View: 2952|Reply: 7
|
mcmana nak dapat sijil yang diiktiraf...
[Copy link]
|
|
saya nak buka kelas mengajar internet kepada golongan dewasa atau siapa2 jelah..., tapi golongan sasaran orang dewasa.
Macammana nak buat sijil yang saya bagi tu diiktiraf atau ada harga bagi mereka yang belajar dengan saya nanti??
Saya dah buka lesen perniagaan enterprise, saya sendiri ada degree in it. Kelas tu nanti takdelah saya nak buka besar-besaran cuma sekadar part time.. ,
Office pun kecil, cuma cukup untuk letak 2 atau 3 komputer je...,
Boleh otai2 business dalam bidang pendidikan bagi idea macammana nak dapat sijil yang diiktiraf dan ada harga??
macamana kalau nanti saya nak tambah subjek.. contoh microsoft office, word, excel dll??
tq.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by soffian_muhd at 3-12-2008 09:10 AM
saya nak buka kelas mengajar internet kepada golongan dewasa atau siapa2 jelah..., tapi golongan sasaran orang dewasa.
Macammana nak buat sijil yang saya bagi tu diiktiraf atau ada harga bagi ...
Maksud pengiktirafan?
Nenek aku pon boleh iktiraf pakai chop mahor dia
Ok, sebenarnya bila nak ada pengiktirafan, kau mustilah sama ada:
1. Kalau kau ajar produk Microsoft, maka Microsoft lah lah layak untuk memberi pengiktirafan.
2. Kalau kau ajar Red Hat Linux, maka Red Hat Linux lah yang boleh memberi pengiktirafan.
Tetapi kau boleh juga iktiraf sendiri, tetapi orang akan kata, "eeeerr... sapa yang iktiraf nih? tak pernah dengar pon?" |
|
|
|
|
|
|
|
tq atas reply yang pertama..hehe.
maksud diiktiraf tu maksudnya mungkin diiktiraf oleh jabatan pendidikan malaysia ke, mana2 universiti ke.. macam aku pernah tengok diiktiraf oleh UPM bawah kelolaan kementerian belia dan sukan. dan mana2 pengiktirafan yang aku boleh minta dan mohon lah di malaysia ni... sebab tu nak tanya ni.. budak baru nak bertapak lah katakan...
Untuk ajar kelas internet ni rasanya nak mintak kat siapa??, mungkin modul saya buat sendiri..,
kalau unix boleh lah mintak kat red hat linux... |
|
|
|
|
|
|
|
atau katalah saya iktiraf sendiri, macam beli kertas sijil biasa dan print letak nama company saya sendiri saja ke?
atau ada apa2 syarat untuk saya buat macam ni??
then nilai tambah kat sijil tu yang saya nak tahu.. , boleh tak saya buat modul then bagi kat jabatan pendidikan, kalau diorang setuju modul tu then boleh buat sijil atas nama diorang?? |
|
|
|
|
|
|
|
aih.. tak ada yang tau ke pasal nak iktiraf sijil ni...
harap2 mana2 forumer yang ada bukak kelas komputer kongsi pendapat ngan saya ok....,
macam mana sijil you all keluarkan... , letak nama company saje ke.. atau ada cara lain...
tq..... |
|
|
|
|
|
|
|
Emmmm..... aku pernah bersusah payah pasal kerenah pengiktirafan ini.
Kalau kau nak UPM iktiraf, maka itu merujuk kepada kau telah menjalankan suatu kursus yang berasaskan silibus UPM. Maksudnya apa yang kau ajar tu adalah sama level dengan apa yang UPM ajar. Maka dengan itu barulah UPM akan iktiraf kau, betul tak? Tapi sudah tentunya kau kena call UPM bahagian akademik dahulu tingkat 1 bangunan pentadbiran kalau tak silap aku. |
|
|
|
|
|
|
|
pengiktirafan ni yg aku pernah buat cuma dgn LAN dan MLVK jer...
kalau pengiktirafan sendiri, ko kena la attach dengan mana2 badan yg akan iktirafkan ko nyer sijil tu
kalau setakat nak keluarkan sendiri dan iktiraf sendiri, bak kata member, ko ni terkenal ke sampai orang nak iktiraf senang2 gitu... gitu la maksudnya
kita/ko sendiri kena pilih cara mana ko nak diiktiraf... macam yg dibincangkan di atas... ko nak microsoft iktiraf ke, gomen iktiraf ke, utm iktiraf ke... bila dah buat pilihan... baru lah ko kena g kat tempat yg ko nak mintak pengiktirafan tu....
prosedur pengiktirafan utm kalau tak silap aku paling mudah... ko kena kenal dgn orang utm yg uruskan perkara tu... aku pernah buat dulu pengiktirafan sijil dgn utm.... tak susah sangat.. cuma yg leceh ialah LAN dan MLVK... makan 2-3 taun (10 taun yg lalu aku buat.. sekarang tak tau la kot dah cepat)
secara akademik, mmg agak rumit... tapi secara private (mcm aku buat sekarang) mudah skett
even dalam sijil professional IT pun diorang takde la badan2 kerajaan yg pantau sijil2 nih... diorang sendiri (pihak syarikat/manufacturer yg kuarkan sijil tu) yg bina badan pensijilan sendiri dan jadikan ia glemer/terkenal seluruh dunia sehingga memaksa kita bayar beribu utk lulus satu2 sijil
aku nak jadikan syarikat aku macam ni la... aku akan glemerkan sendiri sijil aku tapi aku tetap akan berusaha utk pastikan ia berbaloi, ada kualiti dan dipandang masyarakat dunia
perlu diingat, sijil yg ada pengiktirafan sempurna, menelan kos yg tinggi (kos kewangan dan kos masa) dan ini akan mengakibatkan kursus yg ditawarkan terpaksa dikenakan harga mahal
[ Last edited by tuna_sandwic at 4-12-2008 10:13 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun buat training, tapi more kepada programming.
Sijil print sendiri
tapi yg penting reputation pengajar sendiri lebih penting...... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|