CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Petua, tips dan pantang larang Si Pengail (MERGED - Syd, ichigo86, joe shaper)

[Copy link]
Post time 22-2-2011 02:47 PM | Show all posts
Rahsia sepinggan nasi makan bersama


SEPINGGAN nasi dimakan bersama, seketul kuih jamah menjamah, inilah peribahasa yang mengaitkan keharmonian dalam berumah tangga.Malah berpandukan kepada peribahasa ini, pasangan suami isteri akan menjadi lebih mesra dan ini tidak harus bermusim ataupun cuma dilakukan ketika dalam keadaan tertentu saja.

SEPINGGAN nasi dimakan bersama, seketul kuih jamah menjamah, inilah peribahasa yang mengaitkan keharmonian dalam berumah tangga.

Malah berpandukan kepada peribahasa ini, pasangan suami isteri akan menjadi lebih mesra dan ini tidak harus bermusim ataupun cuma dilakukan ketika dalam keadaan tertentu saja.

Bagi pasangan suami isteri yang baru mendirikan rumah tangga, amalan sepinggan nasi makan bersama perlu dijadikan petua, demikian amalan bagi veteran nelayan dari Pontian, Johor.


Pak Shamsuri, 85, bersama pasangannya Saleha, 80, masih mengekalkan prinsip sepinggan nasi makan bersama, bergurau senda sambil mengamalkan kata-kata klasik, berterus terang antara satu sama lain dan bantu membantu.

Malah sikap yang mereka amalkan ini juga menjadi contoh kepada anak, cucu malah cicit dan menantu.

Ketika ditemui penulis baru-baru ini, mereka kelihatan ceria seperti zaman muda dulu. Cuma pendengaran kedua-duanya sedikit kekurangan dek faktor usia. Namun daripada apa yang terukir pada wajah tua yang sudah berkedut itu nyata mereka mengamalkan petua yang berkait rapat dengan peribahasa sepinggan nasi makan bersama.

Apa pun ada banyak lagi usaha yang perlu diamalkan atau dijadikan petua sebagai langkah mengekalkan tonggak bahagia rumah tangga terutama bagi mereka yang baru mendirikan rumah tangga.

Pak Nuri turut mengamalkan petua terbaik ini. Walau pun ada rasa malu apabila diperhatikan oleh cucu yang sudah dewasa. Tetapi ini juga adalah satu contoh yang baik untuk mereka dalam persediaan mengisi jalan yang lebih dewasa pada masa akan datang.

Begitu juga dalam bersahabat, terutama untuk pemancing. Soal makan di dalam bot atau ketika di lokasi jangan terlalu individualistik. Jika ada makanan atau bekalan yang dibawa perlu dibahagikan maka jangan terasa berat hati untuk melakukannya kerana ini akan memberi keberkatan serta menambah rezeki.

Jika kita sanggup berkongsi maka Allah akan membukakan hati orang lain untuk berkongsi dengan kita.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2011 05:19 PM | Show all posts
Kawal tekanan perasaan
Oleh Nuri Angkasa

KETIKA memancing di laut pemancing sering kali didatangi rasa tertekan mungkin kumpulan mereka tidak mendapat ikan atau individu terbabit kurang bernasib baik. Sedangkan dalam masa yang sama rakan pancing yang lain berjaya mendaratkan satu demi satu ikan. Rasa tertekan di kalangan ahli yang kurang bernasib baik itu tambah menebal dan jika tidak dapat dikawal keadaan akan menjadi lebih buruk.

KETIKA memancing di laut pemancing sering kali didatangi rasa tertekan mungkin kumpulan mereka tidak mendapat ikan atau individu terbabit kurang bernasib baik. Sedangkan dalam masa yang sama rakan pancing yang lain berjaya mendaratkan satu demi satu ikan. Rasa tertekan di kalangan ahli yang kurang bernasib baik itu tambah menebal dan jika tidak dapat dikawal keadaan akan menjadi lebih buruk.

Pernah berlaku dalam satu kumpulan, seorang yang kurang bernasib baik mengutuk dirinya sendiri lantas menuduh rakannya lain ada menyimpan hantu laut atau ilmu hitam yang boleh menjinakkan ikan di laut.

Lantas beliau menggantung joran pancing, tidak lagi berminat untuk meneruskan aktiviti memancing, namun ekspedisi tiga hari dua malam itu mencatat satu pengajaran baru bagi insan pemancing yang tidak pernah bersyukur atas nikmat yang Allah berikan itu apabila seorang lagi rakan pancing dalam kumpulan itu yang juga menerima nasib sepertinya, tapi rakan itu terus bersabar dan dengan tenang menanti ikan meragut umpan yang dilabuhkan itu.


