CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 16219|Reply: 41

Sukan Universiti Asean XIV : Latest - Malaysia Juara

[Copy link]
Post time 12-12-2008 07:23 AM | Show all posts |Read mode



Gelaran juara buruan Malaysia


TIMBALAN Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Harun dengan diiringi Alias (kiri)
bersalaman dengan atlet negara pada majlis penyerahan Jalur Gemilang baru-baru ini.



KONTINJEN negara meletakkan sasaran untuk meraih sekurang-kurangnya 100 pingat emas pada temasya Sukan Universiti Asean (SUA) XIV yang membuka tirainya semalam.

Ketua kontinjen negara, Datuk Prof. Alias Mohd. Noor berkata, sasaran itu mampu dicapai berdasarkan semangat tinggi atlet negara yang menyertai temasya dwitahunan itu.

"Melihat pada perkembangan atlet-atlet negara sehingga saat ini, saya yakin kita mampu meraih sekurang-kurangnya 100 pingat emas pada temasya ini.

"Kita memiliki kelebihan kerana beraksi di tempat sendiri dan atlet negara telah sebati dengan gelanggang-gelanggang yang disediakan selain latihan yang telah dijalankan sejak setahun lalu," kata Alias ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Alias berkata, sekiranya sasaran itu dapat direalisasikan, ia secara tidak langsung memberi peluang kepada kontinjen negara untuk muncul juara keseluruhan pada temasya kali ini.

"Pencapaian terbaik negara setakat ini ialah dengan menduduki tempat keempat pada temasya 2004 di Surabaya dan 2006 di Hanoi.

"Sekiranya kita dapat mengumpul 100 pingat emas gelaran juara sememangnya milik kita dan bagi saya, tambahan sebanyak 14 acara sukan pada temasya kali ini secara tidak langsung memberi laluan mudah untuk atlet negara," ujar Alias.


Alias menambah, antara acara sukan yang menampakkan prospek meraih pingat pada temasya berprestij itu ialah bola sepak, taekwando, bola jaring, tenpin boling, boling padang dan ragbi.

"Seperti yang saya katakan tadi, kita ada banyak kelebihan dan ia boleh digunakan sebaik mungkin dalam acara-acara yang kita telah cadangkan bagi saingan 2008. Antaranya acara sukan tempur (taekwondo, pencak silat dan karate).

"Ragbi juga adalah salah satu sukan yang dicadangkan kerana kita mempunyai barisan pemain yang kuat meskipun mendapat tentangan daripada beberapa buah negara sehingga kita terpaksa memujuk mereka untuk menghantar pasukan," jelas Alias.

Ditanya mengenai harapan buat atlet negara, Alias berkata: "Dengan semua persediaan yang telah dilakukan, disiplin yang tinggi, saya harap kita mampu bergelar juara.

"Kepada atlet-atlet negara, berikan yang terbaik kerana prestasi anda adalah kebanggaan negara."

Malaysia merupakan kontinjen terbesar yang beraksi bagi temasya kali ini dengan menampilkan 400 atlet dan 98 pegawai.

Selain Malaysia selaku tuan rumah turut bersaing pada ialah Thailand, Singapura, Indonesia, Filipina, Vietnam, Brunei, Timor Leste, Laos dan Kemboja.

*******************************************************************************


all the best to malaysian athletes -


[ Last edited by  dexa at 21-12-2008 09:52 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-12-2008 07:26 AM | Show all posts



Tiga emas jadi sasaran



Lee Wei


DENGAN diperkuat seorang pemain kebangsaan dan tiga pemain pelapis, skuad ping pong negara menyasarkan tiga pingat emas pada Sukan Universiti Asean (SUA) XIV yang akan bermula di Dewan Gemilang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini.


Pengurus pasukan, Faizallah Mamat berkata, skuad negara akan menurunkan pemain kebangsaan yang pernah beraksi pada Sukan SEA di Korat tahun lepas, Beh Lee Wei manakala tiga pemain pelapis adalah Chiu Soo Jin, Ng Sock Khin dan Koh Moh Seng.

"Malaysia menghantar 10 pemain pada temasya ini. Lima lelaki dan lima wanita.

