CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH [HKLBR]

  [Copy link]
Post time 7-12-2010 10:34 AM | Show all posts
bole la nk pegi tengok lak pas ni... mane lg review sape2 yang dh pg tgk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2010 02:32 PM | Show all posts
Reply 60# kekure


    gelak smpi keluar air mata khen?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 02:34 PM | Show all posts
cerita ni mmg best
lawak guling2 je memanjang
mmg ketawa smpi keluar air mata gituh
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 03:32 PM | Show all posts
cerita ni mmg best
lawak guling2 je memanjang
mmg ketawa smpi keluar air mata gituh :l ...
jingga007 Post at 7-12-2010 14:34

Kena bawak bekal air gak kan?
Takut terbatuk2
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 03:45 PM | Show all posts
Reply 64# kekure


    ngahahahah ciss ni sindir ai ke hape tgk ari tu smpi batuk2

ai nk gy tgk lagi
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 04:14 PM | Show all posts
Reply  kekure


    ngahahahah  ciss ni sindir ai ke hape tgk ari tu smpi batuk2

a ...
jingga007 Post at 7-12-2010 15:45

Sila buat rombongan ye?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2010 04:21 PM | Show all posts
Reply 66# kekure


    ngahahahah , akan dipertimbangkan utk bawak rombongan
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 04:34 PM | Show all posts
Reply  kekure


    ngahahahah , akan dipertimbangkan utk bawak rombongan
jingga007 Post at 7-12-2010 16:21



angkut jeh bebudak bod yu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2010 04:38 PM | Show all posts
Reply 68# kekure


    baik ai angkut budak kenit kt umah ai jah
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 06:54 PM | Show all posts
Tapi kOtipan tak setanding mcm filem yg 20 JOTA tu kan?       Akakakakahs!
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 09:22 PM | Show all posts
aku sabtu ni baru nk gi tgk... plan kt melaka... korang bagi suggestion cinema kt melaka... yg mane  ...
LordMuramasa Post at 6-12-2010 08:25



mn g GSC r dataran....sng dpt tiket
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 10:58 PM | Show all posts
otakk otakk otakkk
aku kalo igt blk zombie kg pisang mesti igt otak...
dh mcm tag line mamat khalid je aku rs....
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 01:15 PM | Show all posts
Reply 60# kekure


    saper tau tolong listkan senarai filem2 arahan mamat khalid...

yg aku pernah tgk, citer
-ROCK (mmg igt sgt la pkataan 'ROCKUUU' tu),
-man laksa, (mmg best giler,a ku bli cd tgk ulang2 pn x bosan ah)
-bla mlm bulan mengambang,
-zombie kg pisang,
pastu ada satu citer psl kugiran kg yg ada along kamaludin berlakon ngn bront palare tu..dia jgk director kan...?tajuk pn boleh tahan panjang..tp x igt..huhuhuhuhu....

aku paling suka pakcik yg sorg tu, nama apa xtau, dlm man laksa dia jd pengacara mjlis, dlm zombie kg pisang dia ada, best la pakcik tu...
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 01:33 PM | Show all posts

Senak perut ketawakan Hantu Kak Limah
   
                 
ORANG kita mudah sangat percayakan tahyul, khabar angin dan hantu.
Bagi sesetengah manusia, hantu itu hanyalah mainan perasaan terutama mereka yang lemah semangat.

Malah, apabila perasaan sudah terlalu takut, pokok pisang dan kain putih pun akan disangka hantu atau lembaga menyeramkan. Itu belum lagi cerita melihat kelipan cahaya di langit yang dianggap UFO.
Begitulah pengajaran yang mahu dihadiahkan Mamat Khalid. Pengarah sensasi itu kembali lagi bersama jenaka terhebatnya - Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Mendengar judulnya saja, ia sudah mengundang senyum dan geli hati.

Dalam soal memberi judul filem, Mamat memang cekap.

Kalau hendak bermain dengan satu perkataan, akan muncullah Estet, kalau dua perkataan, Man Laksa dan jika mahukan ayat lengkap, maka jadilah Hantu Kak Limah Balik Rumah seperti mana Kala Malam Bulan Mengambang. Semangat kemelayuan Mamat sangat tinggi.

Soalnya sekarang, siapa dia Kak Limah? Kenapa sibuk sangat Hantu Kak Limah nak balik rumah? Inilah rahsia yang tersembunyi dalam filem terbaru Mamat itu yang tidak seharusnya kita lepaskan.

Dalam majlis tayangan amal bersama sekumpulan kanakkanak dari Pusat Jagaan Anak Yatim dan Miskin Nurul Iman, Manjoi, di Ipoh, Perak, petang Ahad lalu, Mamat sekali lagi menegaskan bahawa Hantu Kak Limah Balik Rumah adalah filem antitahyul walaupun dia kena sendiri bergelumang dengan tahyul-mahyul untuk menjelaskannya.