Akhirnya berkat sabar sambil berusaha, beliau paling banyak meraih rezeki daripada rakan yang lain. Menyedari bahawa tekanan perasaan yang lahir daripada perasaan cemburu terhadap rezeki kawan-kawan hingga sanggup menuduh perkara yang bukan-bukan hingga membuatkan dirinya sendiri jadi mangsa dari tekanan dirinya sendiri.

Jika tuduh menuduh itu hanya untuk gurauan ketika memancing tidak mengapa, tetapi jika selepas pulang ke tanah besar perasaan marah terus berkubu dalam hati ini akan menjadi lebih buruk dan ini boleh menimbulkan perkelahian.

Justeru atas kesilapan itu beliau akhirnya sedar bahawa petua paling baik ialah sentiasa bersabar dan bersyukur walau cuma mendapat seekor anak ikan gelama. Allah tidak pernah zalim terhadap hambanya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 04:45 PM | Show all posts
Selalu tukar umpan mampu gamit ikan
Oleh Nuri Angkasa

Pak Jantan dan Pak Dolmat sependapat bahawa jika dalam air melebihi 50 meter dan arus terlalu deras, pemancing dinasihatkan mengguna umpan yang liat. Cara menurunkan umpan ke dasar juga perlu diberi perhatian. Anda tidak boleh serta-merta atau terus menghulurnya ke dasar kerana...

SEORANG tua lelaki yang agak uzur wajahnya selalu berada di warung Pak Jantan yang berdepan dengan Kuala Linggi. Orang tua itu menggemari minuman kopi o keras tidak bergula dan Pak Jantan adalah sahabat baik dengan orang tua itu.

Mereka berdarah pelaut bermula dengan meneroka kawasan pantai di Kuala Linggi lalu menetap kekal di kawasan berkenaan. Penulis yang terpanggil ke warung Pak Jantan dalam perjalanan ke Port Dickson baru-baru ini, sempat singgah lalu berkenalan dengan Pak Dolmat dan sekali gus diajak sama meneguk kopi o tanpa gula.

“Wow! Pahit,” kata penulis ketika meneguk kali pertama dan hampir meludah keluar tetapi dapat bertahan lalu cepat-cepat menelannya.


Pak Jantan dan Pak Dolmat ketawa sambil menepuk bahu penulis.

“Itu permulaan, memang pahit. Tetapi bila dibiasakan, tentunya rasa pahit tak ada lagi,” kata Pak Dolmat sambil menghirup kopinya dengan berselera.

Soal kopi o pahit tidak bergula ditinggalkan seketika kerana tujuan penulis singgah di warung Pak Jantan untuk mendapatkan petua bagaimana cara umpan dapat bertahan lama dalam air laut walaupun keadaan arus terlalu deras.

Pak Jantan dan Pak Dolmat sependapat bahawa jika dalam air melebihi 50 meter dan arus terlalu deras, pemancing dinasihatkan mengguna umpan yang liat seperti isi sotong segar atau isi ikan selayang segar atau ikan hidup.

Cara menurunkan umpan ke dasar juga perlu diberi perhatian. Anda tidak boleh serta-merta atau terus menghulurnya ke dasar kerana cara ini dibimbangkan umpan isi ikan yang tidak segar akan tanggal dari mata kail dengan sendirinya.

Cara paling baik anda perlu menurunkan umpan dengan perlahan dan berhenti seketika dan teruskan semula. Lakukan ini beberapa kali hingga batu ladung mencecah dasar. Seperti biasa apabila mencecah dasar, gulung sedikit tali supaya umpan terampai-ampai.

Kita juga perlu selalu menukar umpan dengan yang baru kerana kadang kala anda tidak sedar bahawa umpan sudah lama hilang dari mata kail dan ini tentunya menghampakan anda untuk mendaratkan ikan.

Petua selalu menukar umpan adalah sesuatu yang terbaik untuk diamalkan dan tentunya dapat menarik minat ikan di dasar. Petua yang sama juga selalu diceritakan oleh pemenang acara GP Joran sejak 10 tahun lalu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2011 04:34 PM | Show all posts
Tangkapan lumayan jika tidak mandi?
Oleh Nuri Angkasa

ADA sesetengah berpendapat bahawa selama mana memancing, kita dilarang mandi atau menukar pakaian kerana perubahan ini boleh menjejaskan tangkapan ikan. Apakah ini sesuatu yang melucukan...