"Satu emas disasarkan melalui acara perseorangan wanita, sama ada melalui Soo Jin atau Sock Khin," katanya semalam.

Moh Seng pula menjadi sandaran negara untuk meraih emas daripada acara perseorangan lelaki.

Mengenai Lee Wei, Faizallah berkata, pemain terbabit mengalami kecederaan di bahu sejak awal tahun ini dan hanya mengambil bahagian dalam acara berpasukan wanita.

Pemain-pemain negara yang lain terdiri daripada atlet siswazah yang dipilih daripada Kejohanan Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum).

Hanya lima negara yang mengambil bahagian dalam acara ping pong yang menawarkan keseluruhan tujuh pingat emas bagi acara lelaki dan wanita iaitu Vietnam, Singapura, Thailand, Indonesia dan Malaysia.

Pada edisi di Vietnam dua tahun lepas, Malaysia hanya memperoleh satu pingat gangsa menerusi acara perseorangan lelaki.


*******************************************************************************

hopefully - team malaysia gunakan sepenuhnya advantage sebagai host dalam
sukan universiti asean ni  dan dapat tunjukkan prestasi cemerlang -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2008 07:35 AM | Show all posts


Vietnam tetap anggap Malaysia pilihan juara


SEBAHAGIAN atlet Vietnam dan Laos yang menyertai SUA XIV bergambar
kenang-kenangan pada majlis pelancaran perkampungan sukan temasya
berkenaan Rabu lalu.


JUARA bertahan, Vietnam beranggapan Malaysia selaku tuan rumah, memiliki kelebihan untuk muncul juara keseluruhan temasya Sukan Universiti Asean (SUA) XIV yang bermula semalam.


Bagaimanapun Vietnam tetap akan pulang dengan rasa bangga jika mereka berjaya menempatkan diri dalam kelompok tiga kontinjen terbaik pada temasya kali ini.

Ketua kontinjen Vietnam, Ngu Duy Anh berkata, agak mustahil untuk kontinjennya mempertahankan kejuaraan selepas mereka hanya menampilkan 116 atlet yang akan menyertai 11 acara sukan.

"Sasaran kami ialah untuk merangkul antara 30 dan 40 pingat emas di Kuala Lumpur dan menjadi antara tiga pasukan teratas daripada segi pungutan pingat," katanya semalam.

Anh berkata, Vietnam akan mengambil bahagian dalam olahraga, menembak, memanah, renang, ping pong, bola sepak, bola tampar, bola tampar pantai, taekwondo, karate dan silat.

Pada temasya di Hanoi dua tahun lepas, Vietnam muncul juara keseluruhan dengan memenangi 74 emas, 52 perak dan 37 gangsa manakala Malaysia keempat, di belakang Thailand dan Indonesia selepas memungut tujuh emas, 19 perak dan 37 gangsa.


Duy Anh meramalkan sebahagian besar daripada pingat emas Vietnam akan diperoleh daripada olahraga, menembak dan ping pong.

Beliau berkata, kontinjennya turut diperkuatkan oleh lapan atlet yang menyertai Sukan SEA di Korat, Thailand tahun lepas.

"Enam daripada mereka daripada acara olahraga manakala bola tampar pantai dan ping-pong masing-masing mempunyai seorang atlet Sukan SEA.

"Kami berharap atlet Sukan SEA akan memberikan kami pingat emas yang sangat diperlukan itu memandangkan kami hanya menyertai 11 sukan, daripada 22 sukan yang ditawarkan dalam temasya ini," katanya.

Beliau berkata, atlet terbaik Vietnam pada temasya SUA mungkin mempunyai peluang untuk dipilih menyertai Sukan SEA di Laos, tahun depan.


************************************************************************************

kiranya m'sia vs vietnam nanti... dah la kalah masa suzuki cup - harap2 kalau dapat kalahkan
dalam sukan university asean ni.. dapat juga tebus malu kalah bola few days ago -
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2008 03:15 AM | Show all posts
swimming diaorg buat kat mana?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2008 08:49 AM | Show all posts
Originally posted by karambunai at 14-12-2008 03:15 AM
swimming diaorg buat kat mana?



kat bukit jalil  la karam... -
tak jauh mana tu -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2008 08:50 AM | Show all posts

Sukan University Asean 2008

TEAM : THAILAND, SINGAPORE, MALAYSIA, INDONESIA

Venue : MABA Arena, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur


Date..............Time.............. ....Match..........

