dirujuk sebagai plural? Sebab manusia ada dua buku lali. Jadi konteks plural perkataan buku lali dalam ayat itu adalah jelas. Kita disuruh basuh kaki sehingga kedua-dua buku lali. Saya tidak menggunakan perkataan buku lali-buku lali dalam terjemahan saya sebab ayat akan menjadi panjang.

Kenapa dalam ayat 5:95 perkataan buku lali (kaaba) dirujuk sebagai singular? Mari kita lihat ayatnya.

5:95 “Wahai kamu yang percaya! Jangan membunuh hidupan liar yang telah dilarang kepada kamu. Jika sesiapa membunuh dengan sengaja, dia perlu menebus dengan haiwan yang setara dihakimi dua orang yang adil di kalangan kamu untuk menentukan kematangan buku lalinya. Atau tebus dengan memberi makan orang miskin atau berpuasa, supaya dia merasai akibat dari perbuatannya. Tuhan telah memaafkan kesalahan terdahulu (sebelum peraturan ini ditetapkan). Barang sesiapa mengulangi kesalahannya, Tuhan akan menghukumnya. Tuhan Berkuasa, Pemberi Hukuman”.

Perhatikan buku lali dalam konteks ayat ini. Tuhan suruh 2 orang pakar supaya menentukan kematangan buku lali haiwan yang dibunuh pemburu apabila ia berkemungkinan belum cukup matang. Membunuh haiwan yang belum cukup matang adalah antara yang dilarang oleh Tuhan dalam ketetapan mengenai pemburuan binatang liar. Katakan yang diburu itu rusa. Rusa ada 4 buku lali. Tapi pakar yang dipanggil untuk menentukan kematangan buku lali tu tak perlulah periksa atau uji atau bedah semua buku lali rusa itu. Cukuplah periksa satu saja. Tak payahlah periksa ke empat-empat buku lali untuk haiwan yang sama. Kalau satu tak matang, semua pun tak matanglah. Kan common sense aje tu?

Sekarang perhatikan satu lagi ayat, 5:97.

5:97 “Tuhan telah menetapkan buku lali sebagai satu sistem larangan untuk dipatuhi oleh manusia, dan bulan-bulan larangan, dan panduan-panduan, dan indikasi-indikasi. Ini untuk memberitahu kamu bahawa Tuhan, Dia tahu apa yang di langit dan di bumi dan apa yang di bawah bumi. Dan sesungguhnya Tuhan mengetahui semua perkara”.
Ayat di atas adalah satu pernyataan umum bahawa buku lali haiwan liar telah ditetapkan Tuhan sebagai satu sistem atau kaedah larangan dalam aktiviti pemburuan binatang liar - penjelasan mengenai apa yang perlu dilihat dari buku lali haiwan buruan yang dimaksudkan dijelaskan dalam ayat 5:95 di atas - iaitu kematangannya. Pernyataan dalam ayat 5:97 bukan merujuk kepada buku lali-buku lali  dari seekor binatang liar yang tertentu, tetapi ia merujuk kepada buku lali semua binatang liar secara umum. Jadi apa perlunya dipluralkan perkataan buku lali dalam ayat 5:97? Ini pun kan common sense saja.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2011 09:09 AM | Show all posts
Salam mnm77,

Baris tidak menjadi masalah pada saya. Tapi saya telah menunjukkan kepada you baha ...
cilijeruk Post at 17-2-2011 23:00

mike jgn nk lari dari teman...soalan teman tu belum terjawab lg???..sile le jawab soalan teman tu dulu sebelum kite berbincang lebih jauh lg...kalu x tau ckp le x tau...jgn jd bodoh sombong...belajo2 le merendah diri...jgn nk ikutkan sgt sifat mazmumah tu...x tau tanye...bknnye rugi pun...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 12:37 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 21-2-2011 12:42
Baris tidak menjadi masalah pada saya. Tapi saya telah menunjukkan kepada you bahawa perkataan "akbar" atau "lebih besar" yang ada di dalam Al-Quran tidak digunakan untuk merujuk terus kepada Tuhan atau zat Tuhan dan seumpamanya.
cilijeruk Post at 17-2-2011 23:00

Salam...

