|
Kejutan Ziana Zain
Oleh Rudy Imran Shamsudin
[email protected]
SHAH ALAM: Kejutan yang mengelirukan apabila lagu nyanyian Ziana Zain, Dingin diumumkan layak ke peringkat akhir Juara Lagu pada malam pertandingan Separuh Akhir Muzik-Muzik bagi kategori Pop Rock yang berlangsung di Pentas 2, Plaza Alam Sentral di sini, semalam.
Lagu ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik ditulis Azelea yang dipertandingkan dalam kategori balada itu diumumkan layak berdasarkan perbincangan dilakukan pihak penganjur, TV3 dan juri, selepas kuota lagu ditambah kepada 14 untuk Juara Lagu musim ini dan dijadualkan berlangsung pada 18 Januari depan.
Selepas keputusan dibuat, juri terdiri daripada komposer, Fauzi Marzuki, Yassin Sulaiman, Johan Nawawi, penulis lirik, Ahmad Omar, Pengarang Hiburan Harian Metro, Adam Salleh dan Pengurus Besar Pengisian dan Kandungan Primeworks Studio Sdn Bhd, Azhar Borhan merangkap ketua juri, membuat kesimpulan lagu dendangan Ziana itu layak kerana kategori Balada menampilkan lagu lebih berkualiti berbanding kategori lain.
揔ejutan ini dibuat pihak penganjur dan saya tidak boleh menerangkan lebih lanjut mengenainya. Bagaimanapun, atas kapasiti ketua juri, saya memanggil semula juri untuk menilai kembali semua lagu dipertandingkan dan ternyata Dingin mempunyai kelebihan dan markah diperoleh tidak banyak beza dengan lagu kelima terpilih dalam kategori sama.
揑ngin saya perjelaskan pemilihan lagu Dingin juga bukan atas dasar desakan yang dibuat penonton setia rancangan Muzik-Muzik yang mahukan penyanyi itu kembali memeriahkan pentas Juara Lagu, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ntah pape juri, siap ckp lg, pemilihan dingin bkn atas desakan peminat. padahal malu n kecut perut kne maki ngan forumer cari |
|
|
|
|
|
|
|
juri tiada pendirian...ini ke juri di Malaysia...membuatkan aku tidak mempercayai lagi keputusan juri... |
|
|
|
|
|
|
|
errrrrrrrr!
kalau begitulah serperti yg dikata..
nampaklah juri2 mcm tak berkaliber langsung.... Ada yg ala-ala 'bidan terjun!'
Erti kata lain, berdasarkan penilaian MEREKA memang tepatlah (ketidakarifan MerekA) & layaklah dipertikaikan keputusan sewaktu semi final ktegori Balada tuh!!!
TOLONGLAH tv3 WAKTU FINAL NANTI.... GANTILAH DENGAN JURI YANG LEBIH ARIF DLM BIDANG YG SEBENAR, PROFESIONAL & PUNYA NAMA YG TIDAK DAPAT DIPERTIKAIKAN... (BUkan juri chop 'lada')
DAN SEBAGAI PENGAJARAN UTK JUARA2 LAGU AKAN DATANG.... TV3 SEPATUTNYA BELAJAR DARIPADA 'KESILAPAN' INI....
P.s: Saya tak kisah jika Dingin atau apa2 lagu tak masuk final KALAU lagu2 yg berjaya ITU lebih kuat & bernilai seni, menepati ciri2 balada yg sebenar......... :kant:
[ Last edited by Naru at 15-12-2008 02:36 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
hahahahahah
tv3 kan juri sebenarnya
nk ckp apa.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|