CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4171|Reply: 32

CUEPACS MAHU JUMPA PM BINCANG BONUS 2 BULAN

[Copy link]
Post time 27-10-2009 08:39 PM | Show all posts |Read mode
CUEPACS MAHU JUMPA PM BINCANG BONUS 2 BULAN




Bantuan khas turut dibangkitkan pada pertemuan itu KUALA LUMPUR: Cuepacs mahu kerajaan memberikan bonus dua bulan gaji kepada 1.6 juta kakitangan awam dan pesara perkhidmatan awam di negara ini walaupun perkara itu tidak diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada pembentangan Bajet 2010 Jumaat lalu. Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata pihaknya akan menghantar surat kepada Perdana Menteri hari ini bagi memohon mengadakan pertemuan secepat mungkin untuk membincangkan perkara terbabit.
"Ahli majlis kongres Cuepacs hari ini (semalam) membincangkan dua perkara iaitu berkaitan dengan bonus dan bantuan khas. Hasilnya Cuepacs mahu bonus dua bulan diberikan kepada kakitangan awam. "Selaras itu majlis kongres mahu berjumpa dengan Perdana Menteri dengan kadar segera bagi membincangkan perkara ini," katanya selepas mesyuarat tergempar kongres berkenaan di sini semalam. Beliau berkata, tuntutan bonus oleh kakitangan awam terhadap kerajaan bukan saja keputusan ahli kongres terbabit, malah ia juga rintihan daripada kakitangan awam pada peringkat akar umbi.
Omar berkata, Cuepacs juga membuat keputusan dengan meminta kerajaan supaya bantuan khas sebanyak RM500 turut diberikan kepada pesara pilihan dan pesara pilihan penswastaan. "Ia selaras dengan slogan Perdana Menteri, rakyat didahulukan, maka Cuepacs yang menjadi wakil kakitangan awam berhak mengadakan pertemuan dengan beliau bagi membincangkan perkara ini, selain mengadakan kunjungan hormat. "Kita tidak menjangkakan perkara ini (bonus), sebab sebelum ini bantuan khas sebanyak RM500 diberikan kerajaan. Maka tidak ada sebab bonus tidak diberi, jika kerajaan tidak mahu bagi, baik tidak bagi langsung," katanya. Katanya, kali terakhir kakitangan awam di negara ini mendapat bonus ialah pada penghujung tahun lalu iaitu sebanyak RM1,000 ataupun sebulan gaji.
Beliau berkata, mutu perkhidmatan yang diberikan oleh kakitangan awam kepada rakyat kian meningkat dan tiada alasan untuk kerajaan tidak memberikan bonus. Selain itu, katanya, pihaknya juga akan membangkitkan mengenai nasib kira-kira 50,000 kakitangan awam secara kontrak di negara ini yang berdepan dengan kemungkinan akan ditamatkan kontrak dalam pertemuan itu. "Kita berharap kakitangan kontrak dapat diserapkan ke jawatan tetap, kerana mereka sudah lama berkhidmat ada yang lebih daripada lima tahun. "Malah ada juga yang tidak mendapat potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan ini perlu perhatian," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2009 08:43 PM | Show all posts
staf gomen kontrak takde caruman EPF? terok betol gomen mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 08:45 PM | Show all posts
kalau staf kontrak boleh serap ke tetap, aku pon nak masok kontrak gak la.. tak kisah la kene sacrifice dgn gaji sikit mula2. ini nak tunggu i/view SPA, haram jadah nak dipanggil. bila call SPA, ckp tunggu surat.. tak habis2 tunggu surat. apasal la time batch aku je dah susah nak masok gomen :kant:
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 09:15 PM | Show all posts
nak jugak mintak bonus tu tak reti bersyukur staff gomen ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 09:26 PM | Show all posts
presiden Cuepacs ni betul-betul buat kerja la..gigih betul dia..
lulus ke tak najib?
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 10:57 PM | Show all posts
dari benang seblah..


Tiada bonus kerana pendapatan negara menyusut

IPOH 24 Okt. - Penjawat awam perlu faham kerajaan tidak dapat memberi bonus pada tahun ini kerana pendapatan negara menyusut sebanyak 8.4 peratus ekoran kemelesetan ekonomi dunia..

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, sebarang perbelanjaan kerajaan termasuk bonus dibuat mengikut kemampuan pendapatan negara.

''Kita sedar penjawat awam perlukan suntikan dalam perbelanjaan dan sebab itu kita beri bayaran khas RM500 kepada penjawat awam Gred 54 ke bawah dan pesara wajib

''Bayaran itu melibatkan lebih sejuta orang dan ia merupakan satu jumlah yang besar," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan peruntukan khas Ahli Parlimen Tambun sebanyak RM108,000 kepada 36 buah sekolah di sini hari ini.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 24 sekolah kebangsaan menerima RM72,000 manakala tujuh sekolah jenis kebangsaan Cina (RM21,000) dan lima sekolah jenis kebangsaan Tamil sebanyak RM15,000.

