CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13596|Reply: 176

REVIEW LENTERA TIMUR

[Copy link]
Post time 25-12-2008 05:35 PM | Show all posts |Read mode


LENTERA TIMUR


Album Info

Released: After 25th Dec, 2008

Genre: Ethnic Contemporary

Length: Nil

Label: Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd.

Producer(s): Johari Teh, Johan Nawawi, Katon Bagaskara, M.Nasir, Khairil Johari Johar, Adnan Abu Hassan, Khairil Johari Johar, Zul Mahat, S.Atan, Fauzi Marzuki, Pak Ngah.
Track Listing

"Di Kayangan Kita" Johari Teh, Keon

"Bintang Malam" Johan Nawawi, Amran Omar\

"Cinta Ini" Katon Bagaskara

"Ada Masa Mata" M. Nasir, Ad Samad

"Bulan Yang Mesra" Khairil Johari Johar, Zubir Ali

"Seloka Budi" Adnan Abu Hassan, Azam Dungun

"Rasa Antara Kita" Khairil Johari Johar, Zubir Ali

"Senyum Minang Manis" Zul Mahat, Abot

"Joget Menanti Kasih" S.Atan, Habsah Hassan

"Di Taman Teman" Fauzi Marzuki, Hairul Anuar Harun

"Jelmakanlah Ayumu" Pak Ngah


saya kat sini muncul lagi nak dapatkan review2 album terbaru lentera timur yang akan dipasarkan esok..diharapkan tiada borak kosong dalam thread ini kerana saya hanya inginkan ulasan2 album ini nanti... nanti saya updatekan thread ni ok



IKHLAS DARI,

zeey,
ctonline.cjb.net

[ Last edited by  zeey at 25-12-2008 05:47 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-12-2008 05:36 PM | Show all posts
review saya: akan datang.....




1) Di Kayangan Kita"  (Johari Teh, Keon)
-lagu ini sesuai menjadi track pertama...muzik nya ala2 padang pasir , sesuai sgt dengan cover album...permulaan lagu berentak etnik tapi part korus semacam balada...mungkin inilah namanya etnik "kreatif"

rate : 7/10

2)"Bintang Malam" Johan Nawawi, Amran Omar

lagu ini berentak muzik asli siam...mmg best..terasa ingin berjoget2 dan bertepuk tangan..lagu ini santai namun tidak jemu telingan mendengar.yang last sekali tu la..la ..la tu macamlawak.. saya pun tergelak..lagu ni simple dan menarik...

9/10

3) "Cinta Ini" Katon Bagaskara
inilah lagu feveret saya. lagu ini ketika ini..sangat mendayu2..sangat sayu...teringat dengan lagu bukan cinta biasa...lagu ini diselamatkan oleh bunyi seruling melayakkan untuk dimuatkan didalam album ini..  

10/10

4)"Ada Masa Mata" M. Nasir, Ad Samad
-.saya jangkakan lagu ini juga bakal menjadi hitss...ada sedikit bunyi muzik rambong.semacam lagu dari thai...part korus tu lagila...tp kan, bila terdengar part korus "ada masa mata kita..." tuu,mmg betul2 terasa macam lagu siam  

rate : 10/10

5)"Bulan Yang Mesra" Khairil Johari Johar, Zubir Ali
- .saya tidak pasti bagaimana dengan penerimaan peminat tentang lagu2 ciptaan khairil johari johar kerana pada pendapat saya,lagu2 ciptaan beliau terlalu berentak klasik asli..sesiapa yang meminati lagu siti payung,bunga melor,dan sri mersing pasti akan tertarik dengan lagu2 sebegini \

rate : 3/10

6)"Seloka Budi" Adnan Abu Hassan, Azam Dungun
- lagu nie best...harmoni dan menarik..terasa ingin menari2..lagu ini juga antara yang bakal jadi hits..lagu sebegini boleh masuk AJL..

rate: 9/10

7)"Rasa Antara Kita" Khairil Johari Johar, Zubir Ali
-versi demo sangat la membosankan..namun bila dengar sendiri lagu ini dinyanyikan siti,mmg besttt..walaupun jua,tak dapat lari dari tipikal lagu2 khairil johari dan zubir ali lagu nie dan bulan yang mesra nie sesuai untuk pendengaran generasi veteran2 yang meminati lagu2 asli klasik


rate : 5/10


8)"Senyum Minang Manis" Zul Mahat, Abot
-saya sudah mendengar lagu ini.yang dinyanyikan semasa demo MACP. sememangnya lagu ini sangat saya minati kerana rentak muzik yang harmoni dan rancak menjadikan lagu ini tidak puas untuk didengar. sambil mendengar sambil menari....saya yakin lagu ini pasti menonjol dan mendapat tempat di hati peminat. part "menjeling menjeling menjeling senyuman hati tergoda" paling saya sukai...lenggok siti mmg best. saya yakin lagu ini pasti akan menjadi antara lagu paling top didalam album ini...

