View: 8021|Reply: 29
|
[tazkirah]DOSA MENGUMPAT
[Copy link]
|
|
Edited by ussopp at 23-9-2015 08:40 AM
DOSA MENGUMPAT
MENGUMPAT ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Perbuatan itu mungkin menyebabkan kesusahan, kerugian, perasaan malu dan mendapat nama buruk akibat cerita itu.
Rasulullah saw menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabda bermaksud:
“Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya.” (Hadis riwayat Muslim)
Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui ia difahami oleh orang mendengarnya.
Mengumpat banyak mendatangkan keburukan. Oleh itu, Islam melarang umatnya mengumpat.
Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.
Firman Allah bermaksud: “Dan janganlah sesetengah kamu mengumpat setengah daripada kamu. Adakah seorang daripada kamu suka makan daging bangkai saudaranya, tentunya kamu semua membenci memakannya …” (Surah al-Hujurat, ayat 12).
Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.
Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya pada akhirat.
Sabda Rasulullah saw bermaksud: “Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan, sesungguhnya orang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang diumpat.” (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).
Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.
Tidak ramai melakukan zina kerana dosanya amat besar tetapi ramai tidak sedar setiap hari melakukan dosa lebih besar daripada zina.
Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.
Sabda Rasulullah bermaksud: “Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya.
Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri.” (Hadis riwayat Abu Daud).
Maksud hadis itu dengan jelas membuktikan orang mengumpat dikategorikan sebagai belum beriman dengan hatinya biarpun lidahnya mengaku beriman.
Orang mengumpat bakal dimalukan biarpun dia berada di rumahnya sendiri. Kesan buruk mengumpat boleh menyebabkan perbalahan dan perasaan tidak senang dalam masyarakat.
Perasaan iri hati, marah, benci dan dendam mudah merebak daripada perbuatan mengumpat. Ia mungkin boleh merebak sehingga mencetuskan huru- hara dan pembunuhan.
Mengumpat juga boleh berlaku ketika bergurau dan melawak apabila menggunakan perkataan atau perbuatan melambangkan keburukan seseorang.
Rasulullah saw pernah menegur Siti Aishah kerana berkata “alangkah pendeknya perempuan itu” kepada seorang perempuan tua yang datang berjumpa dengan Rasulullah saw.
Kata-kata itu turut dianggap mengumpat kerana menyebut kelemahan sifat orang lain dengan memperkecil-kecilkannya.
Ini bermakna kita tidak boleh memanggil seseorang dengan panggilan menunjukkan kekurangan fizikal seperti botak atau buncit.
Tetapi masyarakat kita sering menggunakan lambang fizikal seseorang sebagai panggilan untuk melawak. Ada juga menyebut perkataan itu dengan tujuan panggilan ‘mesra’. Kita boleh memanggil seseorang dengan gelaran itu jika orang itu bersetuju atau tidak marah.
Orang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.
Sabda Rasulullah saw bermaksud: “Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering.” Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukan olehnya di dunia.
Maka, dia berkata kepada Allah: “Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya.” Maka Allah menjawab: “Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui.”
Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis di akhirat nanti.
Walaupun perbuatan menceritakan keburukan seseorang kepada orang lain amat dilarang dan berdosa besar, ada masanya kita diharuskan berbuat demikian. Perbuatan itu hendaklah bertujuan kebaikan dan bukan saja-saja suka menceritakan keburukan orang.
Antara contoh keadaan yang dibenarkan ialah menceritakan sifat seseorang yang suka menipu. Kita menceritakan sifatnya itu bertujuan supaya orang lain berhati-hati dan tidak akan mudah ditipu olehnya.
Tetapi janganlah ditambah cerita mengenai sifat lain pula. Contohnya, selain cerita sikapnya suka menipu, diceritakan juga sifatnya suka minum arak. Ini kerana di antara kedua-dua sifat itu tidak mempunyai hubungan dan bukan untuk tujuan asal agar tidak tertipu.
Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Jauhkan diri daripada berada dalam suasana yang boleh menyebabkan berlakunya mengumpat.
Oleh itu, perbanyakkan zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat “ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 pinklollipop's post
thnx pink..
bese nye..ngumpat ni..more relate 2 gal..
1 of d rezen,ppuan d mskkan dlm nerake..
coz ngumpat ni la..
sedeynye.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 pinklollipop's post
Bondo ni ado dalam diri setiap manusio.Kalo skali skalo terlopeh...xkanlah free-free jo dapek azab.Mana boleh macam ni. Smuo manusio pun mlakukannyo. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 khairulazmi's post
mksdnye...klu skali sekale tu...x dose la ea??
xde blsn nye la..
klu camtu..ley la ngumpat skali skale...
slh tu..
klu terlepas...then,bertaubat..jnji xnak wat dah...
baru la xkene azab..dgn syarat,klu Allah terima la taubat tu..
ni sume keje Tuhan..
tp klu terlepas..then telepas lg..
xde insentif nak brubah..xkan xde blsn kot..
klu camtu..ramai la yg gune term "terlapas" pasni..
coz,xde dosa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 pinklollipop's post
sekali sekala aku memerlukan makanan jiwa mcm nih...
thanks pinklollipop for the article
p/s: dari mengumpat ni juga aku pilih kawan aku. kalo tahap mulut takdak insuran tu mmg boleh blah. kalo aku jarang2 dgr external affairs org lain tu beralamat baik kawan aku nih. |
|
|
|
|
|
|
|
bagusnyer..
t/kasih yg teramat sgt..
