CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 3327|Reply: 63

PKR kekal kerusi Penanti, Kesemua bebas hilang wang deposit RM5,000

[Copy link]
Post time 31-5-2009 07:30 PM | Show all posts |Read mode
Calon PKR, Mansor Othman memenangi pilihanraya kecil DUN Penanti dengan memperolehi 6,052 undi. Beliau menang dengan majoriti 5,558 undi.

Manakala tiga calon bebas - Aminah Abdullah mendapat 392 undi, Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56). Kesemua mereka hilang wang deposit RM5,000.

Proses pengiraan undi selesai pada kira-kira jam 7.20 malam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2009 07:32 PM | Show all posts
ada bokti pong pang cd-r lagi...dapat tak sampai 400 hundi?..... hahahhaaaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2009 07:34 PM | Show all posts
kak min rugi 85k, kesiannn... jaga ayam lagi bagus.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2009 07:35 PM | Show all posts
selamat menjadi TKM1 Pulau Pinang Y.B. Mansor
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2009 07:36 PM | Show all posts
Kah..kah..kah..UMNO kalah majoriti 5558 undi..
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2009 07:38 PM | Show all posts
mmg sket je ke rakyatnye... 5K je...?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-5-2009 07:40 PM | Show all posts

Reply #3 khairilhusni's post

siot je
aku salah baca

ko tulis jaga ayam

aku baca

jadi ayam

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2009 07:43 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 31-5-2009 19:40
siot je
aku salah baca

ko tulis jaga ayam

aku baca

jadi ayam



amboiiiii.... 'ingat tak kak min lagi?'

cak cak cak...

Tahniah... BN Tak Kalah Lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2009 07:44 PM | Show all posts

Balas #1 khairilhusni\ catat

alhamdulillah....
agak2nya penyokong2 hamno pun pangkah calon PKR kot...

Cuba kalau BN bertanding...agak2 dapat berapa banyak undi hek? 400? 500?

Rasanya Najib membuat keputusan yang bijak dengan tidak meletakkan calon di PRK Penanti.....syabbas Najib.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2009 07:44 PM | Show all posts
tebal sungguh muka kak min...khan ari yg ntah sapa tu pun dpt undi lagi byk dr dia....
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2009 07:45 PM | Show all posts
tahniah.........!


harap pasnie ada adun BN yg meninggal...........
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2009 07:46 PM | Show all posts

Balas #10 hzln\ catat

Kenapa Ramai tak kluar mengundi ??, lebih separuh tak kluar Boikot Anwar dan PKR ke? hmmmm,
lepas kat Kelantan dengar cerita kat Selangor lak, Adun PKR letak jawatan atas sebab peribadi(arahan Anwar)....mengundi la lagi..jawabnye.. macam mainan lak dia orang buat Pilihan raya ni..

[ Last edited by  hana82 at 31-5-2009 19:49 ]
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2009 07:49 PM | Show all posts
Persoalannya...adakah penyokong hamno tidak turun langsung untuk membuang undi? Btw, berapa ramai ye nama daftar pemilih? kalau nak dibandingkan dengan jumlah seramai 6938 pemilih yg telah membuang undi.

Mana la tau kot2 penyokong hamno yang taat setia tu bertindak turut memulaukan PRK Penanti  ni kan...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2009 07:51 PM | Show all posts

Balas #13 kambeng_masam\ catat

Kenapa Ramai tak kluar mengundi ??, lebih separuh tak kluar Boikot Anwar dan PKR ke? hmmmm,
lepas kat Kelantan dengar cerita kat Selangor lak, Adun PKR letak jawatan atas sebab peribadi(arahan Anwar)....mengundi la lagi..jawabnye.. macam mainan lak orang  PKR buat Pilihan raya ni.., Janji kat Penang dan Selangor satupun tak tunai lagi..tapi asyik gile Pilihan raya..