ADA sesetengah berpendapat bahawa selama mana memancing, kita dilarang mandi atau menukar pakaian kerana perubahan ini boleh menjejaskan tangkapan ikan. Apakah ini sesuatu yang melucukan? Apakah asas dan rasionalnya? Ketika kita mengejar perubahan dan melaksanakan pembangunan negara dengan teknologi moden sekarang, tindakan tidak mandi atau enggan menukar pakaian ketika ekspedisi beberapa hari di laut pastinya mencetuskan keadaan kurang selesa.

Pak Nuri percaya, ramai pemancing sekarang tidak mahu cara lama itu diamal atau dijadikan petua. Tetapi apa pula pendapat seorang tekong lama yang sebelumnya veteran nelayan dari Umbai, Melaka yang kini sudah berusia 90 tahun. Beliau masih kelihatan berdaya lagi jika diajak turun memancing di Pulau Besar. Beliau mahu dikenal sebagai Tok Deris Serkam ketika ditemui di warung ikan bakar Serkam Laut.

Beliau tidak menolak amalan nelayan dulu yang tidak mandi ketika memancing. Katanya, itu adalah petua yang sering diamalkan kerana sampan dulu kecil dan sempit yang tidak membenarkan kita berdiri atau bergerak bebas apa lagi untuk mandi. Malah jangka masa turun ke laut pun tidak melebihi 24 jam. Justeru, mereka tetap menganggap peluang untuk mandi ketika turun di laut tidak berlaku.


“Sekarang dah banyak berubah. Bot dah besar macam kapal. Lebih dari sepuluh orang boleh turun memancing dalam satu masa. Ada dapur masak. Ada tandas, tentu saja boleh mandi,” kata Tok Deris Serkam sambil ketawa dengan mempamerkan dua batang gigi yang masih bertahan tetapi mata dan pendengaran masih baik.

Mengaitkan mengenai bau dengan ikan di laut yang dianggap ada sentuhan halus yang kita sendiri tidak tahu, Tok Deris agak sukar untuk menidakkan hubungan bau itu kerana mereka (nelayan) dulu memang tidak mandi tapi tangkapan ikan memang lumayan, ikan memang banyak.

“Ini terpulang kepada keyakinan dan kepercayaan seseorang. Rezeki bukan di tangan kita. Allah yang menentukan dan tentunya tidak berkait dengan bau badan yang tidak mandi atau dengan mandi berpuluh kali,” kata orang tua itu lagi.

Namun pandangan Pak Nuri adalah lebih baik pemancing di laut yang melakukan ekspedisi memancing tiga hari dua malam harus berada dalam keadaan selesa dengan pakaian bersih supaya kita dapat bertahan lama untuk melakukan aktiviti memancing.

Justeru berpandukan faktor ini, kepercayaan bau badan daripada pemancing yang tidak mandi boleh dikaitkan dengan sentuhan halus dengan ikan dalam laut itu ternyata tidak boleh diterima pakai bagi generasi sekarang yang turun memancing dalam bot besar dan lengkap pelbagai kemudahan. Namun petua lain yang masih relevan perlu diamalkan demi keselamatan diri dan kumpulan kerana petua adalah yang terbaik jika diamalkan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2011 04:31 PM | Show all posts
Kejar waktu jangan lupa makan


KADANG-kadang pemancing tidak mengira waktu untuk berehat, tidur atau makan semasa ekspedisi memancing yang berlarutan hingga tiga hari dua malam atau lebih daripada itu...

KADANG-kadang pemancing tidak mengira waktu untuk berehat, tidur atau makan semasa ekspedisi memancing yang berlarutan hingga tiga hari dua malam atau lebih daripada itu.

Justeru jadual untuk menjaga kesihatan diri juga perlu diatur bersama dengan aktiviti memancing supaya kita dapat bertahan lebih lama dalam keadaan yang selesa.

Petua Pak Nuri kali ini adalah langkah terbaik membahagikan masa memancing pada waktu tertentu seperti pada pagi sebelum fajar dan selepas fajar. Waktu hampir senja sebelum terbenam matahari dan tengah malam. Selain daripada waktu tertentu itu kita boleh memilih waktu arus air lemah antara air pasang dan surut. Kita kena memburu waktu yang terhad ini dan selepas itu kita boleh berehat untuk menyimpan tenaga supaya sentiasa aktif.


Pertemuan dengan Pak Ayub yang sesekali masih turun ke laut melangai udang di Selat Melaka mengamalkan waktu air mati dan cuaca untuk turun ke laut. Pertemuan singkat di kuala sungai Parit Jawa Muar, Pak Ayub, yang berusia 85 tahun masih gagah mengisi tugas sebagai warga pelaut tidak menolak ajakan untuk memburu umpan di kawasan lubuk atau karang.

