CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7990|Reply: 8

Arctic

[Copy link]
Post time 5-7-2009 11:09 AM | Show all posts |Read mode
Artik dikomersialkan?

oleh HAFIZAHRIL HAMID

KETIKA ini terdapat banyak pertanyaan dan perbincangan sama ada laluan perdagangan di Artik akan dibuka kerana ais di bahagian utara semakin mencair.

Namun berdasarkan pakar dan syarikat perkapalan jika laluan di barat laut melalui gugusan kepulauan Artik di Kanada yang "diumpamakan sebagai satu kisah dongeng itu" boleh dilalui, ia merupakan satu laluan yang sukar, terlalu merbahaya dan langsung tidak praktikal.

Secara teori idea ini dilihat sangat menarik kerana membolehkan laluan dipendekkan antara Eropah dan Timur Jauh kepada hanya 7,900 batu nautika berbanding 12,600 batu nautika jika melalui terusan Panama.

Kejadian ais yang semakin mencair ini dikaitkan dengan aktiviti pemanasan global yang bermaksud kawasan ais batu yang meliputi kawasan Artik, Kanada akan cair dengan cepat pada musim panas yang mana pakar meramalkan ia bakal berlaku untuk tempoh tertentu dalam setahun, selama beberapa dekad.

Namun ramai yang menyangkal dakwaan tersebut bahawa kapal akan melalui laluan berkenaan dalam jumlah yang besar.

Keadaan alam semulajadi yang sukar diramal tentang kawasan Artik yang kurang kemudahan infrastruktur, laluan yang sempit, air yang cetek serta kadar insurans yang tinggi telah menyebabkan syarikat, takut untuk melabur kerana memikirkan risiko yang terlalu tinggi.

"Tiada siapa dalam industri ini yang benar-benar serius tentang kemungkinan laluan barat laut ini dijadikan laluan alternatif kepada terusan Panama walaupun mungkin ia akan berlaku satu hari nanti," kata Simon Bennet, Setiausaha Dewan Perundangan Perkapalan Antarabangsa yang berpusat di London.

"Timbul kesukaran dalam soal navigasi serta terlalu banyak 'kalau' dan 'tapi' dalam soal ini.

"Idea tentang kapal perdagangan dengan muatan yang sarat melalui kawasan yang penuh dengan ais yang tidak dicartakan ini merupakan sesuatu yang tidak praktikal pada masa ini," kata Bennet.

Walaupun ais akan cair pada musim panas, namun ia hanya untuk sementara, antara bulan Jun hingga lewat September. Kemudian musim sejuk yang panjang dan gelap akan berlangsung dan air mula membeku semula.

Faktor

Hanya kerana tiada lagi ais pada satu-satu musim panas ia tidak menjamin kejadian tersebut akan berulang semula pada musim akan datang, satu faktor yang memberikan sedikit harapan sekiranya laluan tersebut dapat diadakan.

Menurut syarikat perkapalan, Canarctic yang merupakan pengendali terbesar di laluan Artik di Kanada, permintaan kapal kargo yang banyak bermakna pengendali tidak perlu melihat akan laluan lain yang lebih pendek.

"Kapal bukan seperti bas kerana ia tidak beroperasi mengikut jadual yang ditetapkan, laluan kapal perlu ditetapkan dahulu," kata Tom Peterson, Naib Presiden pengurusan kapal, Canarctic.

"Ketakutan yang paling digeruni adalah apabila kita tidak boleh melalui laluan kerana terhalang dan ini akan membahayakan kargo kepunyaan pelanggan sebelum terpaksa berpatah balik melalui Terusan Panama kerana tidak berani mengambil risiko," kata Peterson.

Sebenarnya laluan berkenaan mempunyai lima laluan berbeza melalui berbelas-belas pulau yang berbatu serta laluan yang sempit.

