CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8337|Reply: 50

Memang Saya Andartu

[Copy link]
Post time 19-10-2009 08:49 AM | Show all posts |Read mode

     

                   HalizaMisbun yang sedang sibuk dengan filemnya Andartu Terlampau.... 21 HariMencari Suami mengaku tidak takut dengan gelaran itu

DI usia36 tahun, Haliza Misbun kini hanya mahu bersenang lenang saja menikmatibidang seni yang cukup dicintainya. Pelakon yang pernah dilabelbermulut laser atau bercakap lepas ini mungkin sudah meniti pengalamanyang bukan calang orang mampu melaluinya.

Seperti wanita lain, pemilik tubuh montok yang sudah 18 tahunberkecimpung di arena seni ini juga berdepan dengan situasi yang samaapabila cinta yang diharap berpanjangan kecundang di tengah jalan.Malah gelaran sinikal atau label andartu (anak dara tua) yang diberikankepadanya tidak sesekali menjadi kudis.
        
   


   
    Malahsebagai memberi kredit kepada golongan sepertinya, Haliza denganbangganya mempersembahkan filem bergenre komedi romantik, AndartuTerlampau... 21 Hari Mencari Suami. Filem yang sudah siap menjalanipenggambaran itu diterbitkan syarikat produksinya sendiri, BigProductions Sdn Bhd dan diarahkan Din CJ.

Pelakon yang kali terakhir muncul di layar perak menerusifilem Scoop pada 1996 ini juga memberi pendedahan menarik mengenai tigalelaki yang pernah bertakhta di hatinya sebelum ini turut berlakon didalam filem terbabit. Malah difahamkan ada yang masih menjalinkanhubungan intim dengan Haliza.

Persoalan siapa tiga lelaki yang dimaksudkan itu, semuanyadibiarkan rahsia. Mungkin jika anda peminat setia Haliza yang seringmengikuti perkembangan ceritanya dapat mengagak siapa gerangan yangdimaksudkan itu.
                          
HALIZA tidak menafikan filem sulung terbitannya adalah kisah pengalamannya sendiri.

                        "Memangsaya andartu dan kenapa perlu saya takut dengan gelaran itu. Tak sayanafikan filem itu diadaptasi daripada pengalaman saya sendiri namunsecara dasar saja dan selebihnya ditokok tambah. Memang ada watakpelakon lelaki yang diwujudkan pernah hadir dalam hidup saya.

"Menariknya ia dilakonkan insan sebenar yang pernah sayacintai. Mujur mereka sporting dan supaya tidak nampak jelas, namamereka ditukar lain. Selain itu ada juga watak lelaki lain yang turutdikekalkan namanya dan ironinya memang pernah wujud dalam hidup saya,"kata Haliza lewat pertemuannya dengan Hip di Balai Berita baru-baruini.

Kata Haliza yang hadir dengan dua persalinan rekaan AidawatiSaidin lengkap dengan but, filem yang menelan belanja keseluruhansekitar RM1.1 juta itu dijangka menemui peminat wayang tempatan padaMac 2010. Sambil berseloroh, Haliza memberitahu tajuk lain yang sesuaidiberikan kepada filem ini ialah Inilah Lelaki Yang Ada Di Muka Bumi.

Ternyata filem ini mungkin cebisan sisi pengalaman yang pernahdilalui Haliza dan mungkin golongan wanita lain juga. Ia mampu membuatsesiapa pun yang menontonnya akan ketawa terguling-guling dan harapnyamampu membuat penonton datang lagi ke pawagam untuk menontonnya.
                        
Apakah jejaka Perancis bernama Cedric Lemaitre ini yang sedang bertakhta di hati Haliza?
                        "Ketikasaya membawa kawan perempuan untuk sesi suntingan lagi, dia sudahketawa besar. Itupun suntingan tanpa suara, inikan pula kalau nantiditayangkan dengan suara. Berat badan saya turun mendadak kerana filemini dan diharap tuah filem ini akan berpanjangan kelak selepasditayangkan.

"Dengan bantuan kawan dan rakan wartawan melalui hebahan mulutke mulut, nescaya ia mampu menjadi strategi pemasaran terbaik untukmengajak penonton ke pawagam. Dalam soal bajet membabitkan kewanganpula, memang saya sangat tegas. Kalau terlebih satu ringgit pun, sayaakan tanya kepada pengurus produksi (Norrehan Yakob).