11 Dec
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2008 08:55 AM | Show all posts

Sukan Universiti ASEAN 2008

Malaysia menjadi tuan rumah bagi kejohanan Sukan Universiti ASEAN 2008 (ASEAN University Games 2008) edisi ke-14 yang sedang berlangsung, iaitu dari 11 - 21 Disember 2008. Edisi kali ini merupakan kali ketiga diadakan di Malaysia. Malaysia pernah menjadi tuan rumah pada tahun 1984 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan pada tahun 1993 di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Lokasi kali ini merupakan di sekitar Kuala Lumpur, iaitu menggabungkan beberapa venue di beberapa universiti di Lembah Klang.

Sebanyak 10 negara ASEAN menyertainya kecuali Myanmar. Ada sumber memberitahu bahawa Myanmar tidak dapat menghantar kontijennya kerana mengalami masalah kewangan. Namun, dengan adanya 10 negara seperti Malaysia (498 orang), Singapura (279), Indonesia (273), Filipina (113), Thailand (341), Brunei (25), Laos (28), Kemboja (11), Vietnam (182), dan Timor Leste (61) sudah cukup memeriahkan kejohanan ini yang menyaksikan penyertaan keseluruhan sebanyak 2000 orang termasuk pegawai pengiring.

Sebanyak 22 acara sukan dipertandingkan kepada 10 negara yang terlibat seperti Memanah (Stadium UPM Serdang), Olahraga (Stadium Nasional Bukit Jalil), Badminton (Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras), Bola Keranjang Lelaki (Arena MABA KL), Bola Tampar Pantai (Taman Keluarga, Komplek Sukan Nasional), Bola Sepak (Stadium Petronas dan Stadium Maybank, Bangi), Futsal (Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam), Golf (Kelab Golf Danau UKM Bangi), Hoki (Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil), Karate-do (Dewan Canselor Tun Abdul Razak UKM Bangi), Bowling Padang (Stadium Tertutup Boling Padang Bayuemas), Bola Jaring (Stadium Juara Bukit Kiara), Pencak Silat (Dewan Tunku Canselor UM), Ragbi 7 Sebelah (Stadium UiTM Shah Alam), Sepak Takraw (Kompleks Sukan UiTM Shah Alam), Menembak (Lapang Sasar Menembak Nasional, Subang), Skuasy (Kompleks Skuasy UKM Bangi), Renang (Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil), Ping Pong (Dewan Gemilang UKM Bangi), Taekwon-do (Stadium Tertutup USIM, Nilai), Tenpin Bowling (Megalanes, Sunway Piramid), dan Bola Tampar (Dewan MBSA, Seksyen 4 Shah Alam).

Berikut merupakan jadual perlawanan yang dpertandingkan:


Untuk maklumat lanjut, sila rujuk ke laman web rasmi AUG Kuala Lumpur 2008. Pembaca juga boleh mendengar lagu tema "Menggapai Bintang" untuk kejohanan AUG kali ini dalam portal webnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2008 08:56 AM | Show all posts



Yakin sapu tiga emas





NAFIIZWAN sandaran untuk meraih pingat emas.


KEHADIRAN pemain No. 3 negara, Mohd. Nafiizwan Mohd. Adnan melonjakkan keyakinan skuad skuasy negara untuk menyapu bersih semua tiga pingat emas yang ditawarkan pada Sukan Universiti Asean (SUA) 2008 yang akan bermula di Kompleks Skuasy Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi, Rabu ini.

Pengurus pasukan, Badri Ghani berkata berdasarkan ranking dunia, pemain negara sebenarnya bukanlah tandingan dua lagi pasukan yang menyertai acara itu iaitu Singapura dan Laos.

"Contohnya, Nafiizwan sendiri yang berada di ranking ke-56 dunia dilihat tidask menghadapi masalah untuk menang. Skuasy juga bukan sukan yang menyerlah bagi negara peserta lain," katanya.

