CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 377305|Reply: 1208

- AILEBIU LAH -

 Close [Copy link]
Post time 17-12-2008 11:49 AM | Show all posts |Read mode
saja suka suka, rasa gian plak nak menulis walaupun malu bila baca citer lain yg best giler kat WR ni
harap semua sudi baca n beri komen
.................................................................................................

" PANNGGGG!" Penampar Haji Samad hinggap ke pipi anak gadisnya

" Anak tak guna! Mana aku nak letak muka aku? Kalau akutahu kau nak jadi macam ni, baik aku cekik masa kecil dulu. Betina tak tau malu!" dengus Lebai Samad. Dadanya turun naik dengan amarah yang membara. Kata kata lancang dari mulutnya cuma mengundang esakkan yang makin menjadi jadi dari anak gadisnya, Suhana.

" Maafkan Hana , Abah. Abang Ariff dah janji, dia akan bertanggungjawab...." sedu mengiringi kata kata Suhana. Gadis cantik itu duduk terpelosok di belakang kerusi .

" Berapa kali aku nak kata? Aku tak mau dengar nama budak keparat tu lagi! Dari dulu aku tak suka kau kawan dengan anak si Seman. Budak tu penagih, pencuri. Tapi kau degil. Sekarang tengok apa dah jadi.Kau mengandung anak si penagih tu!" jerkah Lebai Samad bagai di rasuk.

" Sudah lah tu , bang...."Mak Idah cuba menenangkan suami nya yang berang. " Benda dah jadi, marah pun tak guna."

" Kau diam! Perempuan bangang ! Ikut sangat kata anak awak tu. Aku dah cakap, jangan bagi anak kita kawan dengan si Ariff tu. Ada kau dengar cakap aku? Kau biarkan Hana keluar dengan si Ariff tu sampai jadi macam ni." Lebai Samad meluahkan lahar pada isterinya. Mak Idah cuma mampu mengurut dada dengan mata yang berkaca.



" Fuyah! Isshhh... anak dara ni! Dah berapa kali Makpanggil, tak dengar ke? Kalau tengok TV tu , kalah budak kecil tengokkartun" dengus Mak Yan dengan geram. Fauziah ni memanglah. Tak ingat duniakalau tengok TV. Lebih lagi kalau drama dan filem Melayu. Lepas gian konon.

" Eh, Mak panggil ke? Fuyah tak dengarlah."Fauziah menoleh ke arah ibunya yang berdiri mencekak pinggang. Dia tersengih.Kemudian berpaling semula ke drama Sesuci Cinta Suhana lakunan Fasha Sandha danAaron Aziz itu. Kacau betullah Mak ni, orang tengah tangkap feel ni. Masabelajar di US dulu dia memang soap opera addict. Sejak balik Malaysia, slotLestary, Akasia, Samarinda, Cerekerama pula jadi habuan.

" Mak dengan Abah nak cakap sikit." Suara Mak Yanmeninggi sambil mencapai remote lalu memperlahankan bunyi TV. Fasha Sandha yangteresak esak terus senyap.
" Alaaa... Mak ni. Sikit lagi nak habis" rengekFauziah. Dia mencapai sebiji cempedak goreng dan mengunyah perlahan.
Sodapnyaaaa...crispy outside, soft inside.

" Mak dengan Abah nampak serius jer. Ada apa?" tanyaFauziah. Dia memerhati wajah bapanya yang nampak letih. Bapanya melipatsuratkhabar Berita Minggu yang sedang di ulangbaca untuk keberapa kali hariitu. Sejak kena serangan jantung sebulan lalu, Pak Fadzil terpaksa membataskan aktiviti nya. Tidak boleh turun ke kebun dan membuat kerja lasak lagi. Kesian Abah, mati kutu agaknya bila seharian terpuruk di rumah.
"" Mak Cik Zaidah datang tadi. " Mak Yanmembuka bicara sambil menuang teh untuk suaminya.
Fauziah memandang ibunya dengan wajah tak beriak.Mak Cik Zaidah yang tinggal bersebelahan selalu datang ke rumah. Apa yang nak hairan Tangannya mencapai lagi sebiji cempedak goreng.