Dalam menterjemah Al-Quran dari bahasa Arabnya, perubahan baris boleh mengubah makna ayat. Secara sendirinya, 'Akbar' BUKAN bermakna 'lebih besar'. Harap jelaskan anda ambil dari mana terjemahan ini?

Konteks yang digunakan bagi perkataan itu adalah amat jelas. Saya fikir you pun nampak dan faham apa yang saya utarakan. Dan you sendiri pun tahu perkataan yang sepatutnya untuk merujuk Tuhan Yang Maha Besar adalah Allah Al-Kabir. Bukannya Allahu akbar.

Laaaa....masih tak faham rupanya.... atau masih pusing-pusing?

Al-Kabeer (Maha Besar) itu merujuk kepada NAMA/SIFAT ALLAH. Apabila kita sebut ALLAHU AKBAR, menunjukkan ALLAH MAHA BESAR. Sifat Maha Besar itulah Al-Kabeer.

Al-'Aleem (Maha Mengetahui) ialah salah satu dari Sifat Allah. Bila kita sebut ALLAHU A'LAM, menunjukkan ALLAH MAHA MENGETAHUI.

Tidak timbul isu tidak disebut dalam Al-Quran, kerana penggunaan bahasa Arab itu JELAS bagi yang mengetahui/mempelajarinya.

Harap jauhi dan elakkan menjadikan Al-Quran seperti kamus perkataan untuk keluarkan HUKUM!!! Al-Quran diturunkan dalam BAHASA ARAB, jadi kena fahami bahasa Arab untuk memahami penjelasan Al-Quran. Jika bergantung kepada terjemahan, JANGAN keluarkan hukum tanpa ILMU. Boleh baca terjemahan untuk mengetahui isi kandungan Al-Quran.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 12:51 PM | Show all posts
Pasal perkataan kaaba atau buku lali, kenapa plural dan kenapa singular.
cilijeruk Post at 17-2-2011 23:00

Anda masih belum bawa sumber anda, tapi masih mempertahankan terjemahan LUCU ini.

Kenapa buku lali dalam 5:6 dirujuk sebagai plural? Sebab manusia ada dua buku lali. Jadi konteks plural perkataan buku lali dalam ayat itu adalah jelas. Kita disuruh basuh kaki sehingga kedua-dua buku lali. Saya tidak menggunakan perkataan buku lali-buku lali dalam terjemahan saya sebab ayat akan menjadi panjang.

Kenapa dalam ayat 5:95 perkataan buku lali (kaaba) dirujuk sebagai singular? Mari kita lihat ayatnya.

Perhatikan buku lali dalam konteks ayat ini. Tuhan suruh 2 orang pakar supaya menentukan kematangan buku lali haiwan yang dibunuh pemburu apabila ia berkemungkinan belum cukup matang. Membunuh haiwan yang belum cukup matang adalah antara yang dilarang oleh Tuhan dalam ketetapan mengenai pemburuan binatang liar. Katakan yang diburu itu rusa. Rusa ada 4 buku lali. Tapi pakar yang dipanggil untuk menentukan kematangan buku lali tu tak perlulah periksa atau uji atau bedah semua buku lali rusa itu. Cukuplah periksa satu saja. Tak payahlah periksa ke empat-empat buku lali untuk haiwan yang sama. Kalau satu tak matang, semua pun tak matanglah. Kan common sense aje tu?

Istighfar..... ini tafsiran kamu??? Istighfar..... inikah perintah Allah kena periksa buku lali haiwan???

Sebab tu saya tanya dari mana kamu ambil terjemah Ka'bah tu BUKU LALI??? Orang Arab mana yang faham macam tu? Kalau dari 1400 tahun dulu sampai sekarang TIADA orang Arab yang kata Ka'bah tu buku lali, DARI MANA TERJEMAHAN tu anda ambil?

Dari kamus terjemahan kah? Yang mana satu????

Orang gila pun boleh kata Ka'bah tu buku lali..... boleh percaya kah kalau orang gila cakap macam tu, tapi tak bagi sumbernya????