Pak Ayub berkata waktu dan masa seperti yang disebutkan di atas perlu diamalkan dan dengan cara begitu kita mempunyai masa untuk berehat yang agak panjang.

“Kita tak perlu terus menerus memancing sampaikan lupa waktu malam, solat dan berihat, sedangkan ketika itu ikan langsung tak minat mencari makan, jadi kita nak buat tunggu,” kata Pak Ayub.

Cakapnya ada benarnya melalui pengalamannya yang sudah begitu lama berkawan dengan laut jadi petua yang baik ini perlu dijadikan pedoman oleh generasi hari ini yang berhajat untuk menjadi pemancing yang boleh bertahan lama di laut.

Penting membahagikan masa dan berbincang selalu dengan tekong untuk mendapatkan waktu sesuai untuk memancing supaya kita tidak bosan menunggu begitu lama terutama menunggu masa ikan mencari umpan.

Justeru petua harus di jadikan pedoman dan mengamalkannya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2011 04:33 PM | Show all posts
Usah berlagak hero
Oleh Nuri Angkasa

SENGAJA mendedahkan diri pada bahang panas matahari dan hujan lebat atau berembun pada waktu malam adalah perkara yang perlu dielak semasa memancing di kolam, sungai atau tasik lebih lagi di laut...

SENGAJA mendedahkan diri pada bahang panas matahari dan hujan lebat atau berembun pada waktu malam adalah perkara yang perlu dielak semasa memancing di kolam, sungai atau tasik lebih lagi di laut.

Panas terik akan mengundang kurang selesa dan bahang panas akan mengeringkan kulit kepala dan tubuh badan sekali gus tekak akan kering dan dahaga yang berterusan. Sebaik-baik langkah berjaga, pemancing kena cari tempat berteduh atau menggunakan topi lebar di kepala seperti kaum cina memakainya semasa bekerja di kebun sayur.

Menutup seluruh badan dengan kain lembut dan boleh menyerap peluh adalah langkah paling baik tapi ini tidak harus di biasakan, kerana mungkin kulit badan kita tidak dapat bertahan dan ia akan menjadi ruam kulit atau bertanda seperti panau, lagi berbahaya jika membiarkan baju yang basah itu kering di badan.


Adalah menjadi harapan Pak Nuri supaya panas terik dan hujan lebat dapat dielakkan tapi banyakan minum air panas sejuk dan tidak membiarkan perut kosong kerana dibimbangkan perut masuk angin. Andainya jika ini berlaku anda akan berdepan dalam satu keadaan paling rumit kerana rawatan tidak seperti di darat, namun apa pun keadaan jika penyakit ini tidak berkurang langkah terbaik ialah membawa mangsa pulang.

Mengingati satu peristiwa yang dipetik dari cerita seorang kawan pancing dari Kahang Keluang Johor, terdedah pada bahang panas matahari yang panjang seorang pemancing jatuh pitam tidak sedarkan diri dan akhirnya meninggal dunia dalam perjalanan pulang ke jeti.

Daripada peristiwa ini dapat dijadikan satu iktibar bahawa kita tidak harus mendedahkan diri pada bahang panas matahari atau hujan lebat dianggap membantu segarkan badan tapi sangkaan itu tidak dapat memberi janji yang tepat, justeru langkah terbaik kita tidak melakukan perkara yang boleh melibatkan diri kita kepada keburukan.

Jangan jadikan panas terik dan hujan lebat sebagai permainan atau sengaja untuk menarik perhatikan kawan-kawan pancing bahawa akulah ‘jaguh’ tapi sebenarnya tindakan itu sesuatu yang memerangkap diri sebagai seorang yang paling bodoh.

Kadang-kadang petua yang kurang diyakini tapi menjadi, malah tidak kurang yang tidak menjadi walaupun diyakini. Allah lebih berkuasa daripada semua kekuasaan yang diciptaNya justeru kepadaNya saja untuk kita meminta atas jalan kebaikan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2011 04:38 PM | Show all posts
Joran sebatang cukup untuk teroka laut
Oleh Nuri Angkasa

KITA sering berdepan dengan kerenah nafsu hingga mendorong dan mendesak kepada hasrat untuk membawa seberapa banyak peralatan ketika turun memancing. Akibatnya, perkakasan itu memenuhi segenap ruang dalam bot atau dalam kereta dan van ketika dalam perjalanan ke jeti.

