CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: makcikmengamok

Pompuan bersunat ni potong kat labia kah?

  [Copy link]
Post time 8-9-2020 03:33 PM | Show all posts
manzilla replied at 15-4-2009 12:57 PM
Banyak lagi yang korang tak tahu pasal perkara ni rupanya. Memang patut pun. Perkara ini sudah sekia ...

mcm aku lah ni...
weoll kan merantau...
susah cari bidan...
so tgg balek kampung baru buat ..n byk kali mak nak sunatkan x dapat sebab aku lawan bidan tu...
finally at the age of 8 or 9 mak aku bising ckp nanti dia berkokok...
masa tu aku pikir2 lah mcm mana nanti kalau dia berkokok kat skolah...
baru aku setuju...
bodoh betoi...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2020 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
monreyes replied at 8-9-2020 03:26 PM
konklusinya wajib ke tak?
my 1st doter sunat masa baby..
masa tu bidan kampung kami masih ada... ...

Jawapannya, wajib tidak, sunat pun bukan. Sudah-sudahlah mengaitkan tradisi ini dengan agama Islam. Percayalah, nyawa tradisi ini kalau di Malaysia, ialah “agama”!
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2020 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Potong jah le semua.. abis cite.. hahahs..
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2020 11:17 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2020 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
LemangGoreng replied at 11-9-2020 11:17 AM
aku xpandai tp ni link yg aku jumpe

https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1336-al-k ...

Bagus! Sudah 14 tahun saya tunggu seseorang kemukakan hujah seperti ini! Begitu ilmiah sekali! Namun buat masa ini saya sedang bercuti di Cameroon Highlands dan lalulintas sangat teruk, bila ada masa saya akan mengkritik satu persatu hujah “pihak berkuasa agama” Malaysia di Forum Cari!
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2020 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Untuk peringatan, saya akan mengkritik dalil atau hujah, saya tidak akan mempedulikan pendapat-pendapat yang dibuat bersandarkan dalil tersebut.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-9-2020 12:59 AM | Show all posts
manzilla replied at 7-9-2020 11:49 AM
Ya. Betul. Wajib dalam mazhab Syafie. Tapi kewajipan itu tiada dalam al-Quran atau Sunnah dan hany ...

iya, dan mazhab lain semuanya tidak mewajibkan.
dikata, ianya untuk kebersihan.
kadang2 saya terpaksa periksa wanita late age...hmmm saya faham apa yang dimaksudkan dengan menjaga kebersihan nya..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2020 01:01 AM | Show all posts
monreyes replied at 8-9-2020 03:26 PM
konklusinya wajib ke tak?
my 1st doter sunat masa baby..
masa tu bidan kampung kami masih ada... ...

jika ikut mazhab syafie, yes, tetapi ianya seperti diatas tadi ie bukanlah potong clitoris etc, cuma hoodnya dan juga ada arguments yg kata ianya hanya sekadr mengguris sedikit sahaj. refer pada ulama setempat lah. sy dinegara yang tidak mengamal kan mazhab syafie
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2020 01:10 AM | Show all posts
LemangGoreng replied at 11-9-2020 11:17 AM
aku xpandai tp ni link yg aku jumpe

https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1336-al-k ...

very good search LG,
kita dapat tengok disitu, ianya hanya wajib pada mazhab syafie sahaja (sy tidak ikut mazhab ini, sy tidak di negara malaysia); dan ada peringatan khas disitu untuk ''perkemaskan'' sahaja, dan bukan memotong clitorisnya, dan tidak terlalu mengikut ''masyarakat'' ie tradisi.

nafsu sexual itu adalah kurniaan Allah, yang diperlukan dan halal mengikuti nafsu itu pada jalan2 yang membenarkannya.

tradisi di Africa itu remains a tradition and is universally illegal by common law dan prohibited in Islam (FGM)


Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2020 01:27 AM | Show all posts
LemangGoreng replied at 11-9-2020 11:17 AM
aku xpandai tp ni link yg aku jumpe

https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1336-al-k ...

Jawapan kepada hujah pertama: ayat 123 Surah an-Nahl

Maksudnya: Kemudian Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad): Hendaklah engkau menurut ugama Nabi Ibrahim, yang berdiri teguh di atas jalan yang benar; dan tiadalah ia dari
orang-orang musyrik.


