CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14140|Reply: 96

Refleksi Pakcik di Isetan

[Copy link]
Post time 13-2-2009 01:50 AM | Show all posts |Read mode

Semalam aku berada di KLCC... Masa tengah merayau-rayau di Isetan, aku tengok ada seorang pakcik tengah merenung tepat kearah aku. Aku tengok dia dok perati aku dari ujung rambut sampai ujung kaki... seolah2 mcm tengah ushar member yg dah lama tak jumpa. Tapi takde pulak dia senyum kat aku... ada tanda rimas pada wajah dia.

Muka dia nampak familiar sangat... ada iras-iras abang sulung aku. cara pemakaian dia agak ketinggalan zaman sikit... dia masih berjeans lusuh dengan t-shirt... seolah-olah mat rock tahun 80an/90an... badannya dah out of shape... a bit chubby, mungkin satu masa dulu agak tegap. Rambutnya dah ada uban sikit-sikit... kat bahagian dahi dah makin luas. Kalau tengok pada gaya pemakaian dia, mesti satu masa dulu pakcik ni berambut panjang.

Rasa mcm kenal... tp xkan lah dia??

Tapi cara pakcik tu tenung aku... memang sah dia!!!



"Apahal kau pandang aku macam tu??" Aku tanya pakcik tu

"Pasal kau tak sedar diri" Pakcik tu jawab

"Kau tu yang tak sedar diri... tak padan dengan tua" aku balas balik

"Habis tu, kau tak tua ke? Skarang umur kau berapa dah berapa?" soal pakcik tu pulak

"34... takde lah tua mana pun"

"Dah berapa orang anak?"

"Tiga"

"Cita-cita kau dah tercapai belum?"

"Belum semua... tapi masih ada masa lagi"

"Kau yakin masih ada masa?"

"InsyaAllah... kalau aku diberi nikmat umur"



Aku tanya pakcik tu "Hey orang tua... Kenapa kau pakai macam ni?"

"Apa maksud kau?" Soal pakcik tu...

"Cara kau berpakaian tak melambangkan umur kau"

"Aku selesa macam ni"

"Kau tak takut orang gelak ke?"

"Aku selesa macam ni... Pedulik apa dengan orang lain"

"Ye lah, tapi biar la bersesuaian... tengok uban kau tu"

"Apa sangkut paut dengan uban aku?"

"Maknanya kau dah tua"

"Uban ni menunjukkan kematangan"

"Cara kau berpakaian tu menunjukkan kematangan ke?"

"Aku selesa macam ni... sukati aku le" jawab pakcik tu....



Pakcik tu pulak soal... "Kau tu bagus sangat ke?"

"Apa maksud pakcik?"

"Out of shape... Jendul... Kau dah tua!"

"Kau yang dah tua"

"Kau tu yang tua!"

"~!@#$%^ punya pakcik! "

"!@#$%^ engkau la!!! "

"Tua!!! "

"Tua!!!! "


Aku rasa bosan, jadi aku tinggalkan cermin kat Isetan tu.

Mungkin aku perlu beli cermin full size utk bilik aku. Sekarang cuma ada cermin muka dlm bilik air je.


PROLOG

Pada sebelah paginya aku sampai di stesyen LRT kat KLCC
Aku didatangi oleh seorang awek manis...
Lawa orangnya... best kalau dibuat bini muda... atau sekurang2nya jadi awek.
Dia tegur aku "Pakcik nak derma untuk tabung Gaza?"
aku tanya dia "Awak ada adik jual hempon kat Sri Gombak ke??"
"Takde... kenapa pakcik?" Soalnya terkejut
"Takde apa..." aku jawab sambil masukkan sumbangan aku dalam kotaknya





The End







Kenapa aku post kat bod ni?

Entah....

[ Last edited by  Diablo at 13-2-2009 07:34 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2009 02:00 AM | Show all posts
.........
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 03:59 AM | Show all posts
isk...hang ada bakat menulis la......
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 07:00 AM | Show all posts


nih kisah diri ko ek..
ko dah tua kot
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 07:52 AM | Show all posts
apa kena mengena prolog tu..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 08:00 AM | Show all posts

Reply #5 white01whale's post

dia terkedu kot sbb awek tu panggil dia pakcik...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2009 08:01 AM | Show all posts

Reply #1 Diablo's post

tahniah, aku mmg suka two-way monolog ni...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 08:11 AM | Show all posts
sian atok blow.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2009 08:13 AM | Show all posts
mayb thread ni ada kene mengena ngan thread pakcik blow lg 1......

http://eforum2.cari.com.my/viewthread.php?tid=399787&extra=page%3D1
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 08:40 AM | Show all posts


nampaknya kena stop sekejap aktiviti rutin harian...
tumpukan kepada hal2 grooming n exersice
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 08:52 AM | Show all posts

Reply #9 lady_sarah83's post

link yg ko bagi tu telah meng-konpem-kan posting aku no.6 tuh
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 08:57 AM | Show all posts
nk pindah kt nod menulis ler cmni
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 08:58 AM | Show all posts
pandailah. aku suka! pakcik aku peminat mu mulai hari ini. menulislah lagi pakcik
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 09:11 AM | Show all posts
34 dah tua ek....?
camne lak yang dah lepas 34.... uwa...!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 09:12 AM | Show all posts
tension kann.. awak tak la tua mana tapi ada lak aweks2 yg panggil awak pakcik..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 09:44 AM | Show all posts

Balas #6 bzzts\ catat

mungkin tuan umah igt awek tu yg keje kedai enset yg pggl die pakcik itu ari kot..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2009 10:33 AM | Show all posts
ahkak x paham mende motip benang ni...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 10:37 AM | Show all posts
Kebenda masalahnya? Pelik aku
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 10:40 AM | Show all posts
ni kira baru ada masalah peribadi ni....
34 tu tak tua lagi ler.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 11:45 AM | Show all posts
pakcik..oh pakcik....
hehehe....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.094242 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list