nk tanyer skitt saper yerk tulis lagu dan lirik diee terutama lirik die..very the menyentuh perasaan sorry yer mod kalau sayer bukak tread niee cume nk tanyer jerkk
Sunyi dan gelap
Terlantar dalam telanjang
Di pintu rindu
Hidup dan matiku disisimu
Sakit yang datang
Menguji kasih dan sayang
Antara merenda semalam
Mungkin takkan berbuah
Hanya memadukan
Namun tidak mengenyangkan
Musafir lalu nan dahaga
Di jalan panas membara
Begitulah hakikatnya
Di mahligai kesakitan
Yang mengundang sahabat
Saudara jauh dekat
Menghembus nafas pilu
Ibu mengertilah
Aku sengsara
Lemas berendam airmata
Rendang kasihmu
Dalam gelora
Jadi rebutan selamanya
Berikanlah pengertian
Waktuku di hujung jalan
Berbicara bahasa duka
Tanda penyesalan
Manapun aku berlabuh
Pastinya untuk desamu
Biarpun tak bersubur
Biarlah tak tertangguh
Di telapak kakimu
Sakit kurasakan
Jadi peneman
Masa semalam yang silam
Lagu: Rendang Tak Berbuah
Penyanyi: Hattan
Senilagu: Ayu Amina & Hattan
Senilirik: Bob Lokman
Credit to Razif 1224 dari CariGold.Com
lagu yang aku rasa agak sentuh tue... hehehehe..
lagu ciptaan bob lokman.. nyanyian hattan...
RENDANG TAK BERBUAH...
Ianya merupakan luahan kisah benar Bob Lokman.
dah kisahnya telah didramakan di TV3 dengan tajuk "Tuhan Pun Tahu".
Pelakon watak Bob Lokman ialah sahabat baiknya sendiri, iaitu Afdlin Shauki... x pernah lagi beb mamat nie nak berlakon drama...
selalu filem je.. but demi kawan dan tersentuh dengan skrip afdlinberlakon gak...dan setelah 10 tahun baru aku sedar perkatan IBU dalamlagu tue merujuk kepada isteri Bob Lokman...
Bob memanggil isterinya sebagai ibu...Yang belum tonton carilah kat mana-mana....
Secebis pengalaman pilu Bob Lokman diadaptasi dalam telemovie Tuhan Pun Tahu
"Ya, ibu pernah jatuh cinta,
tapi bukan dengan ayah,
ibu jatuh cinta dengan lirik ayah,
ayah... ibu bukanlah sehelai kertas,
ayah tidak boleh melayan cinta seperti helaian kertas,
ibu juga manusia biasa,
ayah tak perlu kesal, kita ada kenangan,
walaupun cinta antara kita tak kekal,
tapi anak-anak, merekalah buah cinta kita... "
INFO
Judul: Tuhan Pun Tahu
Penerbit: JS Pictures
Sutradara: Jinggo (Azman Yahaya)
Cerita/Skrip: Bob Lokman/Nazli Jaafar
Pelakon: Afdlin Shauki, Sheila Rusly, Que Haidar, Kartina Aziz dan Normah Damanhuri
wowww thankssss cinta ungguu lirik lagu nih sedih gilerrr..terutama part lyric die berbunyi berbicara bahasa tuhannn ader mksud tersendiri anyway thanks againnn
Originally posted by choolakaw at 26-1-2009 10:08 PM
wowww thankssss cinta ungguu lirik lagu nih sedih gilerrr..terutama part lyric die berbunyi berbicara bahasa tuhannn ader mksud tersendiri anyway thanks again ...
same-same kasih...
kite pun tima kasih kat prof google jugak...
lagu nie mmg besh..
lagu2 Hattan yang besh2...
tak jemu didengar...