Golongan yang mengaitkan ayat ini dengan khatan wanita mentafsirkan bahawa sebahagian daripada ajaran agama Nabi Ibrahim ialah khatan wanita.

Kita tengok apa tafsiran ulama'-ulama’ tafsir yang terkenal untuk ayat tersebut:


__________________

Oleh kerana antara kekeliruan orang Musyrikin ialah mereka mendakwa berada di atas agama bapa mereka si pembina al-Bait, yang mensyariatkan haji kepada mereka, yang mengharamkan bulan haram, orang Yahudi dan Nasrani juga mendakwa demikian iaitu berada di atas agama Nabi Ibrahim, masing-masing mendakwa mengikut agama Nabi Ibrahim dan menolak agama Islam dengan alasan ia bukan agama Allah yang dibawa oleh Ibrahim bapa sekalian Nabi as.
[Aysar at-Tafasir li al-Jazaa’iri, 2:328]

Abdul Razzaq dan Ibnu Abi Syaibah keduanya meriwayatkan dalam Mushannaf, Ibnul Munzir, Ibnu Marduaih dan Baihaqi meriwayatkan dalam asy-Syu’ab, daripada Ibnu Umar, katanya, “Sesungguhnya Ibrahim bersembahyang Zohor, Asar dan Maghrib di Arafah, kemudian berhenti sehingga matahari terbenam, beliau pun bangun lalu bersembahyang Maghrib dan Isya’ di Jam’, kemudian beliau sembahyang Subuh seperti seorang muslim yang paling cepat, kemudian berhenti seolah-olah seorang muslim yang paling lambat, beliau pun pergi melontar Jamrah, menyembelih binatang korban dan mencukur kepala, beliau pun pergi bertawaf di al-Bait, Allah pun berfirman kepada NabiNya: ‘Kemudian Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad): Hendaklah engkau menurut ugama Nabi Ibrahim, yang berdiri teguh di atas jalan yang benar; dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik.’ Wallahu ta’ala a’lam”.
[ad-Durrul Mantsur, Jalaluddin as-Suyuthi, 6:181]

Tuhan memberikan itu kepada zuriatnya, Dia menyanjung dan memuji mereka, seperti mana Dia menyanjung dan memujinya.
[al-Kasshaf, az-Zamakhshari, 4:91]

Imam Qurthubi berkata, “Ayat ini mengandungi dalil keharusan orang yang lebih mengikut orang yang lebih juga, dalam apa yang mendatangkan pahala.
[al-Lubab fi Ulum al-Kitab, Abu Hafs Sirajuddin Umar bin Ali bin Adil al-Hambali, 10:218]

Maksud “Hanif” ialah menjauhkan diri daripada syirik dengan niat.
[Tafsir Ibnu Katsir, 2:422]

Maksudnya ialah melakukan ibadah haji dan muslim.
[Tafsir al-Baghawi, 5:51, Tafsir al-Tha’labi, 1311]

Maksudnya ialah dalam Tauhid dan berdakwah ke arahnya dengan lembut, membawa dalil dari semasa ke semasa dan berdebat dengan seseorang sesuai dengan kefahamannya.
[Tafsir al-Baidhawi, 3:391]

Ia disebut berkali-kali untuk menolak dakwaan orang Yahudi dan Nasrani bahawa mereka berada di atas agamanya.
[Tafsir al-Jalalain, 5:31]

Dalam ayat ini, Allah taala menyifatkan Ibrahim as sebagai bukan seorang yang syirik.
[Tafsir al-Razi, 9:485]

Allah taala menyatakan Ibrahim sebagai imam kepada orang selepasnya. Sekiranya betul, ertinya tawaf dan sa’I di antara Safa dan Marwa itu adalah antara syiar Allah dan syiar haji. Sedia diketahui bahawa Ibrahim saw mengamalkannya dan menjadikannya sunnah kepada orang sesudahnya, di mana Nabi kita saw telah diperintahkan supaya mengikutnya, termasuklah juga umatnya seperti mana yang diterangkan oleh Rasulullah saw.
[Tafsir al-Thabari, 3:228]
___________________

Kesimpulan: Saya boleh kemukakan 100 lagi rujukan daripada kitab-kitab tafsir mengenai ayat ini. Sama sahaja. Tidak ada seorang pun ulama' tafsir yang muktabar mengaitkan ayat 123 Surah an-Nahl ini dengan khatan wanita! Menjadikan ayat ini sebagai sokongan kepada khatan wanita kelihatan sebagai usaha yang sangat terdesak. Sampai kiamat pun tidak akan ada sesiapa yang boleh membuktikan khatan wanita ini sebagai sebahagian daripada ajaran agama Nabi Ibrahim! Riwayat Ali bin Abi Talib? Lupakan saja. Ia tidak boleh dipakai.
 