Badri berkata, antara pemain skuad pelapis dalam pasukan negara ialah Mohd. Nafzahizam Mohd Adnan, Siti Munirah Jusuh dan Lim Yoke Wah dan selebihnya terdiri daripada atlet Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum).

Acara skuasy menawarkan tiga emas iaitu lelaki individu, wanita individu dan berpasukan.

Ia merupakan acara baru yang dipertandingkan pada SUA sejak temasya ini diperkenalkan pada 1981.

Sementara itu, koordinator bagi acara skuasy, Abdul Rahim Abdul Majid berkata bagi edisi di Kuala Lumpur ini hanya tiga pasukan yang menghantar wakil iaitu Malaysia, Singapura dan Laos.

"Ketika tarikh akhir pengesahan penyertaan pada Ogos lepas, Filipina dan Brunei turut mengesahkan kehadiran, tetapi dua hari selepas itu kedua-dua negara berkenaan membuat keputusan menarik diri.

"Walaupun hanya tiga negara mengambil bahagian penganjur tetap meneruskan acara ini," katanya.


*************************************************************************************

all the best team malaysia ---
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2008 08:58 AM | Show all posts
Originally posted by dexa at 14-12-2008 08:49 AM

kat bukit jalil  la karam... -
tak jauh mana tu -


dexa dah post dulu pulak

haaaa dexa nak poster AUG 2008 ni tak?

nanti malam kang orang gih 'pinjam' dari roundabout tu .. ada banyak gantung kat tiang2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2008 09:10 AM | Show all posts
Originally posted by naen at 14-12-2008 08:58 AM


dexa dah post dulu pulak

haaaa dexa nak poster AUG 2008 ni tak?

nanti malam kang orang gih 'pinjam' dari roundabout tu .. ada banyak gantung kat tiang2




sure... nanti saya boleh letak poster tu kat  pokok mangga epal depan rumah saya -

pinjam la sangat...  nak gi report polis kat bahagian jenayah di IPK bangunan umno tu -
beritahu ada orang songlap poster kat roundabout dekat stadium malawati tu -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2008 09:14 AM | Show all posts



Shafiq raih emas pertama



SHAFIQ muncul penyumbang emas pertama negara pada SUA 2008.

ATLET pelapis kebangsaan, Mohd. Shafiq Ridhwan Abdul Malek meraih pingat emas pertama untuk kontinjen negara pada Sukan Universiti Asean (SUA) XIV.

Ia diperoleh menerusi perseorangan lelaki acara tenpin boling yang berlangsung di Pyramid Megalanes, Bandar Sunway, Petaling Jaya, semalam.


Shafiq adalah antara atlet taruhan skuad boling negara yang mensasarkan enam daripada 13 pingat emas yang ditawarkan dalam acara tersebut pada SUA kali ini.

Pada aksi semalam, Shafiq beraksi cemerlang dengan melakukan 228, 267, 213, 227, 179 dan 215 untuk mengumpul 1,329 jatuhan pin.

Dia menewaskan atlet Thailand yang meraih pingat perak, Badin Lerdpiriyasakulkit yang mengumpul 1,323 jatuhan pin.

Manakala seorang lagi atlet negara, Johan Jamaluddin yang mengumpul 1,286 jatuhan pin meraih pingat gangsa.

Shafiq berkata, fokus dia pada aksi semalam ialah untuk mengurangkan kesilapan kerana ia akan menjamin kedudukannya untuk menang pingat emas.

揝aya telah melakukan yang terbaik dan sangat gembira apabila meraih pingat emas pertama untuk kontinjen negara,
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2008 09:22 AM | Show all posts
Originally posted by dexa at 14-12-2008 09:10 AM

sure... nanti saya boleh letak poster tu kat  pokok mangga epal depan rumah saya -

pinjam la sangat...  nak gi report polis kat bahagian jenayah di IPK bangunan umno tu -
beritahu ada orang songlap poster kat roundabout dekat stadium malawati tu -


susah payah orang nak gih 'pinjam', dia gantung kat pokok pelam jek .. sheeesshhh!

alaaarrrrrrrr jangan aa bagitaw .. kita dendiam jek udoh aa ..

hari tu frust tak dapek 'pinjam' yg 'kongres ###' nye .. kali ni mesti nak dapek 'pinjam' AUG nye! :pompom:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2008 10:01 AM | Show all posts

Reply #12 naen's post



pinjam buat harta -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2008 07:48 AM | Show all posts




Mudahnya atasi Singapura

Oleh YASMIN RAMAN


LALUAN mudah buat Malaysia.
Itu ungkapan paling tepat buat skuad badminton negara apabila berjaya menewaskan Singapura 5-0 dalam acara berpasukan lelaki pada Sukan Universiti Asean (SUA) XIV semalam.

