|
Post Last Edit by kucingpia at 23-8-2009 06:58
http://i246.photobucket.com/albums/gg113/mizzmomma/tam-1.jpg
DALAM diam-diam rupa-rupanya Tam Spider sudah pun menjadi tunangankepada Aida Mustaffa, 28. Mereka mengadakan majlis pertunangan secarasederhana di Pontian, Johor pada 15 Ogos lalu.
Teman Diva terus menghubungi Tam sebaik saja menerima kiriman e-meldaripada seorang peminat Tam yang bertanyakan kesahihan berita itu.
Ujar Tam: "Bukan tak mahu beritahu pihak wartawan tapi kami mahumengadakannya secara sederhana. Lagipun baru bertunang. Nanti kalausudah mahu kahwin, baru boleh beritahu." Gembira saja suara Tam dihujung talian.
Menurut Tam, mereka akan bernikah selepas raya. Namun, tarikhnya belum ditetapkan.
Menurut penyanyi Rela Kupujuk tersebut, majlis persandingan akandiadakan di Pontian diikuti di Melaka iaitu di rumah keluarga sebelahibu Tam.
Cerita Tam, dia sudah lama mengenali Aida tetapi hanya bertemu duaatau tiga kali dalam setahun. Baru tahun lepas mereka menjalinkanhubungan yang serius.
Kata Tam, sudah sampai masanya untuk dia memikirkan tentang tanggungjawab menjadi suami semula setelah 11 tahun menduda.
"Kalau ada pasangan, sakit pening ada orang jaga," ujarnya.
Ditanya tentang keistimewaan Aida, jawab Tam: "Dia mengikuti perkembangan saya dan memahami keadaan kerja saya.
"Waktu dating memang tak menentu sebab saya banyak terlibat dengankerja-kerja studio tapi dia faham. Yang penting dia menerima anak dankeluarga saya," ujarnya berkongsi cerita.
Tambah Tam yang baru menubuhkan studio sendiri ini, di samping sibukmembuat persiapan kahwin, dia dan Spider juga sedang dalam prosesmengeluarkan single terbaru yang bertajuk Ajaib.
am.jpg
|
|