"Bukan senang nak dapatkan duit dan sebab itu saya terlaluberkira dalam soal kewangan. Mujur saya bekerja dengan Norrehan yangsaya kenal sejak di usia 19 tahun lagi. Lalu, dia sudah faham carakerja saya termasuk sikap 'garang' saya," katanya yang pernah berlakonfilem Abang 92.

Mengajak Haliza berbicara lanjut mengenai status andartu yangdipegangnya, signifikan kenapa filem itu dibikin juga bertitik tolakkepada usaha untuk membuka mata masyarakat Melayu terutama terhadapgolongan sepertinya yang memilih untuk hidup menyendiri.

"Tak boleh saya menidakkan bahawa ada golongan andartu yangtakut dan fobia dengan gelaran itu. Saya sendiri berpengalaman balikkampung atau menghadiri kenduri kendara dan sering ditanya soal bilalagi nak kahwin. Memang ada masyarakat yang memandang pelik jika adaanak dara yang kahwin lambat.

"Di usia saya kini, saya sudah cukup matang dan rasionaluntuk memikirkan kehidupan mendatang. Mungkin juga saya terlalumengikut budaya wanita Barat yang memilih untuk berkahwin lambat. Bagisaya semuanya berbalik kepada soal jodoh. Bukan kehendak kita untukmemilih jalan hidup begini.

"Saya bangga untuk menjadi andartu dan barangkali itu pilihansaya. Lihat saja aktres Hollywood, Halle Berry sendiri melahirkan anakdi usia 41 tahun. Soal kahwin bukan sesuatu yang boleh dirancang.Kebahagiaan terletak pada pandangan mata masing-masing. Kalau berkahwinatas tekanan orang lain pun tiada gunanya juga," kata Haliza yangmemegang watak sebagai Nikki di dalam filem terbitan sulungnya.

Beberapa tahun kebelakangan ini juga, lelaki yang sering hadirdi dalam hidupnya bukan dari kalangan orang Melayu. Sebaliknya, jejakaMat Salih, lalu apa kurang benarkah kualiti lelaki Melayu hingga lelakiInggeris saja yang menjadi pilihan Haliza?

Ungkap Haliza sambil tersenyum, dia percaya kepada simbolikmagnet. Semakin dekat kita kepada satu rangsangan atau yang terdetik dikotak minda, makin semakin jelas tarikan itu hadir. Hip mendapat tahulelaki Perancis bernama Cedric Lemaitre yang turut berlakon di dalamfilem itu cukup intim dengannya. Benarkah?

"Saya sebenarnya tidak pernah meletakkan syarat dalam bercintaatau mencari kekasih. Namun pada akhirnya lelaki Inggeris juga yangsinggah dalam hidup saya. Saya sendiri sering mempersoalkan diri, adatak lelaki Melayu yang boleh menerima keterbukaan saya ini. Sekalipunada lelaki Melayu yang boleh menerima saya, bagaimana pula dengan orangtua mereka," ungkap Haliza mengharap pengertian semua.

Dan dalam ramai pelakon kenapa perlu ada Ari Wibowo dariIndonesia? Apakah sudah tandus pelakon Melayu di negara kita? Kalau adayang masih ingat, beberapa tahun dulu, Haliza pernah mengeluarkankenyataan hero Malaysia kebanyakannya lembik.

Bukan berniat membuka cerita lama, namun bagi Haliza, Aridiundang berlakon sama atas dasar persahabatan yang dibina selama ini.Lagipun filem ini tidak mempunyai hero sebaliknya, Haliza sendiri yangmenjadi tunggak utama penceritaan.

"Saya tidak mahu dikatakan seperti kata pepatah, kera di hutandisusukan, anak di rumah kelaparan. Selain Ari, saya tampilkan heroMalaysia seperti Datuk Rahim Razali, Azhar Sulaiman, Fahrin Ahmad,Awie, Azizi Chunk dan Fizo Omar.

"Saya memilih Ari sekali lagi selepas kerjasama VCD RohayahRoy sebab faktor ketampanannya, pelakon yang berbakat dan dia seorangyang sangat baik. Kejayaan VCD itu dijual sebanyak 14,000 unit padahari pertama dilancarkan sudah meyakinkan saya bahawa pelaburan memilihAri sesuatu yang sangat berbaloi.