Manakala di laluan selatan, laluan yang kurang terdedah dengan bongkah ais, namun ia merupakan laluan yang paling mencabar serta tidak sesuai untuk kapal besar yang memerlukan air yang banyak untuk dikendalikan.

Menurut Michael Gardiner, Penolong Pesuruhjaya Pengawal Pantai Arctic Kanada, setakat ini hanya 150 transit yang berjaya dilakukan sepanjang 100 tahun, yang kebanyakannya dilakukan oleh kapal pengawal pantai.

"Di dalam persidangan perkapalan, laluan barat laut diibaratkan sebagai laluan yang amat sukar serta terpaksa dikendalikan dalam navigasi yang sangat mencabar," kata Gardiner.

Jika kapal berkenaan terperangkap atau terlibat dalam sebarang masalah, usaha menyelamat akan membabitkan kos yang mahal serta sangat kompleks, kata Bob Gorman dari Enfotec, syarikat yang membekalkan servis navigasi di kawasan ais di Artik.

"Ia bukan sebuah laluan yang mudah dilalui, tiada bot penarik berhampiran, tiada limbungan kapal dan kemudahan membaiki kapal, serta tiada pangkalan bagi operasi menyelamat.

"Anda benar-benar berada di kawasan yang terasing," ujar Gorman.

Satu lagi cabaran ialah keretakan ais yang meliputi bahagian puncak gunung yang berlaku dari ketulan-ketulan ais.

Ketulan ais ini dengan mudah akan membocorkan kapal yang melalui laluan ini jika ketulan tersebut jatuh menimpa kapal berkenaan.

Ia selalunya sukar dikesan dan sekali sekala akan jatuh ke kawasan laluan dan jatuh lebih kerap pada musim panas yang membuatkan ais di bahagian puncak retak perlahan-lahan.

"Kami percaya ini merupakan ais terakhir yang akan cair di Artik tidak kira bila ia akan berlaku," kata John Falkingham dari Servis Ais Kanada.

Sepatutnya fokus sebagai laluan alternatif tertumpu dikawasan yang pada musim panas bertukar menjadi kawasan yang bebas dari ais seperti di Kutub Utara dan di bahagian atas Rusia.

Sebenarnya laluan di barat laut ini turut diselubungi masalah birokrasi. Kanada mempertahankan bahawa mereka mengawal perairan dikawasan tersebut sesuatu yang dinafikan oleh Amerika Syarikat (AS). Kapal-kapal hanya dibenarkan melalui laluan tersebut setelah melalui beberapa pemeriksaan dan peraturan ketat.

Kebanyakan penganalisis menganggarkan akan berlaku peningkatan kapal-kapal yang akan melalui laluan tersebut berdasarkan permintaan yang semakin meningkat di laluan tersebut yang terletak jauh di pedalaman tetapi kaya dengan sumber mineral.

Tetapi pakar mengatakan ini tidak bermaksud semakin banyak kapal akan melalui laluan tersebut semata-mata atas faktor laluan yang lebih singkat.

"Mungkin lebih banyak kapal dan manusia yang akan melalui laluan ini tetapi tidak semestinya ia akan menjadi seperti 'Panama di utara," kata Fulkingham lagi.


aku mmg suka baca pasal arctic  north pole.. terutama bila sekarang iceberg melt  banyak kat sana dah.... hah!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2009 02:55 PM | Show all posts
akibat dari pencairan di artik...dia org tak sedar ke, menignkatnya juga kejadian tornado...
dan bajir di kawasan amerika,

ni juga terjadi akibat arus panas sejuk antara lautan antartik ke north pole semakin berkurangan ...

apa pun....kesan ni juga ada lah kesan global....antartik + north pole terjejas...
kesan juga akn berlaku pada persekitaran bumi yg lain...

sepatutnya kawasan artik perlu di pelihara...akibat kesan pencairan yg tidk terkawal...pemuliharaan sekiranya mampu...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2009 12:47 PM | Show all posts
kalo kapal bleh lalu...makin bykla glacier cair! aiyaak!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2009 06:15 PM | Show all posts
aku raser blom sempat kapal lalu dan kiamat kot..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2009 11:05 PM | Show all posts
Thursday October 15, 2009Arctic to be ice-free in summer in 20 yrs - scientistBy Peter Griffiths

LONDON (Reuters) - Global warming will leave the Arctic Ocean ice-free during the summer within 20 years, raising sea levels and harming wildlife such as seals and polar bears, a leading British polar scientist said on Thursday.

