CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[R-TV] Raja Lawak 4 - Kump Kecik Juara!!

[Copy link]
Post time 4-1-2010 08:29 AM | Show all posts
Siapa yg best bg korang?
Aku rasa semua ok la gak,tapi mcm kesian je tgk yg buat lawak tak jadi cam JD.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2010 08:03 PM | Show all posts
this week faiz the best. kumpulan mamu pon best jugak. jd masih boleh improve lg. dia nye lawak bukan lawak kosong, tp cuma message tak brapa nak smpai pada audience.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2010 09:38 AM | Show all posts
RL4: Aman, Wili, Caca Terselamat!




KUALA LUMPUR, 3 JANUARI 2009:  Tiga peserta - Aman, Wili dan Caca (gambar atas) - menjadi calon pertama yang terselamat daripada penyingkiran Gelanggang Raja Lawak 4 (RL4) yang bersiaran di Astro, secara langsung malam ini.

Pengumuman yang dibuat oleh juri tetap Afdlin Shauki nyata melegakan mereka selepas diumumkan oleh hos, Jozan, sebagai 3 peserta yang mendapat undian SMS paling rendah malam ini.

Ini membuka peluang kepada mereka untuk meneruskan lagi perjuangan pada minggu depan bersama calon lain iaitu Alex AN2, Alex, Mamu, JD, Kecik dan Idlan.

Pada malam ini, kesemua peserta diberi peluang membuat persembahan secara bebas bagi memberi ruang kepada mereka untuk memperkenalkan diri masing-masing kepada penonton. Apa yang jelas, pada musim ini, tidak ada seorang pun peserta wanita layak menyertai Gelanggang Raja Lawak.

Selain Afdlin, juri tetap musim ini adalah Din Beramboi dan Bob Lokman. Turut hadir menyaksikan pertandingan malam tadi adalah Nabil Raja Lawak dan kekasihnya, Irma Hasmie.

Bagi peminat setiap peserta, anda boleh terus mengundi calon pilihan anda dengan menghantar SMS setiap minggu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2010 11:37 PM | Show all posts
Berakhirnya gelanggang kedua...
aman tersungkur...

pendapat aku,
peserta raja lawak 4 ni datang dah lebih matang n bersedia...
tp pengkritik tak byk membantu diorang dalam bagi tips n kritikan yang baik n membina...
pastu kelemahan RL 4 nie ialah sorang peserta cuma dikritik sekali jer...
sian tgk pengkritik tak puas bercakap sampai nak kena sodok menyodok masa giliran org lain kritik...hahaha...!!!
bg la setiap orang tu kritik suma peserta cam musim2 yang lepas...

anyway, jozan de best...
cakap la apa pun pasti aku tergelak
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2010 01:02 AM | Show all posts
Aman yg suka nyanyi tu terklua?

Bagus jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2010 10:09 AM | Show all posts
siapa yang paling best bagi korunk? aku minggu kedua ni dh byk improvement.. Tapi aku tetap lah tak fhm lawak si JD tu.. huh lawak ke??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2010 04:43 PM | Show all posts
smlm aman gitar out...elok lah sbb aku pening tgk dia kelek gitar jer...JD? aku stil xpaham lawak dia...wili? kurang bahan la...

suka tgk Abg Kasim (Idlan)...gaya romeo 50an...tgk muka je aku dah gelak...Alex pun ok gak...
aku pun arap tiap juri diberikan peluang utk komen setiap peserta mcm musim lepas...skg ni aku rasa mcm huru-hara je...oiii...asterukkkk....amik perhatian kat cdgn kitorg nie ye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2010 05:16 PM | Show all posts
Aman Calon Pertama RL4 Tersingkir




KUALA LUMPUR, 10 JANUARI 2010: Zulkefli Bin Abu Bakar atau Aman, 28, terpaksa akur apabila menerima undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) paling rendah, sekali gus menjadi peserta pertama yang meninggalkan program realiti Raja Lawak 4 (RL4).

Pengumumannya dibuat oleh salah seorang juri tetap Raja Lawak 4, Bob Lokman, pada minggu kedua Gelanggang Raja Lawak 4 yang disiarkan secara langsung di saluran Astro Prima (saluran 105), di sini, malam ini.

