CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5886|Reply: 2

Great Barrier Reef - (Terumbu Karang Terbesar)

[Copy link]
Post time 14-2-2009 08:34 AM | Show all posts |Read mode
Terumbu terpenting dunia dalam bahaya

Oleh WAN SHAHARA AHMAD GHAZALI



Biodiversiti gugusan terumbu yang cukup indah berwarna-warni sehingga
tumpuan utama pelancong dan saintis seluruh dunia ini diancam kemusnahan
termasuk pemutihan karang ekoran pemanasan global, pencemaran dan
perikanan melampau.



SISTEM terumbu karang terbesar di dunia iaitu Great Barrier Reef merangkumi kawasan sepanjang 2,600 kilometer dan seluas 344,400 kilometer persegi dengan lebih 2,900 terumbu berasingan dan termasuk 900 buah pulau.

Lebih unik, sistem terumbu yang berada di dalam Laut Coral di luar persisiran Queensland Australia itu adalah struktur bernyawa terbesar dunia dan boleh dilihat dari angkasa lepas.

Great Barrier Reef yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak 1981 memainkan peranan yang sangat penting dalam menyokong kepelbagaian diversiti kehidupan dan dianggap sebagai salah satu daripada tujuh keajaiban semula jadi dunia.

Tetapi adakah keajaiban ini berada di ambang kemusnahan?

Terkini, sekumpulan saintis Australia mendapati kadar pertumbuhan karang Great Barrier Reef 1990 adalah yang paling perlahan dalam tempoh 400 tahun kebelakangan ini yang menegaskan bahawa status lautan dunia perlu dibimbangi.

Kajian tersebut telah dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Australian Institute of Marine Science (AIMS) di Townsville dan laporan bertajuk 'Declining Coral Calcification on the Great Barrier Reef' diterbitkan di dalam jurnal saintifik utama dunia "Science" keluaran Januari.

Pertumbuhan merosot


Secara ringkasnya, mereka mendapati pertumbuhan salah satu koloni karang jenis Porites yang paling besar dan tegap di situ telah merosot sekurang-kurangnya 14 peratus sejak tanda aras tahun 1990. Karang Porites adalah spesies karang pembina terumbu paling utama di terumbu Australia itu.

Penyelidikan itu adalah berdasarkan analisis statistik terhadap jalur pertumbuhan tahunan karang yang dijalankan ke atas 328 karang Porites daripada 69 terumbu berasingan sepanjang terumbu Great Barrier Reef.

Analisis tersebut mendapati kadar kalsifikasi atau banyak mana rangka skeleton ditambah setiap tahun, telah merosot sebanyak 0.3 peratus setahun sejak titik jalur pertumbuhan pada tahun1990 dan terus merosot sejak 2005 sehingga 1.5 peratus setahun.

Lebih membimbangkan, analisis himpunan data yang disimpan di arkib Coral Core AIMS itu menjangka pertumbuhan karang akan sama sekali terhenti menjelang 2050 sekiranya trend kemerosotan ini berterusan.

Dalam laporan tersebut, Dr. Glenn De'ath, Dr. Janice Lough dan Dr. Katharina Fabricius mengakui bahawa hasil analisis itu adalah satu tanda yang amat membimbangkan kerana ia berlaku di sistem terumbu karang yang menerima perlindungan dan pengurusan terbaik dunia.

"Terdapat bukti kukuh menunjukkan kemerosotan tersebut berpunca daripada gabungan peningkatan suhu permukaan laut dan pengasidan lautan," jelas penyelidik tersebut.

Laut lebih berasid

Peningkatan karbon dioksida di dalam laut menyebabkan keseimbangan alkali-asid atau nilai pH laut menjadi lebih rendah iaitu laut menjadi lebih berasid.

Setakat ini laporan itu mendapati, nilai pH laut telahpun jatuh sebanyak 0.1 mata memandangkan laut menyerap kira-kira sepertiga daripada lebihan gas tersebut.

Mereka menjangkakan menjelang dalam tempoh kurang seratus tahun, nilai pH akan jatuh sebanyak 0.4 mata lagi sekiranya keadaan itu berterusan.

Jika projeksi kemerosotan pH sebanyak 0.4 mata itu menjadi kenyataan, lautan akan menjadi satu dunia yang amat asing yang pernah organisma marin alami dalam tempoh ratusan ribu tahun.

Justeru, laporan itu menegaskan bahawa kadar dan magnitud perubahan dalam komposisi kimia laut dan suhu mesti di beri perhatian demi masa depan ekosistem marin.

Apapun, kedua-dua perubahan itu boleh dijelaskan sebagai kesan daripada fenomena gas rumah hijau daripada peningkatan suhu dunia.

