CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6317|Reply: 6

Rumah Anak Yatim, ibu tunggal di lembah kelang?

[Copy link]
Post time 6-8-2009 10:00 AM | Show all posts |Read mode
hi... akak nak tanya.... company akak nak cari rumah anak yatim, rumahibu tunggal & saudara baru (muallaf) utk datang ke majlis jamuanberbuka puasa bulan depan..... so siapa2 yg tau atau bekerja di pusat2tersebut email la kat akak.. terima kasih

argentong@gmail.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2009 12:25 PM | Show all posts
http://forum.cari.com.my/viewthr ... &extra=page%3D1

http://forum.cari.com.my/viewthr ... &extra=page%3D2

kalau rumah orang tua-tua, kami sem nih nak buat acara buka puasa kat sepang.
kami called JKM, nak dapatkan info semua nih
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2009 09:02 AM | Show all posts
salam syd,

Saya mai dr kelab bermotor perodua viva malaysia (VIVAC)...insyaallah pd bln ramadhan nanti kelab kami ingin menganjurkan mjlis berbuka puasa bersama ank2 ytm bagi meraikan n memberi sumbangan kpd mereka..insyaalah dpt membantu meringnkn beban mereka...kalau boleh kami mencari rumah anak-anak yatim yang berdekatan hulu langat, cheras dan kajang..kalau boleh saudara syd senaraikan disini dapat membantu saya.tq syd
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2009 12:07 PM | Show all posts
buleh rujuk kat thread anak2 yatim tu.
nanti saya tambah lagi yek.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2009 05:23 PM | Show all posts
Rujukan Kami    : BPSM/UKHEA-Ramadhan(0015/09)      
Tarikh    : 14 Ogos 2009
23 Syaaban 1430H



PROGRAM MENAJA MAKANAN IFTAR/SAHUR KEPADA PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK YATIM DI KUALA LUMPUR

“Barangsiapa memberi makanan berbuka di dalamnya kepada seseorang yang berpuasa, adalah yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaannya dari neraka. Orang yang memberikan makanan berbuka puasa, baginya pahala seperti pahala orang yang mengerjakan puasa itu, tanpa dikurangkan sedikitpun." (Hadith Riwayat Ibnu Khuzaimah dari Salman Radhiallahu ‘Anhu)

Sempena bulan Ramadhan Al Mubarak 1430H ini, PPZ-MAIWP melalui Tabung Kebajikan PPZ akan membuka peluang kepada para dermawan menambah amal jariah di bulan mulia ini untuk menaja makanan iftar/sahur bagi 120 orang anak yatim dan miskin yang menetap di Pusat Jagaan Anak-anak Yatim Miskin Penyayang Nur Iman (PNI), Teratak Nur Insan (NURI) dan Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia (RAHOMA) yang terletak di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kos menaja makanan berbuka puasa/sahur ini berharga RM150 seorang untuk sebulan dan akan diuruskan sepenuhnya oleh PPZ-MAIWP melalui pembekal yang berkelayakan. Makanan berbentuk nasi berlauk, buah-buahan dan minuman berkhasiat akan dihantar terus ke Pusat Jagaan Anak Yatim/Miskin PNI, NURI dan RAHOMA menjelang waktu berbuka puasa setiap hari sepanjang bulan Ramadhan.

Sebagai makluman, wang tajaan yang disumbangkan akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk tujuan membeli makanan manakala kos pengurusan ditanggung sepenuhnya oleh PPZ-MAIWP. Penaja boleh membuat tajaan terbuka dengan membuat pembayaran melalui cek atas nama TABUNG KEBAJIKAN PPZ-MAIWP (tuliskan nama, nombor telefon & alamat di belakang cek) atau membuat pindahan wang secara dalam talian melalui http://www.maybank2u.com ke akaun Maybank bernombor 564098205668. Sila cetak resit pemindahan wang maybank2u.com, tuliskan nama, alamat dan nombor telefon dan fakskan ke 03-92895760.

Kami berharap program murni ini mendapat sambutan yang baik. Sekiranya terdapat lebihan terhadap jumlah sumbangan yang diterima, wang lebihan ini akan digunakan untuk program-program khusus anak-anak yatim/miskin di masa-masa akan datang. Mudah-mudahan sumbangan tajaan ini akan dibalas dengan ganjaran pahala berlipat ganda oleh Allah s.w.t.

Jika terdapat sebarang pertanyaan lain, sila hubungi Encik Amran Hazali. Ketua Unit Kemasyarakatan & Hal Ehwal Antarabangsa PPZ di talian 013 3335585 atau e-mail amranhazali@zakat.com.my

Sekian. Terima kasih.

Yang benar,


MOHD RAIS HAJI ALIAS
Pengurus Besar PPZ-MAIWP


Pusat Pungutan Zakat, Tkt. 1, Daruzzakah, Lorong Haji Hussein 2,, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan 50676, Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2009 11:17 AM | Show all posts
google search mungkin boleh tolong anda^
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2009 02:59 AM | Show all posts
sebenarnya ramai yg perlu dibantu dan ramai yg ingin membantu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.079790 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list