Minggu kedua ini turut menyaksikan ketiga-tiga peserta yang menduduki tangga terbawah pada minggu lalu iaitu Aman, Caca dan Wili masih lagi gagal menarik perhatian pengundi apabila dipanggil ke atas pentas buat kali kedua berturut-turut.

Tugasan untuk minggu kedua ini bertemakan Hari Pertama Aku Menjadi... dan kesemua peserta tampil dengan pelbagai idea yang berbeza-beza. Namun seperti yang dikatakan oleh Bob Lokman, kesemua mereka masih lagi keliru dengan tugasan yang diberikan dan kurangnya elemen imaginasi serta gerak tubuh menyebabkan persembahan mereka kurang menyerlah.

Raja Lawak 4 terus dihoskan oleh pasangan Jozan manakala juri tetap untuk musim ini ialah Afdlin Shauki, Din Beramboi dan Bob Lokman.

Bagi peminat setiap peserta, anda boleh terus mengundi calon pilihan anda dengan menghantar SMS setiap minggu.

Untuk Mengundi:

SMS : Taip LAWAK [nama singkatan peserta] atau LAWAK[3/5/10] [nama singkatan peserta] untuk (3/5/10 undian) ke 32999
Contoh : LAWAK5 [nama singkatan peserta] ke 32999


Untuk 20 undian : Taip LAWAK20[nama singkatan peserta] ke 32999.
Contoh : LAWAK20 [nama singkatan peserta] ke 32999
kadar premium untuk setiap undian: RM0.50.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2010 12:28 AM | Show all posts
Kenapa aku rasa RL4 ni x best?? Yg best cumalah Johan n Zizan je.. Kalau x mmg boring yg amat dah.. Lawak2 dorang x best langsung.. Ade yg lawak tah apa2 tah..
RL yg lepas2 lg best dr RL4 ni.. Wili ok sikit minggu pertama aritu.. Minggu kedua buat lawak yg sama lagi.. Mcm dh xde idea dh.. JD lagilah.. Muka je ensem, tapi lawaknye aku x paham langsung! Mcm ckp dgn diri sendiri je..
Harap2 minggu ketiga persembahan dorang akn meningkat
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2010 12:48 PM | Show all posts
aku pon  tak fhm dengan lawak si JD.. tak rasa nak gelak pon.. rasa kesian adalaa... haishh.. agak2 minggu ketiga ni die ajar kite bahasa ape pulak lah ye.. rimas aku..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2010 11:23 AM | Show all posts
aku minat idlan/abg kasim, kecik dan mamu je..yg lain2 xtgk pon xpe.. Jd tu harap tekeluar la cepat.. xfaham langsung lawak dia..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2010 12:08 PM | Show all posts
aku tgk johan ngan zizan je ...peserta tah apa2
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2010 02:13 PM | Show all posts
yg lawak nye host RL jek...yg peserta sume cam hampeh...
nak2 si JD tu...aku pn tak fhm lawak apa dia nak sampaikan....pas tu aku perasan time jozan ajuk cara2 lawak dia, air/riak muka dia mcm tak suke je...especially bila time sebut "zubong"... agaknye dia tak ble accept yg dia mmg tak lawak pn...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2010 08:15 AM | Show all posts
aku masa mula2 memang letak high expectation kt JD tu. nampaknya harapan ku masih belum jadik kenyataan. aku rasa dia punye lawak takde sorg pon paham. obvious sgt masa din komen menyesal tgk persembahan dia, muka JD cm nak nangis. rilekla brader, anggap itu satu komen membina dan improve lagi for the next week.
mggu ni aku suka kecik, mamu dan idlan. mamu tu lawak dia nampak smart dan sempoi. rase2nya caca tu akan out next week. lawak ntah apa2.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2010 10:32 AM | Show all posts
aku masa mula2 memang letak high expectation kt JD tu. nampaknya harapan ku masih belum jadik kenyataan. aku rasa dia punye lawak takde sorg pon paham. obvious sgt masa din komen menyesal tgk persemba ...
senahsirap Post at 14-1-2010 08:15