" Dia ada hajat, er nak pinang... er.. si Acap.. er...dia nak Acap kahwin dengan ..."
" TAK NAK! Eeee... Fuyah tak nak !" Fauziah membeliakkan mata danmenggeleng pantas. Euww...ngeri lah. Kahwin dengan mamat yang sama sama panjat pokok rambutan, tangkap ikan dalam selut tepi sungai, main polis sentri. Macam tak ada orang lain yang boleh aku buat laki.
" Eh, budak ni ! Makcik Zaidah nak pinang Wani, bukan awak" selar Pak Fadzil. Matanya mencerun memandang Fauziah.
"OH....." balas Fauziah sepatah. Alamak, perasan sungguh aku ni. Malu nyaaa.. .. Dia tersipu sipu.
"Habis tu , kenapa Mak dengan Abah tanya Fuyah?Tanyalah Wani sendiri"
" Bukan apa, awak tua dari Wani. Dulu Fuyah kawan rapat dengan Acap. Mak takut awak rasa kecil hati. Tahu sajalah, mulut saudara kita dengan orang orang kampung ni" jelas Mak Yan.
" Eh.. kenapa pula nak kecil hati? Bukannya Fuyah bercinta dengan Acap, berjanji sehidup semati, You jump,I jump bagai. Kami rapat sebab sebaya, satu kelas di sekolah. Itu saja. Fuyah pun dah lama tak jumpa Acap.Dah lost contact. Biarlah dia kawin dengan Wani, Fuyah tak kisah. Jangan risau pasal langkah tunggul" selamba jawapan nya.
Namun dalam hatinya terbesit rasa kecewa.Kenapa Mak Cik Zakiah tak pilih aku? Huk eleh... ego nya aku. Bukan aku nak siAcap tu pun. Tapi syok juga kalau mak dia pinang aku, pastu aku tolak.... kehkeh keh! Revenge time....

" Bukan langkah tunggul lah. Langkah bendul. Mak Cik Zaidah suka kat Fuyah tapi awak tu belajar tinggi. Fuyah boleh cari duit sendiri, boleh berdikari. Wani tu belajar pun malas, kerja pun macam nak tak nak saja. Kesian pula mak tengok.Lagipun Acap lagi suka kalau isteri dia tak kerja" jelas Mak Yan. Jangan pula anak perempuan kedua dia ni ingat dia pilih kasih. Walhal dia faham sangat perangai Fuyah yang keras hati dan kuat semangat. Cita citanya tinggi. Tak mungkin dia nak duduk rumah jaga makan minum suami. Lagipun inilah satu satu  anaknya yang dapat menjejak kaki ke university. Harapan Mak Yan dan Pak Fadzil moga moga Fauziah dapat menjaga mereka nanti.
" Huh... dah agak dah. Male chauvinist! Nak bini cantik, duduk di rumah, layan dia macam Raja." gumam Fauziah dalam hati.
" Wani setuju tak?" tanya Fauziah. Tak mungkin adiknya menolak.Wani ala ala PerempuanMelayu Terakhir. Pandai masak, menjahit, lemah lembut, mendengar kata.... semuaciri yang aku tak ada. Sesuai benarlah jadi permaisuri si Acap.
"Mesti dia setuju. " kata Pak Fadzil dengan tenang.Abah pasti gembira; dapat menantu bijak lulusan university luar negara.Jurutera Petronas pula. Tolak tepi perangai macam anak jin dan rupa macam...er... no komen, tak baik kutuk ciptaan Tuhan.
" Fuyah dah fikirkan pasal tawaran kerja dengan anak kawan Uncle Farid? Nak terima ke tidak? Baik awak bagi tahu cepat. Takut dia cari orang lain " Pak Fadzil mengubah topik
Fauziah mengangguk. " Fuyah terima jerlah. Semua tempat lain yang Fuyah minta tak ada jawapan pun. Nanti Fuyah telefon Uncle Farid malam ini"
Dia akur, kegawatan ekonomi membataskan peluang  pekerjaan. Sudah berpuluh permohonan dihantar, satu pun tak berbalas. Dia semakin buntu bila sudah dua bulan melangut di rumah.  Walaupun kerja yangdi tawarkan ialah sebagai Eksekutif Akaun dan Pentadbiran di sebuah syarikat kecil, tapi lebih baik dari tanam anggur. Anything is better than nothing. Takdelah aku menghabeh boreh sambil melebarkan pinggang yang ramping .....

