CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ultra78

Kenapa kenduri kahwin melayu suka memekak?

[Copy link]
Post time 22-12-2008 09:19 AM | Show all posts
Originally posted by mongoose_kidz at 22-12-2008 09:05 AM
aku rase ok aper...
merapatkan hubungan antara keluarga,jiran dll
ye la dah penat waktu kenduri..blh gak relax skit



betul tu
kalau mcm kat kampung2 kan bila ada kenduri semua org turun padang..time tu la baru meriah..bukan selalu dpt berkumpul ramai2 kan...sekali sekala apa salah nyer buat meriah2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2008 09:24 AM | Show all posts
kalau majlis ada lagu2, ok pada aku...kalau karaoke...aku tak prefer..sebab kebanyakan yg menyanyi nie jenis perasan jamal abdillah lah, perasan jadi A ramlee lah....pastu kongker abis siottt...hahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 09:25 AM | Show all posts
Jenis yang bsing2 macam nie mmg biase ker? Kalau di Ganu takde pun macam nie...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 09:29 AM | Show all posts
kalau rasa jiran kenduri tu memekak...bungkus kain baju gi lah mana mana....agak2 dah abis jiran kenduri ko balik la ..tu pun nak kena ajar ke????
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 09:30 AM | Show all posts

Kalau bising, kita lawan la kebisingan tu
Pasang tv kuat-kuat
Pasang radio kuat-kuat

Kita karaoke kuat-kuat kat rumah lawan diorang
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 09:39 AM | Show all posts
Ala majlis kawin org bisu dan pekak pun bising apa kes.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-12-2008 10:50 AM | Show all posts
YEP disinilah sepatutnya thread ni ini diletakkan..terima kaish kerana mengambil tindakan proaktif diatas report yg aku buat..syabas!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 06:38 PM | Show all posts
Originally posted by herrhughie at 21-12-2008 18:47
Eh, saya pi beberapa kenduri perkahwinan melayu belum jumpa karaoke lagi, setiap kali pi makan je..the most tengok pasangan dtg diiringi kumpulan main kompang..agak tradisional agaknya..
Tentang ...

ada tengok tarian silat pulut?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2008 08:44 PM | Show all posts
Originally posted by ultra78 at 20-12-2008 10:23 PM
Salam,

Kenapa sesetengah orang melayu suka pasang lagu, panggil band dan nyanyi karaoke semasa kenduri kahwin? Kalau dibuat di dalam dewan tu tak kisahlah, tapi ini buat kat kawasan perumahan. ...


Sini pun mcm tu jugak esp kat kampung2. Kalau di bandar jarang jugak. Takat bunyi kompang menyambut kedatangan pengantin. Kalau tak buat mcm tu tak meriah kot. Lagipun org2 kampung suka termasuk anak2 muda. Kalau di kampung memang majlis kahwin ni dibuat secara gotong-royong. Kalau city people mungkin tak biasa kot. Mcm saya okay je lah. Bukan setiap hari pun kan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 08:47 PM | Show all posts

Reply #80 rory1112's post

Ada sesetgh org Cina bila kematian mesti ada buat mcm konsert nyanyian. Meriah je. Ingat lagi time kecik berjiran dgn keluarga Cina. So one of the family members meninggal dunia. So sebelah mlm ada jamuan & nyanyian. Tak ada pun diaorg sedih pun. Besoknya pulak diaorg hantar mayat utk dibakar.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 08:49 PM | Show all posts

Reply #78 mongoose_kidz's post

Setuju. Nyanyian berkaraoke tu mengeratkan hubungan antara jiran. Give them a breaklah. Lainlah kalau sepanjang minggu or bulan tu asyik berkaraoke memanjang barulah kita complain.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2008 08:37 AM | Show all posts
aku pun tak suka bising2 kat majlis kawin
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2008 09:04 AM | Show all posts

Errr...

Originally posted by ultra78 at 20-12-2008 22:23
Salam,

Kenapa sesetengah orang melayu suka pasang lagu, panggil band dan nyanyi karaoke semasa kenduri kahwin? Kalau dibuat di dalam dewan tu tak kisahlah, tapi ini buat kat kawasan perumahan. ...




Came boleh jadi sampai camtu...? Mesti takde pihak yang memantau ni...