Jawapan kepada hujah kedua: Hadith dua khitan.

Hadith ini merupakan salah satu daripada beberapa buah hadith sahih yang sering dikaitkan dengan amalan khatan wanita.

Hujah:
Berdasarkan hadith ini, khatan wanita didakwa menjadi budaya masyarakat Arab pada zaman Nabi. Hujahnya ialah sebutan “dua khitan” yang merujuk kepada tempat khatan lelaki dan tempat khatan wanita.

Kritikan:
(1)    Tidak ada seorang pun ulama’ hadith mengaitkan hadith ini dengan hukum khatan wanita.
(2)    Para ulama’ sepakat bahawa hadith ini mengenai mandi wajib, bukannya berkhatan.
(3)    Ayat “tempat berkhatan lelaki bertemu dengan tempat berkhatan perempuan” merupakan ayat peribahasa yang membawa makna persetubuhan. Tidak ada kaitan dengan amalan berkhatan. Tidak diketahui bilakah peribahasa ini muncul, adakah ia dicipta setelah kedatangan Islam atau sebelumnya, adakah ia muncul di Dua Tanah Haram atau dari tempat lain.
(4)    Meskipun tidak ada walau seorang ulama’ hadith yang muktabar mendakwa begini, andainya benar hadith ini memberi makna orang perempuan pada zaman Nabi berkhatan, tidak jelas pula di sini adakah mereka melakukannya kerana agama atau budaya, di Mekah dan Madinah atau tempat lain, menjadi amalan umum atau segelintir, pada masa itu masih melakukannya atau sudah lama meninggalkannya. Oleh itu ia langsung tidak dapat mengaitkan amalan ini dengan agama. Paling tinggi pun, ia tidak dilarang sahaja. Apa yang hukumnya harus tidak sepatutnya dipaksa. Boleh dikatakan semua kes khatan wanita ialah paksaan.


Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2020 01:31 AM | Show all posts
ipes2 replied at 13-9-2020 01:10 AM
very good search LG,
kita dapat tengok disitu, ianya hanya wajib pada mazhab syafie sahaja (sy ti ...

"Orang Melayu mesti terikat dengan Mazhab Syafie" merupakan satu stigma yang perlu dihapuskan. Ia dicipta untuk menyatukan sekumpulan orang jahil.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2020 01:45 AM | Show all posts
Sudah bertahun-tahun kami yang menolak khatan wanita ini diserang. Malam ini sampailah giliran kamu pula!

Jika khatan wanita ialah tuntutan agama atau suatu kebaikan untuk mereka maka mengapa:

(1) Rasulullah saw tidak mengkhatankan mana-mana anak perempuannya, sebaliknya mengkhatankan cucunya Hasan dan Husain.

(2) Tidak kedengaran seorang pun isteri Baginda saw berkhatan. Sesetengahnya memeluk Islam setelah dewasa, tidak pula disuruh berkhatan macam yang berlaku di tempat kita.

(3) Tidak ada satu pun riwayat yang sahih mengenai mana-mana Sahabat mengkhatankan anak perempuan mereka, atau menyuruh isteri mereka dikhatankan!

(4) Sedangkan perkara yang remeh-temeh pun ditunjukkan contoh, sampai orang Yahudi mengejek Rasulullah saw dengan berkata, "Nabi kamu, sampaikan berak pun dia ajar!" mengapa kita tidak diberikan contoh dalam bab ini?
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2020 01:54 AM | Show all posts
Saya ada sedikit bonus, sebagai hadiah larut malam, atau nombor (5).