[ Last edited by  sang_arjuna at 17-12-2008 12:01 PM ]

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2008 11:57 AM | Show all posts
dah ada citer baru ye arjuna........bagus...bagus...next
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 12:04 PM | Show all posts
permulaan yang bagus...usaha lagi dan nak lagi nak lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2008 12:17 PM | Show all posts
Bab 2

Sejak awal pagi lagi suasana rumah Pak Fadzil dan Mak Yan sudah riuh. Apa taknya, hari ini hari pertunangan anak bungsu mereka, Shazwani . Anak pinak dan saudara mara terdekat sudah berkumpul sejak semalam. Walaupun cuma majlis pertunangan, tapi persiapan mestilah rapi. Mak Yan terkenal di Kampung Bidara kerana kepakarannya menggubah hantaran, bunga telur dan menghias pelamin. Macam wedding planner kampung lah gitu.

Fauziah membantu abang iparnya menghampar permaidani di ruang tamu yang lapang. Kerusi meja sudah di pindahkan ke beranda. Kemudian Fauziah bergegas ke dapur untuk menyiapkan sajian untuk tetamu. Tidak ramai yang di jemput, lebih kurang 30 orang. Kesemua nya saudara dan jiran tetangga.

" Fuyah, kau tak terasa kah? Adik kau bertunang dulu? Dengan ex boyfriend kau pula tu?" soal Adila dengan senyum sinis. Gadis itu memang terkenal dengan mulut laser yang setanding dengan ibunya Mak Cik Ijah. Macam gandingan Mami Jarum dan Mami Jarum Junior, cuma mereka bukan keturunan Mami Penang.

" Nak terasa apa pula? Dah jodoh dia. And tolong sikit, mamat tu bukan ex boyfriend aku, okay? " getus Fauziah . Memang sudah  di agak, dia akan di asak dengan berbagai soalan, sindiran, perli dan lain lain yang sewaktu dengannya. Macam lah aku kemaruk sangat nak kahwin.  Lebih lagi dengan si  Acap anak jin tanah, merangkap sparring partner aku sejak kecil. Eeee... tak sanggup!  Fauziah terus memotong agar agar santan dengan teliti. Kalau tak sama saiz, mati aku Mak kerjakan. Di aturnya dalam piring, 6 keping setiap piring.

" Alaaa... satu kampung dah tahu. Masa sekolah dulu, kau dengan dia kan .. ahem ahem" Adila merapatkan kedua jari telunjuknya. Tak puas hati dengan reaksi Fauziah yang bersahaja.

" Ahem .. ahem? Apa benda tu?  Please lah. Aku dengan dia musuh ketat dulu, takkan nak jadi musuh dalam selimut pula? Yang kau tu apasal sibuk sangat. Entah entah kau yang jeles dengan Wani tak? Yalah, kau tu apa kurang nya. Rupa macam Erra pajirot, anak orang kaya pula tu. Memang padan dengan Acap, kan ..... kan ?"  Fauziah  melontar missile kepada Adila yang mula terkulat kulat. Yeah... kena tepat pada sasaran. Dia ketawa kecil bila Adila mendengus terus pantas mengangkat kaki. Haa... dah kalah dengan aku, pergi mencari mangsa lain pula lah tu. Tak koser betul.

" Fuyah, dah siap potong agar agar? Cepat atur dalam pinggan , lepas tu letak dalam peti ais. Awak dah mandi belum? " Kak Long bersuara  bila melihat adiknya yang masih dengan  T shirt lusuh dan berkain batik.

" Belum lah. Mana sempat? Si Wani tu berjam jam dalam bilik air. Tengah mandi lulur dengan mandi susu kot.  Tak habis lagi daki yang nak di tanggal . Tak pun mandi wajib" canda Fauziah.

" Hamboi..mulut!  Suruh Wani siap cepat. Pihak lelaki dah nak sampai sejam lagi. Nanti kelam kabut pula" Kak Long yang sarat mengandung memberi arahan. Kak Long dengan Abang Lokman memang produktif. Kahwin 5 tahun, anak dah nak masuk tiga orang. Power root jugak abang ipar aku  tu, desis Fauziah dalam hati.