Broken Arctic sea ice as seen from a window in from a U.S. Coast Guard C130 flight over the Arctic Ocean, September 30, 2009. Global warming will leave the Arctic Ocean ice-free during the summer within 20 years, raising sea levels and harming wildlife a leading British polar scientist said. (REUTERS/Yereth Rosen/Files)
Peter Wadhams, professor of ocean physics at the University of Cambridge, said much of the melting will take place within a decade, although the winter ice will stay for hundreds of years.

The changes will mean the top of the Earth will appear blue rather than white when photographed from space and ships will have a new sea route north of Russia.

Scientists say evidence of melting Arctic ice is one of the clearest signs of global warming and it should send a warning to world leaders meeting in Copenhagen in December for U.N. talks on a new climate treaty.

"The data supports the new consensus view -- based on seasonal variation of ice extent and thickness, changes in temperatures, winds and especially ice composition -- that the Arctic will be ice-free in summer within about 20 years," Wadhams said in a statement. "Much of the decrease will be happening within 10 years."

Wadhams, one of the world's leading experts on sea ice cover in the North Pole region, compared ice thickness measurements taken by a Royal Navy submarine in 2007 with evidence gathered by the British explorer Pen Hadow earlier this year.

Hadow and his team on the Catlin Arctic Survey drilled 1,500 holes to gather evidence during a 450km (280 miles) walk across the Arctic. They found the average thickness of ice-floes was 1.8 metres, a depth considered too thin to survive the summer's ice melt.

Sometimes referred to as the Earth's air-conditioner, the Arctic Sea plays a vital role in the world's climate. As Arctic ice melts in summer, it exposes the darker-coloured ocean water, which absorbs sunlight instead of reflecting it, accelerating the effect of global warming.

Dr Martin Sommerkorn, from the environmental charity WWF's Arctic programme, which worked on the survey, said the predicted loss of ice could have wide-reaching affects around the world.

"The Arctic Sea ice holds a central position in our Earth's climate system. Take it out of the equation and we are left with a dramatically warmer world," he said.

"This could lead to flooding affecting one-quarter of the world's population, substantial increases in greenhouse gas emissions .... and extreme global weather changes."

Britain's Energy and Climate Change Secretary Ed Miliband said the research "sets out the stark realities of climate change".
"This further strengthens the case for an ambitious global deal in Copenhagen," he added.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2009 08:45 AM | Show all posts
Artik cair 20 tahun lagi
+berita harian

Kajian dapati air batu Kutub Utara susut mendadak

LONDON: Satu penyelidikan kutub mendapati liputan ais di Artik diramalkan akan cair sepenuhnya dalam tempoh 20 hingga 30 tahun akan datang.

Kutub utara berkenaan dijangka bebas ais besar pada musim panas dalam tempoh sedekad, kata sekumpulan pakar yang menyertai ekspedisi diketuai Pen Hadow.

Hadow yang juga pengembara kutub veteran bersama dua rakyat Britain ke kawasan ais di Artik selama 73 hari sewaktu musim bunga utara dengan melakukan lebih 6,000 ukuran dan pemantauan terhadap lautan ais berkenaan.

Data dikumpulkan mereka pada Mac hingga Mei dianalisis menghasilkan ramalan mengenai keadaan liputan ais berkenaan.