Ayat di atas adalah satu pernyataan umum bahawa buku lali haiwan liar telah ditetapkan Tuhan sebagai satu sistem atau kaedah larangan dalam aktiviti pemburuan binatang liar - penjelasan mengenai apa yang perlu dilihat dari buku lali haiwan buruan yang dimaksudkan dijelaskan dalam ayat 5:95 di atas - iaitu kematangannya. Pernyataan dalam ayat 5:97 bukan merujuk kepada buku lali-buku lali  dari seekor binatang liar yang tertentu, tetapi ia merujuk kepada buku lali semua binatang liar secara umum. Jadi apa perlunya dipluralkan perkataan buku lali dalam ayat 5:97? Ini pun kan common sense saja.

LUCU dan ampun maaf, saya katakan MENYESATKAN kerana TIADA sumber yang boleh dipercayai. FULL STOP!!!

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 04:27 PM | Show all posts
Post Last Edit by cilijeruk at 21-2-2011 16:31

Salam mnm77,

Kan dari Al-Quran sendiri saya dapat kesimpulan bahawa perkataan kaaba itu bermaksud buku lali dari 3 ayat yang saya bincangkan. Tuhan beritahu kita bahawa Al-Quran itu berfungsi sebagai petunjuk, penjelas dan pembeza. Al-Quran sudah lengkap dengan sendirinya. Dalam hujah saya mengenai perkataan kaaba saya sudah menggunakan ketiga-tiga fungsi Al-Quran. Dalam 3 ayat yang saya kemukakan kita ada petunjuk mengapa kaaba itu buku lali, juga ada penjelasannya dan hasilnya saya dapat membezakan tafsiran perkataan kaaba mana yang salah dan apa yang betul. Saya tidak perlu cari orang Arab dan dengar cakap mereka untuk faham Al-Quran. Tuhan diturunkan Al-Quran untuk seluruh manusia dan suruh semua orang memikirkannya. Dia tidak suruh dengar cakap orang Arab.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2011 05:18 PM | Show all posts

cilijeruk Post at 21-2-2011 16:27

kesimpulan mike sendiri???..ape hak mike nk wat kesimpulan sendiri???..mane mike dpt tafsiran yg kaabah tu buku lali???...dan Al-Quran pun x suruh dgr ckp org cam mike nie...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 05:41 PM | Show all posts
Salam Naruto,

Dalam Quran Tuhan memang tak suruh dengar/ikut cakap sesiapa. Tuhan hanya kata, dengar semua pendapat dan pilih yang terbaik. Apa yang terbaik terpulang lagi kepada kita. Tuhan kan dah beri akal.
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 21-2-2011 05:56 PM | Show all posts
Reply 405# mnm77

Mungkin mnm boleh telitikan kembali sandaran2 yg mengatakan al qur'an itu diturunkan dlm bahasa Arab.

Saya perasan sirri dalam rujukan dia ada menyebut ttg "al Qur'an yg arab"  Rasanya ada sebab beliau menggunakan perkataan "yang" disana.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 06:14 PM | Show all posts
syiah & anti hadis adalah adik beradik aka sekutu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 08:42 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 23-2-2011 09:17
Kan dari Al-Quran sendiri saya dapat kesimpulan bahawa perkataan kaaba itu bermaksud buku lali dari 3 ayat yang saya bincangkan. Tuhan beritahu kita bahawa Al-Quran itu berfungsi sebagai petunjuk, penjelas dan pembeza. Al-Quran sudah lengkap dengan sendirinya.
cilijeruk Post at 21-2-2011 16:27

Salam...

Kan itu dari kesimpulan anda... dari terjemahan yang anda buat sendiri.... Al-Quran itu memang JELAS dalam bahasa Arabnya. Ia TIDAK diturunkan dalam bahasa Melayu atau Inggeris. Bagi yang tak faham bahasa Arab, nak faham Al-Quran kena lah rujuk terjemahan yang BETUL mengikut kefahaman RASUL, bukan ikut sangkaan atau akal sendiri semata-mata tanpa apa-apa panduan. Sesungguhnya sangkaan itu tidak berfaedah sedikitpun terhadap kebenaran (Al-Quran Surah An-Najm ayat 28)

Saya tidak perlu cari orang Arab dan dengar cakap mereka untuk faham Al-Quran. Tuhan diturunkan Al-Quran untuk seluruh manusia dan suruh semua orang memikirkannya. Dia tidak suruh dengar cakap orang Arab.