KITA sering berdepan dengan kerenah nafsu hingga mendorong dan mendesak kepada hasrat untuk membawa seberapa banyak peralatan ketika turun memancing. Akibatnya, perkakasan itu memenuhi segenap ruang dalam bot atau dalam kereta dan van ketika dalam perjalanan ke jeti.

Ada sesuatu yang menarik ketika Pak Nuri berbual dengan seorang pemancing veteran dari perkampungan nelayan di Besut, Terengganu baru-baru ini. Dia hanya cuma membawa beberapa peralatan memancing yang difikirkan perlu untuk satu-satu masa. Cara ini sudah tentu dianggap lebih selesa dan kita tidak perlu memikirkan untuk membuat pilihan yang terlalu banyak ketika di atas bot.

Sikap dan amalan ini dianggap paling sesuai. Justeru, Pak Nuri mencadangkan kepada semua kaki pancing terutama kaki pancing udang galah di sungai supaya tidak mengamalkan membawa joran pancing sehingga sepuluh batang yang diikat dalam satu berkas macam kayu api!


Adalah lebih sesuai dan munasabah dengan menggunakan dua batang joran saja jika memancing di laut. Malah sikap membawa terlalu banyak joran juga dirasakan tidak selesa jika joran disambar ikan serentak.

“Tentu kelam kabut dibuatnya,” kata pemancing veteran itu yang mendapat gelaran Pokde Deris sambil menggayakan dua belah tangan menjulang joran pancing.

“Habis (kalau terlalu banyak joran) macam mana nak gulung tali?” katanya sambil ketawa besar mengingatkan peristiwa benar yang berlaku pada dirinya ketika muda dulu.

Sambil meletakkan dua batang joran lamanya di lantai serambi rumah, dia menggeleng kepala kerana terlepas dua rezeki yang sudah berada dalam tangan kerana tidak dapat mengawal kedua-dua jorannya dengan baik.

“Kalau satu joran, kata adat dah tentu mangsa dapat didaratkan. Tetapi ada yang tamak maka rezeki terlepas begitu saja,” suaranya kesal lalu mengingatkan kepada semua kaki pancing supaya tidak menggunakan joran pancing lebih dari dua batang dalam satu-satu masa.

Cara ini juga tidak menyusahkan rakan pancing yang lain selain tidak banyak tali yang dilabuhkan ke dasar yang boleh mengundang tali tersangkut antara satu sama lain dalam keadaan arus yang kadang-kadang bertukar sekelip mata.

Justeru, daripada pengalaman Pokde Deris adalah lebih jelas dan baik untuk kita menjadikan petua amalan dengan membawa peralatan memancing secara terhad demi memberikan keselesaan kita yang hendak memancing dan tidak mengganggu rakan pancing yang lain. Ini sekali gus tidak membawa beban yang berat kerana tidak semua peralatan berkenaan di gunakan pada satu-satu masa.

Keselesaan perlu diambil kira untuk memancing bukan beban yang banyak di bawa ketika hendak turun memancing sama ada di kolam, tasik, muara mahupun laut dan sungai.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 02:44 PM | Show all posts
Pemancing perlu bekas umpan kecil sendiri
Oleh Nuri Angkasa

PETUA untuk memastikan ikan atau sotong umpan sentiasa berada dalam keadaan segar jika tidak diletakkan dalam keadaan hidup dalam satu tempat khas yang ada oksigen; tentunya bahan umpan itu dimasukkan dalam peti sejuk...

PETUA untuk memastikan ikan atau sotong umpan sentiasa berada dalam keadaan segar jika tidak diletakkan dalam keadaan hidup dalam satu tempat khas yang ada oksigen; tentunya bahan umpan itu dimasukkan dalam peti sejuk. Yang sebaik-baiknya peti sejuk itu tidak kerap atau sewenang-wenangnya dibuka bagi memastikan tahap sejuknya berterusan.

Langkah terbaik ialah pemancing boleh mengambil beberapa ekor sotong dan ikan (jenis selayang atau selar) dimasukkan dalam bekas umpan. Bekas yang sebaik-baiknya ialah yang kecil kerana saiz ini mampu mengekalkan tahap sejuknya.

Bekas umpan ini elok tidak dikongsi. Kerana cara ini juga boleh mengelakkan ketidakselesaan memancing terutama ketika hendak menukar umpan. Justeru, adalah baik untuk tidak mengganggu rakan pancing yang lain dengan memiliki bekas umpan sendiri. Cuma ais mestilah sentiasa berada pada tahap sejuk.


Satu perkara yang perlu diambil ingatan ialah umpan antara sotong dan ikan hendaklah diasingkan. Ini kerana kita tidak mahu kesan bau ini bersatu. Kelak ia akan menjejaskan minat spesies ikan karang di dasar laut.

