CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27767|Reply: 2

Hospis Malaysia

[Copy link]
Post time 22-2-2009 08:56 AM | Show all posts |Read mode
Ubat kasih   
               

     

                   Damba belaian: Pesakit kronik perlukan simpati penjagaan penuh sayang anggota masyarakat bagi meneruskan saki-baki kehidupan

BELAIAN,perhatian dan penjagaan. Inilah perkara asas diperlukan pesakit kronik,tetapi malangnya sukar diperoleh akibat sikap anggota keluarga mahu punpetugas yang merawatnya.

Ibarat pepatah berat mata memandang, berat lagi bahu yangmemikul, sukar sebenarnya menyelami isi hati pesakit ini yangdiselubungi keresahan selepas mengetahui penyakit dialami sertapelbagai proses rawatan susulan. Lebih sukar, bagaimana menempuh harimendatang serta penerimaan anggota keluarga sendiri dan masyarakatsekeliling.
        
     "Pelbagai persoalan yang bermain dalam kotakfikiran mereka sebenarnya. Malangnya, ramai yang salah tanggapanterhadap pesakit ini yang menganggap usaha memberi ubat serta rawatansaja sudah memadai.

"Tidak ramai yang mengendahkan aspek yang tidak kurangpentingnya iaitu soal hati dan perasaan mereka. Pada peringkat ini,aspek simpati, belaian, perhatian dan penjagaan daripada orangtersayang serta petugas kesihatan boleh memberi kekuatan kepada merekaberdepan hari-hari mendatang," kata Ketua Pegawai Eksekutif Hospis, DrEdnin Hamzah.

Katanya, pesakit yang dirujuk kepada Hospis Malaysia lazimnyaberada dalam keadaan yang terlalu tenat dan tiada harapan sembuh. Lebihsedih lagi, ada anggota keluarga yang tidak tahu apa perlu dilakukan.
                          


                        "Kita memberi tunjuk ajar seperti rawatan serta sokongan. Keluargatidak harus menyisihkan mereka, sebaliknya perlu lebih prihatinterhadap keinginannya. Sokongan psikologi amat penting bagi mengelakpesakit berasa lebih tenat dan tertekan dengan keadaan di sekeliling."

Katanya, anggota keluarga juga perlu lebih peka, termasukmelakukan penyelidikan sendiri berhubung penyakit dialami dan tidakmenyerahkan bulat-bulat kepada petugas perubatan.

Lebih sukar lagi apabila petugas perubatan seperti pakar danjururawat hospital tidak berkomunikasi dengan pesakit dan menyifatkanpemberian ubat dan rawatan sebagai memadai.

"Di sinilah kepincangan sistem penjagaan kesihatan negarayang tidak memberi tumpuan kepada aspek psikologi pesakit. Kita jugatidak memberi penekanan soal latihan bagi melahirkan barisan jururawatyang cekap," katanya.
                        
Hubungan akrab Noridayu dan Siti Hajar lebih kepada ikatan persahabatan.
                        Kekurangan jururawat di bidang paliatif itu menyebabkan institusiseperti Hospis Malaysia terpaksa berusaha bersendiri bagi memenuhipermintaan yang semakin meningkat.

"Tiga perkara diberi keutamaan di sini iaitu sikap,pengetahuan dan kemahiran. Jururawat kami sentiasa diberi pendedahanserta sesi latihan bersesuaian dengan keperluan semasa. Mereka bukansaja menjadi jururawat, tetapi juga doktor, pakar, ahli farmasi,psikologi serta sahabat pada satu masa," katanya.

  Malangnya, Hospis Malaysia berdepan kekangan seperti masalah kekurangan jururawat mahir yang agak kronik.

"Kami cuma mempunyai 10 jururawat yang perlu mengendalikankira-kira 1,500 pesakit. Ini bermakna seorang jururawat itu perlumengendalikan antara 50 hingga 60 pesakit pada satu-satu masa. Inimenyebabkan kami terpaksa mengagihkan mereka mengikut kawasan disekitar Lembah Klang ini."

Selain kekurangan tenaga, Hospis Malaysia juga memerlukanpembiayaan kira-kira RM1.8 juta setahun bagi operasi sertamengendalikan pesakitnya.

INFO: Hospis Malaysia
  • Badan kebajikan ditubuhkan pada 1991
  • Terletak di Taman Sri Bahtera, Cheras
  • Menerima pesakit kronik seperti barah, HIV/Aids serta kegagalan organ badan
  • Majoriti pesakit adalah penghidap barah
  • Hanya menerima pesakit yang dirujuk hospital serta masih berkeluarga
  • Perkhidmatan termasuk penjagaan Paliatif dari rumahke rumah dengan menghantar doktor atau jururawat terlatih bagi merawatpesakit di rumah serta tunjuk ajar keluarga
  • Khidmat lain termasuk penjagaan harian kepada pesakit yang mana mereka akan dibawa ke bangunan Hospis
  • Mempunyai 10 jururawat yang mengendalikan 1,500 pesakit
  • Maklumat lanjut hubungi talian 03-9133 9936
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-2-2009 08:58 AM | Show all posts
Srikandi Hospis tempat luah perasaan
Oleh Nurul Adlina Kamaludin
adlina@bharian.com.my

Jururawat di Hospis Malaysia diberikan latihan yang secukupnya.