[ Last edited by  hana82 at 31-5-2009 19:49 ]

[ Last edited by  hana82 at 31-5-2009 19:52 ]
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2009 07:51 PM | Show all posts
penanti ni besar ke??sikit je org mengundi....
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2009 07:51 PM | Show all posts
Originally posted by hana82 at 31-5-2009 19:46
Kenapa Ramai tak kluar mengundi ??, lebih separuh tak kluar Boikot Anwar dan PKR ke? hmmmm,
lepas kat Kelantan dengar cerita kat Selangor lak, Adun PKR letak jawatan atas sebab peribadi(arahan A ...


dah tu awat tak bertanding? kalu dak mesti dah menang dah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-5-2009 07:52 PM | Show all posts
Originally posted by kambeng_masam at 31-5-2009 19:44
alhamdulillah....
agak2nya penyokong2 hamno pun pangkah calon PKR kot...

Cuba kalau BN bertanding...agak2 dapat berapa banyak undi hek? 400? 500?

Rasanya Najib membuat kepu ...


Coba kire betul2... 50% org UMNO tak keluar mengundi. Jangan main2...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2009 07:52 PM | Show all posts
46.15% mengundi di Penanti - terendah dalam sejarah
May 31, 09 5:25pm

Jumlah pemilih yang keluar mengundi dalam pilihanraya kecil DUN Penanti ialah 46.15 peratus atau 7,100 orang, demikian menurut Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Menurut Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, ia merupakan peratusan keluar mengundi terendah dalam sejarah Malaysia.

Peratusan tersebut juga merupakan hanya hampir separuh daripada 82.1 peratus pengundian dalam pilihanraya umum lalu.

Difahamkan sebelulm ini, peratusan terendah pernah dicatat di Sarawak.

Dalam pilihanraya umum lalu, calon PKR Mohamad Fairus Khairuddin mendapat 7,346 undi untuk menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Majid dengan majoriti 2,219 undi. Abdul Jalil mendapat 5,127 undi.

Bagaimanapun, BN tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti kali ini.

SPR sebelum ini mensasarkan sebanyak 70 peratus daripada 15,385 pemilih akan keluar mengundi dalam pilihanraya kecil hari ini.

Proses pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Penanti bermula jam 8 pagi tadi. Sebanyak 32 saluran mengundi di sembilan pusat pengundian. Lapan daripada pusat tersebut ditempatkan di sekolah dan sebuah lagi di dewan orang ramai.

Pusat-pusat mengundi itu ialah SMK Guar Perahu (empat saluran), SK Guar Perahu (lima), Dewan Orang Ramai Kampung Tun Sardon, Ara Kuda (satu), SK Mengkuang (empat), SJK (C) Perkampungan Sungai Lembu (satu), SMK Mengkuang (tiga).

SMK Penanti (tiga saluran), SK Tanah Liat (lapan) dan SRJK(C) Jit Sin (A) Jalan Berapit mempunyai tiga saluran.

Kerusi DUN Penanti kosong ekoran peletakan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April lalu, selepas melepaskan jawatan timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang seminggu sebelumnya.

kerusi dun penanti pulau pinang 200409Dalam pilihanraya umum lalu, Fairus dari PKR mendapat 7,346 undi, menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Majid yang mendapat 5,127 undi.

BN tidak bertanding dalam pilihanraya kecil hari ini. Empat calon yang bertanding ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman; 59; dan tiga calon bebas - bekas ketua wanita PKR, Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56; bekas ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti, Nai Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42.

BN memutuskan tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut atas alasan kekosongan kerusi tersebut adalah usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

BN juga mendakwa pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2009 07:54 PM | Show all posts
undi PKR pun merosot...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2009 07:54 PM | Show all posts

Balas #18 Syd\ catat

macam mainan lak orang  PKR buat Pilihan raya ni.., Janji yg di tabur kat Penang dan Selangor satupun tak tunai lagi..tapi asyik gile Pilihan raya... rakyat pun Piki jugak cakap serupa Bikin tak ??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.068433 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list