CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1059|Reply: 1

Kekasih sukar lupakan Diana

[Copy link]
Post time 2-9-2009 06:42 AM | Show all posts |Read mode
Perkahwinan dengan Hadia tidak mengubah cinta kepada Diana.

                       Hasnat kembali semula ke Britain selepas lebih dua tahun menyepi di Pakistan

BUKAN dia tidak pernah cuba melarikan diri bagi merawat pedihcinta yang kecundang tetapi bak kata pepatah, tempat jatuh lagidikenang inikan pula tempat cinta berputik.

Biar pedih untuk menelan hakikat, Dr Hasnat Khan sedarhatinya masih di Britain walaupun wanita yang hampir menjadi surihidupnya sudah tiada lagi di dunia.
        
   
     Lantaran itu, selepas cuma dua tahun menyepikan diridi tanah tumpah darahnya di Lahore, Hasnat kembali di Britain yangbanyak mencatatkan kisah suka duka cintanya bersama wanita palingdikenali di dunia, Puteri Diana.

Menetap di London Utara, Hasnat yang genap berusia 50 tahunbulan depan, kembali melakukan apa yang amat dicintainya selain Diana -menjadi pakar bedah di hospital kerajaan.

Walaupun dilahirkan dan mendapatkan kelayakan sebagai doktordi Lahore, Hasnat, yang genap berusia 50 tahun bulan depan, menganggapBritain negaranya. Ramai rakannya berada di negara itu. Namun agakironi kerana jika cintanya dengan Diana berakhir dengan ikatanperkahwinan, Hasnat akan berasa terpaksa membawa isterinya itu kembalike Pakistan.
        
                        
Ramai rakan Diana percaya Hasnat adalah cinta sejati puteri itu.

                        Cuma di situ Hasnat percaya dia dapat mengelak semua gangguan dankekecohan yang mengekor setiap langkah Diana di Barat, selainmeneruskan kerjaya perubatannya.

Hasnat meninggalkan England pada Oktober 2007, ketikasiasatan mengenai kematian Diana dalam kemalangan di Paris pada 1997dibuka di London. Hasnat tidak memberikan bukti walaupun kenyataanterperinci yang diberikannya pada 2004 mengenai ‘cintanya’ kepadapenyiasat disiarkan.

“Saya tidak mahu menjadi sebahagian daripada kemelut ini.Saya sudah membaca semua transkrip saksi di internet dan bagi saya, ialebih kepada membongkar kehidupan peribadi Diana daripada mengumpulfakta mengenai kematiannya.

“Malah mereka langsung tidak memanggil paparazi yang mengejarkeretanya. Saya gembira saya tidak menjadi sebahagian daripada sarkasini,” katanya baru-baru ini.
                                Ketidakhadiran Hasnat dalam siasatan berkenaan bermakna dia tidakterbabit dalam teori konspirasi berpanjangan mengenai kematian puteriitu dan kemelut yang melingkari prosiding sepanjang empat bulan itu.

Pakar bedah jantung itu yang pernah memiliki sebuah rumah diChelsea dan kerap diseludup masuk ke Istana Kensington dalam bonetkereta pembantu Diana, Paul Burrell untuk berjumpa secara rahsia denganDiana, kembali ke Britain Januari lalu dan kini tinggal di kawasanmembosankan di London Utara.

Dia jauh daripada tumpuan dan tidak berhubungan dengan kedua-dua anak Diana, William dan Harry atau rakan lama puteri itu.

Hasnat, yang bertemu Diana ketika menjadi pakar bedah diHospital Royal Brompton pada Ogos 1995, kini bertugas di HospitalBasildon, menyaksikan dia menjadi seorang daripada anggota pasukan limapakar jantung dan paru-paru di pusat kardiotoraksik Essex.

“Saya sukakan apa yang saya lakukan - mereka pasukan yanghebat dan semua orang begitu bersemangat,” katanya yang kini semakingempal.

Selepas 12 tahun mengenang Diana, Hasnat kini sudah mempunyaipengganti yang menurut salah seorang rakannya, akan dikahwininya. Namunbuat masa ini, Hasnat merahsiakan identitinya. Selepas dengan berathati membuang jauh-jauh keinginan memperisterikan Diana, Hasnatmengahwini wanita pilihan ibu bapanya pada 2006 ketika dia masihbekerja di London.

Bagaimanapun, usia perkahwinannya dengan Hadia Sher Ali, anakkeluarga bangsawan Afghanistan berusia 29 tahun tidak bertahan lamawalaupun keluarganya menaruh harapan perkahwinan itu dapat membuatkanHasnat melupakan kenangan indahnya dengan Diana.

Hasnat begitu cemburu selepas mengetahui Diana jatuh di pangkuan si buaya darat, Dodi Fayed.

Dalam keterangan kepada badan siasatan, Hasnat berkata ‘diaamat marah’ apabila mengetahui Diana menjalin hubungan dengan Dodi.

Hari ini, Hasnat masih lelaki sama yang pernah dicintaiDiana, masih suka mengunjungi kelab malam dan merokok. Nyata kenanganmanis bersama puteri itu masih jelas dalam ingatan tetapi ia bukanuntuk dikongsi dengan orang lain.

Walaupun boleh mengaut keuntungan lumayan dengan menjualkisah cintanya dengan Diana yang berakhir dengan air mata, Hasnat yangdigelar Diana ‘Mr Wonderful, masih lelaki terhormat sama yangmengelakkan tumpuan.

“Hasnat tidak mahu dikenali sebagai sebagai lelaki yanghampir mengahwini Puteri Diana. Dia mahu dikenali sebagai pakar bedahjantung yang amat bagus dan sememangnya itulah dia,” kata seorangrakannya.

Satu perkara yang pasti, cinta baru Hasnat harus akur denganingatan mendalam lelaki itu terhadap Diana yang mungkin tidak dapatdipadam kerana penangan cinta pertama selalunya dibawa ke mati.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2009 06:55 AM | Show all posts
mcm muka bopren lama wa laaahhhh...sedara mara ka hapa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:58 AM GMT+8 , Processed in 0.183510 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list