"Liputan ais musim panas akan terus hilang dalam masa 20 hingga 30 tahun, malah dalam tempoh lebih singkat ia akan menunjukkan penyusutan mendadak," kata Professor Peter Wadhams, ketua kumpulan fizik lautan kutub di Universiti Cambridge.

"Dalam masa 10 tahun, ais Artik akan disifatkan sebagai laut terbuka."

Bermula dari utara Kanada, Hadow, Martin Hartley dan Ann Daniels berski di kawasan ais berkenaan untuk mengukur ketebalan ais yang masih ada, menilai kepadatan dan kedalaman salji selain mengambil bacaan suhu laut dan cuaca.

Sepanjang laluan mereka sejauh 450 km, purata ketebalan ais adalah 1.8 meter (enam kaki) manakala ia adalah 4.8 meter apabila berpadu dengan bahagian ais mampat.

"Purata ketebalan 1.8 meter menyamai ais yang dibentuk dalam satu tahun yang lebih terdedah kepada risiko kecairan pada musim panas pertama yang lebih bahaya dalam musim panas. Ais yang terbentuk lebih daripada satu tahun lalu juga didapti menipis dengan kadar cepat," kata Wadhams.

"Ia contoh konkrit fenomena perubahan global. Dengan sebahagian besar kawasan kini diliputi ais tahun pertama, jelas sekali kutub dalam keadaan bahaya. Kawasan itu kini semakin menjadi air terbuka setiap kali musim panas kunjung tiba. Lambat laun ais laut akan hilang sepenuhnya."
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2009 02:19 PM | Show all posts
Post Last Edit by secawankopi at 18-10-2009 14:32

Pernah dengar cerita dari datin paduka Syarifah mazlina yang penah pergi ke south pole dan north pole.
kat north pole ais sentiasa retak setiap saat dan boleh dengar crak sana sini klau pgi sana kalau melangkah kena sentiasa berhati hati tiada tanah hanya pulau ais yang sentiasa meretak.
Yang paling aku suka dengar tentang tentang Beruang Polar (Polar bear) yang besar yang tingginya boleh mencecah 9 kaki kalau berdiri dan beratnya boleh memcecah 990kg. bulunya yang tebal kalu setakat pistol biasa kalau tembak memang lekat kat bulu aje.Polar bear nih pemangsa dia boleh mencium bau mangsanya sejauh 2 km so bayangkanlah kalau kena terkam dengan polar bear ni.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2009 01:18 PM | Show all posts
Tuesday October 20, 2009Caribou crashBy CHARLES J. HANLEY

Caribou herds are among the victims of dramatic changes in the Arctic due to climate change.


ON THE endlessly rolling and tussocky terrain of Yukon Territory, north-west Canada, where man has hunted caribou since the Stone Age, the vast antlered herds are fast growing thin. And it’s not just here.

Across the tundra 1,500km to the east, Canada’s Beverly herd, numbering more than 200,000 a decade ago, can barely be found today. Halfway around the world in Siberia, the biggest aggregation of these migratory animals, of the dun-coloured herds whose sweep across the Arctic’s white canvas is one of nature’s matchless wonders, has shrunk by hundreds of thousands in a few short years.

From wildlife spectacle to wildlife mystery, the decline of the caribou – called reindeer in the Eurasian Arctic – has biologists searching for clues, and finding them. They believe the insidious impact of climate change, its tipping of natural balances and disruption of feeding habits, is decimating a species that has long numbered in the millions and supported human life in Earth’s most inhuman climate.


Grim future: A Nenets woman standing among reindeer, otherwise known as caribou, on the Yamal peninsula, north of the polar circle. The Nenets tribespeople of Russia’s frozen Yamal peninsula have survived the age of the Tsars, the Bolshevik revolution and the chaotic 1990s, but now confront their biggest challenge yet – under their furbundled feet is enough gas to heat the world for five years.


Many herds have lost more than half their number from the maximums of recent decades, a global survey finds. They “hover on the precipice of a major decline,” it says.

