CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: abede

umor berapa bulan kuchen tau buat baby???

[Copy link]
Post time 6-11-2009 09:23 AM | Show all posts
Post Last Edit by boocik04 at 6-11-2009 09:26

dipetik dari:
http://alamkucing.blogspot.com/2 ... kan-neuterspay.html

antara alasan orang2 yang tidak mahu kembiri/kasi/mandulkan kucing kerana:

Tidak adil kalau kita mandulkan kucing.
Zalim/kejam kalau kita mandulkan kucing.
Kita telah rampas haknya untuk membiak
Kucing tidak akan gembira kalau tak dapat lakukan hubungan seks.
Berdosa jika kita melakukannya.

Episod 1
Pernyataan di atas adalah antara beberapa sebab/alasan di antara kita yang tidak mahu memandulkan kucing. Semasa anda membaca kiriman ini, terdapat beratus ribu atau mungkin juga jutaan anak kucing terbiar yang dibuang di pasar, kedai makan dan kawasan kediaman lain.

Mereka terdedah dengan berbagai penyakit seperti kurap, kudis, FLV dan sebagainya. Mereka mengiau pada orang yang lalu lalang, meminta makanan. Mereka berebut sesama sendiri apabila ada orang mencampakkan lebihan makanan pada tanah.

Kita dapat melihat sebahagian besar kucing di situ berada dalam keadaan yang menyedihkan. Sebelah mata luka dan hampir buta, luka pada badan kerana bergaduh atau ditendang oleh manusia, kaki yang terhencot-hencot kerana dipijak, mulut yang melelehkan air liur kerana menghidap penyakit gusi dan berbagai lagi keadaan.

Kucing-kucing ini berada dalam keadaan sengsara, dan anak kucing yang baru dilahirkan pada saat ini juga akan mengalami nasib yang sama.

Katakanlah kita mempunyai seekor kucing betina. Dia mampu mengalami kitar heat setiap 2 minggu, dan pada masa ini dia akan mencari pasangannya walaupun dikurung di dalam rumah. Jika tidak dimandulkan, kucing betina boleh beranak sehingga 3-5 kali setahun, dan akan melahirkan 4-5 ekor anak setiap kalinya.

Kita akan mempunyai sekurang-kurangnya 24 ekor kucing baru di rumah dalam masa 2 tahun.


Adakah mereka mempunyai tempat di rumah anda?
Mampukah kita menjaganya? Setiap kucing yang ada masih perlu diberi makan, rawatan kesihatan, penjagaan najisnya dan kebersihan diri.

Setiap ekor kucing itu juga akan berak dan kencing setiap hari, bagaimana jika dia melepaskannya di rumah jiran anda?

Kucing jantan mesti, akan dan wajib memancutkan kencingnya untuk menanda kawasan, bagaimana pula jika dia menanda kawasan itu pada tayar kereta jiran, pasu bunga jiran dan kasut yang baru dibelinya?

Akhirnya samada jiran kita marah, atau kita sendiri sudah tidak mampu menjaganya maka kucing itu akan di bawa ke pasar (yang sudah ada beratus ekor kucing terbiar) dan dibuang di situ, supaya beban masalah itu berpindah ke bahu peniaga dan pelanggan di sana. Atau membuangnya pula di kawasan taman perumahan lain. Ini semua adalah sama seperti anda membuang masalah anda ke pintu rumah orang lain!

Masalah ini tidak terhenti begitu sahaja. Kucing yang kita buang di pasar/kedai makan/kawasan perumahan lain itu tetap akan membiak sepertimana ia membiak di rumah kita. Dan masalah ini akan kembali ke tajuk episod 1 di atas.

Bezanya adalah, kini kita telah senaraikan diri kita sebagai penyumbang masalah.

Sekarang tanya pula diri sendiri, siapakah yang zalim / tidak adil / kejam / berdosa di sini?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-11-2009 03:10 PM | Show all posts
saya rasa neuter bukanlah 'the only way' utk control pembiakan kucing...kat sini merujuk kucing yang kita bela kat rumah la kerana mereka adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai tuan yang membela...dan bukannya utk stray cat yang ada diluar sana kerana stray cat kat luar sana itu tidaklah dipertanggung jawabkan keatas kita...
Terdapat kaedah yang lebih sesuai yang boleh menghindar daripada perasaan bersalah..kesian dan sebagainya iaitu dengan pemberian ubat kehamilan(saya pernah dengar tentang kaedah ini)

So bagi pendapat peribadi saya, saya lebih prefer pemberian ubat kehamilan daripada permanent neuter.