Melihat hujjah-hujjah anda yang lepas, saya PASTI anda TIDAK MAHIR bahasa Arab dan TERPAKSA merujuk kepada TERJEMAHAN tertentu, kemudian anda ubah maksud ayat ikut kesesuaian anda. Sedangkan dalam terjemahan Arab-Melayu atau Arab-Inggeris, ia dibuat oleh orang YANG PAKAR dalam KEDUA-DUA BAHASA tersebut. Bila anda rujuk terjemahan, bermakna anda rujuk kepada mereka YANG MAHIR dalam 2 bahasa tersebut (mahir bahasa Arab).

Mustahil anda boleh buat terjemahan jika anda BUKAN pakar bahasa Al-Quran (bahasa Arab) dan anda TIDAK rujuk mana-mana terjemahan. Sebab tu saya tanya sumber anda, di mana anda kata anda sendiri sumbernya. Sebab tu juga saya kata orang GILA pun boleh cakap macam tu.... Boleh pakai kah terjemahan orang GILA yang kata dia sendiri sumbernya?

Anda tidak mempercayai HADITH NABI. Ramsys juga tidak mempercayai hadith Nabi. Masing-masing anda dan Ramsys tunjuk cara memahami Al-Quran tanpa panduan hadith. Hasilnya:

Ramsys kata sebelum ni Al-Hikmah itu ialah Al-Kitab = Al-Quran, satu perkara yang sama. Anda pula kata Al-Hikmah tu common sense.
Selain itu saya juga mendapati perkataan al-hikmah yang sebelum ini saya cenderung menterjemahkannya sebagai “kebijaksanaan” sebenarnya lebih sesuai jika diterjemahkan sebagai common sense.
cilijeruk Post at 3-2-2011 13:28

Lihat betapa BERCANGGAH-NYA pemahaman anda berdua ini. Kedua-dua anda percaya Al-Quran itu Jelas dan Lengkap. Kenapa bercanggah pula? Lebih teruk lagi, terjemahan anda (cilijeruk) berubah ikut keadaan kefahaman anda. Dulu anda terjemah Al-Hikmah tu Kebijaksaaan. Kini lain pula. Ini PERCANGGAHAN dalam ilmu anda. Anda sendiri membuktikan anda mempunyai percanggahan terhadap kefahaman anda sendiri.

Inilah jadinya bila terjemah TANPA panduan. Anda berdua kena berbalik memahami bahasa Arab dulu sebelum menterjemah (juga diikuti ilmu disiplin lain yang berkaitan Al-Quran). Jika tidak, anda berdua hanya menambahkan percanggahan dalam terjemah-terjemahan anda, sekalipun anda cuba menunjukkan anda berdua tidak 'bias' kepada mana-mana pihak.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 08:55 AM | Show all posts
Mungkin mnm boleh telitikan kembali sandaran2 yg mengatakan al qur'an itu diturunkan dlm bahasa Arab.

Saya perasan sirri dalam rujukan dia ada menyebut ttg "al Qur'an yg arab"  Rasanya ada sebab beliau menggunakan perkataan "yang" disana.
zippelius Post at 21-2-2011 17:56

Salam...

Adakah sekarang anda bergantung kepada terjemahan sirri pula? Anda kan multinick M5 yang tidak mempercayai hadith tu?

Dulu saudara sirri khafi berpegang kepada Al-Quran dan Hadith Nabi, kemudian dia tidak mempercayai Hadith, dan akhirnya dia juga mempertikaikan keaslian Al-Quran.

Adakah anda nak bergantung kepada penjelasan dan terjemahan orang yang mempertikaikan keaslian ayat Al-Quran?

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 09:36 AM | Show all posts
Reply 412# mnm77

Bukan bergantung pada terjemahan sirri, tapi rasanya nampak sandaran2 yg dia pegang.  

Nick ni dah lama saya pakai, tapi kat forum lain.  Cuma bila M5 kena ban yg dah jadi resam hidup dgn orang2 agama yg mudah terguris kehulu tergurus kehilir tak boleh berhujah pakai akal.