rate : 10/10


9)"Joget Menanti Kasih" S.Atan, Habsah Hassan
-lagu ini tipikal lagu2 joget yang lain..apa yang nak dihairankan ,dah memang lagu joget pastinya sebegini rentak muzik nya.namun sedap didengar...dari segi muzik dan vokal, memang sangat tipikal...namun,bagi mereka yang meminati lagu joget,pastinya terhibur dengan lagu ini.

rate : 8/10

10)"Di Taman Teman" Fauzi Marzuki, Hairul Anuar Harun
-lagu ini pun pastinya sudah ramai yang mendengarnya...sebenarnya kekuatan lagu ini terletak pada lenggok vokal siti.kalo diikutkan pada melodi dan lirik, terlalu sukar untuk mengakui lagu ini berentak irama malaysia,namun apabila si penyanyinya adalah siti nurhaliza, beliau mampu mengubah rentak melodi menjadikan nya sesuai untuk dimuatkan didalam album tradisional ini...lenggok arab digabungkan dengan rentak muzik tradisional melayu...saya yakin pilihan siti tidak salah untuk meletakkan lagu ini sebagai 1st single.

rate : 8/10

**apa yang saya ketahui, lagu langit masih cerah ciptaan radhi OAG pun sudah siap dirakamkan namun siti menyimpan lagu ini untuk dimuatkan dalam album lain yang akan datang kerana menyedari lagu ini sedikit tidak bersesuaian dengan konsep album lentera timur .(sumber-orang dalam sitizone)

11)"Jelmakanlah Ayumu" Pak Ngah
-permulaan muzik ada suara latar alunan arab...saya mengharapkan siti berqasidah melalui lagu ini..namun tiada kedengaran sangat kecewa.saya menjangkakan lagu ini sehebat hati kama..walaupun begitu,mungkin kerana saya meletakkan harapan yang tinggi dengan satu lagu tunggal ciptaan pak ngah ini.
part berqasidah tu ya habibi tu sekiranya dilantunkan oleh siti pastinya menjadikan lagu ini lebih hebat..namun razak ahmad mengambil tempat qasidah itu

-aduhhh,sayang sekali...lagunya dah sedap..lagi sedap kalo siti berqasidah ya habibi tu

rate : 7/10



ranking:

1) cinta ini
2) ada masa mata
3)senyum minang manis
4)bintang malam
5)seloka budi
6)ditaman teman
7) joget menanti kasih
8)jelmakanlah ayumu
9)di kayangan kita
10)rasa antara kita
11)bulan yang mesra


[ Last edited by  zeey at 27-12-2008 02:49 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2008 09:57 PM | Show all posts
reserved -

mak satu pun belum pernah dengar lagi --
so tunggu komen mak yang paling fresh yaaa --
huhu

ngak sabarin
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2008 10:47 PM | Show all posts
"Di Kayangan Kita" Johari Teh, Keon |

"Bintang Malam" Johan Nawawi, Amran Omar |

Rentak: Rancak

5 bintang

Kekuatan lagu ini terletak pada melodi yang sungguh catchy.Sungguh kreatif dalam penggunaan instrument untuk membangkitkan rasa gah.Lagu ni memang amat sesuai dipanggil etnik kreatif.Jenis
lagu yang biasanya dinyanyikan oleh Noraniza Idris[dengar album Aura]. Awal lagu cam ada rentak lagu2 cina lama.Siti nyanyi je terus aku gila.Tapi lepas melodi awal...aku selalu ingat siti akan nyanyi lagu "bulan cinta" kumpulan eva.Siti menjadi nakal dalam lagu ni terutama dalam bait-bait terakhir lagu ni. Lagu ni yang dipanggil lagu yang ada attitude.Nakal.Cat’s meow.Siti nakal time sebut “la,la,la”.Pastu siap ketawa lagi pada akhir lagu sambil diiringi bunyi cengkerik.INSTANT FAVOURITE.PUAS HATI.