Saya sebenarnya tidak ada masalah utk permanent neuter jika sekiranya perbuatan itu tidak mengganggu fitrah terhadap keinginan kucing utk bepasangan sementelah lagi ianya diharuskan dlm islam namun atas dasar keperihatinan saya terhadap binatang perliharaan saya, saya lebih prefer pemberian ubat kehamilan daripada melakukan permanent neuter kerana ianya lebih menepati ciri-ciri islam, iman dan ikhsan.

Walaubagaimanapun ini adalah pendapat peribadi saya sahaja dan ijtihad ini adalah kepada diri saya sahaja dan mereka dibawah tanggungan saya sahaja.

Sesungguhnya islam itu indah kerana mempunyai kepelbagaian perbezaan pendapat dan sebagai umat islam kita sepatutnya menghormati setiap pendapat yang ada asalkan ianya tidak bertentangan hukum-hukum agama.

wallahualam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2009 03:25 PM | Show all posts
Post Last Edit by abede at 8-11-2009 21:35

saya nak syer pautan pendapat dari jabatan agama islam selangor ..

http://soaljawab.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=283&Itemid=1

dan juga pautan dari mufti selangor berkenaan mengembiri binatang perliharaan


http://www.muftiselangor.gov.my/E-Book/Download/KoleksiAt-Taqwa/At-Taqwa8/At-Taqwa8(16-17).pdf
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2009 03:27 PM | Show all posts
Post Last Edit by boocik04 at 6-11-2009 15:32
saya rasa neuter bukanlah 'the only way' utk control pembiakan kucing...kat sini merujuk kucing yang kita bela kat rumah la kerana mereka adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai tuan yang membela... ...
abede Post at 6/11/2009 15:10



bagus juga kalau u nak bagi ubat perancang kehamilan juga kepada kucing yang u jaga u tu, abede...
tapi mengikut research vet di luar negeri, ubat ni boleh menyebabkan bermacam2 masalah reproduktif seperti kanser dan ketumbuhan yang lain2.
ada juga kadang2 tuan punya kucing terlupa memberi pil perancang kepada kucing2 mereka yang akan juga menyebabkan kehamilan.
tapi itu semua atas diri sendiri. fikirkan mana yang lebih sesuai dan selesa untuk u dan kucing2 u...
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2009 03:27 PM | Show all posts
Post Last Edit by boocik04 at 6-11-2009 15:31

lagi satu artikel dari laman web:
http://alamkucing.blogspot.com/2 ... ng-dalam-islam.html

Islam adalah agama yang sempurna dan tidak ada suatu pun dalam kehidupan ini yang tidak disentuh oleh Islam. Begitu juga dengan hal memandulkan / neuter / spay / kembiri / kasi kucing peliharaan. Fatwa dan hukum yang berkaitan telah lama ditetapkan oleh ulama seluruh dunia.

Saya bukan pakar dalam penentuan hukum agama, tetapi saya hanya mengguna pakai apa yang telah ditentukan oleh ulama.

Sudah tentu mereka telah merujuk kepada nas-nas yang jelas sebelum membuat keputusan mengenainya. Saya harap kiriman ini akan dapat memberikan penjelasan bagi mereka yang masih ragu-ragu mengenainya.

Khilaf di kalangan Ulama
Pertamanya, terdapat khilaf atau perbezaan pendapat dikalangan ulama dalam hal binatang peliharaan. Jika ianya binatang ternakan, kebanyakan ulama berpendapat ianya adalah harus untuk mengkasikannya. Bagi binatang peliharaan, ada yang menegah (atas sebab-sebab tertentu), namun ada juga yang membenarkannya, iaitu dari pendapat Imam Hanafi (juga atas sebab-sebab tertentu).

"Maka kita boleh bertaklid kepada pendapat yang membenarkan perbuatan mengembiri kucing peliharaan, atas sebab menjaga hubungan baik dengan jiran serta kesihatan kucing, dengan syarat pembedahan itu tidak akan membahayakan nyawa kucing itu sendiri."

Pernyataan di atas adalah kesimpulan yang boleh diperolehi di IslamOnline.com, pada pautan itu juga anda boleh melihat perbezaan pendapat dikalangan ulama dalam pelbagai mazhab.

"Therefore, we say that if there is some benefit in neutering the cat and if that will not cause its death, then it is permissible."

Dipetik dari IslamOnline.com

Fatwa Jakim Mengenai Mengembirikan Binatang Peliharaan
Jakim telah pun mengeluarkan satu ketetapan pada tahun 2002, yang menyebut :

"Bahawa mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah."

"All pets like cats and dogs are allowed to be neutered or spayed in order to maintain the health and welfare of both the animals and the community."

