View: 2342|Reply: 11
|
Terkejut Dingin ke final AJL
[Copy link]
|
|
Terkejut Dingin ke final AJLOleh Serimah Mohd Sallehuddin
[email protected]
ZIANA sudah 17 tahun bergelar anak seni.
| Ziana Zain bersyukur, anggap rezeki komposernya Azlan Abu Hassan
ENAM tahun tidak mewarnai Anugerah Juara Lagu (AJL) setelah kemenangan Menadah Gerimis pada 2002, kerinduan peminat penyanyi hitam manis Ziana Zain bakal terubat apabila pengumuman mengejut Separuh Akhir Muzik-Muzik dibuat, Jumaat lalu dengan kemaraan Dingin lagu ciptaan Azlan Abu Hassan ke peringkat akhir.
Hanya lafaz kesyukuran mampu diucapkan, tidak lebih dari itu mampu dilakukan penyanyi berpengalaman ini tatkala hos Muzik-Muzik, Faizal Ismail dan Cheryl Samad mengumumkan berita itu.
Kekecewaan peminat setianya yang menangis dek kegagalan lagu Dingin mara ke peringkat akhir ketika Separuh Akhir Balada lebih seminggu lalu terubat. Bagi penyanyi itu sendiri, istilah kecewa tiada dalam kamus hidupnya. Malah dia dan adiknya, Anuar menerima keputusan itu dengan hati terbuka.
Bagi Ziana, kegagalan mara ke peringkat akhir bukan penamat kepada kerjaya seni yang dibina bertahun lamanya. Prinsip penyanyi berusia 40 tahun itu cukup mudah, di sebalik setiap kejadian itu pasti tersembunyi hikmah di sebaliknya. Namun, apabila diumumkan bakal beraksi di gelanggang yang sudah lama ditinggalkan, Ziana menganggap kejayaan itu adalah milik komposernya Azlan.
Namun, hatinya tetap girang menerima keputusan itu memandangkan di antara sekian ramai penyanyi yang berjaya ke final, dialah penyanyi paling senior.
“Ketika menerima berita itu, saya terkejut dan tidak sangka tapi saya anggap ini rezeki Azlan. Mungkin juri dan pihak TV3 mempunyai alasan kenapa mereka memilih lagu ini. Saya sangkakan pengumuman yang dibuat adalah mengenai penambahan lagu untuk kategori Pop Rock tetapi apabila diumumkan Dingin berjaya, tentulah saya bersyukur dan ini juga adalah rezeki peminat yang banyak menyokong.
“Sebagai penyanyi yang sudah lama tidak beraksi di pentas AJL, saya bangga kerana dalam usia 40-an, saya masih lagi diperlukan dan masih mampu berdiri di samping penyanyi baru. Walaupun paling senior, saya tidak rasakan diri saya bagus tetapi saya melihat banyak juga penyanyi baru memiliki suara yang bagus. Malah, saya tidak malu untuk mengatakan ada juga ilmu yang saya timba dari mereka. Bagi saya, setiap hari adalah proses pembelajaran,” kata penyanyi itu.
Pengumuman kegagalan Dingin menembusi tembok separuh akhir tempoh hari, seperti diberitahu Ziana, langsung tidak mengecewakannya. Ibu kepada dua cahaya mata Muhammad Aiman, 8, dan Muhammad Ammar, 5, ternyata seorang yang cukup positif, barangkali pengalaman dikutip sepanjang 17 tahun bergelar anak seni mematangkan dirinya.
Kata Ziana, dia pernah melalui saat kegemilangan itu apabila dua buah lagunya Puncak Kasih (1998) dan Menadah Gerimis (2002) pernah dijulang lagu terbaik kategori Balada. Lalu, apabila diumumkan gagal mara ke peringkat akhir Ziana reda menerima keputusan itu.
Katanya, setiap penyanyi pasti akan melalui detik yang pernah dilaluinya. Apabila Dingin kecundang, Ziana menganggap mungkin ini bukan lagi zamannya.
“Jujur saya langsung tidak kecewa. Saya sudah berada di tahap lain, di mana saya pernah melalui apa yang sedang dilalui penyanyi baru. Orang yang mudah merasa kecewa adalah orang yang sentiasa merasakan dirinya terbaik. Saya adalah jenis manusia yang sentiasa bersyukur dengan segala yang ditentukan-Nya tidak kira baik mahupun buruk.
“Saya selalu percaya, dalam hidup kita perlu sentiasa menerima sesuatu yang tidak kita jangkakan. Saya tidak kisah sekiranya ada yang akan berkata pemilihan Dingin dibuat atas dasar simpati kerana saya menganggap ini sebagai rezeki. Kuasa itu datang daripada-Nya, kalau dia nak ubah, dia akan ubah.
