CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1967|Reply: 7

Untuk Kamu Kaum Adam

[Copy link]
Post time 18-12-2008 09:16 AM | Show all posts |Read mode
Sori if thread ni dh ade o xsesuai kt cni...........

===========================================================================
"Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah ku kenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diri ku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang hanya ku khususkan buat mu sebelum tiba masanya.

Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang ku jaga rapi selama ini semata-mata buat mu, itulah hati & cinta ku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang. Aku telah dididik ibu sejak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diri ku kerana Allah telah menetapkannya untuk mu suatu hari nanti. Kata ibu, 揟anggungjawab ibu bapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari kami.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2008 10:02 AM | Show all posts
''Jika cinta ini hanya untukMu ...lantas mengapa masih mengharap pada lain selainMu...Duhai Allah bimbinglah aku untuk mencintaiMu semampuku.....agar aku bisa tersenyum dan terlena dengan kenikmatan cinta sejatiMu....''Amin
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2008 09:13 PM | Show all posts
Luahan ati ke ni??huhu....
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2008 03:20 AM | Show all posts
Samada sudah tertulis jodoh ada atau tidak tiada siapa yg tahu, kita tetap harus mencuba berusaha untuk mendapat apa yg kita ingini, dlm kes ni jodoh, baik lelaki atau wanita.

Pertama sekali lelaki yg baik untuk wanita yg baik sahaja n vice versa so siasat diri kita ini, kena campur tolak semua sifat2 diri dan dapatlah purata diri kita sifatnya positif atau negatif, pasangan begitu juga yg akan kita dapat.

Kedua, berdoa dan yakin yg kita akan bertemu jodoh, jika asyik berdoa sahaja berderai air mata tetapi tidak percaya yg jodoh kita ada maka ter'cancel" lah doa tersebut, contohnya terdetik didlm hati "susahla nak cari lelaki baik sekarang ni", "jadi anak dara tua aku ni kot" dan mcm2 lagi yg membuat kepercayaan kita kepada Allah berkurangan.

Jika di lihat didalm Quran, cara Allah menyeru, wahai manusia yg beriman (O people who beleives..) bukan wahai manusia yg sembahyang, atau berpuasa, yg berzakat dll... elemen beleives/percaya itu penting.

Jika kita percaya tetapi adakah minda separuh sedar kita percaya? Tahu tak yg minda separuh sedar kita yg menguasai 90% aktiviti harian termasuklah tingkah laku kita? Minda separuh sedar juga menguasai 99% informasi yg diproses diotak setiap saat. Kita harus belajar juga mengubah minda separuh sedar supaya apa yg kita ingin didlm hidup ini boleh tercapai, bukan jodoh semata2.

Cuba langkah2 ini........ terpulang samada ingin menerimanya atau tidak tetapi ianya berhasil buat diri saya walaupun bukan untuk mencari jodoh...

1. Berdoa kepada Allah..... (ini dah biasa)
2. Yakin/percaya dan jgn bercakap mengenai kesusahan mendapat apa yg kita inginkan, jika terdetik dihati sekalipun buangkan jauh2.
3. Ambil sehelai kertas dan tuliskan apa yg kita bersyukur sgt tentang kehidupan kita sekarang ini, baik dr ada mata boleh membaca forum ni sampaila ke hubungan dgn keluarga yg happy dan apa sahaja yg membuat kan kita rasa berterima kasih tersgt-sgt kepada Allah.
4. Setelah selesai apa yg kita syukurkan, senarai kan pula apa yg kita inginkan, jika mahu kawin lagi setahun, tuliskan sekali tarikh nya... Nov 2009... aku berkahwin dgn seorang lelaki bla bla bla...
5. Visualise... cuba bayangkan suasana/keadaan yg kita inginkan, contohnya dlm bab kawin ni, bayangkan upacara akad nikah, persiapan kenduri, shopping baju kawin dan mcm2 lagi yg membuatkan seolah2 kita mcm dah nak jadi kawin.. Masukkan sekali emosi didlm visualisation tersebut, bab mlm pertama tu cuba elakkan lah tetapi kalau nak bayangkan gak itu citarasa sendiri lah.. visualise setiap hari sebelum tido sekurang2nya seminggu max 2 minggu, pas tu boleh stop.
6. Bertawakkal, berserah dan PERCAYA yg Allah sedang merencanakan apa yg kita inginkan, jgn ragu2 dan khuatir ianya tidak berhasil. Bukan kah Allah sudah berjanji berdoalah dan dia akan makbulkan. (Ghafir 40:60) Jika tidak, Allah lebih mengetahui yg lebih baik untuk kita (refer albaqarah ayat 216)

Mengapa perlu tulis? Kerana jika tulis minda sedar dan minda separuh sedar melakukan perkara yg sama, kita boleh makan tetapi minda melayang ke tempat lain, tidak dgn menulis...
Mengapa perlu visualise? Ini juga untuk melatih minda separuh sedar kita yg supaya selari/sehaluan dgn apa yg kita ingini.

yakinlah pada Allah dan buangkan semua sifat2 sedih, lihatlah nikmat lain yg Allah berikan dan bersyukur keatas nikmat yg diberi yg tidak tertulis byknya sekalipun lautan sebagai dakwat dan semua pepohon sebagai pena (luqman 31:21) Fokuskan pada apa yg sudah ada dan bukan apa yg kita belum ada, jika kita fokus apa yg ada kita akan jadi lebih tenang dan lebih happay membuatkan nikmat2 lain akan lebih mudah melimpah ruah tanpa benteng dr diri kita sendiri yg menghalangnya..

Sekadar berkongsi ilmu dan pengalaman hidup...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2008 08:34 AM | Show all posts
Bile bace smule posting ni btol2...
rase sedey lak....
tersentuh ati..
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2008 09:23 PM | Show all posts
pelik... minah nih sejak dari kecik dah tau dia nak kawin dgn siapa ker? habis tu siap ckp time remaja tak nak bermain cinta sbb tunggu cinta suci dr seorg suami... dah tuh org nak masuk meminang pun tak nak.... mana nak tau kalau dah tuh jodoh nya.. kalau org yg masuk minang tuh nanti jadi ahli syurga... ish... tak paham aku cita minah ni... konpius...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-12-2008 09:49 PM | Show all posts

Reply #6 audydotnet's post

Die ade cakap ke,yg die x trime pinangan??

Act,maksu cite ni camni...:

Minah ni,sentiasa jage diri dia dr tercemar..
samada hati,mata,n sume la..dari cinta dunia ni..
Cinta yg x di halalkan..
Bg dia..diri dia..hanya untuk suami die je nanti..
sebab tu dia x bercinta,walaupun die ade keinginan tu..
Dia hanya ingin menjadi seorang isteri kepada suami yg soleh...
that's wat she mean..
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2008 10:50 PM | Show all posts

Balas #6 audydotnet\ catat

fahamilah hakikat penghidupan yang sebenar
setinggi manakah tingkat keyakinan anda terhadap Tuhanmu
hanya keyakinan saja yang mampu menerjah kelemahan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.336589 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list