Fauziah mengesat tangan nya yang basah dan masuk ke bilik. Mak Yan yang sibuk mengatur dulang hantaran memandangnya dengan mata yang agak sayu. Yalah, Fauziah macam tak ambil kisah yang adiknya di pinang dulu tapi dalam hati siapa yang tahu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2008 12:19 PM | Show all posts
Bengang nya aku! Bukan sebab Wani nak kawin dengan Acap, tapi sebab semua orang pandang aku dengan simpati. Mulut mulut orang kampung pula bersosek sosek, pot pet pot pet. Macamlah aku ni tak laku. Ramai pula yang nak carikan aku calon calon suami yang sesuai. Hoi... aku muda lagi lah. Tensionnya! Bebel Fauziah sendirian sambil menyarungkan baju kurung biru cair dengan kain tenun  bercorak jalur putih -biru- hitam.
Wani sedang di mekapkan oleh Kak Fizah, sepupu mereka. Wajah Wani yang putih gebu nampak berseri dengan solekan tipis. Rambut Wani yang panjang dan ikal di sanggulkan. Selendang merah jambu senada dengan baju kebaya labuh Wani melengkapkan riasnya.
" Wah... cantik nya kau Wani" puji Fauziah dengan ikhlas. Wani tersenyum puas melihat wajahnya dalam cermin. Dia memusing ke kiri dan kanan sambil menahan nafas. Baju nya di tarik sedikit.
" Wani nampak gemuklah. Orang dah pesan dah kat tailor hari tu, jangan buat ketat." omel nya dengan cebikan. Dia mengerling pada kakaknya yang bertubuh kecil molek berbanding dirinya yang agak montok. Dengusan terletus dari bibirnya. Benci! Orang selalu ingat Kak Fuyah lagi muda dari aku. Tapi tak apa... aku juga yang laku. Dapat jejaka idaman Kampung Bidara lagi.
" Ok dah tu. Tak nampak gemuk pun. " pujuk Fauziah untuk menyedapkan hati adiknya. Mana tak gemuk, Wani yang muda  dua tahun darinya bekerja sebagai guru tadika. Budak budak makan dia pun makan sama. Balik rumah makan lagi.
" Tak sangka jodoh aku secepat ini, kan ? Dengan Acap pula tu" Wani duduk di birai katil sambil menghulurkan tangan. Kemudian menundukkan kepala dan bersalam dengan angin. Fauziah tersengih melihat adiknya yang tengah prektis upacara menyarung cincin.
" Tak sangka pula Acap tu jadi adik ipar aku. Best sangat! Boleh aku buli dia cukup cukup"  acah Fauziah
" Kakak ni tak baik tau. Acap sekarang dah berubah. Gentleman sangat, bukan macam dulu lagi" pintas Wani.
" Betul tu. Kau dah lama tak tengok Acap. Dia dah hensem sekarang. Dressing pun smart. Bukan macam cicak kubing hitam legam masa sekolah dulu" sampuk Adila yang menjenguk dari pintu bilik. " Kalau kau jumpa, silap silap kau jatuh hati, Fuyah. "
" Menyibuk betul mami jarum junior ni " getus Fauziah dalam hatinya sambil menjulingkan mata. Belum sempat dia membidas kata kata Adila, sanak saudara  pangkat senior citizen mula mara ke dalam bilik.
" Pihak lelaki dah sampai. Kejap lagi nak sarung cincin"
Mak Yan tersenyum lega bila cincin di sarung ke jari manis Wani.  Anak bungsunya sudah menjadi tunangan orang. Tempoh pertunangan selama 6 bulan, di persetujui kedua belah pihak. Hantaran bertukar tangan. Tujuh hantaran dari pihak perempuan  di balas lima dari pihak lelaki. Ada baju Melayu, sampin, bunga rampai, kek, halwa, cokelat dan buah buahan. Semua di letak dalam dulang warna perak.  Berpuluh puluh gambar di ambil untuk kenangan hari yang bersejarah sebelum tetamu  di ajak menjamu selera.  Mak Yan dan Pak Fadzil sibuk melayan tetamu yang hadir. Acap masih berkursus d luar negara dan tak dapat hadir. Namun kedua keluarga bersyukur yang majlis berjalan lancar. Dari dulu lagi Mak Yan dan Makcik Zaidah bercita cita untuk berbesan memandangkan Makcik Zaidah ada tiga hero, Mak Yan pula ada 3 dara pingitan.
" Fuyah, Makcik doakan Fuyah cepat bertemu jodoh. Jangan kecil hati ya, nak " bisik Makcik Zaidah seraya memeluk erat Fauziah sebelum pihak lelaki pulang. Fauziah menahan tawa. Macamlah best sangat anak dia tu sampai aku nak kecil hati. Adehhh... sakit perut aku.
" Memang mulanya awak pilihan makcik tapi sebab awak lama sangat belajar kat US tu. Rasanya mesti dah ada buah hati kan?" sambung Makcik Zaidah. Fauziah menempek senyuman di wajah. Apa apa jerlah Makcik woi... janji aku selamat.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 12:26 PM | Show all posts
Bestnya citer baru ni arjuna..