"BIARLAH saya mati. Tiada gunanya hidup kalau hanya menyusahkan anak-anak. Apa gunanya hidup kalau jadi beban pada semua."

Sepantas kilat, luahan rasa warga emas, Lim Gok Kee, 67, yang juga penghidap barah rektum disambut usapan lembut Faezah Ali, 31, yang membelai rambut Lim sambil mengucapkan kata-kata semangat.

"Kenapa macam ini, auntie. Kita semua mesti hidup gembira. Apa yang penting auntie ada anak, cucu dan menantu yang sayangkan auntie. Saya pun sayangkan auntie yang 'leng' (cantik dalam bahasa Kantonis)," kata Faezah sambil mencubit manja pipi cengkung Lim yang terus tertawa.

Wartawan Berita Minggu dan jurugambar yang turut berada di dalam bilik tidur sebuah rumah di pinggir Kuala Lumpur, ketika mengunjungi Lim, baru-baru ini, turut tersentuh dengan dialog dan aksi bersahaja dua insan ini.

Dua wanita yang hakikatnya berbeza agama, bangsa, latar belakang serta usia tetapi masih mampu berkongsi sedih, tawa, derita dan air mata hasil pertalian unik sebagai pesakit dan jururawat sebuah badan kebajikan, Hospis Malaysia yang memberi tumpuan kepada bidang paliatif atau penjagaan pesakit kronik.

Berbanding jururawat di hospital yang lengkap mengenakan pakaian seragam, jururawat Hospis ini sebaliknya tidak mengenakan sebarang seragam. Mereka menemui pesakit di rumah bagi tujuan pemeriksaan asas seperti tekanan darah, degupan jantung, pengurusan ubat serta paling penting memberi sokongan moral kepada pesakit serta keluarga.


Noridayu memeriksa tekanan darah pesakit di bawah jagaannya.

Ringkasnya, mereka perlu menjadi insan serba boleh - srikandi yang terpaksa menjadi jururawat, doktor, pakar, kaunselor, ahli farmasi dan penyayang pada satu masa serentak.

Lim, anak jati Batu Kikir, Negeri Sembilan, ini mengenali Faezah yang berasal dari Labuan, Sabah, selepas dirinya dirujuk kepada pihak Hospis pada 2007. Penyakit barah serta kencing manis yang dihidapinya itu menyebabkan Lim terpaksa melakukan beberapa pembedahan termasuk melencongkan laluan najisnya ke dalam beg plastik menerusi tebukan di kiri perutnya.

Jika dulu beliau mampu berjalan pantas, tetapi kini Lim, ibu lima anak yang pernah bekerja menjaga wanita bersalin dan tukang jahit ini di kampung asalnya, terpaksa dibantu untuk berjalan. Kebanyakan masa yang ada, dihabiskan dengan berbaring di dalam bilik tidur.

Luahan hatinya termasuk rimas dengan beg plastik yang tergantung di perut, sukar makan dan tidur hinggalah ke juadah yang mahu dimasak untuk Faezah, dikongsi bersama jururawat terlatih itu apabila bertemu dua atau tiga kali seminggu.

Bagi Faezah, Lim bukan sekadar pesakit tetapi seperti saudaranya sendiri.

"Sebagai jururawat Hospis, kami diajar untuk melayan pesakit lebih daripada sekadar menguruskan soal pemeriksaan. Kami diajar untuk menjalin hubungan rapat dengan pesakit dan menyelami perasaan mereka yang mungkin diselubungi kerisauan kerana penyakit dialami.

"Mungkin kerana itu, kami memang rapat dengan pesakit. Kami mahu pesakit meluahkan apa juga perasaan mereka kerana sokongan moral seperti inilah yang amat mereka perlukan," kata ibu dua anak yang bertugas dengan Hospis Malaysia, lebih empat tahun lalu.

Seperti sembilan rakannya lain yang bertugas mengikut kawasan tertentu sekitar Lembah Klang, Faezah diberi tanggungjawab menguruskan pesakit di sekitar kawasan Shah Alam dan Petaling Jaya.

Hubungan akrab itu turut dikongsi bersama penghidap barah payu dara, Siti Hajar Mohd Hassan, 46, dengan seorang lagi jururawat, Noridayu Mohd Rashid, 29.

"Saya amat bertuah kerana dirujuk kepada pihak Hospis, tahun lalu. Sudah banyak bantuan mereka kepada saya seperti layanan mesra, mendidik soal pengurusan ubat selain katil untuk kemudahan diri ini.