link lagu bulan cinta kumpulan Eva bagi yang tak penah dengar
http://www.youtube.com/watch?v=gfUdFwGeoBo

"Cinta Ini" Katon Bagaskara |

"Ada Masa Mata" M. Nasir, Ad Samad |

Rentak:Rancak

5 bintang

Masuk je bunyi seruling, terus TERUJA.Melodi rambong kuat dengan pengunaan instrument yang berbunyi “nget,nget” kat background lagu ngan ditambah ngan lenggok siti.Aku suka time siti cakap “ada masa mata” siti guna teknik suara terapung.Aku memang suka gila babas kalau siti guna teknik suara terapung ni.suara keluar dari perut.ditambah dgn teknik suara bergetar.tapi bila sampai kat bait “jangan kunci…….atas apa kita berdiri”…siti punya lenggok cam lagu moden la pulak.PERFECTO.INSTANT FAVOURITE.PUAS HATI.

"Bulan Yang Mesra" Khairil Johari Johar, Zubir Ali |

"Seloka Budi" Adnan Abu Hassan, Azam Dungun |

Rentak:Rancak

Awal-awal terus ingat jenis-jenis lagu citrawarna.

"Rasa Antara Kita" Khairil Johari Johar, Zubir Ali |

"Senyum Minang Manis" Zul Mahat, Abot |

Rentak:Rancak

"Joget Menanti Kasih" S.Atan, Habsah Hassan |

"Jelmakanlah Ayumu" Pak Ngah |

"Di Taman Teman" Fauzi Marzuki, Hairul Anuar Harun |


penatlah malam ni.sambung esok la



[ Last edited by  sixret at 27-12-2008 12:44 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2008 11:19 PM | Show all posts
reserved lagi 2 minggu baru dapat
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2008 11:23 PM | Show all posts
dah beli album..
ini review saya.. buat lima je dulu..

1) di kayangan kita - muzik dia awal2 tu rasa mcm bunyik yg biasa main kat radio sebelum buka pose tu.. pastu tibe2 tukar jadi ala muzik country sikit   best tau.. aku suke giler muzik intro dia.. lagu ni ada bunyik irama malaysia + ada unsur 70-s sebab aku rasa macam lagu2 zaman uji rashid/tok pah.. lagu ni sgt tinggi.. letih nak nyanyi oii.. tapi vokal ct sgt kebabom

lagu ni sesuai untuk: feeling2 rindu gitu
8/10

2) bintang malam - lagu ni ada iras masri manis tapi ada pengaruh siam.. tapi tak sekuat siamnya ada masa mata.. lagu ni
best.. antara yg first time terus suke.. ada part yg cathy dan mudah diingat.. mcm sungguh kasih sungguh sayang.. tuanlah bintang malam, kilauan yg memukau pandangan.. lirik dia pulak ada oii.. oii.. pastu background dia mcm ada org berbual dan bersuka ria.. boleh dgr ct cakap kat beackground.. sungguh.. betul.. `tak percaya ke?' last2 dia ada siti gelak dan bunyik cengkerik

lagu ni sesuai untuk: persembahan pentas malam2,  pastu kena ada byk penari yg ala2 berlakon2   boleh kot nak jadi single.. tapi awas sebab lagu ni agak panjang.. kdg2 boleh menyebabkan org bosan    
8/10

3) cinta ini - lagu ni tak begitu kedengaran irama tradisional.. ada unsur balada.. bunyi seruling tu yg menguatkan jadi irama tradisional kot.. mungkin nilah maksud fusion kot.. best jugak.. terutama part chorus dia yg feeling.. marilah bersama jalani cinta kita apa ada2nya.. kalau korang susah nak faham apa aku cakap.. senang citer aku rasa muzik dia ala2 lagu mekar di hariraya.. ha.. korang pun tak tau nak letak kategori apa lagu tu kan?

lagu ini: tujukan utk yg tersayang tapi feeling2 mcm jual mahal sikit.. minta dia jgn terlampau manjakan sgt kita gituh, jgn terlalu memuja sgt.. ha gituh.. mmg bagus lirik dia  
boleh jadi single tapi aku tak prefer sgt sebab lagu ni tak tradisional sgt takut org yg tak pernah dgr album ni ingat lagu2 ct dalam album tradisenel ni tak tradisenel sgt kekdahnya.. single ke tiga ok kot
7/10

