View: 2007|Reply: 7
|
MARI MENGENAL PARA RASUL
[Copy link]
|
|
Firman Allah:
揔atakanlah (wahai Muhammad), 慗ika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutlah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosa kamu |
|
|
|
|
|
|
|
Sifat-Sifat Rasul
Rasul-rasul itu adalah manusia pilihan Tuhan. Mereka manusia seperti kita yang menerima wahyu dari Tuhan dan memiliki sifat-sifat kerasulan. Ini yang membezakan para rasul dengan manusia biasa. Mereka memiliki sifat-sifat yang wajib bagi mereka yang wajib kita ketahui dan kita yakini. Selain itu ada sifat-sifat yang mustahil bagi mereka dan ada satu sifat yang harus (jaiz).
Sifat-sifat yang wajib bagi para rasul adalah sebagai berikut:
1. Siddiq (benar), mustahil pendusta.
2. Amanah (dipercaya), mustahil khianat.
3. Tabligh (menyampaikan), mustahil menyembunyikan
4. Fathanah (bijak) mustahil dungu.
Wajib bagi para rasul bersifat siddiq ertinya benar (QS Maryam : 41), yakni mesti benar dalam perkataan dan perbuatannya, benar dalam hukum-hukum yang disampaikan kepada ummatnya dan benar dalam perjuangannya. Kerana mereka adalah orang-orang pilihan Tuhan yang diangkat menjadi RasulNya. Mustahil Tuhan memilih orang-orang pembohong manjadi rasulNya.
Wajib bagi para rasul bersifat amanah ertinya dipercayai (QS Maryam : 41), mustahil bersifat khianat yang perkataan dan perbuatannya tidak dipercaya. Dalam sifat amanah ini termasuklah sifat maksum, yakni terpelihara dari dosa. Rasul-rasul tidak membuat dosa sama sekali.
Wajib bagi para rasul bersifat tabligh ertinya menyampaikan wahyu (QS Maryam : 41), kerana tugasnya menyampaikan wahyu yang mereka terima dari Tuhan kepada ummatnya, mustahil mereka menyembunyikan wahyu itu.
Wajib bagi para rasul bersifat fathonah artinya cerdik dan bijaksana (QS Maryam : 41) mustahil para rasul itu orang-orang yang dungu, kerana kalau dungu mereka tidak akan dapat melaksanakan tugasnya.
Para rasul itu adalah orang yang paling pintar di zamannya. Di dalam bahasa Arab untuk kata pintar digunakan istilah Dzakiy. Tidak ada seorang manusia pun yang lebih pintar daripada mereka atau yang dapat mengatasi kekuatan akal mereka di waktu itu.
Walaupun begitu, mereka tidak menyelesaikan masalah dengan menggunakan kekuatan akal mereka. Akan tetapi mereka menggunakan panduan yang datang dari Allah. Oleh kerana itu mereka dikatakan memilki sifat fathonah, bukan dzakiy. Ertinya lebih mendahulukan wahyu daripada akal mereka.
Adapun sifat yang jaiz bagi para rasul ialah sifat-sifat kemanusiaan yang tidak merendahkan darjat kerasulannya. Umpamanya makan minum, tidur, kawin, bergaul dalam masyarakat, menjadi imam dalam solat, menjadi jeneral dalam peperangan dan lain-lain sebagainya. |
|
|
|
|
|
|
|
Mari Mengenal Baginda Rasulullah SAW.
Apakah kita benar-benar mengenal Nabi Muhammad SAW, iaitu mengenal secara lahir dan batin, jasmani, maknawi dan rohaninya? Atau kita hanya mengenal secara lahirnya saja, tidak lebih dari itu? Atau mengenal secara rambang saja?
Sebenarnya kalau manusia mengenal peribadi Nabi Muhammad SAW secara lahir dan batin, jasmani, rohaniahnya, pasti manusia jatuh hati kepadanya. Kita akan cinta, menyebut selalu namanya, melalui selawat dan ingatan terhadapnya. Kita akan terasa terhutang budi kepadanya, kerana kedatangannya dan jasanya kepada dunia.
Baginda Rasulullah Nabi Muhammad SAW seorang manusia yang istimewa, luar biasa yang tiada taranya. Dia adalah manusia yang paling mulia di sisi Allah Taala. Mari kita bercerita tentangnya secara ringkas agar kita mengenal Nabi kita sendiri, siapa dia yang sebenarnya?
Dia adalah Sayidina Muhammad bin Abdullah, ibunya Aminah. Bangsa Quraisy dari Bani Hasyim. Nasabnya sampai kepada Nabi Ibrahim. Dia adalah anak yatim piatu. Seorang anak yang tidak pernah dapat bermanja dengan ibu bapanya seperti orang lain. Dia lahir dari keluarga yang miskin dan dipelihara oleh keluarga yang miskin.