Namun dalam apa juga keadaan, umpan paling baik dan digemari oleh semua spesies ikan ialah umpan hidup yang tentunya boleh dipancing dari unjam manakala sotong dicandat atau disauk pada waktu malam bulan gelap.

Umpan hidup seperti ini dijamin dapat memberi kejutan pada bila-bila masa saja apabila dilabuhkan. Namun begitu, harapan ini tidak semestinya menjadi kenyataan jika labuhan itu tidak mengena pada terumbu atau lubuk karang yang ada ikan. Untuk memastikan sasaran terbaik, sudah pastinya anda memerlukan alat pengesan.

Apa pun, langkah terbaik bagi mengekalkan tahap umpan sentiasa segar, peti sejuk hendaklah digunakan dan sotong atau ikan hendaklah dilambakkan dalam peti sejuk umpan dan kemudian ditutup dengan guni basah.

Oleh yang demikian, adalah baik jika pemancing mempunyai satu bekas umpan sendiri bagi menjimatkan masa memancing dan anda tidak berebut umpan. Cuma, anda tidak terlalu banyak mengambil umpan dari tong umpan utama. Kerana jika umpan diambil berulang kali dari tong utama, maka ini dibimbangi akan terjejas mutu dagingnya kerana tahap sejuknya tidak lagi maksimum.

Diharapkan petua kali ini menjadi dengan syarat setiap kaki pancing membawa tong kecil sendiri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2011 02:45 PM | Show all posts
Jengkal joran untuk tangkapan lumayan
Oleh Nuri Angkasa

PERNAH anda mendengar pemancing dulu yang menggunakan joran buluh terlebih dulu menyukat ukuran panjangnya dengan menjengkal joran berkenaan dengan menggunakan ibu jari dan telunjuk tangan kanan?

PERNAH anda mendengar pemancing dulu yang menggunakan joran buluh terlebih dulu menyukat ukuran panjangnya dengan menjengkal joran berkenaan dengan menggunakan ibu jari dan telunjuk tangan kanan?

Ukuran terbaik diguna pakai ialah pada ukuran bilangan jengkalan pada angka ganjil. Ini satu kepercayaan pada ketika itu. Malah ukuran itu juga turut dilakukan oleh sesetengah pemancing veteran yang beranggapan bahawa ukur ganjil itu boleh mendatangkan hasil tangkapan yang lumayan.

Adakah anda percaya dengan kepercayaan ini?


Jika itu dijadikan satu amalan yang membolehkan seseorang mendapat rezeki yang lumayan, mengapa hari ini rata-rata pemancing tidak menjengkal batang pancing sebelum membelinya?

Justeru, tentunya kepercayaan ini sudah tidak dapat dipakai atau diterima lagi pada zaman sekarang yang serba-serbi moden ini. Tetapi apapun yang diamalkan dulu tetap masih boleh diterima pakai sebagai petua. Contohnya, mendahulukan kaki kanan ketika melangkah keluar dari rumah, membaca Bismillah dan selawat, tidak melangkah batang pancing, mesra dengan anak-anak dan isteri sebelum pergi memancing serta tidak digalakkan membawa kaki pancing yang panas baran mahupun mulut celupar.

Perkara-perkara seperti ini harus difikirkan dengan teliti supaya tidak berlaku kekesalan jika berlaku sesuatu yang buruk yang membabitkan keseluruhan pemancing.

Kembali kepada tindakan menjengkal bagi mengukur joran, penulis sekali lagi merisik pendapat seorang nelayan veteran dari Jeram dekat Sungai Buluh, Selangor mengakui bahawa amalan itu sangat berguna ketika itu.

Ketika itu, joran buluh dibuat sendiri. Jadi, untuk mendapatkan imbang ukuran antara joran dengan tali perambut yang biasanya tidak melebihi satu depa maka joran turut dipotong menjadikannya satu depa. Itupun berpandukan pada ukuran genap atau ganjil. Joran itu dijemur hingga kering untuk dapat bertahan dengan aksi ikan besar. Kepercayaan pada masa itu sangat tebal mengenai perbuatan menjengkal joran lalu menjadi satu petua yang mesti diamalkan.

Tetapi hari ini, amalan itu sudah tidak diguna pakai lagi tambahan pula joran yang dibeli sudah lengkap dengan cincin di bahagian hujung. Ini sudah pasti sukar untuk dipotong untuk mendapatkan ukuran ganjil.

