CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11142|Reply: 155

Perbandingan finale OIAM Vs AF (apa kata anda?)

[Copy link]
Post time 18-5-2009 03:44 PM | Show all posts |Read mode
mStar Online > HIBURAN
Monday May 18, 2009

Transformasi positif dan negatif AF7

Oleh AU YEONG HOW



AKADEMI Fantasia musim ketujuh (AF7) membuka tirai dengan menyajikan persembahan hambar jika dibandingkan dengan One In A Million musim ketiga (OIAM3) musim ketiga.

Aura final AF7 tidak sehebat peringkat akhir OIAM3 - itulah tanggapan awal penulis yang berpeluang membuat liputan kedua-dua final tersebut.

Ramai berasa kecewa, termasuk penulis ini, kerana final AF7 kurang `menyengat' berbanding persembahan mingguan sebelum ini.

Lebih menyedihkan, pembukaan AF7 tidak sehebat dengan pembukaan "meletup" OIAM3 sehingga ke penghujung - ibarat `jauh panggang dari api.'

Lima finalis AF7 yang terdiri daripada Hafiz, Akim, Yazid, Isma dan Aril gagal menambat hati para penonton di peringkat pusingan awal.

Perlu ditegaskan, ini bukan bermaksud mereka tidak seliga dengan peserta OIAM3 seperti Tomok, Esther dan Aweera.

Apakah punca-puncanya? Mengapakah pengkritik AF7, Adlin Aman Ramlie mengenal pasti hanya seorang yang `survive', iaitu Aril untuk pusingan pertama tersebut.

Maklumlah, terdapat peserta dilihat terikat dengan koreografi sehingga koreografi berlawanan dengan melodi, kata Adlin terhadap persembahan Hafiz.

"Vokal adalah kekurangan sedikit. Adakah terlampau teruja? `Low note' tak clear. Terikat dengan koreografi - kacau sedikit," kata pengkritik itu.

Penyanyi berasal dari Kuching itu menyanyikan lagu Kau Bunga Cintaku (penyanyi asal: Anuar Zain). Dari kaca mata penonton pula, Hafiz macam bukan Hafiz sebelum ini. Hambar sahaja.


Dari perspektif lain, ada lagu terlampau `berat' untuk peserta. Apabila dibawa juga, Yazid misalnya seolah-olah serba tidak kena membawakan lagu Kasidah Cinta (nyanyian asal Dewa 19).

Kesian Yazid. Sampai pengkritik, Edrie Hashim melontarkan pertanyaan: "Kenapa setuju buat? Sebagai artis (seniman), anda perlu mengawalnya. Nampak tak normal."

Bagaimanapun, Adlin bersimpati dengan Yazid dan pada masa yang sama, kecewa kerana penyanyi tersebut perlu menghadapi dugaan sebegitu pada peringkat final.

"Ia menghancurkan mood audiens kerana lagu tersebut kurang sesuai dengan anda (Yazid). Tempo, karakter dan aliran suara tidak ada," katanya sambil menyifatkan Yazid umpama (terapung) kat tengah laut, tak capai langsung pesisiran pantai.

Salah siapa?

Persoalannya dalam soal ini, salah siapa? Salah tenaga produksi? Ataupun, sesetengah pihak ingin `sabotaj' (menggagalkan) penyanyi tertentu.

Mengapakah sesetengah peserta pilihan mendapat lagu komersial berbanding peserta lain yang menyanyikan lagu kurang popular? Tepuk dada tanya selera.


Sebenarnya, penampilan rambut Yazid juga janggal. Apabila rambut Yazid diikat mayang, dia lebih mirip pemain bola sepak seperti bekas pemain Arsenal, Kanu atau pemain Manchester United, Sonny Anderson.

Bukankah rambutnya yang menggerbang dan menjurai-jurai sebelum ini menjadi simbol divanya? Jangan diketepikan soal remeh tersebut kerana apabila `mahkota' di kepala dirampas, kadang-kala kesannya turut dirasai pada alunan melodi penyanyi tersebut.

Transformasi AF7

AF7 hanya mula menemui rentaknya pada pusingan keduanya. Ini kerana para peserta seolah-olah dapat menyanyi mengikut cara dan gaya tersendiri.


Misalnya, tanpa koreografi yang meleret-leret, Hafiz dapat mendendangkan lagu Masih Jelas (pencipta: Aidit Alfian dan lirik: Ad Samad) dengan begitu baik sekali.

Sorakan luar biasa menggamatkan Stadium Putra, Bukit Jalil. Para pengkritik perlu menunggu sorakan reda sebelum dapat memberikan komen terhadap persembahannya.