“Saya juga tidak menganggap kehadiran penyanyi baru sebagai ancaman untuk kerjaya saya. Saya sentiasa berdoa kepada Tuhan supaya bersihkan hati dan tidak mudah berasa iri hati dengan kehadiran orang baru kerana kehadiran mereka ini sebenarnya memberi semangat untuk saya memberikan yang terbaik,” katanya yang akan menumpukan kepada vokal.
Penyanyi yang meluncurkan album pertama Madah Berhelah pada 1991, berharap kesihatannya berada dalam keadaan baik ketika peringkat akhir AJL 23 yang bakal berlangsung Januari nanti. Biarpun sudah lama tidak muncul di dalam pertandingan berprestij itu, Ziana berkata dia harus bersikap profesional dan menganggap pertandingan itu hanyalah sebuah persembahan biasa supaya konsentrasinya tidak terganggu pada hari berkenaan.
Kecewa karya komposer tempatan dianggap sampah
LUAH penyanyi itu, dia berasa kecewa apabila orang kita tidak menghargai karya komposer tempatan. Kata Ziana, mereka wajar dihargai setelah bersusah payah memerah otak untuk berkarya.
Karya komposer tempatan yang sering dianggap sampah menyebabkan hati penyanyi itu benar-benar tersinggung. Apa lagi apabila ada yang mempertikaikan kenapa penyanyi tergamak menyanyikan lagu ‘sampah’.
“Saya tersinggung apabila ada yang mempertikaikan kenapa penyanyi sanggup menyanyikan lagu sampah. Kenapa orang kita suka mengagungkan orang luar sedangkan karya mereka pun jika dihayati tidaklah sehebat mana?
“Cuba mereka sendiri menghasilkan lagu. Apakah mereka mampu buat dan hasilkan lagu seperti komposer tempatan kita. Kalau bukan kita yang mengangkat komposer kita, siapa lagi yang akan mengangkat mereka?” kata penyanyi itu penuh emosi.
Tunda album tahun depan
KEADAAN semasa industri muzik menyebabkan Ziana terpaksa menangguhkan hasratnya untuk meluncurkan album terbaru. Albumnya yang dijadualkan menemui peminat Jun lalu terpaksa ditangguh dan kemungkinan di tunda ke tahun hadapan.
Penyanyi itu berkata, dia lebih senang menghasilkan single kerana mengikut keadaan semasa dunia hiburan. Bagaimanapun, hasrat untuk menghasilkan album tidak pernah padam.
Seseorang penyanyi katanya, perlu berani memperjudikan nasib menghasilkan album untuk memastikan industri muzik negara terus bertahan. Ada atau tidak pulangan daripada album yang dihasilkan bukanlah faktor utama kerana penyanyi masih lagi boleh bergantung kepada wang persembahan.
“Buat masa ini saya lebih senang tumpukan pada penghasilan single atau digital saja. Saya akan tetap keluar dengan album juga tetapi apabila masanya, masih belum dapat saya pastikan. Namun yang pasti, saya akan tetap keluarkan. Jika penyanyi takut untuk hasilkan album, apa akan jadi kepada industri muzik kita?” katanya.
FAKTA: Ziana Zain
Nama sebenar Ziana Zain ialah Siti Roziana Zain, dilahirkan pada tanggal 2 Mei 1968 di Merlimau Melaka.
Hadir dengan album pertama berjudul Madah Berhela pada 1991. Kehadiran album berkenaan mendapat sambutan amat menggalakkan.
Album kedua penyanyi itu keluar dua tahun kemudian menggunakan namanya sebagai tajuk.
Pada 1995, Ziana meledak dengan l Setiaku Di Sini yang berjaya terjual sehingga 180,000 unit. Album berkenaan antara album yang mencatat jualan terbaik pada tahun itu.
Mendirikan rumah tangga dengan Ketua Pramugara Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), Armin Zaharin pada 10 Mei 1998.
[ Last edited by haq89 at 15-12-2008 04:44 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
perlu ke bnyk2 thread psl ni? |
|
|
|
|
|
|
|
ziana zain ni betul2 down to earth person..thats why aku minat dia dr 1994 samapi la sekarang ni aku dah besor... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 haq89's post
Naru bru abis bca... tQ haq...
Semoga ZZ sentiasa sihat & dpt mbawakan lagu berkenaan dgn baik... |
|
|
|
|
|
|
|
wish u luck kak ziana!!!:victory:
abaikan jer apa org nk ckp..dah rezeki akak....
do da best utk fans akak ziana yang melets... |
|
|
|
|
|
|
|
wlau ape pn berlaku, ziana x putus2 brterima kasih kat pemnat2......... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau menang vokal atau persembahan..itu plak adalah rezki ZZ |
|
|
|
|
|
|
|
ZZ memang selalu merendah diri |
|
|
|
|
|
|
| |
|