Insya-Allah akn berusaha sedaya upaya slps nie.. |
|
|
|
|
|
|
|
artikel ni bagus kalo tepek satu kat bod gossip
maybe banyak yg tersedar nnt, eheehe |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 kroit92's post
perempuan mana yg kena kutuk tuh? isk isk:@
tak baik ngumpat2, dosa tau .. |
|
|
|
|
|
|
|
hari senin nie nk mintak maaf pd kwn2 sekerja..
mesti diaorg ingat aku buat tebiat.. |
|
|
|
|
|
|
|
hmm aku sll mengumpat... kadang2 aku bukan nak mengumpat tapi marah dgn org yg ubah kejadian allah..
contoh mcm artis2 yg buat muka.. aku akan kata ''knp la muka elok2 nak di ubah kan dah x cantik..dulu molek jer''... yg tu mcm mana pulak yer?? sama jugak ker dgn dosa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #13 ^^^oren^^^\ catat
yup..aku pun sama kadang2 bukan nak mengumpat ttp nak luahkan perasaan hati..
atau mungkin sbb tu allah suruh kita bersabar.. apa pun yg terjadi kita kena bersabar..
mybe kita jer yg x paham konsep sabar tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
mmg sukar kan...
tp apakan daya, bak kata kwn2... dosa tetap dosa..
last2 skrg sy amek inisiatif x ckp byk compare ngn dulu2..
biler berkumpul ngn kwn2 sy pastikn sy ada sama kalo x ada cerita2 psl org diperkatakan, kalo ada ajer yg dh mula buka cerita psl kwn2 lain, sy hanya diam. kalo rasa x sedap, sy beredar. atau sy mintak kwn2 berterus trg ttg mender yg x puas hati pd tuan punya bdn.. lps 2 x komen apa2 dh..
mmg sukar nk dilaksanakan, tp terus cuba.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 danna09's post
btul tu...sukar mmg sukar...cakap lagik senang drp nk laksanakan...tp at least lam ati kite ada niat nk ubah dan berazam tuk berubah....
kite buat dulu setakat yg kite termampu...lama2..bak kate pepatah melayu..alah bisa tegal biasa...
sbb tu dlm islam pun disuruh byk diam...sbb bile makin byk kite bercakap makin byk le silap kite...
[ Last edited by ^^^oren^^^ at 1-2-2009 09:13 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by baby_bro85 at 1-2-2009 02:49 PM
hmm aku sll mengumpat... kadang2 aku bukan nak mengumpat tapi marah dgn org yg ubah kejadian allah..
contoh mcm artis2 yg buat muka.. aku akan kata ''knp la muka elok2 nak di ubah kan dah x ca ...
anyway..kalau u mengata sprt dlm ur example tu xpe..jika u nak beri peringatan kepada diri sendiri and kepada kawan2/sedara supaya tak mengikut jejak langkah mengubah ciptaan Allah berikan kepada kita...lagipun, kalau ubah kejadiaan Allah...bukankah sudah berdosa? so, sbg langkah terbaik...kita wat anecdotal examples supaya kita/orang lain nampak dengan jelas...tindakan tu salah...tp kena igt...niat utama kita bukan nak menjatuhkan air muka sesiapa/memburukkan/mengaibkan sesiapa...cuma sebagai tujuan menyedarkan...wallahuala'lam.... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #18 pinklollipop\ catat
oh yer ker..sbnranya aku dlm usaha utk tidak menghina org sekalipun org tu jahat..
aku belajar utk mendoakan org..
yer la benda mcm nie mmg susah nak buat..lebih2 lagi kalau kita x puas hati..
kena belajar sifat nabi muhammad cepat tenang dan lambat marah... |
|
|
|
|
|
|
|
yg penting cuba jgn masuk ruangan gosip....yg menulis dan membaca dua2 akan di laknat...betul atau tidak sesuatu gosip itu still di panggil mengumpat...mengaibkan orang
berdosa besar..jauhilah kalau boleh...
yg suka mengumpat pompuan...hari2 ada isue yg nak di umpat...kalau dengar orang start nak mengumpat....lari cepat2. I ada jiran pompuan yg suka mengumpat....bukak mulut je mengumpat. Habis jiran2 semua di umpat.....last2 i avoid kan diri dari berjumpa ngan jiran nie...rasa2 je dia perasan kot yg I try avoid her. |
|
|
|
|
|
|
| |
|