Sementara itu, transformasi dikesan wujud dalam persembahan Akim dan Isma. Akim menyuntik kesegaran dalam lagu Bencinta (Faizal Tahir) dengan koreografi yang menggunakan kain panjang.


Isma pula tampil dengan rambut dan gaun hijaunya `bergelora' ditiup angin kencang.
Transformasi negatif: Kurang sopan

Pun begitu, transformasi positif tersebut bertukar menjadi negatif apabila Aril terlebih membuat aksi - melompat tinggi dan jauh dari pentas.

Dia mimik gaya persembahan Tomok dalam pertandingan akhir OIAM3 baru-baru ini. Itulah, aksi dan gelagat diva sentiasa menjadi ikutan.

Apa yang paling mengecewakan, Aril meletakkan kaki di atas meja juri, bukan sekali tetapi dua kali. Rasanya, dia tahu kebiadapannya. Dia merebahkan lututnya.

Tapi dia meneruskan aksi kurang manis dengan merampas satu kertas, direnyuknya lalu dibuang ke lantai. Bukankah itu lagak kurang sopan?

Selepas persembahannya berakhir, Edrie menitipkan nasihat kepada Aril agar pandai membawa diri.

"3 bulan adalah seperti 30 tahun, bagi artis. Maka, kena berhati-hati dengan personaliti," nasihatnya.

Harap-harap, selepas ini, apa yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.

>>setuju sesangat dgn artikel ni. Selama ni wartawan macam bias terhadap OIAM n beri liputan melebih2x pada AF. Tapi di OIAM3, semuanya berubah...wartawan pun dah mula muak ngan AF kot..hihi

[ Last edited by  esprito193 at 18-5-2009 23:35 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2009 03:48 PM | Show all posts
yup...setuju...kualiti program + peserta OIAM berkali2 lebih baik dari AF
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2009 03:49 PM | Show all posts
transformasi lebih ke arah yg lebih negatif.... af trus kebelakang.... oiam maju ke depan
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2009 03:54 PM | Show all posts
ntah ape2 la AF nie..mengarut je wpun aku selalu dok ikut...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2009 03:55 PM | Show all posts
finally, ada juga wartawan yang cakap pasal ni. selalu oiam macam dianaktirikan media je. kesian..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2009 03:56 PM | Show all posts
kali ni AF7 mmg hampeh.
OIAM3 lg best
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2009 03:57 PM | Show all posts
af taraf felda je..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2009 03:58 PM | Show all posts
mmmmmmmmm...
terlebih ajar la ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2009 03:58 PM | Show all posts
walau pun x minat 2-2 ni coz dh byk sgt program nyanyi2 kt mesia nie, pendpt saya oiam3 berkali2 lagi baik dr af7...............
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2009 03:58 PM | Show all posts

Reply #2 jaja_upsi's post

patut la af hambar... kebanyakan student pun reject dr OIAM
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2009 03:59 PM | Show all posts
Originally posted by chisels at 18-5-2009 15:58
mmmmmmmmm...
terlebih ajar la ni...


plus terlebey gediks:@
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2009 04:07 PM | Show all posts
banyak sandiwara af kali ini kantoi...
memuji aril berlebihan...
bias.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2009 04:09 PM | Show all posts
mmg lah hambar...af dh tujuh musim org pun dh borink
dh x der yg sumthing new yg leh boom mase final
smua dh dpt agak....

oiam still baru...musim ke3 pn..byk idea segar
dorg masukkan utk final oiam
tu yg best tu..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2009 04:11 PM | Show all posts
vote for MENTOR leh?
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2009 04:11 PM | Show all posts
nyampah aku kat af7 ni, OIAM3 lebih baguss.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2009 04:12 PM | Show all posts
All OIAM tahun nie...even yg terkeluar awal...lebih baik dr sesetangah pelajar yg masuk akhir!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2009 04:13 PM | Show all posts
cikgu cikgi dan pengetua semuanya over tahap gaban.... bebudak tu semua jadi macam tepung roti canai.. teruk kena uli ikut selera cikgu.

student langsung tak der peluang nak buat sendiri... patutnya student pilih concept dan cikgu ajar cara terbaik..

bengap punya fakulti..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2009 04:18 PM | Show all posts
OIAM bagus banyak drp af7....daripada pelajar af hingga ke pengacaranya aku x suka..........
mentor lagi baguzz.....drp af
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2009 04:19 PM | Show all posts
konsert final yg terburuk rasanyer....
even af4 yg teruk tu pun konsert akhir dia ok la...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2009 04:21 PM | Show all posts
of coz oiam lagi bagus dia punya kualiti..
sebab oiam boleh buat kehendak sendiri..n dibantu sikit2..
tp kalo af sumer nk ikut ckp cikgu!!
tuer yg jd xbest...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.079390 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list