Next...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2008 12:43 PM | Show all posts
best2..
nk lagi N3
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 12:55 PM | Show all posts

Reply #6 iem1985's post

betul...betul...betul...
pmulaan yg best kan..
lagi pun smua citer2 smiley ni mmang best je juliet baca...
ni pun tak sabar nak new n3 lagi dah ni...

ok ehh smiley...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2008 01:09 PM | Show all posts

Balas #8 juliet80\ catat

A'ah citer dia before this iem follow...

x tahan nk tunggu abis kat sini... iem g cr kat teratak sana...

heheheh
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 01:26 PM | Show all posts
best best...nak ikut iem gi teratak arjuna gak
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 02:26 PM | Show all posts
bestlah arjuna ...sambunglah lagi cepat....
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 02:35 PM | Show all posts
wah..citer baru mesti gempak gak ni mcm citer2 sebelum ni.... jgn lupa update2 selalu ye..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 03:01 PM | Show all posts
  pmulaan yg best... nti sambung lg......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2008 03:03 PM | Show all posts
timakasih semua
rasa pressure plak ramai yg puji
kalau citer ni tak best jgn marah yaaa
.......................................................................................

" FUYAH!! Tak habis lagi mengemas pakaian? Cepatlah sikit. Dah lama Uncle Farid tunggu " laung Mak Yan sambil meninjau ke dalam rumah. Anak dara seorang  ni memang degil. Semua pakai sedap kepala dia saja. Kesian adik ipar aku. Tak pernah agaknya Datuk Farid,seorang pegawai tinggi kerajaan  kena tunggu orang lain kecuali kalau yang di tunggu itu berpangkat Menteri. Lawan towkay betul si Fuyah ni!

Fauziah bergegas keluar dari bilik sambil  menjinjit  beg besar.
" Sorry, Uncle Farid. Banyak sangat barang, kena susun balik. Kalau tak, tak muat dalam beg. " Fauziah memberi alasan sambil tersengih. Pak Rahim, pemandu Datuk Farid pantas mencapai beg di tangannya. But kereta sarat dengan beg Fauziah dan buah rambutan dari dusun Pak Fadzil.

" Amboi, besarnya beg. Kalah orang nak pergi Haji" Pak Fadzil menyakat anak nya.

" Iishhh abah ni... orang bawa baju lebih sikit pun nak marah. Nanti kalau tak cukup baju, orang kena beli kat KL. Abah dengan mak juga yang bising. Kata Fuyah boros lah, membazir lah" bidas Fauziah dengan mulut muncung.

" Abang dengan Kak Yan jangan risau. Kalau tak cukup baju, Fuyah boleh pinjam baju  Farah. Baju Farah berlambak kat rumah. Dia tinggalkan saja masa pergi UK dulu. " kata Datuk Farid.

Mak dan Abah Fauziah bertukar pandangan terbayangkan baju anak saudara mereka yang tak semenggah.  Baju Farah, anak tunggal Datuk Farid sama saiz dengan baju  budak 8 tahun. Ketat ya amat , senteng sampai nampak perut. Jeans yang di pakai Farah  menayangkan pusatnya, macam nak terlondeh..... Nauzubillah , bisik hati mereka serentak.

