View: 3568|Reply: 14
|
Undilah Sipadan untuk jadi 7 keajaiban baru dunia
[Copy link]
|
|
Sebagai rakyat Malaysia amnya dan penduduk dan pemastautin di negeri Sabah khususnya, luangkan sedikit masa anda untuk log in ke laman web www.new7wonders.com/nature untuk mengundi Pulau Sipadan sebagai salah satu daripada 7 keajaiban baru dunia bagi kategori pulau. Kini ia berada di kedudukan ke 17 dan hanya 11 yang teratas sahaja akan dipilih untuk ke peringkat seterusnya. Undi anda amatlah berharga dan diperlukan demi menaikkan nama Malaysia di mata dunia...
p/s: ini bukan kempen pilihanraya..hehehe
Rakyat Malaysia Diseru Undi Sipadan Sebagai Keajaiban Semulajadi
KOTA KINABALU, 31 Mac (Bernama) -- Rakyat Malaysia kini boleh memainkan peranan dalam membantu salah satu destinasi unik negara, Pulau Sipadan untuk memasuki senarai "7 Keajaiban Semulajadi" yang baru, hanya dengan mengundi menerusi laman web www.sabahtourism.com atau www.new7wonders.com/nature.
Ketika membuat seruan tersebut, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun berkata pulau itu, kira-kira 30 minit dengan menaiki bot dari Semporna, disenaraikan sebagai antara 261 calon dari 222 negara peserta pada peringkat kedua pemilihan itu.
"Kami mahu meletakkan Sipadan dalam peta dunia, dan bagi industri pelancongan, ini akan menjadi kebanggaan kami.
"Minat daripada komuniti antarabangsa akan diterjemahkan dengan peningkatan pelancongan bagi Sabah," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar Lembaga Pelancongan Sabah (STB) dalam memulakan kempen "Undi Untuk Sipadan" di sini, Selasa.
Pulau Sipadan mempunyai antara biodiversiti marin terkaya di dunia dalam ekosistemnya dan cukup dikenali sebagai antara tempat menyelam terbaik dunia.
Undian secara dalam talian itu bermula pada Januari dan berakir pada 7 Julai dan Pulau Sipadan yang kini berada pada kedudukan ke-17 di bawah kategori pulau, mesti berada sekurang-kurangnya pada kedudukan 11 terbaik untuk layak ke pusingan seterusnya, kata Masidi.
"Antara cara untuk menggerakkan kempen ini adalah menerusi media (televisyen), pergi ke sekolah-sekolah dan kolej-kolej kerana pelajar adalah pengguna tetap internet, dan jika ada keperluan, kerajaan negeri menyatakan kesanggupan untuk memberikan peruntukan khas untuk kempen itu," katanya.
Ditanya sama ada kemungkinan peningkatan dalam bilangan pelancong berikutan pendedahan itu akan menjejaskan alam sekitar di sana dalam jangka masa panjang, Masidi berkata ia tidak akan berlaku, sebaliknya ia adalah untuk menunjukkan kepada dunia usaha-usaha pemuliharaan yang baik di Sabah.
"Ini adalah mesej terbaik, kami prihatin tentang alam sekitar dan banyak berkorban untuk memuliharanya," katanya.
-- BERNAMA
Sumber: BERNAMA http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=400761 |
|
|
|
|
|
|
|
bah apa lagi marila mengundi |
|
|
|
|
|
|
|
aku dah undi dah .. aku pangkah Sipadan :victory: |
|
|
|
|
|
|
|
bah atur, tatap undi sipadan memang patut pun pulau tu jadi 7 wonders |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #2 mykiwi\ catat
Mykiwi sudah undi ka....kasi up la itu Sipadan..tertinggal bah jauh dibelakang Thai. |
|
|
|
|
|
|
|
kiter pong dah undi....bila lah rezeki nk dapat gi pulau sipadan |
|
|
|
|
|
|
|
done.....mcm jauh lagi mo kejar. |
|
|
|
|
|
|
|
tak per..at least kita dah usaha..dan paling tidak sekarang dah ada beberapa undi...itu lebih bagus daripada kita tak bagi undi. |
|
|
|
|
|
|
|
marilah mari..
pergi mengundi..
jgn lupa kewajipan pada negeri... |
|
|
|
|
|
|
|
Pakat ramai2 ngundi...sekarang no 14...kasi la naik sikit... |
|
|
|
|
|
|
|
bah..sudah..sia mo kasi up nih link sanan YS Group.... |
|
|
|
|
|
|
|
adeh masih belum layak untuk saringan................ |
|
|
|
|
|
|
|
Sipadan Island failed to enter final... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|