View: 4536|Reply: 30
|
The International - (March 2009)
[Copy link]
|
|
Synopsis : -
Interpol agent Louis Salinger (Clive Owen) and Manhattan
Assistant District Attorney Eleanor Whitman (Naomi Watts)
are determined to bring to justice one of the world's most
powerful banks. Uncovering illegal activities including money
laundering, arms trading, and the destabilization of governments,
Salinger and Whitman's investigation takes them from Berlin to Milan
to New York City to Istanbul. Finding themselves in a high-stakes chase
across the globe, the bank will stop at nothing to stop them.
Cast : -
* Clive Owen as Louis Salinger, an obsessive Interpol agent.
* Naomi Watts as Eleanor Whitman, a Manhattan assistant district attorney.
* Ulrich Thomsen as an investment banker who gets involved in an arms-dealing ring.
Directed by: - Tom Tykwer
**********************************************************************
memang minat clive owen sebab dia hensem dan muka
dia pun ada iras irasa nic cage - (sebab saya suka nic cage juga) -
suka masa dia jadi arthur dulu -
tak sabar nak tengok movie ni.. sebab bila cerita2 thriller action macam ni
memang best... tak dapat best picture pun tak apa.. yang pasti focus dan
concentration dengan movie tu -- jangan jadi macam the spirit -
*sekarang ni nak kena hati2 dengan film2 yang ada alter ego ni --
takut jadi macam kambing seperti the spirit -
[ Last edited by dexa at 17-3-2009 07:09 ] |
|
|
|
|
|
|
|
pengarahnya tom tykwer! aku suker je filem2 dia |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 dexa's post
aku pown suke clive..sore best seksii acting pown behh |
|
|
|
|
|
|
|
ala.. apa ke nama cerita yang dia berlakon dengan jen aniston tu -
aniston jadi jahat..(tapi tu pun tahu masa dah nak 3/4 movie juga )
yang dia buat2 macam dia dirogol - pastu blackmail
duit owen - yang simpanan untuk anak dia yang sakit tu -
alaaa apa ke.. derailed.. a'ha derailed -
best gak cerita tu - |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 dexa's post
Derailed.
Suke citer tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #4 dexa\ catat
ko laju bebenor ek pasal filem..aku baru je jumpa filem ni masa godek godek kat IMDB sebab nak cari filem terbaru NAOMI WATTS..sebab lepas KING KONG lama x nampak dia...tup tup akan muncul dengan fllem THE INTERNATIONAL....x sabar nak tengok filem ni sebab baca sinopsis cam best..
clive owen...aku x berapa minat aku lebih suka NICHOLAS CAGE....tapi yang penting nak lihat NAOMI WATTS... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 mat_arof's post
ko laju bebenor ek pasal filem..aku baru je jumpa filem ni masa godek godek kat IMDB sebab nak cari filem terbaru NAOMI WATTS..sebab lepas KING KONG lama x nampak dia...tup tup akan muncul dengan fllem THE INTERNATIONAL....x sabar nak tengok filem ni sebab baca sinopsis cam best..
clive owen...aku x berapa minat aku lebih suka NICHOLAS CAGE....tapi yang penting nak lihat NAOMI WATTS...
dah 2 minggu dah tahu pasal cerita ni.. ada poster dia all ova the place kat galaxy tu -
tapi NAOMI?? ishhhhhhhhhh mat arof ni minat pelakon pasal dia cantik sexy aje...
- tak best sangat naomi berlakon - king kong pun.. macam kambing sikit dia berlakon -
cerita dia yang saya pernah tengok ada 2-3 aje rasanya -
kingkong dan the painted veil -- tu pun sebab suka edward norton -
dan lagi satu dah lupa --
kalau nak compare owen dan nic cage - memang best nic cage lagi
(yang best nic cage last film dia tu --- bangkok dangerous - although
yang paling saya suka -- dia dalam face/off dan the rock -)
anyway - ha jangan lufe bagi review the international bila mat arof tengok ye -
ntah ntah naomi berlakon macam kate hudson dalam bride wars -
nangis mat arof keluar panggung nanti -- |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 idolfan's post
memang best derailed -
interesting twisted plot --
|
|
|
|
|
|
|
|
dah tgk movie ni td.. quite interesting.. debaran die mcm tgk cite Vantage Point..