Bab al Qur'an yg arab (i.e al qur'an yg jelas - bukan merujuk makna lazim- al Qur'an tulisan arab) tu dah lama saya pegang, even sebelum join forum cari.  Cuma tak ramai yg setuju dgn pandangan saya.  Saya sebenarnya tak pasti samada fahaman sirri tu sama dgn apa yg saya faham ttg isu ni. Tapi bila lihat dia sebut 'al Qur'an yg arab", itu yg faham.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 11:38 AM | Show all posts
Reply  mnm77

zippelius Post at 23-2-2011 09:36

teman nk tau ape sandaran2 yg si sirri tu pegang???..ape yg mike pahamkan ape yg si sirri tu kate???..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 11:45 AM | Show all posts
Salam Naruto,

Dalam Quran Tuhan memang tak suruh dengar/ikut cakap sesiapa. Tuhan hanya kata, dengar semua pendapat dan pilih yang terbaik. Apa yang terbaik terpulang lagi kepada kita. Tuhan kan dah beri akal.
cilijeruk Post at 21-2-2011 17:41

ate..mike pasti ke pendapat mike yg terbaik???..mike kate makne kaabah tu buku lali..ade ke mike ingat ini pendapat yg terbaik???..mmg Tuhan bg kat kite akal..tp mike gunekan dgn care yg salah...salah dlm menterjemah..
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 01:21 PM | Show all posts
Salamun 'alaikum,  

Saya BANGKANG mnm dlm masaalah hikmah.

ذَلِكَ مِمَّا أَوْحَى إِلَيْكَ رَبُّكَ مِنَ الْحِكْمَةِ

Demikianlah itu daripada apa yang telah di wahyukan kepada engkau oleh Pemelihara engkau daripada Hikmah 17:39

Sesungguh AlQuran ialah Hikmah yg telah ALLAH menurunkan kpd nabi muhammad dan Hikmah itu ialah apa yg telah ALLAH menurunkan, yakni Al-KITAB.

Tafsiran Sunni yg mengatakan Hikmah itu ialah Sunnah langsung Tiada SANDARAN, DALIL, BUKTI dari Al-Quran itu sendiri. ;)

WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 24-2-2011 03:52 PM | Show all posts
Post Last Edit by cilijeruk at 24-2-2011 15:54

Salam sirrikahfi,

Saya berpendapat al-hikmah bukanlah Al-Kitab secara langsung. Tetapi Al-Hikmah adalah hasil atau manfaat yang diperolehi oleh sesiapa yang membaca dan memahaminya. Apa yang akan hasil yang akan kita perolehi dari pembacaan dan pemahaman terhadap Al-Kitab? Jawapannya adalah "common sense". Oleh itu Al-Hikmah bermaksud common sense.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 10:01 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 25-2-2011 10:05
Saya BANGKANG mnm dlm masaalah hikmah.

ذَلِكَ مِمَّا أَوْحَى إِلَيْكَ رَبُّكَ مِنَ الْحِكْمَةِ

Demikianlah itu daripada apa yang telah di wahyukan kepada engkau oleh Pemelihara engkau daripada Hikmah 17:39

Sesungguh AlQuran ialah Hikmah yg telah ALLAH menurunkan kpd nabi muhammad dan Hikmah itu ialah apa yg telah ALLAH menurunkan, yakni Al-KITAB.

Salam...

Sirri Khafi.... anda berhak membangkang sesiapa yang anda nak bangkang. Bangkangan anda bukanlah bermaksud kebenaran kerana anda TIDAK memberi definisi apa itu kebenaran.

Jika Al-Quran itu BENAR, kenapa anda pertikai keaslian Al-Quran (thread guna akal tafsir Al-Quran tu). Kemudian anda guna Al-Quran (adakah sebagai kebenaran???) dengan terjemahan kontemporari anda pula???

Sekarang anda kata Al-Hikmah ialah Al-Quran?? Sila selak helaian yang lepas. Sekarang jelaskan, adakah Luqman terima Al-Quran dari Allah?