Apa pun, terpulang kepada anda sama ada hendak menggunakan joran buluh yang ukurannya dijengkal atau menggunakan joran sedia ada daripada pelbagai jenama terbaik lagi canggih.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2011 02:27 PM | Show all posts
Kenali kawasan sekeliling di lokasi baru
Oleh Nuri Angkasa

SEBAIK tiba di lokasi memancing yang belum pernah diteroka sebelum ini atau dalam erti kata lain anda baru pertama kali turun memancing di kawasan itu maka kumpulan anda dinasihatkan supaya tidak terburu-buru mahu terus melakukan aktiviti memancing.

SEBAIK tiba di lokasi memancing yang belum pernah diteroka sebelum ini atau dalam erti kata lain anda baru pertama kali turun memancing di kawasan itu maka kumpulan anda dinasihatkan supaya tidak terburu-buru mahu terus melakukan aktiviti memancing.

Sebagai tempat baru, anda atau ketua kumpulan harus mengenali tempat itu terlebih dulu. Ini kerana dibimbangi kawasan berkenaan adalah perkampungan makhluk halus yang tidak mahu diganggu. Apa yang terbaik boleh anda dan kumpulan lakukan ialah dengan menunaikan solat sunat mohon perlindungan Allah daripada sebarang gangguan. Ialah, dalam perkara sebegini maka hanya kekuasaan Allah saja yang dapat menyelamatkan keadaan atau melindungi kita.

Di samping itu, kita harus meneliti atau meninjau keadaan sekeliling dan tidak merosakkan tumbuhan yang sedia ada dengan sengaja. Atau jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak sopan ataupun celupar. Begitu juga dengan lokasi di laut yang kita sedia maklum bahawa laut adalah tempat buangan hantu syaitan, justeru pantang larangnya adalah ebih besar berbanding di darat.


Di laut, membuang sisa tulang ayam mahu pun saki baki makanan adalah dilarang mengikut petua adat resam orang tua terdahulu daripada kita.

Tindakan sebaik-baiknya ialah sisa makanan disimpan dalam satu bekas plastik (bukan dibuang ke laut) dan buang plastik itu sekembalinya ke daratan ketika kita pulang daripada aktiviti memancing.

Menyedari betapa pentingnya perkara yang dianggap remeh di kalangan generasi muda hari ini yang gemar pada aktiviti memancing maka adalah menjadi tanggungjawab bagi Pak Nuri untuk mengingatkan bahawa apa jua boleh berlaku jika ada unsur-unsur pantang larang dilanggar dengan sengaja.

Apapun, menidakkan pantang larang pada zaman moden ini tidak boleh dilakukan 100 peratus kerana ia masih berkait dengan makhluk halus dan syaitan. Justeru, langkah terbaik ialah menyerah diri kepada Allah (bertawakal) sambil mengharap petunjuk daripada-Nya.

Berdoalah dan minta perlindungan Allah sebaik tiba di lokasi sama ada di darat (hutan) mahu pun di laut, kerana sesuatu yang berlaku itu adalah atas izin-Nya juga. Jadikan doa dan solat sunat hajat sebagai petua yang harus diamalkan oleh kaki pancing sebaik tiba di lokasi memancing.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2011 02:28 PM | Show all posts
Jengkal joran untuk tangkapan lumayan
Oleh Nuri Angkasa

PERNAH anda mendengar pemancing dulu yang menggunakan joran buluh terlebih dulu menyukat ukuran panjangnya dengan menjengkal joran berkenaan dengan menggunakan ibu jari dan telunjuk tangan kanan?

PERNAH anda mendengar pemancing dulu yang menggunakan joran buluh terlebih dulu menyukat ukuran panjangnya dengan menjengkal joran berkenaan dengan menggunakan ibu jari dan telunjuk tangan kanan?

Ukuran terbaik diguna pakai ialah pada ukuran bilangan jengkalan pada angka ganjil. Ini satu kepercayaan pada ketika itu. Malah ukuran itu juga turut dilakukan oleh sesetengah pemancing veteran yang beranggapan bahawa ukur ganjil itu boleh mendatangkan hasil tangkapan yang lumayan.

Adakah anda percaya dengan kepercayaan ini?


Jika itu dijadikan satu amalan yang membolehkan seseorang mendapat rezeki yang lumayan, mengapa hari ini rata-rata pemancing tidak menjengkal batang pancing sebelum membelinya?

Justeru, tentunya kepercayaan ini sudah tidak dapat dipakai atau diterima lagi pada zaman sekarang yang serba-serbi moden ini. Tetapi apapun yang diamalkan dulu tetap masih boleh diterima pakai sebagai petua. Contohnya, mendahulukan kaki kanan ketika melangkah keluar dari rumah, membaca Bismillah dan selawat, tidak melangkah batang pancing, mesra dengan anak-anak dan isteri sebelum pergi memancing serta tidak digalakkan membawa kaki pancing yang panas baran mahupun mulut celupar.