cuma time dh abis baru aku prasan, bnyk gak poin yg aku x dpt.. adakah dalang nye almost semua parties terlibat..?
all in all, still enjoyable to watch..
opening khamis ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Naomi Watss and Clive Owen? should be interesting then... |
|
|
|
|
|
|
|
BBBBoooorrrrrriiiinnnnngggggggg.....
zzzzZZZZZzzzzZZZZzzzZZZzzzz
nanti nak masuk kat HBO pun tak lepas citer nie... takat channel Hallmark tu boleh lar... |
|
|
|
|
|
|
|
tengok friday nite - okay la...
saya memang suka action thriller movie
so i enjoyed this movie very much
(i prefer taken to this one but both are
good movie) -
tom tykwer director yang bagus -
tengok run lola run - german film dulu -
about 10 years ago rasanya (1998) -
best cerita tu -
film dia banyak yang foreign - french german -
yang lagi satu best - perfume - the story of the
murderer (dustin hoffman berlakon)
genre tom mostly action pack - tu yang best
film ni go go go all the way
tak ada romance -
the closest to be 'picked up line'
masa naomi tanya clive -
when last you sleep - don't know
when last you ate - can't remember
when last you get laid - why? are you offering?
kinda irony in a way - dengan situasi kerja dia
yang full of pressure from all over the world
especially germany (figger - sebab tykwer memamg
sokmo buat movie ada kena mengena dengan german) -
interesting movie
involved mafias dari segenap ceruk -
i like it - and i think clive is not bad at all -
muka dia pun hensem - rugged macam tu -
saya rasa dulu muka dia banyak jerawat -
sebab ada macam banyak pores - bekas2 jerawat tu
tapi tu yang buat dia different juga -
rate : 3.75/5 |
|
|
|
|
|
|
|
2 kali lisa tgk citer cos mula2 tgk gan kawan then twin lak suruh teman so tgk lagi
lisa rela tgk 2 kali cos mmg best gilaaaa.....
action dia pun real sgt & tak terkelip tgk citer nih.....
sapa tak tgk lagi..... lisa suggest gi arr tgk |
|
|
|
|
|
|
|
Filem ni sekali tengok macam action pack movie tapi JANGAN HARAP ada banyak action! Banyak cakap jer. Satu scene berbalas tembak dalam Gungenheim Museum tu sekurang-kurangnya menutup keboringan filem ni. |
|
|
|
|
|
|
|
another review - the international -
Apabila bank menjadi pembunuh
NAOMI WATTS (kiri) dan Clive Owen digandingkan
pertama kali menerusi filem The International.
DALAM keadaan ekonomi dunia yang kacau dan tidak menentu, filem ini hadir tepat pada waktunya. Sebuah filem yang meletakkan paksi kejahatannya kepada institusi perbankan. Bagaimana penulis skripnya Eric Warren Singer dapat mengagak ketepatan isu ini untuk dijadikan subjek filem ini adalah sesuatu yang menarik.
Malah bagaimana filem dapat mendahului subjek yang kemudian didapati benar atau filem tersebut dapat ditayangkan tepat pada waktu isu tersebut hangat diperkatakan juga sesuatu yang menarik.
Tentu kita masih ingat filem Wag The Dog (Barry Levinson, 1997) tentang peranan manipulator media (spin doctor) dan penerbit Hollywood yang bersekongkol untuk mengalihkan perhatian orang ramai daripada skandal seks yang dihadapi oleh Presiden Amerika dengan "mencipta" kemungkinan perang di Albania. Apa yang menarik filem ini muncul sebagai kritikan kepada Presiden Bill Clinton tepat pada masa pemilihan presiden dan pada ketika Bill Clinton berhadapan dengan tuduhan skandal seksnya dan dengan jelas juga merujuk kepada Perang Teluk ketika itu.
Kegawatan ekonomi dunia hari ini berakar daripada ketamakan para kapitalis yang menggunakan institusi perbankan untuk mengawal dan meraih keuntungan dengan apa jua cara.
Dalam filem The International, yang judul filem ini sendiri merujuk kepada The International Bank of Business and Credit (IBBC) yang berpengkalan di Luxembourg, sebuah negara di Eropah sebagai salah satu pusat kewangan dunia, bank sudah menjadi musuh baru dalam filem. Secara lebih tepat IBBC sendiri yang menjadi setan dan berkonspirasi melakukan jenayah pembunuhan.