Gas karbon dioksida adalah gas rumah hijau utama yang banyak dilepaskan melalui aktiviti manusia ke udara daripada pembakaran bahan api seperti petrol, arang batu, gas asli dan diesel bagi menghasilkan tenaga untuk menjana elektrik dan kenderaan.

Sebagai pemampan karbon, laut memainkan peranan penting bagi menyerap gas rumah hijau karbon dioksida. Gas tersebut yang larut dalam air adalah berasid, justeru menyebabkan laut menjadi makin berasid dengan peningkatan gas itu di udara.

Perubahan dalam komposisi kimia laut itu pula mengganggu dan memperlahankan kebolehan hidupan karang untuk menyerap kalsium daripada air laut yang diperlukan untuk membina rangka skeletonnya.

Terumbu karang membina rangka keras mereka daripada bahan terlarut yang terdapat dalam air laut.

Sedangkan pertumbuhan skeleton baru secara berterusan amat penting memandangkan peranannya sebagai tulang belakang kepada ekosistem terumbu yang amat kompleks yang mana puluhan ribu spesies tumbuhan dan haiwan marin bergantung kepadanya.

Selain itu, penghasilan skeleton baru juga amat diperlukan bagi mengimbangi kehilangan karang akibat hakisan semulajadi dan penyerpihan.

**********************************************************************************************

it takes thousand years to have these reef and corals that finally settle in -
bukan sekejap2 nak dapat hidupan begini.... just like marine park in redang -
and corals di tioman... 20 years ago.. depa masih nak membesar and membiak
and now... dah settle in.. and living - banyak pula cabaran yang dihadapi -

kadang2 orang tak faham yang ini pun hidupan laut juga yang perlu dijaga -
dan binatang2 laut perlu these corals to survive too - kira macam depending
each other - penting untuk added carbon, to neutrilzed acid yang makin mengancam
lautan2 di dunia ini -

great barrier reef - adalah satu geographical phenomenon yang awe and menunjukkan
kebesaran tuhan dalam kejadian2 yang tak tercapai akal... dan satu kurniaan yang
patut dijaga dengan baik... bukan untuk manusia saja but to all the living things -

wide ecosystems in the areas... bila damage berlaku... ecosystems di sana akan
affected.. - dan bukan kecil - walaupun secara general - not as big as an ecosystem
in tropical rainforests -- although kalau kat rainforests tu - boleh lagi live sustainably -
tapi kalau kat terumbu - solely hidupan laut -  cuma humans aje yang dok disturb
kehidupan ni...  tengok aje kat coral marines di redang..  let's hope great barrier reef
can sustain its ecosystems.. dan human appreciate and preserve  it -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-2-2009 08:37 AM | Show all posts

a bit more info re: great barrier reef -

Liku-liku hidup Great Barrier Reef

Susunan oleh WAN SHAHARA AHMAD GHAZALI



Perenang Australia, Wendy Craig Duncan, membawa obor
Olimpik Sydney 2000 merentasi laut Great Barrier Reef menjadi
peristiwa istimewa dalam sejarah Olimpik.-AFP


PERUBAHAN cuaca global adalah ancaman utama yang mampu menggugat masa depan dan kemandirian terumbu karang seluruh dunia dan ekosistem laut yang lain ekoran laut menjadi semakin hangat.

Meskipun suhu air laut di terumbu, seperti ekosistem-ekosistem laut tropika lain di Australia, meningkat hanya dua atau tiga darjah selsius seminggu pada musim panas, ia sudah cukup untuk membunuh hidupan karang.

Populariti dan status Great Barrier Reef sebagai Tapak Warisan Dunia tidak bermakna ia terkecuali daripada pelbagai ancaman dan risiko kemusnahan.

Sebarang berita dan maklumat baru mengenai terumbu itu saban tahun, sentiasa menjadi perhatian media, saintis dan penduduk seluruh dunia.

Dalam 10 tahun kebelakangan ini sahaja, banyak kajian dan peristiwa pahit manis mengenai terumbu itu menjadi perhatian umum, termasuk menjadi sebahagian daripada laluan larian obor semasa acara sukan Olimpik Sydney 2000 menggunakan obor Olimpik yang direka khas.

Seperti mana-mana ekosistem marin lain seluruh dunia, Great Barrier Reef juga tidak terlepas daripada risiko menghadapi risiko pencemaran dan kerosakan akibat kapal karam atau tumpahan minyak.

Pada awal 2001 misalnya sebuah kapal kontena Malaysia karam memaksa operasi pembersihan terbesar dunia pernah dilakukan di sistem terumbu.

Proses itu melibatkan 15 penyelam dan mengambil masa lebih dua bulan termasuk membuangkan karang tercemar menggunakan pembersih hampagas khas serta mengikis cat merah anti pencemaran.