The “people of the caribou,” the native Gwich’in of the Yukon and Alaska, were among the first to sense trouble, in the late 1990s, as their Porcupine herd dwindled. From 178,000 in 1989, the herd – named for the river crossing its range – is now estimated to number 100,000.

“They used to come through by the hundreds,” James Firth of the Gwich’in Renewable Resources Board said.

Off toward distant horizons on a summer afternoon, only small groups of a dozen or fewer migrating caribou could be seen grazing southwards across the spongy landscape, green with a layer of grasses, mosses and lichen over the Arctic permafrost. “I’ve never seen it like this before,” Firth said of the sparse numbers.

Falling numbers

More than 50 identifiable caribou herds migrate over huge wilderness tracts in a wide band circling the top of the world. They head north in the spring to ancient calving grounds, then back south through summer and fall to winter ranges closer to northern forests.

The Porcupine herd moves over a 250,000sqkm range, calving in the Arctic National Wildlife Refuge, near Alaska’s north coast, where proposals for oil drilling have long stirred opposition from environmentalists seeking to protect the caribou.

The global survey by the University of Alberta published in June in the peer-reviewed journal Global Change Biology, has deepened concerns about the caribou’s future. Drawing on scores of other studies, government databases, wildlife management boards and other sources, the biologists found that 34 of 43 herds being monitored worldwide are in decline. The average falloff in numbers was 57% from earlier maximums, they said.

Siberia’s Taimyr herd has declined from one million in 2000 to an estimated 750,000, as reported in the 2008 Arctic Report Card of the US National Oceanic and Atmospheric Administration.

The Taimyr is the world’s largest herd, but Canada and Alaska have more caribou, and the Alberta study reported that 22 of 34 North American herds are shrinking. Data were insufficient to make a judgment on seven others.

Liv Solveig Vors, the June report’s lead author, summarised what is believed behind the caribou crash: “Climate change is changing the way they’re interacting with their food, directly and indirectly.” Global warming has boosted temperatures in the Arctic twice as much as elsewhere, and Canadian researchers say the natural balance is suffering:

> Unusual freezing rains in autumn are locking lichen, the caribou’s winter forage, under impenetrable ice sheets. This was the documented cause in the late 1990s of the near-extinction of the 50,000-strong Peary caribou subspecies on Canada’s High Arctic islands.

> Mosquitoes, flies and insect parasites have always tormented and weakened caribou, but warmer temperatures have aggravated this summertime problem, driving the animals on crazed, debilitating runs to escape, and keeping them from foraging and fattening up for winter.

> The springtime Arctic “green-up” is occurring two weeks or more earlier. The great caribou migrations evolved over ages to catch the shrubs on the calving grounds at their freshest and most nutritious. But pregnant, migrating cows may now be arriving too late.

Vors said caribou are unlikely to adjust. “Evolutionary changes tend to take place over longer time scales than the time scale of climate change at the moment,” she said.


Major changes


Caribou herds have gone through boom-and-bust cycles historically, but were never known to decline so uniformly worldwide.

In neighbouring North-west Territories, the territorial government last month reported results of its aerial survey of the Bathurst herd: its population has dropped to about 32,000, from 128,000 in 2006.

“The numbers are not getting better. There’s no good news, no indication of recovery,” said J. Michael Miltenberger, the environment and natural resources minister of Yukon.

He said “there’s a huge issue” with the Beverly herd, which numbered 276,000 in 1994, ranging over the Canadian tundra 1,500km due north of north Dakota. “We’ve been flying north to south, east to west,” Miltenberger said. “By our count, with the Beverly herd, they’ve all but disappeared.”

Climate change is piling problem upon problem on the caribou, he said, including bogging them down in thawing permafrost and lengthening the wildfire season, burning up their food.

“The cumulative impact is bringing enormous pressure on the caribou,” he said.