Pada perlawanan tersebut, Malaysia tidak mendapat tentangan daripada lawan mereka yang begitu mudah untuk diratah.

Bukan mahu cakap besar, tetapi ia terbukti apabila pemain negara tidak perlu mengerah tenaga untuk menjinakkan lawan mereka itu.

Skuad negara turut diperkuatkan oleh pemain pelapis negara, Ariff Latif.

"Semua pemain mempamerkan aksi yang cemerlang dan saya bangga dengan apa yang mereka pamerkan.

"Begitupun, kami tidak boleh terlalu bangga dengan kemenangan ini kerana masih ada lagi perlawanan yang akan diharungi selepas ini," kata jurulatih negara, Rosman Razak.

Malaysia meletakkan sasaran untuk meraih pingat emas dalam acara badminton, tetapi sebelum ia dapat direalisasikan, mereka perlu mengatasi Indonesia terlebih dahulu.

"Sememangnya kita sasar pingat emas dalam acara berpasukan lelaki, tetapi kami perlu menewaskan Indonesia terlebih dahulu pada perlawanan esok (hari ini)," kata Rosman kepada Kosmo! semalam.

Rosman berkata, Indonesia mungkin memiliki kelebihan kerana mereka tidak beraksi semalam selepas lawan mereka, Thailand menarik diri gara-gara kekurangan pemain.

"Indonesia bernasib baik kerana Thailand menarik diri, namun saya yakin pemain negara akan memberi saingan yang sengit.

"Sasaran untuk acara badminton ialah memenangi sekurang-kurangnya tiga pingat emas, dua dalam acara berpasukan dan satu lagi daripada acara individu," ujar Rosman.

Sementara itu pasukan wanita juga turut cemerlang selepas menumpaskan Singapura 5-0 seterusnya menghampiri sasaran memenangi pingat emas.


[ Last edited by  dexa at 15-12-2008 08:54 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2008 08:52 AM | Show all posts

MILIK KAMI .... Pasukan ping pong wanita negara (dari kiri) Beh Lee Fong,
Fun Xiao Jun, Beh Lee Wei, Chiu Soo Jin dan Ng Sock Khim menunjukkan
pingat emas yang dimenangi dalam acara wanita berpasukan pada Sukan
Universiti ASEAN di Bangi, semalam. Pasukan negara berjaya menggondol
pingat tersebut selepas menang percuma 3-0 ke atas Indonesia dalam pusingan robin.
Temasya sukan yang akan berlangsung sehingga 21 Dis ini, menyaksikan 10
negara bertanding bagi merebut 222 pingat emas.
--fotoBERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2008 10:53 AM | Show all posts
np tennis x de? arrghh... kecewanya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2008 02:27 PM | Show all posts

Reply #16 tasyha3's post

dah la tu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2008 11:05 PM | Show all posts
15 Disember, 2008          

Malaysia Kutip Gangsa Acara Berpasangan Sepak Takraw

SHAH ALAM, 15 Dis (Bernama) -- Malaysia sekadar berpasangan mengutip gangsa dalam acara berpasangan sepak takraw yang berlangsung di Kompleks Sukan UiTM Shah Alam di sini hari ini.


Pasangan Mohd Noorhakimi Marzukhi dan Muhammad Redzuan Zainal Abidin, yang menang bergaya 2-0 ke atas Singapura semalam, pagi ini secara tidak disangka tunduk kepada regu dari Indonesia, dan petang ini pula, tumbang kepada pasukan pilihan Thailand 2-0.

Jurulatih pasukan Salim Mohd Yusof berkata pemainnya telah mencuba yang terbaik untuk menang tetapi nasib tidak menyebelahi mereka.