“Saya memang antitahyul.

Kalau kita nak jadi masyarakat maju, kita jangan percayakan sangat dengan tahyul.

Apabila kita dapat musibah, kita juga kena terima dengan fikiran terbuka,” katanya pada majlis itu yang berlangsung di pawagam terbaru Lotus Five Stars (LFS).

Acara julung kali itu dianjurkan dengan kerjasama Kerajaan Perak dan Institut Darul Ridzuan.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Aminudin Hashim serta beberapa pelakon utama seperti Awie, Delimawati, Shy8 dan Dewa Sapri.

Selain itu, beberapa wakil media juga dibawa dari Kuala Lumpur bagi melihat sendiri sambutan penonton di bandaraya yang ‘cool’ itu.

Tanpa ragu-ragu lagi, impak tayangan filem itu sangat hebat. Disebabkan dewan tayangan itu sederhana besar, ada juga yang terpaksa bertenggek di tangga dan kerusi segera terpaksa ditambah.

Sepanjang 95 minit tayangan, jelas penonton gelak berdekah-dekah kerana sangat terhibur dengan jalan cerita, lakonan serta dialog yang bersahaja dalam loghat Perak yang menjadi ‘makanan’ Mamat.

Siapa lagi yang sudi popularkan loghat Perak kalau bukan anak jatinya bukan? Dari segi persembahan, boleh dikatakan hampir semua pelakon utama berjaya membawa watak mereka dengan berkesan.

Awie sebagai Husin, Johan Raja Lawak (Abi Hurairah), Shy8 (Usop), Zami Ismail (Pak Abu), Delimawati (Kak Limah), Man Kadir (Pak Jabit), Sofi Jikan (Wak Joko), Kamarul Yusoff (Chomprak Chawatbesiwat), semuanya berjaya menonjolkan aksi yang kita boleh ketawa sampai senak perut! Semakin lama mengarah, Mamat nyata semakin bijak mengadun elemen seram dan humor, malah ia jauh lebih lucu daripada beberapa filem komedi tempatan yang sedang dan pernah ditayangkan tahun ini.

Bukan setakat Hantu Kak Limah, beberapa lagi ‘spesies’ hantu turut diselitkan seperti Hantu Nang Nak, Hantu Kopek Panjang (ala Ghostbusters), Hantu Salji (Yeti) dan Hantu Mesir.

Kecohnya, apabila Hantu Kak Limah sudah bermaharajalela di dalam kampung, dia akan mengusik bukan saja atas katil orang, tetapi juga dalam dewan orang ramai sehingga ke dalam jamban! Selain itu adegan Pak Abu, Usop (bekas penari kebudayaan lumpuh - mangsa lenyek mesin bajak), Abi Hurairah serta bomoh Jawa dan Siam yang berlari pecut macam Rabuan Pit selepas terserempak Hantu Kak Limah, sangatlah melucukan sampai ada yang bertepuk tangan.

Bagi menambahkan tarikan kepada filem terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd ini, penggunaan imej janaan berkomputer (CGI) turut dimanfaatkan Mamat dalam beberapa babak. Di samping itu, Mamat juga memberi ‘tribute’ kepada rakan-rakan seni beliau dalam bidang filem dan muzik.

Kita juga boleh mendengar lagu-lagu merdu seperti Bila Rindu Ku Sebut Namamu, Cinta Kristal, Stanza Sepi Sekeping Hati dan Di Ambang Wati berkumandang dalam filem ini, selain nama-nama karyawan seni diselitkan dalam dialog. Antara mereka A Razak Mohaideen, Shuhaimi Baba, Rosyam Nor, Hassan Mutalib, Afdlin Shauki dan Aziz M Osman.

Yang jelas kini, anda peminat filem usah berfikir panjang untuk berkongsi keseronokan Hantu Kak Limah Balik Rumah yang akan mengusik anda di pawagam mulai esok, 9 Disember, bersama gurindam seramnya - “Enjit-enjit semut, siapa sakit naik atas...”



Sumber: Harian Metro 08/12/10
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 02:40 PM | Show all posts
Tajuk pun dah happening....harus tonton...x sabar tgu esok
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 02:43 PM | Show all posts
Tak sabor aku nak tgk...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2010 04:46 PM | Show all posts
tatahan btol tgk trailer awie nyanyi lagu cinta kristal..
solo gitar dari xde tanduk smpai naik tanduk kt dahi..ahahhaha
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 07:18 PM | Show all posts
jom ramai2 serbu panggung
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 09:06 PM | Show all posts
xsabor nk ke panggung ni...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 03:24 PM | Show all posts
nak tengok!! tp ngn sape.........?? wawawa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.394485 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list