CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2706|Reply: 1

Ubat tradisional 'tongkat ali' dilarang

[Copy link]
Post time 14-4-2009 07:53 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan arahan melarang penjualan, pengedaran dan penggunaan


ubat tradisional yang dikilangkan oleh Etumax Corporation Sdn. Bhd. kerana dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine dan sildenafil.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Eisah A.Rahman berkata, produk tersebut menggunakan jenama Phyto Shape, Phyto-Hape, Tongkat Ali Power, Tongkat Ali Power Plus dan Etumax Eurycoma Active Plus.

Beliau berkata, ubat yang mengandungi sibutramine dan sildenafil hanya boleh dibekal oleh doktor atau diperoleh dari farmasi dengan preskripsi doktor.

"pengguna tidak sepatutnya menggunakan produk tradisional yang mengandungi sibutramine kerana penggunaannya tanpa pengawasan doktor boleh menyebabkan kesan serius seperti peningkatan tekanan darah dan peningkatan denyutan jantung.

"penggunaan sildenafil tanpa preskripsi doktor pula boleh menurunkan tekanan darah dan boleh membawa kesan serius seperti serangan jantung," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau menasihati sesiapa yang mempunyai stok produk berkenaan supaya menghentikan penjualan, pengedaran dan penggunaannya dengan serta-merta.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-4-2009 07:54 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 09:07 PM GMT+8 , Processed in 0.187764 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list