"Kita melakukan kesilapan kecil namun secara keseluruhan kita akan melakukan perubahan untuk acara regu dan berpasukan esok," katanya kepada Bernama.

Berdasarkan peraturan kutipan mata dan kemenangan terbanyak, Thailand layak untul mengungguli emas dalam acara berpasangan selepas memenangi kesemua perlawanan manakala perak menjadi milik Indonesia.

-- BERNAMA


**************************************************************************

dulu malaysia bukan main terror main takraw -
yang ni pun boleh kalah dengan thailand dan Indonesia
sedangkan indonesia dulu mana ada team yang kuat
main takraw --

camana nak dapat gold medal kalau macam ni persembahan
malaysian team ni --- kena cuba betul2 esok --
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2008 11:10 PM | Show all posts
Originally posted by tasyha3 at 15-12-2008 10:53 AM
np tennis x de? arrghh... kecewanya....



tak dipertandingkan -
prolly tak ada quality players  or kena limit games tu
dan tak ada yang ramai nak hantar untuk tennis games -

but lots of many sports yang depa lawan -

malaysia boleh dapat pelapis2 negara dari sukan ni juga -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2008 08:31 AM | Show all posts
Sukan Universiti Asean 2008: Siti Fatimah ratu pecut
Oleh Mohd Fadzrie Hazis


REAKSI Siti Fatimah selepas memenangi saingan 100m, semalam.


Ungguli acara 100m, bantu olahraga raih tiga emas hari pertama

PELARI kebangsaan, Siti Fatimah Mohamad muncul Ratu Pecut Sukan Universiti Asean (SUA) 2008 pada hari pertama acara olahraga yang menyaksikan tiga pingat emas dipungut kontinjen negara di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Selain Siti Fatimah yang menjuarai acara pecut 100 meter wanita, Husin Adi Alifudin (lontar peluru) dan Tan Song Hwa (baling tukul besi) turut cemerlang dalam acara masing-masing.

Siti Fatimah yang juga pelari kebangsaan mencatat 11.77 saat yang juga catatan terbaiknya setakat ini manakala Husin Adi mencatat lontaran sejauh 16.03 meter dan Song Hwa melakukan balingan sejauh 51.43m.

Tiga perak dan satu gangsa turut disumbang menerusi Pang Mei Chin (baling tukul besi), Ahmad Najwan Aqra Hassaim (lompat tinggi), Siti Zubaidah Adabi dan Noor Amira Mohd Nafiah (lompat jauh).

Bagi Siti Fatimah, dia puas hati dengan catatan yang dilakukan semalam kerana ia membolehkannya memperbaiki catatan peribadi terbaiknya � 11.80s di Terbuka MAAU tahun ini.



ATLIT olahraga negara memperaga pingat masing-masing
selepas menamatkan hari pertama acara berkenaan di Stadium
Nasional Bukit Jalil semalam dengan meraih tiga emas, tiga perak
dan satu gangsa pada hari pertama.



Atlit kelahiran Johor itu mengakui prestasinya kini semakin baik, namun tidak pasti sama ada akan beraksi dalam acara lain selepas ini kerana kecederaan hamstring yang dialaminya.

"Saya lega dapat memperbaiki catatan terbaik saya kerana saya tidak menjangka mampu memenangi emas dan hanya yakin mendapat pingat hari ini (semalam).

"Saya mahu beraksi dalam acara 200m dan 4x100m selepas ini, tetapi saya perlu mendapatkan pengesahan daripada pegawai perubatan sama ada saya cukup cergas untuk beraksi," kata Siti Fatimah.

Sementara itu, Husin Adi masih tidak berpuas hati dengan catatan yang dirakam semalam kerana masih gagal memperbaiki catatan terbaiknya- 16.09m.

Atlit yang berasal dari Marang itu turut menegaskan, dia masih perlu memperbaiki beberapa kelemahan untuk memastikan dia mampu beraksi lebih konsisten selepas ini.

"Saya terkilan kerana ketika latihan saya mampu mencatat sekitar 16.67m untuk menyamai rekod kebangsaan. Saya akui masih mempunyai kelemahan daripada segi teknik dan kepantasan ketika melakukan lontaran," kata Husin Adi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 03:26 AM GMT+8 , Processed in 0.228339 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list