Kehilangan tarikan


Antara yang penting ialah kajian PBB pada 2001 yang mendedahkan bahawa terumbu itu menyusut lebih pantas daripada jangkaan saintis akibat gabungan maut pencemaran, perubahan cuaca dan penggunaan bom dinamit secara haram untuk menangkap ikan.

Setahun kemudian, saintis memberi amaran awal terumbu itu mengalami kehilangan tarikan warna warninya ekoran fenomena pemutihan yang berlaku akibat peningkatan suhu laut.

Pada tahun yang sama, penyelidik AIMS mendapati sebahagian daripada karang di kawasan Pulau Lizard terumbu itu mengalami keadaan yang disebut 'Sindrom Putih' akibat ancaman penyakit yang tidak diketahui.

Kemudian, populasi penyu dan dugong di terumbu itu pula dilaporkan merosot secara drastik akibat bahan kimia daripada ladang pertanian yang mencemari larian air ke laut.

Pada 2004, kerajaan Australia merealisasikan pelan zon penyelamat terumbu dengan mengharamkan penangkapan ikan di kira-kira satu pertiga kawasan terumbu seluruh Australia.

Tindakan itu menimbulkan kemarahan di kalangan nelayan tempatan, tetapi tetap dilakukan bagi memulihara habitat itu sebagai santuari perlindungan marin terbesar dunia.

Pada akhir tahun 2006, Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) menegaskan bahawa banyak terumbu karang dan padang rumpai laut sekitar Great Barrier Reef mungkin hanya boleh bertahan di antara lima hingga 10 tahun sahaja lagi.

Lapor mereka, kemusnahan itu berpunca daripada lumpur bertoksid dari kawasan pertanian yang mencemari dan melapisi dasar laut Australia.

Pada September 2006, Great Barrier Reef sekali lagi menarik perhatian dunia sebagai lokasi kematian personaliti dan aktivis alam terkenal Australia, Steve Irwin atau Crocodile Hunter yang disengat ikan pari stingray semasa penggambaran.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 06:50 PM | Show all posts
Tuesday November 17, 2009
Great Barrier Reef survival "requires 25pct CO2 cut"
By Amy Pyett
SYDNEY (Reuters) - Australia's Great Barrier Reef has only a 50 percent chance of survival if global CO2 emissions are not reduced at least 25 percent by 2020, a coalition of Australia's top reef and climate scientists said on Tuesday.

Corals are seen at the Great Barrier Reef in this January 2002 handout photo. Australia's Great Barrier Reef has only a 50 percent chance of survival if global CO2 emissions are not reduced at least 25 percent by 2020, a coalition of Australia's top reef and climate scientists said on Tuesday. (REUTERS/Handout/Files)
The 13 scientists said even deeper cuts of up to 90 percent by 2050 would necessary if the reef was to survive future coral bleaching and coral death caused by rising ocean temperatures.

"We've seen the evidence with our own eyes. Climate change is already impacting the Great Barrier Reef," Terry Hughes, director of the ARC Centre of Excellence for Coral Reef Studies at James Cook University, said in a briefing to Australian MPs on Tuesday.

Australia, one of the world's biggest CO2 emitters per capita, has only pledged to cut its emissions by five percent from 2000 levels by 2020.

It has said it would go further, with a 25 percent cut, if a tough international climate agreement is reached at U.N. climate talks in Copenhagen in December, but this is looking increasingly unlikely with legally binding targets now off the agenda.

"This is our Great Barrier Reef. If Australia doesn't show leadership by reducing emissions to save the reef, who will?" asked scientist Ken Baldwin, in calling for Australia to lead the way in cutting emissions.

But the Australian government is struggling to have a hostile Senate pass its planned emission trading scheme. A final vote is expected next week.

The World Heritage-protected Great Barrier Reef sprawls for more than 345,000 square km (133,000 sq miles) off Australia's east coast and can be seen from space.

The Australian scientists said more than 100 nations had endorsed a goal of limiting average global warming to no more than two degrees Celsius above pre-industrial temperatures, but even that rise would endanger coral reefs.

The scientists said global warming was already threatening the economic value of the Great Barrier Reef which contributes A$5.4 billion to the Australian economy each year from fishing, recreational usage and tourism.

The U.N. Intergovernmental Panel on Climate Change has concluded that the Great Barrier Reef could be "functionally extinct" within decades, with deadly coral bleaching likely to be an annual occurrence by 2030.

Bleaching occurs when the tiny plant-like coral organisms die, often because of higher temperatures, and leave behind only a white limestone reef skeleton.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:03 AM GMT+8 , Processed in 0.063432 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list