Dia adalah makhluk yang pertama dan utama yang paling dicintai oleh Tuhan. Iaitu yang diberi nama Nur Muhammad. Dari Nur Muhammad itulah seluruh yang ada dicipta dan diwujudkan. Syurga, Neraka, dunia, Akhirat, para malaikat, Arasy, Kursi, Syirat, manusia, jin, haiwan, jamadat dan lain-lainnya, kalau bukan karena Nabi Muhammad SAW, tidak akan diwujudkan.
Kalau begitu, rupanya Nabi kita membawa rahmat lahir dan batin kepada semua makhluk Tuhan. Dia adalah makhluk yang awal wujud nisbah roh, yang akhir nisbah jasad dikalangan para nabi. Dia adalah satu-satunya Nabi yang diisrakkan dan dimikrajkan. Mukanya laksana bulan purnama karena cahayanya yang terang.
Dia hamba Allah yang paling bertaqwa dan paling takut dengan Tuhan. Kerana itulah dia dipanggil Habibullah oleh Allah, ketua seluruh para rasul dan para anbiya, penghulu seluruh orang yang bertaqwa, imam seluruh manusia. Syariatnya untuk seluruh jin dan manusia dan penutup seluruh syariat. Orang yang memberi syafaatul kubra di Akhirat dan orang yang pertama masuk Syurga.
Al Quran kitab yang diturunkan kepadanya paling lengkap. Merupakan mukjizatnya yang kekal dan paling agung. Tiada siapa yang dapat menirunya. Dia memiliki ilmu dunia dan Akhirat, sekalipun dia tidak menulis dan membaca. Nabi kita mempunyai akhlak yang paling mulia yang tiada taranya. Bahkan lebih mulia daripada para malaikat. Terutama kasih sayangnya kepada manusia begitu nyata sekali. Tawadhuknya atau merendah diri, pakaian peribadinya. Kerana itulah dia sanggup duduk, makan, minum, tidur, baring dengan fakir miskin, menziarahi orang sakit dan mengiringi jenazah. Tiada seorang pun yang melihat mukanya melainkan jatuh cinta kepadanya. Bahkan macam orang mabuk tidak akan melupakannya. Sangat kasih dan simpati dengan fakir miskin, anak-anak yatim dan janda-janda. Pemurahnya laksana angin kencang yang sangat lajunya. Orang yang bergaul dengannya macam-macam dapat dirasa.
Adakalanya laksana ibu dan ayah, adakalanya macam kawan yang membela dan setia, adakalanya dirasakan guru, adakalanya bagaikan pemimpin, dan adakalanya juga bagaikan ketua tentara. Setiap orang yang semajlis dengannya merasakan dapat layanannya yang memuaskan darinya. Kerana akhlaknya yang tinggi, dia dapat pujian daripada Tuhannya. Keberaniannya luar biasa. Dia sanggup berjalan di hadapan musuh-musuhnya seorang diri, tidak sedikit pun takut dengan raja-raja. Setiap orang yang meminta, tidak pernah dikecewakan, sekalipun terpaksa berhutang dengan manusia.
Ibadahnya banyak sekali, terutama solat hingga bengkak-bengkak kakinya kerana begitu lama berdiri di hadapan Tuhannya. Tidak pernah mendoakan musuh-musuhnya dengan kejahatan. Sangat suka meminta maaf dan memberi maaf kepada sesiapa saja. Dia membalas kejahatan orang dengan kebaikan, satu perbuatan yang luar biasa. Tidak pernah menghina, mencaci dan merendah-rendahkan orang lain. Sangat pemalu dan merendah diri. Sangat menerima keuzuran orang. Sangat tahan menerima ujian yang berbagai-bagai keadaan dan bermacam-macam bentuknya. Karena itulah dia dapat menjadi ketua Ulul Azmi dari keseluruhan para rasul 慳laihimusshalatu wasallam. Dia suka kepada seseorang kerana Allah dan murka juga kerana Allah.
Hatinya begitu jaga, matanya saja yang tidur tapi hatinya tidak tidur. Kerana itulah dia tidur tidak membatalkan wudhuknya. Di dalam hidupnya 74 kali berlaku peperangan 27 kali dia ikut sama atau ikut serta, tapi pelik, dia tidak pernah membunuh musuh-musuhnya walaupun seorang. Anak-anak didikannya, itulah dia para Sahabat hingga dia berkata: 揝ahabat-Sahabatku laksana bintang-bintang di langit, yang mana satu yang kamu ikut, kamu akan mendapat petunjuk. Para ulama umatku, laksana para-para nabi Bani Israil |
|
|
|
|
|
|
|
4. Mukjizat
Mukjizat ialah hal-hal kejadian-kejadian yang berlaku, yang Allah kurniakan kepada rasul-rasul atau nabi-nabi yang menyalahi adat (khawariqul 慳dah) atau ia berlaku di luar logik. Tujuannya untuk kemuliaan dan kebenaran di pihak para rasul dan juga untuk melemahkan musuh-musuhnya.