"Ari juga sebagai tarikan untuk mengajak orang Indonesiatermasuk golongan amah di negara kita menonton filem ini di pawagam.Kalau nak tengok Datuk Rahim Razali berlakon watak komedi pun satualasan kenapa anda perlu menonton filem ini," kata Haliza yangmenganggap Rahim Razali sebagai mentornya.

INFO: Andartu  Terlampau... 21 Hari Mencari Suami

  • Turut dilakonkan Erra Fazira, Fara Fauzana, Abby Abadi, Maimun Talib dan Datuk Jalaluddin Hassan.
  • Skripnya ditulis oleh Sofia J Rhyland. Ia memaparkantitik tolak kehidupan Haliza ketika mengenali beberapa lelaki yangpernah singgah di hatinya.


Rejim kecantikannya

  • Gemar berjoging empat kali dalam seminggu. Malah akuiHaliza, joging sudah menjadi sebahagian inti pati gaya hidupnya hinggasudah jadi ketagih.
  • Buat masa sekarang, kata Haliza, belum terlintas dihatinya untuk melakukan pembedahan plastik atau suntikan seumpamanya.Kata Haliza lagi, dia bukan seperti sesetengah artis seangkatannya yangmemilih untuk mengubah wajah asli.
  • Ungkap Haliza, dia bersyukur dengan apa yangdimiliki sekarang. Sekalipun Haliza melakukan perkara terbabit,masyarakat sudah mampu menilai sama ada artis itu melakukan operasiwajah atau sebaliknya.
  • Berasakan dirinya seperti berusia 25 tahun atau dalam erti kata lain 'perasan muda'.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-10-2009 08:51 AM | Show all posts
Boyfriend die ke tu..
Blakon lam cite tu gak..
Harap2 die tu best..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2009 08:58 AM | Show all posts
cam besh je citer ni...nak tengok ar nt...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2009 09:01 AM | Show all posts
die ni mmg suke syok sendirik
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2009 09:02 AM | Show all posts
wateverlah haliza
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2009 09:08 AM | Show all posts
takut ceritanya indah khabar dr rupa.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2009 09:11 AM | Show all posts
erkkk?? haruslah panggung tu nanti dipenuhi andar2 sekalian alam...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2009 09:20 AM | Show all posts
aku tunggu tayangan free tv3 jer.. raya thn baper xtau aaa..
hehhehe... bukan xmo g panggung.. tp malas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2009 09:21 AM | Show all posts
die ni mmg suke syok sendirik
iwaniriz Post at 19-10-2009 09:01


sokong ... memang dia ni jenis yg SS, dah tu expect kita-kita ni nak sokong apa-apa saja projek nye ...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2009 09:23 AM | Show all posts
KESIAN AKU TGK KO HALIZA...
MCM TERDESAK JERK
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2009 09:23 AM | Show all posts
sape bekas pakwe dia tu nokksss...yg pelakon indon tu keee
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2009 09:43 AM | Show all posts
DARING NYA POMPUAN NI NOKS!
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2009 09:43 AM | Show all posts
all the best haliza :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2009 09:59 AM | Show all posts
aku lebih suka bila wat filem berdasarkan pengalaman...baru ader feel
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2009 10:00 AM | Show all posts
ala baru 36....ramai lagi yang lebih tua dari dia tak kawin lagi. Wartawan sebok jer lebel org andartu la apa la
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2009 10:03 AM | Show all posts
ala baru 36....ramai lagi yang lebih tua dari dia tak kawin lagi. Wartawan sebok jer lebel org andartu la apa la
idadzira Post at 19-10-2009 10:00


dah name pon wartawan...biase lah...suke suki label org dgn name ntah pape...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2009 10:12 AM | Show all posts
dia nih ckp mcm bagus...tp dia berlakon best gak...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2009 10:13 AM | Show all posts
apa yg ai suka pasal minah ni.. dia tak cover line.. cakap lepas jah..
kaedahnya tak perlu bermuka2 kan uolss??
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2009 10:16 AM | Show all posts
haliza ni belakon ada feel so saye sokong sangat filem dier ni suspen tol nake teka siapa ex ex dier nih huhuh
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2009 10:20 AM | Show all posts
erkkk?? haruslah panggung tu nanti dipenuhi andar2 sekalian alam...
outLAw Post at 19-10-2009 09:11

hahaha...lawak tol..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.417663 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list