Perkara-perkara seperti ini harus difikirkan dengan teliti supaya tidak berlaku kekesalan jika berlaku sesuatu yang buruk yang membabitkan keseluruhan pemancing.

Kembali kepada tindakan menjengkal bagi mengukur joran, penulis sekali lagi merisik pendapat seorang nelayan veteran dari Jeram dekat Sungai Buluh, Selangor mengakui bahawa amalan itu sangat berguna ketika itu.

Ketika itu, joran buluh dibuat sendiri. Jadi, untuk mendapatkan imbang ukuran antara joran dengan tali perambut yang biasanya tidak melebihi satu depa maka joran turut dipotong menjadikannya satu depa. Itupun berpandukan pada ukuran genap atau ganjil. Joran itu dijemur hingga kering untuk dapat bertahan dengan aksi ikan besar. Kepercayaan pada masa itu sangat tebal mengenai perbuatan menjengkal joran lalu menjadi satu petua yang mesti diamalkan.

Tetapi hari ini, amalan itu sudah tidak diguna pakai lagi tambahan pula joran yang dibeli sudah lengkap dengan cincin di bahagian hujung. Ini sudah pasti sukar untuk dipotong untuk mendapatkan ukuran ganjil.

Apa pun, terpulang kepada anda sama ada hendak menggunakan joran buluh yang ukurannya dijengkal atau menggunakan joran sedia ada daripada pelbagai jenama terbaik lagi canggih.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2011 02:29 PM | Show all posts
Menanda pokok di laluan masuk elak sesat
Oleh Nuri Angkasa

KUMPULAN pemancing ke tasik atau lombong tinggal dalam hutan tebal sering mengalami peristiwa sesat jalan ketika mahu pulang. Ia berlaku kadang kala beberapa jam sehingga satu hari satu malam. Namun daripada pengalaman seorang bekas tentera yang sangat arif di hutan ketika berkhidmat puluhan tahun dulu, ia boleh diguna pakai sebagai satu panduan atau petua.

KUMPULAN pemancing ke tasik atau lombong tinggal dalam hutan tebal sering mengalami peristiwa sesat jalan ketika mahu pulang. Ia berlaku kadang kala beberapa jam sehingga satu hari satu malam. Namun daripada pengalaman seorang bekas tentera yang sangat arif di hutan ketika berkhidmat puluhan tahun dulu, ia boleh diguna pakai sebagai satu panduan atau petua.

Petuanya mudah, pemancing harus membuat tanda pada pokok besar atau pokok lain yang boleh dilihat dengan jelas terutama pada waktu siang. Tanda yang perlu dipaparkan ialah seperti anak panah yang diperbuat daripada ranting kayu, sangat diperlukan. Ada juga yang mematahkan ranting pokok renek sebagai tanda. Malah ada yang menakik pangkal pokok juga sebagai tanda arah dari mana mereka datang.

Satu lagi cara ialah menanda jalan masuk ialah mengikat tali atau kain perca yang jelas boleh dilihat pada batang atau ranting.


Tanda hanya jalan masuk kerana tanda keluar sudah pasti kita menggunakan jalan yang sama cara berpatah balik. Cara begini anda pasti tidak salah arah tuju. Namun ada kalanya kita keliru kerana terpesong langkah daripada pokok yang ditanda.

Jika ini berlaku, anda jangan panik. Pada masa yang sama, jangan meninggalkan lokasi berkenaan dan cuba-cuba mencari jalan lain. Seorang atau dua mesti berada di tempat itu. Yang lain cubalah cari arah pokok yang ditanda ketika masuk sebelum itu. Sebaik-baiknya, seorang mesti berada tidak jauh daripada seorang yang lain. Ertinya masing-masing dapat dilihat antara satu sama lain. Jangan menyukat jarak dengan mendengar suara kerana cara ini ada suara lain yang menyahut bila dipanggil.

Sesekali jangan berpecah daripada kumpulan kerana jika berlaku akan mengundang sesat yang berterusan terutama jika dibuat dua kumpulan. Perlu diambil kira yang mencari jalan keluar sudah pergi agak jauh. Anda pula perlu berpatah balik ke tempat asal di mana ada kawan yang menunggu dan berikhtiar mencari pokok yang ditanda, anda tentu menemuinya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:21 PM GMT+8 , Processed in 0.070982 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list