View: 2491|Reply: 53
|
Pendapatan negara mungkin terjejas dengan penurunan harga minyak
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Pendapatan negara mungkin akan terjejas sekiranya harga minyak dunia turun dengan mendadak berikutan krisis ekonomi global, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
"Sekiranya harga minyak turun mendadak, pendapatan akan terjejas kerana peratusan pendapatan dari minyak adalah tinggi," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO malam ini.
Jika pendapatan negara terjejas ia akan membawa kesan-kesan lain, kata beliau tanpa memberi perincian.
Minyak merupakan penyumbang terbesar kepada pendapatan negara.
Beliau berkata ahli MT UMNO juga telah diberi taklimat muktahir mengenai keadaan ekonomi Amerika Syarikat oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib juga merupakan Timbalan Perdana Menteri dan juga Timbalan Presiden UMNO.
Harga minyak telah jatuh ke bawah paras US$50 setong berikutan keputusan Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Minyak (OPEC) untuk melengahkan keputusan menurunkan kuota pengeluaran walaupun berpendapat bekalan melebihi permintaan di pasaran dunia sekarang. BERNAMA
kalau begitu adakah wajar harga diturunkan lagi?
atau sekadar satu lagi sandiwara beli jiwa rakyat yg tengah marah bertuankan melayu?
apa pandangan anda.. kerap naik kerap turun?
apakah kerajaan tiada pakar supaya menetapkannya pada satu kadar dengan mengambilkira malaysia juga sebagai pengeksport minyak |
|
|
|
|
|
|
|
turun lah lagi |
|
|
|
|
|
|
|
recession ma... its time for the rich to spend on the poor for more |
|
|
|
|
|
|
|
BAru semalam aku dengar penurunan harga minyak tak menjejaskan Petronas dan negara....
Dah start lah pak pandir hamno cakap tak serupa bikin.... |
|
|
|
|
|
|
|
Pg nie kat berita KLFM - minyak setong USD47 sahaja! |
|
|
|
|
|
|
|
minyak turun .. yeahuuu .. tak ler runsing minda setiap kali singgah ke petrol
station..
|
|
|
|
|
|
|
|
Jika pendapatan negara terjejas ia akan membawa kesan-kesan lain, kata beliau tanpa memberi perincian.
suka suki je cakap.. kekekeke...
|
|
|
|
|
|
|
|
mmg lah kalau cakap x serupa bikin. inilah die ameno. |
|
|
|
|
|
|
|
Petronas kan da untung2 berbilion2 ringgit .. takkan tu pn nk keco
|
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa mcm ni lah maksud dia..............
Pendapatan BN mungkin terjejas dengan penurunan harga minyak |
|
|
|
|
|
|
|
Kaki pembohong macam tu lah. Jangan berbelit2 mengalahkan Sami Vellu. |
|
|
|
|
|
|
|
bangang...
harga minyak dunia naik pun kerajaan takleh handle
harga minyak dunia turun pun kerajaan tak reti hande
harga minyak dunia naik - harga minyak kat malaysia pun kena naik (terpaksa tanggung subsidi walhal untung petronas naik) - nyusahkan rakyat
harga minyak dunia turun - harga minyak kat malaysia turun sikit tapi pak lah mengeluh untung petronas turun pulak - 'pembangunan' tak dapat dijalankan - nyusahkan rakyat jugak
abis mane yg senang utk ko pak lah? tido? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sudugarpu at 3-12-2008 07:31 AM
KUALA LUMPUR: Pendapatan negara mungkin akan terjejas sekiranya harga minyak dunia turun dengan mendadak berikutan krisis ekonomi global, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
...
Masa minyak tngh mahal ari tu x ckp plak pendapatan negara naik mendadak... |
|
|
|
|
|
|
| |
|