And that puts pressure on Canada’s “first nations,” who for at least 8,000 years have relied on the harvest of caribou meat for the winter larder, have settled along migration routes, have built their material culture around the animal – using skin, bones and sinews for clothing, shelter, tools, thread, even their drums.

Here in the timeless, silent beauty of Gwich’in country, his people may face “hard decisions,” Firth acknowledged, perhaps to limit their hunt to ease the pressure. The Yukon government recently restricted hunting to bulls, to spare reproducing cows. But even more may be at stake.

On a summer day above the Arctic Circle, binoculars found a group of caribou being stalked by a hungry grizzly bear, a needy predator and another link in an intricate, interdependent natural web that may be unravelling, year by year and degree by degree, on the tundra. – AP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-10-2009 03:24 AM | Show all posts
Pengalaman saintis teroka Artik

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA

Saintis-saintis Malaysia yang pernah ke Artik untuk penyelidikan mereka tiga tahun lalu menyaksikan bongkah-bongkah ais di Artik semakin mengecil dan suhunya juga semakin panas.







SAAT melabuhkan punggung di tempat duduk kapal terbang, perasaan Profesor Madya Dr. Siti Aisah Alias bercampur baur.

Keterujaan saintis dari Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur itu tidak dapat digambarkan apabila buat pertama kalinya beliau menjejakkan kaki ke Lautan Artik. Lautan yang dipenuhi bongkah-bongkah ais dan beruang polar.

Biarpun kedatangannya ke lautan yang terkecil dan tercetek antara empat lautan di dunia iaitu Lautan Atlantik, Lautan Hindi, Lautan Pasifik dan Lautan Selatan itu atas urusan penyelidikan, namun Siti benar-benar tidak sabar.

Pensyarah Institut Biologikal Sains, Fakulti Sains UM itu sudah membuat persediaan rapi apatah lagi suhu di Artik dikatakan mencecah bawah 10 darjah Celsius.

Perjalanan yang mengambil masa 20 jam dari Malaysia itu memaksa beliau dan dua rakan saintis yang lain iaitu Profesor Madya Dr. Irene Tan Kit Ping dan Profesor Dr. Phang Siew Moi menempuh perjalanan ke Amsterdam, Belanda; Oslo, Norway; Longyearbyen dan Svalbard Arctic sebelum sampai ke Lautan Artik.



SITI AISAH mengumpul beberapa sampel kulat untuk penyelidikan.

Tiga saintis itu mencipta sejarah dalam kalangan penyelidik serantau apabila menjadi kumpulan pertama ke Artik bagi menjalankan kajian bakteria, alga dan kulat tiga tahun lalu.

Apabila kapal terbang merentasi Lautan Artik yang berkeluasan kira-kira 14,090,000 kilometer persegi iaitu 1.5 kecil sedikit berbanding saiz Amerika Syarikat (AS) itu, Siti segera merapatkan mukanya ke cermin kapal terbang untuk melihat pemandangan Lautan Artik dari atas.

Ternyata apa yang dilihatnya mengejutkan. Lautan yang disangkanya penuh dengan ais itu kini dipenuhi air. Bongkah-bongkah ais telah cair.

"Sebelum ini Artik dikenali sebagai sebuah lautan ais. Namun, pertama kali menjejakkan kaki ke sana pada 17 hingga 24 Julai 2006, ia berbeza dengan apa yang saya sangkakan.

"Banyak bongkah ais yang mula mengecil berikutan kesan pemanasan global. Paling mengejutkan saya ialah apabila suhu yang dijangka terlalu sejuk bertukar menjadi panas mencecah sehingga 18 darjah Celsius," katanya yang berasa panas ketika berada di Artik kerana memakai pakaian tebal.



BERUANG kutub mungkin pupus jika bongkah ais di Artik terus mencair.

Bercerita lanjut, Siti yang ditugaskan membuat kajian mengenai kulat di Artik terkejut kerana pertumbuhan kulatnya begitu subur.