4) ada masa mata - lirik dia mengesankan, melodi dia very da siam type ok.. suara ct mmg cam nakal2 sikit   part chorus dia dah bunyik cina pulak.. bestlah.. harmoni gituh.. ada siam ada cina.. kreatif betul bunyik latar belakang dia ada sekali tu aku ingat game
lagu ni sesuai untuk: menyeronok dan menggedik2kan diri
boleh jadi single
8/10

5) bulan yang mesra - lagu ni aku mmg tabik spring.. aku tak kata lagu paling sedap dlm album dan lagu paling aku suke.. cuma aku betul2 tak sangka lagu mcm ni masih boleh dihasilkan.. very asli gituh.. tapi diakui masih ada unsur kontemporari..  sore ct merdu yang amat.. satu lagu yg aku yakin mak aku mesti suke aku pon suke
lagi ni sesuai untuk : membuai atau melenakan diri
9/10

6) seloka budi
mula2 dgr aku terkejut.. ingatkan aku telah terlempar ke pesta citrawarna..  very da fiesta.. siap ada yg tepuk2 lagi.. lagu ni terasa irama tradisional.. tapi lagu ni ada mcm pengaruh irama india/baghra sikit (ala mcm lagu mas idayu bolehlah boleh tu ) kat lirik nian sungguh budi mu sayang.... tapi lepas tu dengan pantasnya bertukar muzik irama tradisional melayu balik.. very da kena je adunannye.. buah cempedak di luar pagar tu masuk balik bunyik ala india sikit.. siti pun ada buat haaaaaaaaaaaaaaaaaa mcm dalam lagu intrig cinta tu.. so mmg ada pengaruh india sikitla kan pasal lagu intrig cinta tu mmg kedengaran kehindustanan..

lagu ni sesuai untuk: lagu tema budi bahasa yg baru kot, temasya2 jugak... best, mudah menarik perhatian org.. boleh jadi single
9/10

7) rasa antara kita
lagu ni bolehlah.. tema dia mcm usik mengusik sikit.. tapi ttp kena ingat Tuhan jugak uols..  agak catchy

lagu ni sesuai untuk: usik mengusik dalam lagu la.. mcm kita kawan2 ajer gituh.. bukan kekasih tau
7/10

8) senyum minang manis -
lagu ni awal2 lagi dah menangkap.. awal lagi dah mcm chorus   sgt catchy.. kat intro lagu je dah catchy dengan perkataan di yang diulang byk kali.. pastu kat chorus pulak ada menjeling3x, mengerdip3x.. dekat tgh2 lagu tibe2 ada muzik mcm seram sikit.. (aku tak reti nak describe sebenarnya ) sesuai sgt jadi single la aku rasa..

lagu ni sesuai untuk: apa2 ajer, sesuai jadi single
10/10

9)  joget menanti kasih
tak sabar aku nak reviu lagu ni.. aku sgt suke lagu ni.. muzik dia awal2 tu mcm sayu je dgr.. suka ct sebut `bercabang2'.. lirik dia aku suke.. habsah hassan buat uols.. pergi tak disuruh, datang tak diminta.. part paling aku suke dalam lagu ni..

lagu ni sesuai: ntahla aku rasa mcm sesuai dipasang di majlis kahwin.. lagu ni tak rancak sgt tapi boleh tarik perhatian org.. ala2 kalau kat kenduri kahwin... org berhenti makan kot   tapi aku rasa kurang sesuai jadi single sebab mcm lirik dia tak bersifat harian
10/10

10) jelmakanlah ayumu
best jugak.. mula2 dgr aku rasa cam tak best.. mmg mcm tak jangka ni lagu pak ngah.. different sgt.. tapi makin lama dgr makin best pulak.. rentak dia mcm aku tak pernah dgr.. fresh gituh.. tapikan aku ada dua masalah ttg lagu ni..
1- aku tak paham lirik lagu ni.. so, bila tak paham susahlah nak feel kan.. aku tak paham nape kita perlu menyuruh bonda kita jelmakan ayunya? motif?
2- lagi best kalau ct qasidah sendiri

9/10

11) di taman teman
best.. mula2 mmg rasa ada kureng sikit.. tapi ntahlah.. lagu nilah paling byk aku putar dalam album ni.. rasa mcm best giler.. lagu ni sesuai jadi single sebab ciri2 dia iaitu lirik dia sesuai pada bila2 masa, lirik bagus, sedap pon sedap.. suara ct punye lenggok mmg tak hingatlah kan.. mungkin jugak lagu ni contoh fusion sejati.. ada ciri balada, padang pasir tapi masih ada unsur tradisional
10/10

akhir kata, semoga berjaya ct.. terharu

p/s: setiap orang ada taste masing2.. apa yg aku rasa mungkin tak sama ngan orang.. so, korang jangan marah pulak kalau ada yg aku cerita tak sama taste ngan korang ye.. mmuahhhh! sayang korang

[ Last edited by  eddysheddy at 29-12-2008 11:17 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-12-2008 11:45 PM | Show all posts
senarai aku review ni berdasarkan ranking kesukaan aku...