Mukjizat itu terbagi kepada dua bentuk yaitu:
1. Mukjizat lahir
2. Mukjizat batin (maknawi)
1. Mukjizat Lahir
Ia adalah perkara yang menyalahi adat yang berlaku pada seorang nabi atau rasul, yang dapat dilihat dengan mata lahir. Antara contohnya, tongkat dicampak berubah menjadi ular, manusia atau binatang mati dapat dihidupkan kembali, penyakit kusta dan sopak dapat disembuhkan, mata yang buta dapat disembuhkan, air yang sedikit dapat diminum oleh ratusan orang, dibakar tidak hangus, tongkat dipukulkan kepadda batu mengahasilkan pancrutan air, bulan terbelah dua, tongkat dapat membelah lautan dan sebagainya.
2. Mukjizat batin (maknawi)
Mukjizat ini hanya pada maknanya saja, tidak pada rupa. Terasa adanya dan dapat dinilai dengan mata hati (basyirah) saja. Tidak dapat dilihat oleh mata lahir. Antara contohnya, wahyu-wahyu yang disampaikan kepada nabi dan rasul yang mengandungi bermacam-macam ilmu dan hukum-hukum tanpa melalui belajar seperti manusia biasa, ia tidak dapat dilihat oleh mata kecuali setelah ditulis. Mukjizat batin lainnya, dapat tundukan nafsu tanpa mujahadah, Allah kurniakan bersih dari dosa dan kesaslahan, hati tidak terpaut dengan dunia, kelezatan dan keindahannya, mendapat tarbiyah dan ilmu terus dari Allah atau mendapat wahyu, manusia jatuh hati dan cinta luar biasa kepadanya, musuh merasa gerun dengan kehebatannya, sangat sabar dengan ujian-ujian dari kaumnya, azamnya terlalu kuat, hati terlalu teguh, cintanya dengan Allah terlalu tinggi dan lain-lain.
Mukjizat itu bukan diberi mengikut kehendak nabi dan rasul itu sendiri. Tapi dicatu sesuai dengan hal semasa serta keperluan nabi dan rasul itu. Tidak boleh dipelajari tetapi hadiah atau mauhibah atau wahbiyah dari Allah. Dalam sejarah para nabi diberi mukjizat yang berbeza antara seorang nabi dengan yang lainnya. Kebiasaannya mereka diberi mukjizat di kedua peringkat, kalau seorang nabi, ertinya dia bukan seorang pemimpin, yakni bukan untuk masyarakat. Maka Allah beri mukjizat sesuai bengan wataknya sebagai seorang abid. Mungkin mukjizat lahir atau batin yang diberikan itu sesuai dengan keperluannya.
Tapi seorang rasul ia adalah pemimpin ummatnya, maka Allah kurniakan mukjizat lahir dan batin sesuai dengan keperluannya berhadapan dengan umat yang dipimpinnya. Rasul-rasul yang paling banyak mendapat mukjizat ialah rasul-rasul ulul抋zmi, karena mereka ini paling tahan, paling sabar berhadapan dengan ujian-ujian berat dari karenah kaumnya.
Pemberian mukjizat pada nabi dan rasul ini juga tidak sama, kerana keperluan merka juga berbeza antara satu dengan yang lainnya. Mukjizat nabi Musa tidak sama dengan mukjizat nabi Khaidir. Padahal nabi Musa as itu darjatnya lebih tinggi daripada nabi khaidir as, kerana ia adalah sorang ulul抋zmi. Sedangkan nabi Khaidir hanya nabi saja, bukan rasul. Sesetengah ulama masih mempertikaikan tentang kenabian nabi Khaidir. Ada yang menganggap beliau hanya seorang soleh yang bertaraf wali saja, bukan rasul.
Antara mereka berdua di satu ketika, nabi Khaidir diberi mukjizat maknawiyah (batin). Walhal di waktu itu, tidak diberi kepada nabi Musa. Tiga hari saja mereka berkawan. Sedangkan sebelum itu nabi Khaidir sudah mengingatkan nabi Musa: 揔au takkan sanggup ikut aku, kau takkan tahan sabar |
|
|
|
|
|
|
|
Batu Api,
Kau ada senarai lengkap biodata para rasul ke ? boleh kongsi sama...
Poster yang dibeli di kedai tu tak sama dgn buku kisah rasul yg saya baca.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 bayi's post
Ada...nanti ana carikan sebab terlampau banyak buku ni. |
|
|
|
|
|
|
|
thanks for the info. amat berguna. cuma saya nak tanya...kalau ada time line (tahun) lagi bagus. |
|
|
|
|
|
|
| |
|