Dalam pada itu, Ahmad Husni yang juga Ahli Parlimen Tambun memberitahu, penstrukturan semula subsidi minyak akan dilaksanakan pada awal tahun depan.

Katanya, kerajaan sedang merangka kaedah yang sesuai bagi memastikan subsidi dinikmati golongan yang layak.

''Langkah ini dapat menjimatkan bayaran subsidi minyak kerana diberikan kepada golongan sasaran sahaja.

''Sistem yang kita amal sekarang tidak boleh diteruskan kerana golongan kaya dan orang Singapura pun boleh menikmati pemberian subsidi minyak," katanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-10-2009 08:48 AM | Show all posts
presiden Cuepacs ni betul-betul buat kerja la..gigih betul dia..
lulus ke tak najib?
wakaka_eh Post at 27-10-2009 21:26



ermmm doa2 je beb mntk2 ada ah skit imbuhan..jd le...;)
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2009 09:12 AM | Show all posts
elaun cola tak dimansuh pun dah cukup syukur dahhhhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2009 09:58 AM | Show all posts
Err..Omar Osman ni tak keja ker?asek2 wat press conference je??
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2009 03:05 PM | Show all posts
3# masnina

member aku staf kontrak 7 thn (aku rasa), bila ada offer (tetap)...dia apply...al-hamdulillah...dapat
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2009 03:45 PM | Show all posts
alaa..staf gomen nih keje tak seberape..kualiti keje teruk...tp bonus nk banyak...tp kat opis dok byk borak je..men tenet, berkebun
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2009 03:48 PM | Show all posts
kalo dah dpt bonus jgn la melabur kat jln TAR plak ye....tingkatkan mutu kerja dan disiplin diri...itu yg penting....
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2009 04:54 PM | Show all posts
1# pakatanrakyat
bagus gak dia mintak

cuma if dapat tu kena pandai2 la nak belanja..

if cepat je abis..pastu minta lagi bonus..sampai bila2 pun takkan cukup
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2009 12:11 AM | Show all posts
ekonomi meleset leh lulus ke.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2009 09:11 AM | Show all posts
alaa..staf gomen nih keje tak seberape..kualiti keje teruk...tp bonus nk banyak...tp kat opis dok byk borak je..men tenet, berkebun
opie5662 Post at 28-10-2009 15:45
kalo betul kualiti keje teruk....alamak,x lama lg xdelah negara msia ni ...ye tak....yelahh....kjaan ni tunjang msia...so,kalo dh kualiti kja gomen teruk...cepat2lah opie cari negara lain utk bteduh...hookayyy....star bka anti org yg mcemuh gomen...tp persepsi org yg anti gomen ni buat star meluat....cakap sebelum fikir....kalo fikir pkeja gomen ni main game ngan btenet je kat opis.....ITU SALAHHH...coz kebanyakkan opis gomen skrg ni dah ban pun tenet....nak ber ym pun x bleh sbb tenet kna ban....
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2009 04:48 PM | Show all posts
Post Last Edit by jarimanis at 29-10-2009 16:49

sebagai pekerja gomen...aku sendiri xharapkan sgt bonus!!..apalah sangat...sekali dapat jer...itu pun sebulan atau 2 bulan gaji..kalau swasta 12 bln gaji dapat...

yang CUEPACS ni dok mintak bonus jer.. cuba minta tambah kenaikan gaji tahunan ke apeke..yg kekal lama...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2009 09:46 PM | Show all posts
betul tu... minta naikkan gaji lg bagus .....
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2009 10:43 AM | Show all posts
Aku rasa kan..Tak kisahla kalo gomen dapat bonus ke pelarasan gaji ke naik gaji ke..takyah announce la...Biar je announce melalui internal memo. Nanti esp kalo naik gaji/pelarasan gaji, org2 kedai, service provider sumer nyebok nak naikkan rega barang. Pandai plak wat alasan yg tak menasabah-kos naik la, minyak naik la, bla..bla.. Yg jadik mangsanya?Semua org, esp. yg tak terlibat bab2 naik gaji ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2009 03:15 PM | Show all posts
bonus?? aduyaiii..  kenapalah isu nie yang sering dibangkitkan?? kang bagi bonus.. barang pun naik rega.. pas tu ada yang bising2... org swasta dapat 2 3 bulan bonus.. gomen tak kecoh pun.. kenapa bila time gomen nak dapat bonus.. kan main melalak bagai orang lain.... bersyukurlah dengan ape yang ada... asal kan tak tolak elaun cola dah cukup bagus sangat...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2009 11:23 AM | Show all posts
omar osman .. go.. fight for our rite..

isk. saya agak terasa dengan kata2 bahawa kualiti kerja orang gov. ni teruk..

kami nih berhempas pulas mengajar anak bangsa,
supaya selepas mereka grad, mereka akan memperolehi kerja
dan menjana ekonomi negara..

isk.. adilkah kami dikata sedemikian rupa.. hurm..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 04:02 PM GMT+8 , Processed in 0.392777 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list