وَلَقَدۡ ءَاتَيۡنَا لُقۡمَـٰنَ ٱلۡحِكۡمَةَ أَنِ ٱشۡكُرۡ لِلَّهِ
Dan sesungguhnya telah Kami berikan Luqman, Al-Hikmah yang (antaranya) "Bersyukurlah kepada Allah"... (Luqman, 12)

Tafsiran Sunni yg mengatakan Hikmah itu ialah Sunnah langsung Tiada SANDARAN, DALIL, BUKTI dari Al-Quran itu sendiri.

Ini ialah tuduhan orang yang terdesak. Tuduhan macam ini menutup perbincangan, kerana kenyataan anda tu menunjukkan anda dah buat kesimpulan sendiri. Buat apa nak bincang lagi...

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 03:36 PM | Show all posts
Post Last Edit by sirrikhafi at 25-2-2011 15:56

Salamun 'alaikum Cilijeruk ,

Salam sirrikahfi,

Saya berpendapat al-hikmah bukanlah Al-Kitab secara langsung. Tetapi Al-Hikmah adalah hasil atau manfaat yang diperolehi oleh sesiapa yang membaca dan memahaminya. Apa yang akan hasil yang akan kita perolehi dari pembacaan dan pemahaman terhadap Al-Kitab? Jawapannya adalah "common sense". Oleh itu Al-Hikmah bermaksud common sense.

Saya suka dgn pendapat Tuan

الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ أُولَئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّهُ وَأُولَئِكَ هُمْ أُولُو الْأَلْبَابِ
Orang-orang yang di perdengarkan akan perkataan lalu mereka mengikuti yang paling baik akan nya. Mereka itulah orang-orang yang telah di tunjuki akan mereka oleh ALLAH. Dan mereka itu, mereka lah yang mempunyai Pintu 39:18

WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 03:55 PM | Show all posts
Salamun 'alaikum,

Salam...

Sirri Khafi.... anda berhak membangkang sesiapa yang anda nak bangkang. Bangkangan anda bukanlah bermaksud kebenaran kerana anda TIDAK memberi definisi apa itu kebenaran.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ
Kebenaran dari Pemelihara engkau maka janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang ragu 2:147

وَقُلِ الْحَقُّ مِنْ رَبِّكُمْ
Dan katakanlah: 'Kebenaran itu dari Pemelihara kamu' 18:29

Adakah anda cuba BANGKANG definisi dari Tuhan ALLAH anda sendiri? Fikir.

Jika Al-Quran itu BENAR, kenapa anda pertikai keaslian Al-Quran (thread guna akal tafsir Al-Quran tu). Kemudian anda guna Al-Quran (adakah sebagai kebenaran???) dengan terjemahan kontemporari anda pula???

Di manakah Mushaf Usmani dll?

Sekarang anda kata Al-Hikmah ialah Al-Quran?? Sila selak helaian yang lepas. Sekarang jelaskan, adakah Luqman terima Al-Quran dari Allah?

Al-Quran ialah Al-Hikmah. Ini amat jelas. Sedangkan Hikmah yg di terima oleh Luqman pula telah termaktub,tercatat & di ajarkan di dlm Al-Quran. Bahkan ada Surah yg di namakan sempena nama Beliau. Oleh itu, Hikmah yg di berikan kpd Luqman itu ialah Al-Quran, yakni setelah Tuhan ALLAH anda mewahyukannya di dlm Al-Quran. So, Hikmah yg di berikan kpd Luqman itu ialah AlQuran, walaupun ianya belum di wahyukan lagi kpd nabi muhammad pd masa itu. Bahkan Hikmah yg di berikan Luqman pd masa itu ialah commonsense yg juga boleh di ambil& di dapati dari ajaran Kitab-kitab ALLAH yg terdahulu jua. ;)

Ini ialah tuduhan orang yang terdesak. Tuduhan macam ini menutup perbincangan, kerana kenyataan anda tu menunjukkan anda dah buat kesimpulan sendiri. Buat apa nak bincang lagi...

Apakata anda tolong bawakan sumber dari AlQuran yg mengatakan Al-Hikmah itu ialah As-Sunnah, Terima Kaseh.

WALLAHU A'LAM
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 06:55 AM GMT+8 , Processed in 0.252129 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list