"Mak, Abah. Fuyah pergi dulu. Abah jangan lupa makan ubat dan jangan buat kerja berat. Mak, tolong sound sikit kat Abah kalau dia degil" kata Fauziah sambil tersenyum. Saja buat lawak supaya tak sedih sangat. "Kirim salam kat Kak Long, Abang Man, Wani dengan Mak Cik Zaidah. "

Setelah mencium tangan ibubapanya, Fauziah melemparkan pandangan pada rumah jirannya. Sunyi sepi. Sebaik saja pertunangan Acap dengan Wani langsai , Mak Cik Zaidah terus ke rumah anak perempuannya  Kak Jihan. Nak berehat sebab letih dengan persiapan pertunangan , katanya. Menurut Mak Cik Zaidah, Acap terus bekerja dengan Petronas sebaik saja tamat pengajian di Australia. Acap tu walaupun perangai macam setan tapi otak bergeliga. Dia asyik ponteng, suka tidur dalam kelas, tapi dapat 10 A.Tak aci sungguh! Terbayang wajah Acap yang tersengih girang setiap kali berjaya "mengenakan" nya. Tak lama lagi jadi adik ipar aku .... siap kau Acap!

" Acap dengan abang dia  Ajib tinggal di  Ampang. Tapi Mak lupa nak minta alamat dengan nombor telefon dia orang. Nantilah, kalau Mak jumpa Mak Cik Zaidah, Mak minta. Katanya Acap balik dari Jerman dua minggu lagi. Pergilah jumpa kalau ada masa. Nak jadi saudara awak juga tak lama lagi. "

"Tengoklah macam mana. KL tu besar, Mak. Susah nak cari tempat kalau tak biasa" jawab Fauziah. Eeee..malas nya aku nak jumpa si Acap. Namun ada juga rasa ingin tahu yang memalu tangkai hatinya. Macam mana lah rupa si Acap sekarang sampai menjadi jejaka terhangat di pasaran kampung ini.

" Fuyah, jaga diri baik baik kat sana.  Jangan tinggal solat. Kerja elok elok  di tempat kerja tu. Jangan malukan Uncle Farid yang tolong recommend awak. " pesan Pak Fadzil sedikit sebak. Baru saja rasanya Fauziah balik ke kampung setelah 3 tahun di US. Sekarang dah nak pergi bekerja di Kuala Lumpur pula. Tak puas lagi lepaskan rindu dengan anaknya yang becok ni.

" Jangan risau, Abang , Kak Yan. Saya dengan Rose akan tengok tengokkan Fuyah. Kita pergi dulu. Assalamualaikum."  kata Datuk Farid. Fauziah melambai hingga kelibat kedua orang tua nya sudah tidak kelihatan. Walaupun teruja nak memulakan alam pekerjaan, rasa sayu nak meninggalkan kampung dan pangkuan keluarga. Lebih lebih lagi tak dapat merasa masakan  emak yang enak hingga menjilat siku. Tapi Simpang Pulai dengan KL bukannya jauh sangat. Sebulan sekali  aku baliklah... no hal punya, dia meredakan resah di hati.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2008 03:13 PM | Show all posts
Bab 3

" Assalamualaikum. Apa khabar Auntie Rose? Auntie nampak makin muda lah. Hairstyle Auntie ni lawa"  Fauziah memuji ibu saudaranya sebaik saja wanita berusia awal 50an itu membuka pintu.

Senyuman Datin Roslina melebar mendengar kata kata Fauziah , hatinya kembang  walaupun hakikatnya dia tidak begitu suka kaum kerabat suaminya . Orang kampung yang kolot. Tak macam keluarga nya yang memang asal orang KL. Tapi si Fauziah ni pandai ambil hati. Rupa pun boleh tahan cantik cuma malas bergaya.

" Auntie sihat. Apa khabar your family? Macam mana pertunangan Wani kelmarin? " Datin Roselina berbasa basi. Bibirnya menipis bila melihat beg besar yang di bawa Fauziah. Berapa lama budak ni nak menumpang di sini?

" Semua okay. Mak dan Abah kirim salam kat Auntie.  Fuyah  letak beg dulu ya" Fauziah bukan tak tahu yang Auntie Rose tak suka kehadirannya. Ala... jangan takutlah, aku pun bukan nak duduk lama disini. Tak selesa. Macam duduk dalam kedai perabot dan kristal. Silap pusing habis berkecai  perhiasan yang memenuhi setiap ruang. Sarat bebenor.