Ketika itu, terdapat sebanyak 78 spesies kulat ditemui di Artik. Suhu adalah faktor penting dalam mempengaruhi pertumbuhan kulat.



"Disebabkan suhu di Artik semakin panas, pertumbuhan kulat menjadi sempurna. Jika tidak kulat tidak boleh tumbuh pada suhu yang begitu rendah," katanya yang menjalani sesi pertama kajian selama lapan hari dengan kerjasama Institut Penyelidikan Polar Korea (Kopri).

Habitat

Memikirkan kesan yang berlaku ke atas Lautan Artik, Siti mula memikirkan bagaimana nasib beruang polar yang hidupnya bergantung pada bongkah-bongkah ais tersebut.

Apabila suhu semakin panas, ais akan mula mencair. Ketika itu, habitat beruang polar dan lain-lain haiwan akan menerima kesan buruk sekali gus hidupan-hidupan di sana juga bakal terancam.

Agensi berita AFP baru-baru ini melaporkan bahawa ais di Artik dijangka cair sepenuhnya menjelang musim panas dalam tempoh dua hingga tiga dekad akan datang.



PEJABAT penyelidikan Artik.

Itulah antara penemuan terbaru satu pasukan penyelidikan di kutub utara yang diketuai oleh pengembara, Pen Hadow. Hadow memberitahu, kemungkinan besar Kutub Utara tidak akan mempunyai ais semasa musim panas dalam tempoh sedekad.

Hadow dan dua lagi rakyat Britain yang menjelajah Kutub Utara selama 73 hari dalam musim bunga mengambil lebih 6,000 ukuran dan pemantauan ais di sana.

Data yang diperoleh dari Mac hingga Mei lalu memberikan ramalan mengenai keadaan bongkah ais.

"Liputan ais musim panas akan hilang sepenuhnya dalam tempoh antara 20 hingga 30 tahun. Tetapi dalam masa kurang dari itu, jumlah ais akan berkurangan dengan banyak.

"Dalam masa sedekad, kawasan Artik akan menjadi laut lepas," kata ketua kumpulan fizik lautan polar dari Universiti Cambridge, Profesor Peter Wadhams.

Krisis

Penemuan itu sangat menakutkan. Terdapat kemungkinan manusia akan berdepan dengan krisis bekalan makanan dan air bersih yang kronik. Malah, udara akan menjadi sangat panas dan kering, selain hidupan lain juga pasti terjejas.

Lautan Artik meliputi hidupan seperti oleh manusia, tumbuh-tumbuhan tundra Kutub Utara seperti rumput rampai, herba-herba dan sebagainya. Oleh kerana ia berada begitu jauh di utara, maka adalah terlalu sukar untuk pokok-pokok tumbuh.

Antara haiwan yang hidup di Artik terdiri daripada beruang kutub, wolverin (sebahagian daripada keluarga musang), rubah Artik, ptarmigan (sejenis burung yang membuat sarang dalam gunung-gunung bersalji) dan ikan paus beluga iaitu sejenis ikan paus berwarna putih.

"Apabila Artik pupus, paras air laut akan meningkat. Pada masa itu juga, iklim dunia akan menjadi tidak stabil. Hidupan di laut akan mati dan manusia akan berdepan dengan kekurangan sumber makanan dan air bersih," kata Wadhams.

Namun Siti memberitahu, banyak usaha telah dijalankan di Artik selain penyelidikan terperinci oleh Kanada, Amerika Syarikat (Alaska), Rusia dan lain-lain negara yang terletak berdekatan dengan Lautan Artik.

Sebenarnya, bukan mudah untuk Siti dan rakan-rakan saintis yang lain memasuki lautan tersebut. Mereka perlu mendapat permit atau mendapat jemputan khas untuk ke Artik. Itupun bukan semua kawasan dibenarkan untuk membuat penyelidikan.

