|
Banyaknya nak jadi artis
Siti ketawa sampai berguling-guling membaca kolum tulisan Wanda (lihat di bawah) bahawa industri membuat budu lebih terjamin dari industri muzik. Memanglah membuat budu tak glamor macam buat album. Tapi buat budu seperti kata Wanda lebih terjamin. Lagi pun ada orang tak boleh makan nasi kalau tak ada budu. Tapi kalau tak dengar lagu Melayu, tak ada apa-apa kesan pun.
Siti harap remaja kita yang mempunyai peluang untuk membina kerjaya yang lebih baik, jangan terlalu pantas terpancing dengan kilauan. Tengok sajalah berada kerat saja yang mampu menjadikan menyanyi sebagai periuk nasi dari sekian banyak pertandingan?
Kalau mereka sekadar mahu menjadikan nyanyian sebagai batu loncatan, itu Siti tak berani nak komen.
Siti sekadar mampu nasihat saja, kalau ada peluang menuntut ilmu, lupakan dulu hasrat nak jadi penyanyi. Belajar dulu, bila sudah berilmu, nak jadi apa pun tak apa. Di negara kita ini, nak jadi penyanyi mudah, nak berjaya yang payah.
Setiap kali ada pertandingan mencari penyanyi baru, berduyun-duyun anak-anak muda yang layaknya menjadi pelajar mencuba nasib. Tengoklah berapa banyak yang menyertai saringan awal Akademi Fantasia 7 (AF7). Begitu juga dengan pertandingan bakat yang lain.
Siti tertanya-tanya adakah remaja kita yang sanggup meninggalkan alam persekolahan untuk menjadi artis tahu prospek dalam bidang ini? Adakah mereka tahu bahawa industri muzik sekarang macam pucuk rebung, kuncup dan menirus?
~ SITI JARUM: Suka lagu Kau Yang Sangat Kusayang. Utusan.........
ampun YIP................. |
|