Lagi satu perkara yang membuat Datin Roselina geram.. Fuyah... kampung sangat bunyi nya. Tak ada panggilan lain kah? Panggillah Fuzi ker, Jee ker, Ogy ker.  Ni tidak... FUYAH. Sedap lagi nama orang gaji aku, si Bibik Sutri.

" Bestnya!" Fauziah merebahkan diri ke atas katil Queen size dalam bilik tetamu yang luas. Tilam empuk dengan aircon yang dingin membuat matanya berat. Fauziah melingkar macam ular sawa kekenyangan.

Fikiran nya menerawang. Dia cukup berterimakasih pada Uncle Farid kerana mendapatkannya kerja di Tapis Engineering , syarikat kepunyaan  anak Datuk Shahrin, kawan rapatnya. Kalau tidak, entah berapa lama lagi aku menganggur. Dia juga pernah mendengar cerita yang Datin Roselina ingin menjodohkan Farah dengan bakal boss nya walaupun Farah tak berkenan langsung dengan si Uzir.  Pelik lah orang kaya ni.... dah zaman internet dan 3G pun nak cari jodoh anak. Yang kaya mesti kawin dengan orang kaya juga. Apa apa jer lah, tak ada kena mengena dengan aku..... matanya makin berat.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 03:15 PM | Show all posts
aku rase kan kt kl nanti mesti si acap dgn fuyah jumpe then diorg jatuh chenta, pehtu si adik tu plak makan hati....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2008 03:22 PM | Show all posts
best...
nanti letak n3 lagi k...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 03:35 PM | Show all posts

Balas #14 sang_arjuna\ catat

Weh ...tahniah ada cite baru....intro yg menarik
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 03:43 PM | Show all posts
best ...  best ...      n3  le   lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2008 03:44 PM | Show all posts
Selesai makan malam bersama Uncle Farid dan Auntie Rose, Fauziah membantu Bibik Sutri di dapur.
" Sudahlah itu Non. Biar Bibik saja kemas. Tamu seharusnya duduk di depan" tegur Bibik Sutri sebaik saja Fauziah habis membilas pinggan mangkuk.
" Takpelah Bik. Saya bukan tetamu pun.  Saya kan selalu ke sini? " tingkah Fauziah sambil mencapai tuala untuk mengeringkan bekas yang telah di cuci.
" Fuyah, jomlah duduk kat luar. Kita makan rambutan" ajak Datuk Farid

Fauziah mengambil tempat duduk di verandah. Dari rumah yang terletak di Bukit Idaman ,  panorama bandaraya Kuala Lumpur kelihatan indah di terangi  lampu bergemerlapan.Bagai bersaing dengan langit yang bertebaran dengan bintang. Malam yang cantik berseri.
" Fuyah mula kerja hari Isnin kan? Besok nak buat apa? " tanya Datuk Farid
" Emm.. Fuyah nak pergi tengok rumah sewa dengan kawan Fuyah,  Alia. Dia kata ada bilik kosong di rumah yang dia tinggal sekarang. Tak jauh dari sini. Di Setiawangsa. " balas nya.  Alia rakan karibnya yang satu university di US.
" Kenapa tak tinggal terus di sini saja, Fuyah?   Ofis awak  tu bukan jauh sangat dari sini. Tak payah naik bas. Pak Rahim boleh hantar. " pintas Datuk Farid. Bibir Datin Roselina menipis bila mendengar pelawaan suaminya. Suka sangat manjakan anak buahnya tu!
" Ala... bagi lah chance Fuyah berdikari. Fuyah nak jugak rasa single girl's life." gurau Fauziah .  Dia meneguk teh panas yang di hidangkan Bibik kemudian mengupas sebiji rambutan. Rambutan dari kebun abah memang sedap; manis dan lekang. Isinya tak tersekat di celah gigi macam sesetengah spesis.
" Kalau Fuyah tak seronok tinggal di rumah sewa tu, bila bila masa boleh balik duduk sini. Taklah sunyi sangat rumah ni " pelawa Datuk Farid. Anak tunggalnya Farah masih di UK. Macam tak nak balik jer anak aku tu.
Fauziah mengangguk. Terharu rasanya. Budi Uncle Farid pada keluarganya memang tak terbalas.
" I rasa peninglah. Panas makan rambutan kot" Datin Roselina mengadu sambil memicit dahi. Rimas dengan perbualan suami nya dengan anak buahnya seorang tu. Biarlah budak tu duduk sendiri, dengus nya.
"Uncle dengan Auntie nak naik dulu.  Oh ya, drebar Datuk Shahrin nak datang kejap lagi untuk pulangkan kunci apartment di Port Dickson. Fuyah tunggu dia datang ya.  " pinta Datuk Farid.
" Jangan lupa kunci pintu dan grill." Datin Roselina memberi arahan sebelum dia dan Datuk Farid beredar ke atas.