Ada Masa Mata

Best... macam rentak siam+cina.... lirik simple tapi padu...
lenggok siti memang paling best bagi aku dalam lagu ni.. aku suka part "terlupa apa berharga"... bunyik macam terlupapa berharga jer kan!. memang fresh out of the box la lagu ni!!! tak macam lagu2 lain...

Jelmakanlah Ayumu

melodi best+lirik power n tersirat... alat muzik meriah memang trademark pakngah... citrawarna!

Di Taman Teman
rentak memang best... intro siti utk lagu ni memang meremang.... siti banyak main high n low...low note siti jelas dan nyata.... memang kelas betul la siti.. tapi bila dengar lagu ni macam sedih jer!


Senyum Minang Manis
best.. ceria jer lagu ni..... dah jadi alarm utk PC aku time bangun pagi!... suka part o..oo..oo.le...oo.oo.oolee... lirik ada berulang2 best.. catchy sangat lagu nih.....

Di Kayangan Kita
intro bunyik gitar ke sitar? best.. pastu siti masuk slow2 memang meremang... lenggok melayu asli tapi muzik ada campur ngan instrumen moden... memang best la....

Bintang Malam
siti nyanyi macam nakal lagu ni... tergedik2..... ntah macam mana la kalau siti buat video lagu nih.... lalalalalalalalalala... ehehekkk

Cinta Ini
tak banyak pengaruh tradisional dalam lagu nih.. lebih kepada balada.... tapi best... cuma aku rasa macam tak kena dengan konsep album jer!
cuma ada la sikit macam timur tengah masa intro.

Seloka Budi
rancak... best... ada mood bila dengar lagu ni.... lenggok siti memang best.... intro best....
Rasa Antara Kita
siti nyanyi buat sora nyaring(sora kecik@halus)... lirik kureng best sikit bagi aku utk lagu nih....


Joget Menanti Kasih
dah banyak sangat dah lagu yang macam ni... tapi rancak dan best... suka part insyaallah!!


Bulan Yang Mesra
lirik best tapi slow sangat la lagu ni....

adie82:
pandai betul diorang campurkan instrumen moden n tradisional... best...... tak pernah aku layan album irama tradisional selain dari album siti!


[ Last edited by  adie82 at 29-1-2009 10:04 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2008 10:43 AM | Show all posts
-reserved-

tgh on day way nak beli...

hehhehehhe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2008 12:39 PM | Show all posts
Ok, since da lama x masuk sini..aku nk buat review sket psl album ni

Sebenarnya, xdela best sgt pon album ni. Biasa2 je. Tp bila dh dengar byk kali, kire bolehla...

Lagu2 yg aku rasa aku boleh layan:

1. Ada Masa Mata
2. Cinta Ini
3. Bintang Malam
4. Bulan Yg Mesra
5. Di Kayangan Kita
6. Di Taman Teman
7. Senyum Minang Manis

Lain2 biasa je..

8. Jelmakanlah Ayumu
9. Seloka Budi
10. Joget Menanti Kasih
11. Rasa Antara Kita


Lagu paling x best rasanya Rasa Antara Kita, sbb tahla..x best kot haha..

So far xde killer song..semua biasa2 je.

Kire sesuaila dgn konsep album ni..tradisional fusion ke apetah la...

Harapan menang AIM? Of coz..sbb pesaing kategori ni biasa2 je kot..tahla x penah amik tau

Cover album mantap..

Apepun, aku rasa album tradisional kali ni the best la so far, album2 yg dulu tu aku x dgr sgt, setakat 2-3 lagu je sbb byk lagu x sedap..

Btw, aku x tau sape pencipta lagu2 kali ni sbb x tgk lg buku lirik tu..

So tu je la reviewnye...


Tata~:victory:

p/s: nak tacang!