Jizzz... Klong! Klong!
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2008 08:04 PM | Show all posts
sbb tu la aku kawen dulu wat kat dewan...taknak ganggu jiran keliling....

beberape minggu lepas, jiran aku anak die kawen, punye la bising kan band derang...mmg le time azan zohor tuh derang benti dalam 10 minit...tp time aku nk semayang...punye la tak tenteram...sbb kite ade keje lain kan...bukan dapat nk semayang on the spot kan...so, bunti lagu tu sgt mengangu...tak khusyuk aku nk semayang...anak nk tido pon tak leh...:@ :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2008 08:06 PM | Show all posts
takat bunyi kompang tuh takpe la jugak...sbb bunyi tuh mase pengantin sampai je kan...kite tak tau, ade jiran yg sakit ke...anak demam ke??...kekadang ade yg sampai 1 2 pagi bising lagi....huh..tak tahan weiii walaupon sekali sekala je org kawen nih
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2008 10:16 PM | Show all posts
kalau bising masa siang tu ok lagi, kadang kadang sampai ke malam boleh sambung karaoke ngan kugiran, patutnya Tuan Rumah yang buat kenduri ni kena peka dengan jiran sekeliling, mungkin ada jiran yang nak kena bangun pagi untuk bekerja esok hari
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2009 09:39 AM | Show all posts
Karaoke di majlis kahwin wajar dihenti

TUARAN: Acara hiburan karaoke yang kerap diadakan pada majlis perkahwinan dan keramaian lain di daerah ini dan Kota Belud wajar dihentikan kerana didapati mengganggu keselesaan tetamu.

Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan, mengakui kurang menyenangi penularan hiburan karaoke di kalangan masyarakat Islam, terutama ketika meraikan majlis perkahwinan.

"Saya lihat budaya berkaraoke ketika majlis perkahwinan semakin menjadi-jadi di kalangan masyarakat Islam. Saya menerima banyak rungutan penduduk Tuaran dan Kota Belud yang mula kurang senang dengan kewujudan budaya hiburan itu.

"Biasanya apabila bertandang memeriahkan majlis perkahwinan, tetamu turut mengambil kesempatan bertemu dan berbual dengan sanak-saudara dan serta rakan yang turut hadir.

"Malangnya, tetamu terpaksa meninggikan suara untuk berbual supaya dapat didengar kerana perlu `melawan' suara mereka yang berkaraoke," katanya, pada majlis ramah mesra dengan 60 ketua jabatan negeri dan Persekutuan dari Kota Belud di Shangri-La Rasa Ria Resort, di sini malam kelmarin.

Turut hadir, Pegawai Daerah Kota Belud, Najib Muntok; Ketua Polis Daerah Kota Belud, Dupeti Superintendan Mohan Nadassan dan Pegawai Perhubungan Parlimen Kota Belud, Idris Nanti.

Abdul Rahman berkata, beliau hairan bagaimana hiburan karaoke cepat menular di kalangan masyarakat Islam di daerah ini dan Kota Belud sehingga seolah-olah menjadi kemestian setiap kali kenduri perkahwinan.

"Orang datang untuk memeriahkan perkahwinan, bukan tengok pertandingan karaoke. Kewujudan hiburan karaoke itu benar-benar menjejaskan keselesaan tetamu majlis," katanya.


http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Wilayah/20090128081310/Article/index_html
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2009 02:12 PM | Show all posts
Aku dulu kawin pasang lagu nasyid je....
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2009 10:08 PM | Show all posts
yee...aku setuju..aku pun bengang gak..apartment aku dok ni memang kalo ada kenduri memang bising sangat2....memang nampak kejiranan tu ada sebab
tolong menolong bergotong royong tu ada diamalkan tapi tak sah kalo tak de band dan karaoke..memang aku sakit jiwa!!! :@

kalo ada keramaian je mesti ada nyanyi2...ada sukaneka mesti ada nyanyi2...aku tak tau le pe nak jadi bangsa melayu ni..suka berhibur je...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2009 11:37 AM | Show all posts

Reply #99 teacher_shakira's post

masa masuk waktu sembahyang tu puj derang memekak gak ke teacher????kalau memekak gak...mmg tahap gaban buta tuli la org tuh...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 02:56 AM GMT+8 , Processed in 0.570352 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list