"Hasan al-Basri meriwayatkan, katanya: Utsman bin Abi al-'As telah diajak makan, orang bertanya beliau, 'tahukah engkau apa ini? Inilah khatan budak perempuan.' Jawab beliau, 'ini ialah suatu perkara yang kami tidak pernah lihat pada zaman Rasulullah saw', lalu beliau enggan makan."

[Al-Mu'jam al-Kabir, at-Thabarani, 9:57]
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2020 02:32 AM | Show all posts
manzilla replied at 13-9-2020 01:31 AM
"Orang Melayu mesti terikat dengan Mazhab Syafie" merupakan satu stigma yang perlu dihapuskan. Ia  ...

saya rasa tidak ada mana2 org yg perlu terikat dgn mana2 mazhab, itu bergantung pada individu

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2020 02:35 AM | Show all posts
manzilla replied at 13-9-2020 01:45 AM
Sudah bertahun-tahun kami yang menolak khatan wanita ini diserang. Malam ini sampailah giliran kamu  ...

setuju
seperti saya jawab pada a forumer di atas, khitan wanita ini hanya dihukumkan wajib hanya pada mazhab syafie sahaja, dan berbelas mazhab lain tidak mewajibkannya.
dan seperti jawapan saya pada another forumer, jikapun ia biduat, ianya seperti yg diulaskan diatas
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2020 02:37 AM | Show all posts
manzilla replied at 13-9-2020 01:45 AM
Sudah bertahun-tahun kami yang menolak khatan wanita ini diserang. Malam ini sampailah giliran kamu  ...
Sudah bertahun-tahun kami yang menolak khatan wanita ini diserang. Malam ini sampailah giliran kamu pula!
Giliran kamu? are you addressing me in this kamu? sorry manzilla, if you were addressing me, than i think you had the wrong end of the stick
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2020 09:24 AM | Show all posts
ipes2 replied at 13-9-2020 02:37 AM
Giliran kamu? are you addressing me in this kamu? sorry manzilla, if you were addressing me, than  ...

Oh, sudah tentu tidak. Posting 52# saya masih berkait dengan posting-posting saya sebelum itu yang mengkritik hujah "pihak berkuasa agama" tempatan kerana mempertahankan khatan wanita sebagai satu tuntutan agama. Sebaliknya, saya bangga ada orang seperti anda; yang tidak diikat dengan stigma "Mazhab Melayu ialah Mazhab Syafie".


Saya berkongsi satu tips, jangan mempertahankan diri saja, seranglah juga.


Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2020 09:35 AM | Show all posts
LemangGoreng replied at 11-9-2020 11:17 AM
aku xpandai tp ni link yg aku jumpe

https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1336-al-k ...

Mungkin disebabkan mengantuk semalam, saya telah terlepas pandang satu lagi hujah "pihak berkuasa agama" tempatan yang mengaitkan khatan wanita sebagai syariat agama Nabi Ibrahim as. iaitu hujah ini; yang dipetik dari laman web mufti KL jua:


اخْتَتَنَ إِبْرَاهِيمُ عَلَيْهِ السَّلاَمُ وَهُوَ ابْنُ ثَمَانِينَ سَنَةً بِالقَدُّومِ
Maksudnya: Nabi Ibrahim AS berkhatan menggunakan qaddum (alat seperti beliung, kapak kecil) pada umur beliau 80 tahun.

Nota: terdapat kesilapan dalam terjemahan oleh laman web mufti KL ini, barangkali human error oleh pekerja website. kita maafkannya. Lafaz "Qaddum" sebenarnya ialah nama suatu tempat di Syam atau Hijaz, alat yang seperti beliung itu namanya "Qadum", bukan "Qaddum".

Hujah:
Yenna dey!!! Nabi Ibrahim tu lelaki ka perempuan? Ini hujah mufti punya level atau tukang cuci cermin pejabat mufti punya level? Sungguh memalukan!


Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2020 09:51 AM | Show all posts
Buritan replied at 9-9-2020 01:18 PM
Potong jah le semua.. abis cite.. hahahs..

Hahaha! Lawak jenaka yang menyegarkan!
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2020 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 13-9-2020 12:59 AM
iya, dan mazhab lain semuanya tidak mewajibkan.
dikata, ianya untuk kebersihan.
kadang2 saya te ...

Mcm mana rupanya pussy kalau tak sunat yang xbersih tu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:22 AM GMT+8 , Processed in 0.068847 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list