Tujuannya agar kawasan tersebut dilindungi daripada ancaman manusia. Malah, kehadiran tiga saintis wanita itu juga dikawal ketat.

"Cabaran yang kami hadapi bukan sedikit. Bayangkan semasa membuat penyelidikan, kami dibawa dan dikawal oleh Pembantu Kerja Lapangan Artik bersenjata kerana bimbang kami terdedah dengan ancaman binatang buas.

"Malah, jika cuaca berubah buruk seperti angin kencang, penyelidikan juga perlu perlu dihentikan," katanya yang menjadi pensyarah sejak tujuh tahun lalu.

Sementara itu, Prof. Madya Dr. Irene Tan Kit Ping berkata, penyelidikan yang dijalankan di Artik itu bertujuan mengambil sampel-sampel tumbuhan yang terdapat di Artik untuk dibandingkan dengan sampel sedia ada dari Antartika.

"Kami ambil sampel seperti cendawan, air, lumut, rumpai laut, glasier dan beberapa sampel lain untuk dijadikan bahan kajian," katanya.

Hidupan liar

Jelas Irene, sepanjang berada di sana beliau berpeluang melihat pelbagai hidupan liar yang menarik seperti angsa teritip, burung camar artik, musang artik, rusa kutub Svalbard dan banyak lagi. Amat menyedihkan jika hidupan-hidupan itu pupus disebabkan ais di Artik mulai cair.

Irene berkongsi pengalaman memakai sut kering sebelum berdepan dengan ais yang cair.

"Sut kering itu akan memastikan kami terapung semasa keluar daripada bot membuat penyelidikan," katanya.
Ketiga-tiga saintis itu membuat penyelidikan di kawasan Artik menggunakan Stesen Dasan di Ny-Alesund, Norway, dengan kerjasama stesen penyelidikan dari Korea, China, Jepun dan India.



DARI kiri: Phang Siew Moi, Irene Tan Kit Ping dan Siti Aisah Alias
bergambar kenangan di Lautan Artik.

Sementara itu, menurut Setiausaha Agung Akademi Sains Malaysia (ASM), Tan Sri Salleh Mohd. Nor, penyelidikannya di Artik bersama Ketua Jabatan Geografi, UM, Datuk Dr. Azizan Abu Samah empat tahun lalu menimbulkan rasa kesal dan sedih terhadap masalah kecairan ais di Artik.

" Pemanasan global menyebabkan jumlah air tawar di Laut Utara meningkat. Ini kerana air tawar lebih ringan daripada air laut.

"Kewujudan air tawar ini menyebabkan air laut yang sampai di daerah kutub diserap oleh kepanasan atmosfera. Penyerapan itu menyebabkan bongkah-bongkah ais menjadi cair," katanya.

Ujarnya, usaha bersama daripada semua pihak amat penting untuk menstabilkan cuaca dunia.

Ais sangat penting. Jika ais cair ia akan membahayakan kehidupan bukan sahaja di Artik tetapi juga di kawasan bumi yang lain. Ia turut mengakibatkan sumber pemakanan manusia mahupun binatang akan terjejas.

" Perairan Malaysia tidak terkecuali menerima ancaman kemusnahan. Sebahagian besarnya disebabkan manusia dan selebihnya oleh kesan semula jadi" katanya yang pernah memenangi anugerah Langkawi pada tahun 1957 berikutan usahanya memelihara alam sekitar.

Jelas Salleh, pengalaman berada di Artik menyuntik kesedaran pada dirinya. Hidup di dunia ibarat seperti sebuah keluarga.
Apa jua tindakan seperti pencemaran dan tidak menjaga alam sekitar dengan baik akan memberi implikasi kepada yang lain.

Kini, penduduk dunia sudah mula merasai kesan hasil daripada kerakusan sejak berpuluh tahun lamanya.
Paling malang kerosakan bukan hanya dirasakan oleh hidupan di darat, malah menjejaskan di laut.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.607183 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list