"Paling terharu, kehadiran jururawat ini membantu saya mengatasi masalah kudis di belakang badan kerana baring terlalu lama. Masalah itu mungkin kecil bagi kebanyakan orang, tetapi ia satu penderitaan bagi saya," katanya yang disahkan menghidap barah itu pada Julai 2007 dan terpaksa menjalani rawatan kemoterapi sebanyak lapan kali.

Beliau yang terpaksa melepaskan jawatan tinggi di sebuah syarikat, reda dengan ketentuan dihadapinya itu.

"Saya terkilan kerana pada usia ini saya yang sepatutnya membantu menjaga ibu, bukan sebaliknya. Mujurlah saya menerima sokongan moral daripada keluarga dan orang luar seperti jururawat Hospis," kata Siti Hajar yang menangis sambil dipeluk ibunya, Zabedah Ismail, 65 tahun.

Wanita tabah ini turut akur dengan keadaan dirinya dan yakin setiap yang berlaku ada hikmahnya. Paling tidak pun, ia memberi peluang untuk mendekatkan diri dengan anak-anak kesayangan.

"Suka atau tidak, saya perlu menerima hakikat penyakit barah tiada penawarnya ketika ini. Kita boleh menghantar manusia ke angkasa lepas, tetapi ada perkara lain yang sukar diatasi, termasuk soal barah dan penyakit kronik lain. Saya cuma mampu reda dengan ketentuan Ilahi," katanya

Bagi Noridayu, ketabahan pesakit seperti Siti Hajar, menjadi antara alasan beliau meneruskan tugasnya itu selain mendapat sokongan daripada suami tercinta, Marzuki Nanyan, yang cacat penglihatan.

"Air mata sudah menjadi sebahagian tugas kami. Hampir setiap hari kami menangis, tetapi ia lahir daripada hati ikhlas selepas menyelami penderitaan pesakit. Kecekalan hati pesakit itu memberi kepuasan tersendiri kepada kami," katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2009 07:45 AM | Show all posts
Hospis dampingi pesakit

Oleh ROSMAWATI MION


DR. FELICIA Chang Chui Fun dan jururawat, Sharon Victoria Dabi mengadakan lawatan ke rumah pesakit untuk melihat keadaan mak cik Timah.

JIKA anda orang Alor Setar, tentu anda mengetahui mengenai kewujudan sebuah klinik yang popular suatu ketika dahulu iaitu Maha Clinic.

Bagi yang belum mengetahui, klinik tersebut sebenarnya sebelum ini adalah klinik yang dimiliki oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ia juga turut disertai oleh isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

Istimewanya klinik ini ialah kedua-dua doktor tersebut memberi perkhidmatan rawatan perubatan kepada para pesakit tanpa mengenakan bayaran khusus tetapi terserah kepada keikhlasan masing-masing.

Satu lagi keistimewaan klinik itu ialah Dr. Mahathir ketika menjalankan tugasnya turut meluangkan masanya untuk mengunjungi pesakit yang tidak boleh bergerak di rumah mereka.

Itu yang membuatkan sesiapa sahaja pesakit atau saudara mara mereka yang pernah mendapat rawatan di klinik itu tidak pernah melupai jasa kedua-dua doktor Melayu terawal tersebut.

Walaupun berbeza tujuan tetapi berasaskan konsep yang sama, sebuah pertubuhan sukarela telah ditubuhkan bagi memberikan perkhidmatan mengunjungi pesakit-pesakit tenat dan sukar diubati seperti kanser, AIDS, saraf dan sebagainya di rumah mereka.

Badan amal yang dikenali sebagai Hospis Malaysia itu, kakitangan dan sukarelawannya sanggup mengenepikan semua rintangan untuk memberi sedikit perhatian istimewa kepada pesakit kronik dengan mengunjungi mereka, biarpun menyedari antara mereka tiada pertalian darah.

Badan yang ditubuhkan pada tahun 1991 itu hadir mencurahkan bakti dengan menumpukan kepada perkhidmatan penjagaan dan perubatan paliatif secara menyeluruh kepada pesakit merangkumi aspek fizikal, emosi, psikologi, sosial dan kerohanian pesakit dikunjungi.

Percuma

Menariknya, khidmat yang dicurahkan itu diberikan secara percuma untuk semua lapisan masyarakat terutama di sekitar Lembah Klang tanpa mengira bangsa, agama, jantina dan umur.

揚esakit yang menghidapi penyakit yang tenat tidak boleh dibiarkan tanpa sebarang perhatian. Memang, mereka boleh menjalani pemeriksaan di hospital.

揟etapi, pihak hospital biasanya tidak membuat susulan di rumah sedangkan ada kalanya timbul masalah baru apabila pesakit sudah keluar hospital.

揇i sinilah, Hospis Malaysia memainkan peranan. Setiap kali kami berkunjung ke rumah pesakit, mereka kami layan seperti orang biasa. Kami tidak hanya menumpukan perhatian kepada penyakit yang dideritai pesakit, sebaliknya mereka dirawat secara menyeluruh termasuk emosi dan kerohanian,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:18 AM GMT+8 , Processed in 0.112880 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list