buat lawak pasal nanggis sgt kan.. biar die rasa kena dgn din... sah2 die btol2 nangis blk dr gelanggang malam tu.. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2010 12:37 PM | Show all posts
eloo org2 astro...bgtau bos korang, re-format balik la sistem komen dr juri....aku rasa semua juri tu ada komen tersendiri utk setiap peserta....sila guna format lama...klw nak ubah pun, xyah la ada juri jemputan segala...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-1-2010 01:25 PM | Show all posts
SOSEH SOSEH: Peserta Raja Lawak 4 tidak inisiatif?

PROGRAM Raja Lawak kembali lagi. Walaupun masuk musim keempat, SS rasa setakat ini yang benar-benar menyerlah hanyalah juara musim kedua, Nabil. Tidak macam Akademi Fantasia, ramai juga juara dan naib juara yang menyerlah.

Untuk musim baru ini, SS dengar pesertanya biasa-biasa saja dan belum nampak ada yang menyerlah. Mungkin sebab baru dua minggu, Ahad ini minggu ketiga dan seorang peserta disingkirkan minggu lalu. Tapi macam-macam juga komen yang SS dengar.


Kalau mendengarkan komen rakan SS ini, banyak benar yang tidak kena dengan musim keempat ini. Bukan saja pesertanya malah sampai kepada juri. Kata rakan SS yang mengomel panjang ini, dia sedih melihat persembahan peserta Raja Lawak 4 ini. Mereka tidak berkaliber dan tiada inisiatif untuk menyerlah bakat lawak mereka. Mereka juga dikatakan malas membaca untuk mendapat idea sebaliknya asal jadi saja mengikut tema diberikan. Lebih mengecewakan, ada peserta terjerit-jerit dan macam gengster sebaik saja muncul di pentas. Bukan mahu merendah-rendahkan kemampuan mereka, tapi seperti meniru kumpulan pelawak popular. Rakan SS siap puji lagi beberapa pelawak yang dikaguminya. Antaranya, Datuk Jamali Shadat dengan lawak lembut tapi kelakar manakala AR Tompel pula selamba tapi buat orang pecah perut ketawa.


Apabila peserta diberi tugasan, hampir semua meniru gaya sama dan idea mereka setaraf budak sekolah dengan skrip sama tapi watak berbeza. Ada yang tidak kelakar langsung, cuma mimik muka dan gaya tapi tak tau butir cakapnya kerana terjerit-jerit dan ada yang menangis.


Paling rakan SS tidak suka, peserta menggunakan bahasa daerah yang pekat seperti loghat utara kerana program itu ditonton satu Malaysia dan mestilah difahami semua.

Juri pula katanya, tidak berapa layak kerana tidak faham Raja Lawak. Mereka dilihat banyak main-main daripada beri idea bernas untuk memperbaiki kelemahan peserta. Juri sepatutnya membimbing peserta yang mana tidak betul beri idea dan kritikan membina. SS harap komen rakan SS ini diberi perhatian demi memajukan dunia lawak kita.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2010 03:23 PM | Show all posts
malam ni gelanggang ketiga...
aku harap ada perubahan dari segi kritikan oleh bob, din n afdlin...
aku setuju sgt dgn tulisan SS kat atas nie ttg barisan pengkritik...
tak perlulah buat lawak ntah hape2 dgn sarung kepala n selendang bagai...
pastu nak singkirkan peserta pun biar ada hemah sbb yang nak kena singkir tu pun ada air muka yang nak dijaga juga...
aja aja fighting team RL4...

JoZan the best...
and hope persembahan peserta pun lebih baik malam nie :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2010 10:09 PM | Show all posts
Faiz down....
An2 pun hanyut....

Kecik best....giler aHHH
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2010 10:23 PM | Show all posts
Malam ni yg berjaya menarik hati penonton ialah MAMU,Alex,Kechik.........3 ni mmg best giler
yg lain biasa je.....tak tau kenapa Faiz mcm hilang semangat..............
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 06:54 PM GMT+8 , Processed in 0.074792 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list