|
Post Last Edit by yipun_78 at 25-6-2012 18:52
Tiada niat sorok majlis nikah
KUALA LUMPUR: 揃ukan saya tidak ingin berkongsi hari bahagia ini dengan pihak media dan peminat sebaliknya demi menghormati permintaan ibu bapa yang inginkan majlis pernikahan yang ringkas dan dihadiri kira-kira 50 anggota keluarga terdekat membabitkan kedua-dua belah pihak saja.
揝elain pihak media, saya juga tidak mengundang rakan artis pada majlis itu. Justeru, saya berharap, pihak media dan peminat memahami keadaan saya ini,� kata pelakon dan pengacara Sasha Bashir, 29, ketika diminta mengulas lanjut mengenai majlis pernikahannya yang berlangsung Ahad lalu.
Sasha dan pasangannya, ahli perniagaan berdarah kacukan Melayu-Australia, Yani Hijjaz, 49, sah bergelar suami isteri dalam satu majlis yang hanya dihadiri saudara mara terdekat di kediaman keluarganya di Kuala Lumpur, Sabtu lalu.
Pihak media hanya dapat menghidu berita majlis pernikahannya menerusi beberapa keping gambar yang disiarkan dalam laman blognya http://Sashabashir.blogspot.com/.
Anak pasangan Tan Sri Bashir dan Puan Sri Annette Bashir dari Kuala Lumpur ini berkata, dia juga tidak merancang untuk menganjurkan majlis resepsi bersama media dan artis selepas ini.
揚ada majlis pernikahan juga tidak ada wang hantaran, tetapi saya hanya menerima senaskhah al-Quran, sebentuk cincin dan mas kahwin pula adalah 100 gram emas dari pihak lelaki. Buat masa ini, kami belum memutuskan destinasi bulan madu lagi.
揃uat peminat yang ingin melihat gambar majlis pernikahan kami itu, mereka bolehlah melayari blog saya itu,� katanya. |
|