After studying the messages of the aforementioned mazhab's and the medical viewpoint, JAKIM has decided that neutering of cats for reasons of 'maslahat' is acceptable. It is in agreement with 'qaedah' (way) Fiqhiyyah which states "To choose the lesser of two evils".
Dipetik dari FelineMalaysia.com

Tapi Masih Ada Yang Kata Haram?
Memanglah, kan telah diterangkan tadi bahawa ada pendapat yang mengharuskannya, dan ada juga yang mengharamkannya. Jika ada terdengar ustaz yang berkata ianya adalah haram, maka fahamlah bahawa dia bertaklid kepada pendapat yang mengatakan ianya adalah haram.

Tetapi haram di sini bukanlah mutlak untuk semua orang, kerana terdapat khilaf dikalangan ulama. Ia bukanlah ijma' ulama atau sepakat dikalangan ulama.

Jika anda berpegang kepada pendapat yang mengatakan ianya haram, tidak mengapa. Tetapi anda tetap perlu menjaga hak jiran anda. Jangan pula jika jiran anda bertanya kenapa tidak dimandulkan kucing jantan itu (kerana kucing anda kencing pada pasu bunganya), anda hanya pandai menjawab, "HARAM!". Anda tetap wajib membasuh kesan kencing itu sehingga hilang. Dan percayalah, kucing jantan yang tidak dimandulkan, pasti akan kencing untuk menanda kawasannya.

Cumanya, dalam suasana di Malaysia ini anda lihatlah sendiri keupayaan kita untuk menjaga kucing masing-masing. Besar sangatkah rumah di Malaysia ini? Kucing memerlukan 3 blok rumah sebagai sempadan minimum untuk kawasannya. Mana nak cari? Melainkan kawasan rumah anda sememangnya sangat luas dan confirm perlakuan kucing anda tidak akan mengganggu jiran.

Saya harap anda telah jelas dengan masalah ini. Kesimpulannya adalah, hukum mengembiri binatang peliharaan (termasuk kucing) adalah harus, bukan untuk memuaskan hati anda, tetapi untuk menjaga hubungan baik dengan jiran, kesihatan kucing serta manfaat lain, selagi mana pembedahan itu tidak membahayakan nyawa kucing itu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2009 03:29 PM | Show all posts
Post Last Edit by boocik04 at 6-11-2009 15:30

abede... i rasa better u check thread neuter di sini....

http://forum.cari.com.my/viewthr ... age%3D1&page=25

ada lebih banyak info tentang fatwa dan mazhab2 kalau u masih sangsi.
islam itu bukan hanya di malaysia saja, kita boleh baca pendapat dari negara2 lain & juga mazhab2 lain dan pertimbangkan sendiri.
harap2 ianya dapat membantu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-11-2009 03:38 PM | Show all posts
saya tahu terdapat banyak pendapat yang mengharuskan mengkasi kucing didlm thread-thread perbincangan kucing ini ...namun harus diingat pendapat ini bukanlah pendapat yang mashor dan bukanlah ijmak dan kesepakatan ulama-ulamak muktabar.

Terdapat juga perbincangan ilmiah yang menyatakan pendapat yang sebaliknya..

Tapi tak mengapalah kerana saya tidak berada dimana-mana pendapat.
Bagi saya, saya lebih prefer utk mengekalkan ciptaan asal kucing-kucing saya, tak mau buat apa-apa modification kerana atas dasar iman, islam dan ikhsan terhadap makhluk bernyawa yang saya bela.

wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2009 03:49 PM | Show all posts
Post Last Edit by boocik04 at 6-11-2009 15:50
Tapi tak mengapalah kerana saya tidak berada dimana-mana pendapat.
Bagi saya, saya lebih prefer utk mengekalkan ciptaan asal kucing-kucing saya, tak mau buat apa-apa modification kerana atas dasar iman, islam dan ikhsan terhadap makhluk bernyawa yang saya bela.abede Post at 6/11/2009 15:38



abede... janganlah u infer bahawa orang2 yang neuter kucing2 tu tak beriman, tak islam dan tiada ikhsan pulak...
keputusan nak neuter atau tidak kucing2 u tu terpulang pada u.
kepada pemilik kucing yang lain mungkin telah membuat pendapat mereka bila mereka dah baca semua pendapat samada ulamak, sains mahupun dari segi emosi dan membuat pertimbangan sendiri...
kita di forum ni berkongsi pendapat dan ilmu.
harap kita dapat berfikiran terbuka dan membuat pilihan sendiri tanpa mengecilkan pilihan orang lain...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-11-2009 03:57 PM | Show all posts
Post Last Edit by abede at 6-11-2009 16:01

33# boocik04

come on bro...kan saya kata itu utk saya bukan utk semua.
Kalau ada yang nak terima pendapat saya pun tak salah..dan kalau ada yang tak boleh terima pun tak salah.
After all ini hanyalah pendapat ataupun khilaf @ ranting dlm bab feqah sahaja bukanlah dlm bab-bab usul yang lebih berat..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2009 04:13 PM | Show all posts
Post Last Edit by boocik04 at 6-11-2009 16:15
Post Last Edit by abede at 6-11-2009 16:01