Fauziah mengelamun sambil menikmati bayu malam yang nyaman. Apa agaknya Mak , Abah dan Wani tengah buat sekarang? Apa juadah Mak masak untuk makan malam tadi? Rindu rasanya. Issk...isskk.. baru berapa jam aku tinggalkan kampung, dah homesick? Sungguhlah mengada ngada.

Cahaya lampu kereta yang menyilau membuat dia tersentak.
" Siapa tu? Nampak macam kereta Mercedes. Mesti kereta Datuk Shahrin" Fauziah memincingkan mata. Bunyi hon  yang kuat menyakitkan telinga. Dia terus menekan butang di tepi pintu untuk membuka pintu gate automatik. Kereta Mercedes CLK Kompressor meluru masuk. Seorang lelaki muda turun dari tempat pemandu.
" Assalamualaikum" Fauziah memberi salam pada lelaki yang memandangnya macam alien. Apahal? Aku tumbuh tanduk ke? Hensem juga mamat drebar ni walaupun pakai T shirt, seluar Bermuda  dan berselipar. Muka iras Zizan Nin. Bibir Fauziah dengan automatis mengukir senyuman.
" Walaikumsalam. Siapa awak?" Tiada berbasa basi, tanpa senyuman.
" Er....masuklah dulu" pelawa Fauziah dengan kekok.  Gerun tengok muka lelaki yang tak reti senyum ini. Drebar yang berlagak mengalahkan boss! Tak sedar diri!
" Siapa awak? " ulanginya.  Dahinya berkerut seperti cuba menebak siapa gerangan gadis ini. Nak kata pembantu rumah, gaya cakapnya tak ada lenggok Indonesia. Pakai pyjama bermotif kartun Tweety bird, rambut tocang dua. Perasan comel lah tu...
Berdesing telinga Fauziah mendengar soalannya. Eee...mamat ni. Datang rumah orang, bersopan lah sikit.
" Siapa nak tahu?" balasnya. Tiada lagi senyuman yang di tempek di mukanya.
Muka lelaki itu berubah serta merta. Terkedu. Matanya membulat. Kurang asam punya minah! Dia mendegus. Takkan tak kenal aku? One of KL's most eligible bachelor. Sah ! Minah ni mesti baru turun dari tongkang.
" Awak kenal tak siapa saya?" soalnya dengan angkuh.
Fauziah menggeleng." Maaf , saya tak dapat nak tolong. Awak hilang ingatan kah? Kalau awak tak kenal siapa diri sendiri, saya pun  tak kenal. Pergilah ke balai polis, mana tahu kot kot ada orang buat missing person report." Katanya dengan muka tak beriak. Lawak antarabangsa tak?
Lelaki itu tiba tiba tertawa besar. Kena sebijik aku.... Pandai pula minah ni .
Fauziah tidak mengendahkan nya. Dengan selamba dia mengemas meja, mengaup kulit dan biji rambutan ke dalam dulang, menyusun  cawan teh.  Gasaklah! Berdirilah kat situ, gelak sorang sorang. Mental kot drebar ni! Aku tak kuasa nak layan.
"Bagi ini kat tuan rumah awak. Cakap yang Datuk Shahrin kirim salam." tegas lelaki itu sambil meletak segugus kunci  atas meja sebelum melangkah pergi tanpa pamitan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 03:52 AM GMT+8 , Processed in 0.044336 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list