CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6018|Reply: 4

Selangor warta dua pusat kelip-kelip

[Copy link]
Post time 7-5-2009 11:51 AM | Show all posts |Read mode
Selangor warta dua pusat kelip-kelip




SHAH ALAM 6 Mei
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-5-2009 10:36 AM | Show all posts
Sentral: Rizab sungai 20km diwarta santuari kelip-kelip

SHAH ALAM: Pewartaan kawasan rizab sungai dan zon penampan sepanjang 20 kilometer di Sungai Selangor sebagai santuari kelip-kelip bermula semalam bagi melindungi habitat serangga itu di Kampung Kuantan dan Kampung Bukit Belimbing.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor, Elizabeth Wong, berkata ini berikutan kawasan itu kini dalam proses pembersihan bagi membolehkan kerja penanaman kelapa sawit.

Katanya, beliau sudah menandatangani beberapa dokumen pewartaan semalam dan yakin akan diluluskan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang lain yang akan bermesyuarat esok.

"Tindakan segera bagi mewartakan kawasan yang menjadi habitat kelip-kelip ini perlu kerana ia mungkin terhapus menjelang akhir tahun ini jika tiada usaha dilakukan," katanya pada sidang media di sini semalam.

Wong berkata, awal bulan ini lebih 50 peratus daripada kelip-kelip yang boleh didapati di Kampung Kuantan, mati berikutan kerja pembersihan di kawasan yang menjadi habitat serangga itu untuk penanaman kelapa sawit.

Habitat kelip-kelip dikatakan antara dua yang masih wujud di dunia, selain satu lagi di Brazil.

Wong berkata, kerajaan negeri juga akan terus berusaha mendapatkan kawasan pewartaan yang lebih luas bagi memulihara habitat kelip-kelip.

Katanya, kerajaan negeri akan membabitkan penyertaan penduduk dalam memulih kawasan kelip-kelip dengan menanam semula tumbuhan yang menjadi habitatnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2009 10:14 AM | Show all posts
Kelip-kelip kebanggaan Selangor akan pupus

KUALA LUMPUR 21 Okt. - Industri pelancongan kelip-kelip yang bertaraf antarabangsa di Daerah Kuala Selangor dikhuatiri akan terhapus berikutan kepupusan ketara populasi serangga berkenaan.

Laporan Ketua Audit Negara 2008 mendapati aktiviti pertanian pinggir sungai menjadi punca kepada kemusnahan hutan di kawasan itu yang menjadi habitat bagi pembiakan kelip-kelip.

Kerajaan negeri pula dilaporkan merancang mengambil alih tanah milik individu di pinggir Sungai Selangor menjadi tanah kerajaan bagi memelihara habitat berkenaan.

''Laporan Audit ke Kampung Kuantan, Kuala Selangor pada malam 29 Mac 2009 untuk melihat keadaan populasi kelip-kelip dengan menaiki bot menyusur Sungai Selangor mendapati populasi serangga itu telah berkurangan.

''Ini adalah kerana kawasan hutan pinggir Sungai Selangor di Kampung Kuantan telah ditebang dan dibersihkan untuk pembangunan pertanian, kemusnahan alam sekitar telah memberi kesan kepada kepupusan kelip-kelip dan sosioekonomi penduduk setempat," katanya.

Laporan berkenaan mula diedarkan di Parlimen kelmarin.

Pemulihan kelip-kelip merupakan Polisi Keempat (4) dalam Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Selangor (2007-2012) yang mana serangga berkenaan hendaklah dilindungi kerana menjadi daya tarikan utama pelancong dan menyumbang kepada pendapatan penduduk setempat.

Kampung Kuantan di Daerah Kuala Selangor merupakan lokasi kelip-kelip yang hidup di atas pokok berembang, pokok sagu dan nipah di pinggir Sungai Selangor.

Menurut laporan itu, panorama keindahan yang dihasilkan oleh kumpulan kelip-kelip pada waktu malam menarik pelancong dari dalam dan luar negara berkunjung ke Kampung Kuantan untuk melihat sendiri keindahan serta keunikan serangga berkenaan.

''Pihak Audit telah membuat semakan dan rujukan dengan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan mendapati FRIM telah menjalankan penyelidikan berkaitan habitat pembiakan dan pemantauan kelip-kelip sejak 2006.

''Kajian ini masih berjalan sehingga sekarang dan pada 14 Januari 2009, FRIM telah memaklumkan kepada Majlis Daerah Kuala Selangor bahawa populasi serangga di Kampung Kuantan telah berkurangan," katanya.

Tambah laporan berkenaan, kajian FRIM mendapati sepanjang tempoh pemantauan populasi dijalankan, tiga daripada tujuh kawasan yang dipantau pada asalnya terdiri daripada hutan pinggir sungai tetapi telah dilapangkan sepenuhnya untuk tujuan pembangunan pertanian dan lainlain.

''Kawasan yang dilapangkan adalah kawasan habitat pembiakan kelip-kelip dan kesinambungan populasi serangga ini sangat bergantung kepada kawasan habitat semula jadi seperti hutan sagu dan nipah,'' katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2009 07:30 PM | Show all posts
huuu~
baru je plan nk gi tgk kelip2
kt mana lagi ada kelip2 kt area selangor ek?
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2009 08:58 PM | Show all posts
Dulu masa kecik2 dalam tahun 70an banyak kelip-kelip kat rumah kawe mase di kampung... Tapi dah lama gak lepas tu langsung tak jumpa lagi walau seekor...
Ntah macam mana agaknyer mereka ni leh pupus agaknya...

So baguih gak tindakan yang diambil oleh Selangor dengan mewartakan pusat kelip-kelip tersebut...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 06:36 AM GMT+8 , Processed in 0.824831 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list