33# boocik04

come on bro...kan saya kata itu utk saya bukan utk semua.
Kalau ada yang nak terima pendapat saya pun tak salah..dan kalau ada yang tak ...
abede Post at 6/11/2009 15:57



alhamdulillah... after all sharing is caring, ye tak?
harap2 u dapat menjaga semua kucing peliharaan u dengan baik nanti...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2009 12:34 AM | Show all posts
Post Last Edit by boocik04 at 6-11-2009 16:15




alhamdulillah... after all sharing is caring, ye tak?
harap2 u dapat menjaga semua kucing peliharaan u dengan baik nanti...
boocik04 Post at 6-11-2009 16:13


ya harap-harap la...so far memang ok lar sebab ramai yang duk menjaganya kat rumah..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2009 02:52 PM | Show all posts
kucing sya cam dah menunjukkan tanda2 nak kawin, gatal x tentu pasal (1thn umurnye) bergurau pun over2, tpi kawan2 guraunye sume kucing2 jantan. Dia x brapa ngam plk ngan kucing2 betina kat umah tu, kenapa agaknya...mmg camtuke?
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2009 11:29 PM | Show all posts
dlm 3 thn lps,kucing sy nama jula umur 7bln dh beranak..
mknanya jula dh pregnnt mse umo dlm 4 or 5bln..xsure,
mmg xmatang lgsng mse saat2 nk beranak 2..
kesian sgt kt jula..
xpuas nk enjoy mse muda,dh jd mak..
2 pn mmg slh die gk sbb gatal sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2009 09:19 AM | Show all posts
dlm 3 thn lps,kucing sy nama jula umur 7bln dh beranak..
mknanya jula dh pregnnt mse umo dlm 4 or 5bln..xsure,
mmg xmatang lgsng mse saat2 nk beranak 2..
kesian sgt kt jula..
xpuas nk enjoy mse mu ...
sunburn Post at 12-11-2009 23:29


kucing x salah sunburn.... kita ni yg jadi penjaganya yg bersalah...
kita yg tak tahu apa yg kita nak... mcmmane utk mengatur kehidupan anak2 bulu kita...
diorg mmg la x der akal... jadi kta la kena alert benda2 mcm ni...
so kena la byk belajar mcm mane nak jadi tuan kucing yg baik & lebih bertanggungjwp...
kat sini mcm2 ilmu sunburn bole cari & kongsi...
btw.. welcome to AL...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2009 01:14 PM | Show all posts
kucing x salah sunburn.... kita ni yg jadi penjaganya yg bersalah...
kita yg tak tahu apa yg kita nak... mcmmane utk mengatur kehidupan anak2 bulu kita...
diorg mmg la x der akal... jadi kta la  ...
leotazz818 Post at 13-11-2009 09:19


ok..thanks leo..
sy pn bru2 lg msuk board ni..
byk jgk info psl kucing yg sy xtau..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2009 01:53 PM | Show all posts
ok..thanks leo..
sy pn bru2 lg msuk board ni..
byk jgk info psl kucing yg sy xtau..
sunburn Post at 13-11-2009 13:14


selalu la join kat sini... dr masuk bod yg byk mengutuk pasal org lain tu.. baik kita ckp pasal kucing ke pasal arnab ke... tenang jer rasa jiwa... kan..kan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2009 07:56 PM | Show all posts
selalu la join kat sini... dr masuk bod yg byk mengutuk pasal org lain tu.. baik kita ckp pasal kucing ke pasal arnab ke... tenang jer rasa jiwa... kan..kan...
leotazz818 Post at 13-11-2009 13:53


btl k.leo..
klu ckp2 psl haiwan je mst seronok..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2009 02:11 PM | Show all posts
kucing jantan i dh nak masuk setahun...tapi stkt ni lom mengeow2 nyaring lagi..tapi habit ketagih bau kasut,selipar....bau dettol lantai... beguling2 dia gomol selipar/kasut smpai kua air likat...i saspek dia masturbate..stkt selipar,kasut boleh la sorokkan...tapi time mop lantaii..die cam naik hantu gomol lantai....hidu2 bau dettol..

heran..padhal die dah ada kucing betina kat rumahh...kapel diee... normal ke kucing jantan camtuu?
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 11:40 AM | Show all posts
Kucing iols dulu selalu x reti nak jaga anak..........

X cukup umo la tu.............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2009 10:09 PM | Show all posts
Kucing iols dulu selalu x reti nak jaga anak..........

X cukup umo la tu.............
cruz_phymalion Post at 1-12-2009 11:40


kenapa? anaknya mati ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 10:19 PM GMT+8 , Processed in 0.081190 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list