CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4481|Reply: 3

chekidout Hutan Bosavi, Papua New Guinea!!

[Copy link]
Post time 22-9-2009 11:06 AM | Show all posts |Read mode
Keajaiban hutan Bosavi






Tikus sebesar kucing, katak bertaring dan ikan menderam biasanya hanya muncul dalam filem fiksyen atau seram Hollywood.

Bagaimanapun, di kawasan gunung berapi di sebuah pulau terpencil Papua New Guinea, haiwan itu bukan lagi khayalan.

Di kawah Gunung Bosavi sedalam satu kilometer itu, sekumpulan saintis menemui habitat dipenuhi hidupan terpisah daripada sebarang gangguan sejak gunung berapi itu meletup kali terakhir pada 200,000 tahun lalu.

Antara spesies baru ditemui di situ adalah Tikus Berbulu Bosavi - satu daripada tikus terbesar di dunia - sepanjang lebih 81 sentimeter (ukuran hidung ke hujung ekor) dan seberat hampir 1.4 kilogram.




Haiwan itu mempunyai bulu tebal dan bentuk giginya membayangkan ia banyak bergantung kepada sayur-sayuran sebagai sumber makanan.

Ia juga dipercayai membina sangkar di dalam lubang pokok atau bawah tanah.

Tikus itu ditemui sepasukan petugas unit sejarah alam semula jadi stesen penyiaran Britain, BBC, ketika mereka cuba mengesan hidupan belum ditemui sambil melakukan penggambaran siri Lost Land Of The Volcano.

Ketika penggambaran itu, tidak banyak diketahui mengenai hutan hujan di pulau itu.

Selain tikus berbulu, mereka turut menemui kira-kira 40 spesies baru haiwan.

Antaranya, katak bertaring dan ikan menderam.

Penyelidik turut menemui ulat bulu yang menunggu masa disenaraikan di Oxford sebelum namanya diberikan.

Dianggarkan, selain tikus gergasi dan kuskus, penyelidik terbabit turut menemui kira-kira 16 spesies katak, satu spesis mengkarung, sekurang-kurangnya tiga spesies ikan, sekurang-kurangnya 20 spesies serangga dan labah-labah, serta kemungkinan satu spesies kelawar.

Ekspedisi itu diketuai peneroka dan aktivis alam semula jadi, Steve Backshall; dan disertai juru kamera, Gordon Buchanan serta ketua saintis, Dr George McGavin.

Buchanan dan pakar biologi, Dr Kristofer Helgen, adalah orang pertama melihat tikus gergasi itu selepas ditemui penunjuk jalan daripada suku Kasua.

Dr Helgen berkata, ia adalah antara tikus terbesar di dunia.

"Saya ada seekor kucing dan saiznya hampir sama dengan tikus ini.

"Ia adalah penemuan sangat menarik," katanya.

Melihat sifat mamalia itu, Dr Helgen berkata, kemungkinan besar ia tidak pernah terserempak dengan manusia.

Kawasan kawah Gunung Bosavi itu pula, katanya, tidak ubah seperti sebuah dunia tersendiri yang tidak pernah ditemui sesiapa.

Papua New Guinea memang terkenal dengan jumlah dan kepelbagaian jenis tikus, dengan lebih 57 spesiesnya daripada keluarga Murid.

Bukti lain menunjukkan kawasan itu kaya dengan hidupan unik adalah Kuskus Berkilat Bosavi (Bosavi Silky Cuscus) - sejenis haiwan kelihatan seperti campuran beruang dan tupai - yang hidup di atas pokok dengan memakan buah serta daun.

Seberat kira-kira 2 kilogram, ia memiliki bulu halus berkilat yang tebal untuk menyesuaikan dirinya dengan persekitaran di hutan itu.

Dr Helgen mengenal pasti pecahan spesies baru seumpama itu sebagai kuskus.

"Sejak sekian lama haiwan di sini terpisah dari dunia luar dan kini menjadi sesuatu yang unik kepada Bosavi," katanya.

Habitat di situ dianggap primitif, tetapi hanya kira-kira 30 kilometer dari situ, kegiatan pembalakan berlaku dengan aktif.

Kewujudan gunung itu bertindak menjadikan habitat terbabit seolah-olah sebuah pulau di tengah hutan tebal dengan memerangkap pelbagai spesies haiwan di dalamnya.




sapa2 nak travel kat sini.... hah!!!  bley kita buat bekpek  hah!!! aku nak tengok sgt hutan bosavi nih!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2009 11:08 PM | Show all posts
uniknya..subhanallah..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2009 12:37 AM | Show all posts
mcm best je hutan bosavi ni..
teringin aku nk pegang katak ijau tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2009 01:46 PM | Show all posts
woaaa menariknya...Ulat bulu tu panjangnya bulu kalau kena tentu gatal satu badan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.344971 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list