[ Last edited by  hyie at 19-1-2009 11:37 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2008 02:33 PM | Show all posts
tunggu album pop ct taun depan

dani x layan genre2 apekejadah nih semua

arap2 ct selitkan 1, 2 lagu melly goeslow kat album pop dier nanti
album hadiah daripada montot x baper kuat arrrr
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2008 02:39 PM | Show all posts
wah seme dah reserved tempat niee...
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2008 02:42 PM | Show all posts
Originally posted by ahmad_dhani91 at 26-12-2008 02:33 PM
tunggu album pop ct taun depan

dani x layan genre2 apekejadah nih semua

arap2 ct selitkan 1, 2 lagu melly goeslow kat album pop dier nanti ...


lagu dr kru n ajai xnak mintak ke dhanii??
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2008 03:02 PM | Show all posts
reserved ok......
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2008 05:43 PM | Show all posts
Kena tanya Majlis Perbandaran dan Pusat pelupusan sampah
derang lebey arif
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2008 07:24 PM | Show all posts
my review...........

"Di Kayangan Kita" Johari Teh, Keon

~~ pembukaan yg best.... suare DCT mmg best.....
~~part chorus je meleret sket, rs lame nak tggu suare DCT muncul.....
~~hujung2 tu suare die mmg superb!!!
~~4.5/5

"Bintang Malam" Johan Nawawi, Amran Omar

~~suasana kampung terasa dlm lagu ni...
~~tp after da dgr sparuh mcm da boring lak....
~~CT sbut "ewah" tu nmpak natural giler.....
~~4/5

"Cinta Ini" Katon Bagaskara

~~xmcm tradisional sgt....
~~mcm overrated lak lagu ni sbb dgr cm biase je..... maybe 1st time kot...
~~4/5

"Ada Masa Mata" M. Nasir, Ad Samad

~~lagu ni mmg best!!!!
~~suare CT mmg chicky giler....
~~lirik die mmg best...
~~5/5

"Bulan Yang Mesra" Khairil Johari Johar, Zubir Ali

~~mmg tradisional habis....
~~lagu2 mcm ni mmg best kalo dgr time nak tido....
~~rs lagu ni mmg bkesan kalo makcik2 dgr sbb mndayu sgt....
~~4.5/5

"Seloka Budi" Adnan Abu Hassan, Azam Dungun

~~lagu ni happening....
~~mmg best la part laju2 tu....
~~xsia2 CT amek blik lagu drpd adnan
~~5/5

"Rasa Antara Kita" Khairil Johari Johar, Zubir Ali

~~mcm bosan mula2..... tgh2 da best....
~~high note CT mcm tggelam sket..... tdgr bunyi suare latar lebih...
~~4.5/5

"Senyum Minang Manis" Zul Mahat, Abot

~~catchy giler.......
~~mase "mata" tu mcm kureng sampai sket...(kot2 la pndengaran ni kureng kot)
~~tp lagu ni mmg best la...
~~5/5

"Joget Menanti Kasih" S.Atan, Habsah Hassan


~~lagu ni mmg berunsur lagu joget sejati... sedap sgt...
~~lirik die mmg best... tgk2 HH buat.. patut best...
~~5/5


"Di Taman Teman" Fauzi Marzuki, Hairul Anuar Harun

~~ da dgr banyak kali da kat utube b4 dis...
~~still the best lagu ni.... dats y die jd 1st single.... mmg ade kekuatan lagu ni...
~~best sgt la... vokal CT dlm lagu ni superb!!
~~5.5/5 (cmne tu...??)


"Jelmakanlah Ayumu" Pak Ngah

~~biasa je lagu drpd PN ni....
~~sib baik suare CT sdap... kalo x mmg bosan la lagu ni....
~~part qasidah tu kalo CT yg wat mmg lg power la...
~~4/5




rugila kalo xbeli....:victory::victory:

[ Last edited by  underwoodrockz at 28-12-2008 10:27 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2008 08:11 PM | Show all posts
--RESERVED--

Tgh download...   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2008 08:19 PM | Show all posts

Reply #17 nashrudean's post

sila kasik link
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2008 08:37 PM | Show all posts
uiksss.dah ader org upload..biar betikkk..???
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2008 08:42 PM | Show all posts
Originally posted by pzan213 at 26-12-2008 08:37 PM
uiksss.dah ader org upload..biar betikkk..???

Propa jerr tuh
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2008 08:43 PM | Show all posts
link x complete lor..4 lagu baru leaked..lagu bbrp hari full la tue...
aku x nak subahat..
sorry..
keep it to myself only..
-end-

kalu best sure beli nyer..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 08:03 AM GMT+8 , Processed in 0.114034 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list