Untuk mencapai kepentingannya, pihak IBBC tidak mempedulikan lagi bentuk urus niaganya, hatta membiayai jual beli senjata secara haram, kegiatan pengganas dan urus niaga gelap dadah. IBBC bukan lagi bank yang konvensional, tetapi berusaha mengawal kepentingan hingga sanggup terlibat dalam jenayah.
Seperti kata salah satu watak penting dalam filem ini, bagi bank ini keuntungan bukan lagi matlamatnya, tetapi yang penting adalah kuasa mengawal. Dalam keadaan dunia tanpa sempadan dan segala urusan dijalin oleh rangkaian teknologi maklumat tanpa talian, maka jenayah tersebut dengan mudah menular dari satu kota ke negara yang lain.
Skandal jenayah IBBC mula terbongkar di Berlin dengan peristiwa pembunuhan seorang perunding perniagaan selepas terdedahnya hubungan urus niaga senjata antara IBBC dengan pihak China.
Pembunuhan yang berlaku di depan mata Louis Salinger (Clive Owen) seorang agen Interpol telah membawanya kepada siri skandal pengurusan dan peranan gelap IBBC dalam skandal jenayah ini.
Seterusnya skandal ini turut melibatkan pembunuhan seorang ahli politik di Milan, Itali. Louis Salinger kemudian bergabung dengan Eleanor Whitman (Naomi Watts) seorang peguam New York yang turut membuat siasatan tentang peranan IBBC dan mengapa laporan siasatan yang dibuat Salinger didiamkan dan tidak diambil tindakan.
Skandal jenayah dalam The International melibatkan beberapa konspirasi yang mengaitkan ramai orang dari tokoh bank, ahli perniagaan, broker, ahli politik, polis dan sehingga bekas general tentera komunis yang telah bersara.
Seperti biasa dalam filem yang melibatkan teori konspirasi dan peranan kepolisian, kita akan mendengar banyak syarahan tentang kejujuran dan kebenaran dalam plot yang sengaja dikomplekskan dan kelihatan melucukan.
Filem The International mengambil bentuk seperti plot filem-filem James Bond yang bergerak dari satu kota ke satu kota dunia dengan pantas.
Bermula dengan pembunuhan di Berlin, Salinger memburu penjenayahnya dan berusaha mendedahkan konspirasi tersebut di Luxembourg, kemudian berpindah ke Milan, ke New York dan berakhir di Istanbul.
Kemuncak Salinger memburu penjenayahnya di bangunan futuristic, Museum Guggenheim, Manhattan yang menyaksikan adegan dramatik tembak menembak.
Dalam salah satu adegan kemuncak filem ini, seorang penjenayah dengan dramatik berkata, sebuah fiksyen perlu plot yang rasional sedang realiti hidup tidak demikian, ironinya begitulah juga dengan filem ini.
The International adalah sebuah filem yang menumpukan kepada isu untuk membentuk plotnya. Filem ini mementingkan peristiwa yang bergerak dari satu kota ke kota, akibatnya filem ini hampir melupakan pembinaan dan hubungan watak-watak yang lebih meyakinkan.
Mujurlah plot filem ini berpusat pada watak Salinger yang tanpa penat memburu penjenayahnya tetapi kemunculan Eleanor hanya berkesan di peringkat awal tetapi kemudian hilang apabila filem menuju ke babak akhir.
Malah motif hubungan antara Salinger dan Eleanor juga tidak jelas. Begitu juga tidak jelas peranan bank hingga terjerumus dalam skandal jenayah ini atau sengaja dikaburkan, kecuali falsafahnya tentang bank yang dapat mengawal hutang, bermakna mengawal segalanya yang agak menarik.
Selebihnya pengarah filem ini Tom Tykwer yang pernah mengarahkan dengan cemerlang dan cukup stailis filem Run Lola Run sekadar menjadikan The International sebuah filem aksi cemas yang konvensional yang masih terikat dengan formula lama genre ini. |
|
|
|
|
|
|
|
clive owen?...gua tertunggu2 dia jd james bond baru... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 dexa's post
da tgk cite nie..bolehla tahan..tak tertidola dalam panggung
cume first2 tu cam boring ckit.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|